Bab 14
“IKA gembira tak hari ni?” Yusuf Hakimi menyoal
isterinya yang duduk di sisi. Sesekali tangannya meramas jari jemari
kanan isterinya dengan penuh kasih sayang.
“Ya, Ika gembira sebab
Ika rasa antara Taufik dengan Ayu ada harapan.” Sahutnya dengan senyuman
mekar di bibir. “Yang Ika risaukan ialah abang...”
Yusuf Hakimi menoleh ke arah isterinya. Mata mereka berdua berlaga.
“Kenapa?”
“Yelah, mula-mula Ika tengok abang marah benar sebab Ika rahsiakan hal
ni daripada pengetahuan abang. Sekali lagi Ika minta maaf, bang.”
“Abang maafkan Ika.”
“Ikhlas ke ni?”
Yusuf Hakimi ketawa kecil. Dia mengangguk.
“Ya, abang maafkan Ika. Tapi lain kali abang minta sangat-sangat agar Ika jangan berahsia daripada abang, okey?”
“Okey, bang! Ika janji. Ika pun harap agar abang jangan sesekali berahsia dengan Ika.” Balas Zulaika.
Permintaan isterinya itu membuatkan Yusuf Hakimi terdiam. Sebenarnya
dia juga banyak berahsia dengan isterinya terutamanya hal-hal yang
berkaitan dengan teman baiknya, Intan Juliana. Kadangkala dia dan gadis
itu keluar makan di restoran, dan dia perlu merahsiakannya daripada
pengetahuan Zulaika.
Kenapa Zulaika perlu mencemburui Intan Juliana?
Alangkah baiknya kalau rasa cemburu dan curiga itu dipadamkan dari
sudut hatinya kerana banyak ilmu yang boleh dikoreknya daripada Intan
Juliana, desis hati Yusuf Hakimi.
Argh, orang perempuan memang kuat cemburu agaknya, desis hatinya sambil menumpukan perhatian pada pemanduannya.
“Abang rasa Taufik tu boleh jadi seorang suami yang baik tak?” soal Zulaika setelah agak lama mendiamkan diri.
“Semua orang akan jadi suami yang baik kalau ada keinginan untuk jadi
macam tu. Ika percaya tak bahawa keinginan, cita-cita dan kehendak
setiap daripada kita ni harus diterapkan dalam minda kita? Kita boleh
jadi apa aje yang kita mahu asalkan ada keinginan, cita-cita dan
kehendak. Lepas tu diperkuatkan dengan usaha. Ala, bukannya susah benar
nak jadi suami yang baik macam abang ni! Auuch!!” Yusuf Hakimi menjerit
ketika lengannya dikutil isteri.
“Macam ketamlah Ika ni,” komennya membuatkan Zulaika mengherotkan bibirnya.
“Padan muka! Tiba-tiba aje naik bakul angkat sendiri. Hmmm... betul ke abang berkawan baik dengan Taufik tu?”
“Kenapa Ika tanya soalan tu?”
“Saja aje nak tau...”
“Ya, masa abang menuntut kat universiti dulu. Lepas tamat dapat ijazah,
dia melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana di UK. Kami terputus
hubungan selepas tu. Semasa di U dulu, Taufik memang jenis kaki
perempuan. Pantang ada perempuan cantik, pasti jadi kekasihnya. Tulah
sebabnya abang seram bila Ika bagitau yang Ika dengan dia berhubung
tanpa pengetahuan abang walaupun niat Ika tu baik.” Ujar Yusuf Hakimi
lembut. Dan dia memaksudkan seluruh kata-katanya itu. Dia tidak sanggup
kehilangan Zulaika sebagaimana dia pernah kehilangan Aliza di tangan
Taufik suatu ketika dahulu.
Zulaika terharu mendengarnya. Dia segera melentukkan kepalanya ke bahu suaminya.
“Ika sayangkan abang sepenuh hati Ika. Tak mungkin Ika buat benda-benda
tak senonoh di belakang abang.” Ujarnya separuh berbisik.
“Ya, abang percayakan Ika.” sahut Yusuf Hakimi.
FATIN ADIBA keluar juga walaupun Fatimah cuba menghalangnya. Dia
membonceng motosikal teman lelakinya dan menghilang dalam kegelapan
malam.
