Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Rabu, 4 Mei 2016

MERANTAU KE DELI- HAMKA





MERANTAU KE DELI
PROF. DR. HAMKA
PUSTAKA DINI
222 muka surat.



Leman seorang anak jati Minangkabau merantau ke Deli untuk mencari sesuap nasi dan menguji untung nasib dirinya sendiri.  Dia berdagang menjual kain menggunakan basikal. Di sana ada lelaki di situ juga adanya perempuan. Leman terpikat dengan seorang perempuan yang menjadi  gundik kepada seorang mandur.  Leman meluahkan perasaannya terhadap Poniem dan mengajak perempuan simpanan itu berkahwin dengannya.  Akan ditanggung susah senang bersama, dijanjikan akan setia sehingga ke hujung nyawa.  Ramai yang menasihati Leman agar tidak melakukan perkara tersebut kerana ditakutkan akan malu dirinya kerana status Poniem yang pernah menjadi perempan simpanan.  Leman berkeras dengan keputusannya.  Akhir dipujuk Poniem agar mengikutnya dan perempuan itu akur, akhirnya mereka bernikah.



Mereka berpindah ke Medan, Poniem membawa semua harta benda, barang kemas yang dihadiahkan oleh mandur bersama-samanya.  Bemulalah kehidupan mereka berdua.  Leman orang Minangkabau, budayanya berbeza, Poniem berasal dari Jawa, budayanya pula berbeza. Bagi Leman sebagai seorang ketua keluarga dia perlu berusaha menyenangkan hati isteri, menyediakan apa sahaja kelengkapan yang diperlukan.  Kesusahan dirinya tidak perlu diketahui oleh isterinya. Hal orang lelaki, biarlah orang lelaki yang uruskan.  Tugas Poniem pula menguruskan  rumah tangga. Itulah pandangan Leman. Perniagaannya pula tidak berapa maju membuatkan Leman semakin pning memikirkannya. 
Tidak begitu bagi Poniem, dalam rumah tangga perlu ada kerjasama, saling menyokong, saling membantu. Susah suami, susahlah dirinya.  Melihat keadaan Leman, membuatkan hati Poniem tidak senang duduk, akhirnya dia bertanya dan masalah yang dihadapi oleh Leman akhirnya dapat diselesaikan. Poniem mengadaikan barang kemasnya untuk membantu Leman.   Dia sama-sama membantu Leman berniaga, akhirnya dari hanya menggunakan basikal mereka sudah mampu mempunyai kedai sendiri, walaupun hanya menyewa. Perniagaan mereka semakin maju dan berjaya. Kehidupan mereka jauh lebih senang dari dahulu.

Setelah sekian lama hidup diperantaua, harta sudah pun banyak, perniagaan semakin maju, bermulakan buah fikiran Leman untuk pulang ke kampung halamannya.    Di situlah bermula sebuah kisah duka yang akhirnya membawa kepada perpisahan dan kehancuran rumah tangga Leman dan Poniem.  Apa yang berlaku?  Karya yang penuh dengan kata-kata nasihat, sindiran terhadap golongan tertentu.  Begitulah karya Prof. Dr. Hamka. Menyindir secara halus namun menyusuk kalbu.  Bahasa sasteranya jika tidak berhati-hati membaca, kurang difahami. Namun sebuah cerita yang menarik. 

2 ulasan:

  1. Menarik... belum pernah baca karya Hamka tapi sekarang ni rasa tertarik untuk memiliki karya2 beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik. Karya yang tidak menghampakan. Boleh cuba cari Masitah

      Padam