AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Wednesday, 4 May 2016

DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH - PROF. DR. HAMKA



DI BAWAH LINDUNGAN KHAABAH
PROF. DR. HAMKA
PUSTAKA DINI
102 muka surat.
Kisah anak anak muda bernama Hamid dan Zainab yang tidak kesampaian lantara berlainan darjat dan kedudukan.   Dalam karya-karya Hamka, subjek cinta sering dijadikan bahan cerita untuk menyindir golongan tertentu.  Hamid seorang anak yatim yang bijak dan pandai ditanggung persekolahannya oleh Haji Ja’afar seorang saudagar yang baik hati dan pemurah.  Ibu Hamid juga diambil bekerja di rumah  Haji Ja’afar.  Kedua beranak itu dilayan seperti keluarga sendiri.  Hamid dan Zainab membesar bersama-sama, seperti adik beradik.
 Hamid belajar sehingga ke peringkat yang tertinggi, Zainab pula hanya setakat sekolah menengah, dan selepas itu hanya duduk di rumah belajar urusan rumah tangga.  Hubungan dari seorang sahabat, adik abang akhirnya timbul rasa kasih dan sayang di hati masing-masing. Tetapi tidak mampu diluahkan lantaran rasa rendah diri di hati Hamid.  Dia malu jika meluahkan perasaannya terhadao Zainab, apatah lagi Zainab sudah dipinang oleh saudaranya sendiri. Hamid terpaksa menyerah kalah.  Tidak pula diketahui oleh Hamid, Zainab tidak jadi berkahwin.  Gadis itu setia menunggu kepulangan Hamid.  Hubungan mereka terputus bertahun-tahun, sama-sama makan hati dan akhirnya jatuh sakit akibat terlalu merana dan memikirkan rasa cinta di hati yang tidak kesampaian.

Saling tidak meluahkan, saling menjauhkan diri akhirnya terpisah jauh.  Manusia masih lagi memikirkan status diri sehingga mengenepikan perasaan sendiri. Tidak dicuba sudah mengaku kalah. Belum berjuang sudah alah.  Itulah yang berlaku pada Hamid.  Sedangkan keluarga Zainab tidak sedikit pun memandang status dan kedudukan, buktinya Zainab tidak dinikahkan ketika mendapat tahu Zainab mencintai Hamid. Apa yang pasti cinta tidak membawa ke jinjang pelamin.    Jodoh juga ketentuan ILAHI.    Hamid meninggal di hadapan Kaabah.  Zainab pula meninggal di kampung halamannya.  Akhirnya kedua-duanya kembali menemui  Pencipta-NYA.  

Tidak mahu mengulas gaya penulisan Prof. Dr. Hamka yang terkenal dan hebat ini. 

2 comments:

  1. Bila baca ulasan ni, terbit rasa pilu di hati. Nak kena beli ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih kisahnya Masitah. Benar-benar menyentuh hati.

      Delete