“Teruk betul emak kau tu!” kutuk Amir yang sudah tidak dapat
menahan rasa dengan maki hamun yang dilemparkan oleh Fatimah ketika
datang menjemput Fatin Adiba di muka pintu rumahnya senja tadi. Ketika
itu mereka sudah sampai ke pekan dan menikmati nasi goreng pattaya di
sebuah gerai.
Fatin Adiba mendengus. Dia sendiri pun kadangkala tidak tahan dengan perangai emaknya yang kuat mengomel itu.
“Jangan layanlah emak aku tu. Dah macam tu perangainya, aku nak buat
macam mana. Mulutnya hanya akan diam kalau kau plaster aje!” sahutnya
sambil menyudu nasi goreng yang tinggal sedikit ke mulutnya.
Amir
berdekah. Dia merenung gadis di hadapannya. Walaupun Fatin Adiba
tergolong dalam kategori nakal tapi sehingga kini dia masih belum
berjaya menakluki kegadisannya. Dan sebelum gadis itu berangkat ke Kuala
Lumpur dia bertekad untuk merobohkan kegadisan Fatin Adiba – itulah
misinya! Kalau misinya tidak berjaya, dia bukanlah Amir.
“Lepas ni kita nak ke mana?”
Fatin Adiba angkat muka. “Kan kau kata nak tengok wayang?”
“Kita tukar plan ajelah. Aku dah lama tak main snooker dengan gang-gang.”
“Ala... boringlah!” dengus gadis di hadapannya.
“Kalau macam tu, lepas makan ni aku hantar kau balik ajelah.” Suara Amir sudah lain macam.
“Okey... okeylah! Aku ikut kau aje.” Fatin Adiba mengalah dan Amir tersenyum lebar.
“Macam tulah...”
Selesai makan, mereka berdua tidak membuang masa lagi terus menuju ke
pusat snooker yang dimaksudkan. Amir meninggalkan Fatin Adiba seketika
dan berbual-bual dengan dua tiga orang temannya. Hampir lima minit dia
menghabiskan masa dengan mereka. Dia melangkah semula ke arah Fatin
Adiba dengan membawa segelas minuman berwarna oren di tangannya.
“Minumlah, air oren je.” Katanya sambil mula menunjal bola di meja.
“Jangan mudah percayakan orang, Fatin. Lebih-lebih lagi budak tak
senonoh macam Si Amir tu. Sekali maruah kau hilang, kau takkan dapat
tebusnya semula sampai bila-bila.” Kata-kata Fatimah menyentak ke ruang
fikir membuatkan dia tidak jadi meneguk minuman yang dihulurkan oleh
Amir seketika tadi. Gelas itu diletakkan di atas meja berhampiran.
“Kenapa tak minum?” soal Amir apabila melihat tindakannya itu.
“Kenyang lagilah. Kita kan baru aje lepas makan.” Sahutnya dengan alasan yang kuat.
“Okey.” Sahut Amir. “Kau tak nak main ke? Takkan nak tengok aje?”
“Aku tak ada moodlah malam ni. Hantarkan aku balik.”
Amir berhenti bermain dan menghampirinya.
“Kenapa dengan kau ni, Fatin? Selalunya kau tak macam ni. Yelah, orang tak lama lagi nak ke Kuala Lumpulah katakan...”
“Bukan macam tu. Tapi aku betul-betul tak ada moodlah malam ni. Hantarkan aku balik. Aku takut emak aku mengamuk sakan.”
Amir menoleh jam di lengannya.
“Baru pukul sepuluh setengah ni, Fatin.” Desisnya dengan nada kurang
senang. Dijelingnya ke arah gelas minuman yang tak luak isinya. Dia
kecewa kerana Fatin Adiba enggan minum minuman yang telah dicampurkan
dengan pil khayal itu.
“Kalau kau tak nak hantar, biar aku balik
sendiri!” suara Fatin Adiba mula meninggi. Dia hendak berlalu
meninggalkan Amir. Anak muda itu segera menarik lengannya.
“Okey,
kalau kau nak balik sangat, aku hantar!” dengusnya. “Jom!” dia menarik
tangan Fatin Adiba dengan kasar lalu meninggalkan ruang snooker itu.
Entah mengapa buat pertama kalinya dia jadi kecut perut membonceng
motosikal Amir ketika meredah kegelapan untuk pulang ke rumahnya malam
itu. Hatinya kurang enak, digaru-garu bagaikan sesuatu yang tidak elok
bakal terjadi. Dia cuba memberi ruang di antara dirinya dengan Amir.
