AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Tuesday, 24 May 2016

SINOPSIS PELAYARAN KASIH - ROHANI DERAMAN



Sinopsis Novel Pelayaran Kasih:
Kamaruzaman dan Kartina berkahwin kerana cinta. Bagaimanapun ketika rumah tangga mereka sedang bahagia, muncul  orang ketiga. Kamaruzaman berkahwin dengan kekasihnya Naimah dan melupakan semua janji-janjinya kepada Kartina.
Kartina dizalimi dan tidak mendapat haknya sebagai isteri. Lalu dia menuntut cerai.
Selepas bercerai, masing-masing membawa haluan sendiri. Kartina tidak menyedari bahawa ketika menerima talak dari Kamaruzaman, dia sedang mengandung. Selepas bersalin dan habis tempoh edah, dia bertemu dengan Ahmad Adham seorang duda.
Lantaran tidak mahu anaknya membesar tanpa ayah,  Kartina menerima lamaran itu dan mereka berkahwin.
Selepas 30 tahun, Kartina dan Kamaruzaman bertemu secara tidak sengaja di lapangan terbang  ketika pulang dari mengerjakan umrah. Pertemuan itu telah merungkaikan semua kenangan lama dan sebuah rahsia mengenai kelahiran Muhayat yang tidak langsung tidak pernah diketahui oleh Kamaruzaman.
Muhayat tidak dapat menerima kenyataan bahawa Kamaruzaman adalah ayahnya kerana sudah berpuluh tahun dia menyayangi Ahmad Adham sebagai ayahnya. Namun demi menghormati Kartina dan Ahmad Adham dia terpaksa juga menerima kehadiran Kamaruzaman dalam hidupnya.
Hubungan Ahmad Adham, Kartina dan Kamaruzaman menjadi bertambah erat hingga menimbulkan fitnah dan kecurigaan di kalangan masyarakat dan jiran-jiran mereka, termasuk Muhayat sendiri.
Pada masa itu juga, Ahmad Adham semakin uzur. Dia amat berharap kalau dia sudah tiada, Kamaruzaman sudi mengahwini Kartina semula dan menjaganya dengan baik. Bagaimanapun, permintaan itu tidak dapat ditunaikan oleh Kamaruzaman kerana merasakan Kartina adalah wanita yang terlalu baik dan dia tidak mahu melukainya lagi. Sementara Kartina pula menolak cadangan itu kerana merasakan seluruh cinta dan kasih sayangnya hanya untuk Ahmad Adham.
Akhirnya mereka bertiga berikrar untuk hanya menjadi sahabat baik hingga akhir hayat. Namun tiba-tiba Muhayat menuduh Kamaruzaman cuba mengambil peluang atas keuzuran Ahmad Adham dan menuduh berlaku hubungan sumbang antara Kamaruzaman dan Kartina.
Tuduhan Muhayat itu membuatkan hati Kamaruzaman, Kartina dan Ahmad Adham menjadi retak. Akhirnya Ahmad Adham dan Kartina merajuk hati lalu keluar dari rumah itu. Mereka berikrar tidak akan kembali ke rumah itu selagi Muhayat tidak meminta maaf dari Kamaruzaman.  
Kamaruzaman pula mengambil keputusan mengasingkan dirinya dari mereka berdua. Dia memilih untuk tinggal di rumah pusaka ibunya di kampung. Sejak itu dia tidak pernah berhubungan lagi dengan dunia luar melainkan dengan Firdaus dan cucu-cucunya.
Di sana, dia bertemu dengan Siti Solehah anak kepada Pak Tahir salah seorang pekerja yang menoreh di kebunnya. Pak Tahir jatuh sakit dan tidak mampu bekerja. Tugasnya diambil alih oleh isterinya Mak Tijah dan Siti Solehah. Siti Solehah pula terpaksa menolak tawaran ke universiti kerana memberi peluang kepada adik-adiknya Siti Mukminah dan Mohamad Hafiz.
Kamaruzaman begitu bersimpati kepada nasib Siti Solehah dan cuba menawarkan bantuan pembiayaan pelajaran Siti Solehah. Namun bantuan itu ditolak oleh mereka atas alasan tidak mahu menimbulkan fitnah dan pandangan serong masyarakat.
Akhirnya Kamaruzaman nekad melamar Siti Solehah untuk menjadi isterinya. Awalnya Siti Solehah menolak dan menganggap tindakan Kamaruzaman itu menghina mereka kerana usianya yang sebaya Pak Tahir. Namun, Siti Solehah rasa dia perlu berkorban demi adik-adiknya. Dia menerima lamaran itu.
Pernikahan mereka berlangsung tanpa cinta. Di hati Kamaruzaman, dia ingin menolong. Di hati Siti Solehah pula, dia ingin berkorban.
Siti Solehah pula secara perlahan-lahan mula jatuh cinta dengan Kamaruzaman begitu juga sebaliknya. Hubungan mereka menjadi begitu indah dengan ikatan cinta dan iman.

2 comments:

  1. Sebuah karya yang berat dan penuh dengan nilai-nilai murni.
    Suka baca review novel daripada kak Asmah, dah baca terus tertarik nak cari novel tu. Good job kak!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Masitah, kalau nak pm akak ya. Kami ada jual

    ReplyDelete