“Peluk kuat-kuat, cicir nanti!” jerit Amir melawan kebisingan enjin.
Dia menurut saja kata-kata Amir lalu membelitkan tangan ke pinggang dan
merapatkan badannya ke tubuh anak muda itu. Dia cuba membuang segala
keresahannya dan menganggapnya hanya mainan perasaan semata-mata.
“Kenapa kita berhenti kat sini?” soalnya ketika anak muda itu
memberhentikan motosikal dan mematikan enjinnya di sebuah kawasan yang
agak sunyi dan bersemak. Hatinya yang sudah mula tenang gelisah semula.
“Janganlah gabrah semacam, Fatin. Aku nak qada hajat dalam semak tu kejap.” Kata Amir sambil berdekah.
“Macam-macamlah kau ni. Dah, pergilah cepat!” dengus Fatin Adiba sambil
membelakangkan teman lelakinya itu. Dia terkejut apabila tangan sasa
Amir hinggap ke bahunya. Dia segera berpaling. Dan pandangan mereka
berlaga.
“Apa kata kalau kau temankan aku masuk dalam semak tu, Fatin?” suara Amir kedengaran kasar di telinganya.
Isy, apalah malangnya nasib aku malam ni, desis hati Fatin Adiba.
Sepanjang perkenalan mereka berdua, dia cukup arif dengan kenakalan
teman lelakinya itu, tapi tidaklah sampai melampaui batasan.
“Tolonglah, yang, jangan main-main. Kau ni buat aku takutlah...” rayunya sambil menolak tangan Amir yang mencengkam bahunya.
“Kau panggil aku sayang? Maknanya kau sayangkan aku. Tak lama lagi kau
nak ke Kuala Lumpur kan, jadi apa salahnya kau hadiahkan sesuatu pada
aku malam ni untuk dijadikan kenangan abadi antara kita berdua, Fatin?”
“Kau ni dah gila ke?”
“Ya, memang aku gila. Aku gila bayang dengan kau yang jinak-jinak
merpati ni...” Amir memaksa Fatin Adiba masuk ke celah-celah semak.
Gadis itu menjerit dan meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.
Keperitan di badan akibat dilibas dengan pokok-pokok renek langsung tak
diendahkan. Dia harus melepaskan dirinya daripada musibah yang bakal
berlaku.
Amir menolaknya dengan kuat sehingga dia terbaring di atas
tanah yang lembab. Sebelum anak muda yang telah dikuasai oleh hawa nafsu
itu sempat menindih tubuhnya, dia sempat melayangkan sepakannya ke
celah kelangkang Amir. Akibat hentakan di bahagian yang sensitif itu,
Amir terdorong ke belakang sambil mengerang. Dia tidak menghiraukan
kesakitan di tubuhnya. Dengan kudrat yang masih bersisa, dia berlari
keluar dari semak itu untuk menyelamatkan dirinya.
JAM
menunjukkan ke pukul dua belas tengah malam dan kelibat Fatin Adiba
masih juga belum kelihatan. Itulah yang membimbangkan hatinya. Entah apa
salahku Tuhan sehingga aku dikurniakan dengan anak sedegil dia, desis
hati Fatimah sambil membandingkan perangai anak kandungnya dengan anak
tirinya, Zulaika.
Mungkin nilah pembalasan atas segala dosaku yang
telah menganiayai Ika selama ni, hatinya terus bermonolog.
Sekejap-sekejap matanya dihalakan ke arah jarum jam yang terus berputar
tanpa secebis pun bersimpati dengan penanggungannya.
Tiba-tiba dia
terlihat sebuah kereta Proton Saga warna putih berhenti di halaman
rumahnya. Dia bergegas menuruni tangga. Alangkah terkejutnya dia apabila
melihat anak gadisnya keluar dari tempat duduk belakang kereta itu
dengan pakaian yang rabak serta wajah yang tak terurus.
Fatin Adiba kelihatan sedang menangis.
“Kami jumpa anak mak cik ni sedang berlari sorang-sorang kat tepi jalan
dalam keadaan gelap gelita. Bila kami tanya siapa yang buat begini
padanya, dia diam aje.” Kata wanita bertudung yang memimpin Fatin Adiba
naik ke rumah.
“Terima kasih kerana tolong hantar anak saya pulang,
cik.” Kata Fatimah. Perempuan itu dan suaminya hanya mengangguk dan
meminta diri untuk berlalu dari situ.
“Siapa yang buat macam ni pada kau, Fatin?” jerkah Fatimah. “Cakap dengan mak, Amir ke yang buat kau macam ni?”
Fatin Adiba geleng kepala.
“Habis, siapa punya kerja ni? Kan aku dah kata, jangan rapat sangat dengan budak tu...”
“Diamlah, mak! Bukan dia yang punya kerja.”
Fatimah terkejut. Wajah anaknya yang serabai itu direnung.
“Dia dah buat engkau macam ni pun kau masih nak bela dia lagi? Bodohnya kau ni, Fatin.”
“Mak, kan Fatin dah cakap... ni bukan kerja Amir. Yang penting maruah
anak mak ni masih belum tergadai lagi. Dahlah, mak... kita lupakanlah
aje apa yang terjadi malam ni!”
“Mana boleh! Kita mesti laporkan perbuatannya ke balai polis.” Desak Fatimah.
“Mak tak malu ke kalau berita tentang anak mak ni hampir-hampir
diperkosa, heboh satu kampung? Orang kampung ni hanya akan gelak dan
padankan muka kita aje, mak. Dahlah... tak payahlah kita besar-besar
lagi hal ni. Fatin nak lupakan segala yang berlaku. Sekarang Fatin hanya
fikir nak ke Kuala Lumpur aje!” begitu tegas kata-kata yang keluar dari
bibirnya.
Fatimah terdiam. Kata-kata anak gadisnya memang sarat
dengan kebenaran. Orang-orang di kampung itu pastinya akan mencemuh
mereka berdua. Fatin Adiba akan dikata sebagai anak gadis yang rosak
akhlaknya. Sementara dia pula akan dilabel sebagai ibu yang tak tahu
menjaga anak.
“Biar mak sapukan minyak gamat pada luka-luka kau tu, Fatin.” Katanya lemah sambil memimpin Fatin Adiba masuk ke biliknya.
Setelah membersih dan menyapu ubat pada kesemua luka di badan anak
gadisnya, dia mengurut tubuh Fatin Adiba yang sakit-sakit akibat
dikasari oleh Amir. Ketika itulah rahsia siapa yang memperlakukannya
sebegitu rupa terbongkar.
“Dulu lagi mak dah nasihatkan kau. Mak
memang tak percaya dengan dia tu.” Keluh Fatimah. “Dahlah, kau tidur.
Esok mak temankan kau ke klinik. Lusa kita dah nak berangkat ke Kuala
Lumpur.”
“Mak, tolong rahsiakan perkara ni daripada semua orang
termasuklah Ika, ya.” Pinta Fatin Adiba ketika tubuhnya diselimutkan
oleh Fatimah.
Fatimah hanya mengangguk perlahan.
Cari Blog Ini
Isnin, 27 Januari 2014
BAHAGIA MILIK KITA- BAB 14
Rasa senak di jiwanya, rasa bersalah dalam
hati menebal bagaikan besi waja. Bagai
terjun dalam gaung yang dalam terasa sakitnya.
Rasa mahu dia menjerit kepada emak saudaranya, sudah tumbuh berbagai
rasa di hati. Maisarah, Hani dan Haris
duduk dipangkin sampai basah kuyup ditimpa hujan tengahari. Sengaja dia meminta keluar dari restoran tempatnya bekerja untuk
menghantar makanan tengahari kepada adik-adiknya. Haikal menerpa mendukung Maisarah yang
terketar kesejukan. Ya ALLAH… hanya itu yang mampu keluar dari bibirnya.
“Haris,
kenapa main hujan? Kenapa tak masuk
dalam rumah?” tanya Haikal kepada adik yang besar sedikit.
“Mak
su, tak bagi masuk rumah. Suruh tunggu
sini sampai abang balik,” cerita
Haris. Haikal terduduk mendengarnya. Kalau cuaca diterangi mentari tidak mengapa,
ini hujan lebat dari pagi tadi. Tergamak
mak sunya buat adik-adiknya begini. Apa
dosa mereka? Baharu sehari di bekerja, adik-adik sudah
terabai dan tidak terjaga. Adik-adik
yang lain masih di sekolah.
“Jom
masuk rumah, salin baju. Lepas itu kita
makan nasi ya?” Rasa mendidih dalam hati.
Mahu sahaja dia bawa adik-adik pergi.
Tapi ke mana? Persoalan itu sering bermain dibenaknya.
“Mak
su! Mak su!” laung Haikal dari luar rumah. Pintu rumah berkunci. Emak saudaranya ke mana? Rumah sunyi sepi,
bagaikan tiada penghuni. Berkerut dahi
Haikal. Pagi tadi tidak pula emak saudaranya memberitahu apa-apa
atau hendak ke mana-mana. Bagaimana dia
hendak masuk ke dalam rumah sedangkan seluruh tingkap dan pintu berkunci
rapat. Ya ALLAH adik-adik sudah
menggigil kesejukan. Hujan masih
membasahi bumi, walaupun hanya renyai-renyai kini. Maisarah dipeluh erat. Haris dan Hani berpeluk tubuh menahan
sejuk. Haikal menarik tangan adik-adik
berdiri di anjung rumah. Pakaian di
ampaian basah semuanya. Haikal mengeluh
keras. Rasa mahu sahaja dia menangis
ketika itu. Sebentar lagi dia akan ke
tempat kerja, adik-adik bagaimana? Ya
ALLAH baharu sahaja bekerja tidak mungkin dia meminta cuti.
“Long!
Lapar, sejak pagi tadi, Haris dan adik-adik tak makan. Kita minum air paip je. Maisarah nangis minta susu, mana nak
cari?” kata Haris lagi.
Terduduk
Haikal mendengarnya. Kepada Mak Su Tijah
sudah dititipkan pesan, agar tolong-tolong melihatkan adik-adiknya. Dia
membuka bungkusan nasi. Dia menarik adik-adiknya duduk bersila di
anjung rumah yang dibasahi air
hujan. Redhalah hati, redhalah
jiwa. Inilah dugaan buat dirinya
adik-beradik. Menangis air mata darah
sekalipun kedua orangtuanya tidak akan kembali.
Terketar-ketar tangannya menyuapkan nasi ke mulut Haris, Hani dan
Maisarah yang masih kesejukan. Ya ALLAH
janganlah adik-adik jatuh sakit, doa Haikal dalam hati. Dia menahan diri dari menangis melihat
adik-adik makan dengan lahapnya.
Hampir gugur air matanya melihat nasib hidupnya adik beradik.
“Long!” Haida berlari mendapatkan Haikal dan
adik-adiknya yang basah kuyup sambil menjamah makanan. Haida
mengesat mukanya yang dibasahi air
hujan.
Halim
turut berlari melangkah masuk ke anjung rumah.
Matanya melekat ke arah abang sulongnya yang duduk bersila di atas
lantai yang basah.
“Kenapa
tak masuk rumah?” tanya Halim, sambil mata memerhatikan keadaan rumah yang
berkunci.
“Mak su
tak ada? Rumah berkunci. Mak su tidak tinggalkan kunci rumah.” Haikal terus menyuap adik-adiknya. Tidak tergamak merenung wajah kedua-dua
adiknya yang baru sampai ke rumah.
“Mak su
tak ada? Kenapa adik-adik basah kuyup,
long?” Haida membetulkan rambut Maisarah
yang basah. Adiknya itu tidak menangis walaupun tidak mendapat
susu, diberi air sejuk dia minum sahaja tanpa merintih atau merengek. Bagaikan mengerti suasana yang berlaku. Perut yang lapar, air juga yang diminta. Hiba hati Haida. Namun apakan daya. Bersabar dengan ujian yang ada. Itulah pesan arwah orangtuanya.
“Adik-adik
tunggu along di pangkin, dalam hujan!”
kata Haikal dengan hati yang bernanah.
Dia mengenggam nasi sekuat tenaga melepaskan rasa sakit di hati atas
perbuatan tidak bertanggungjawab emak saudaranya.
“Ya ALLAH,
long!” Haida menangis sayu. Maisarah didukung, dipeluk erat. Hanya senyuman terukir di wajah kecil itu. Menunjukkan perutnya yang kekenyangan. Air sirap yang dibawa pulang oleh Haikal
diminum dengan puas.
“Biarlah
Haida atau Halim berhenti sekolah. Along
pergi kerja, kena ada orang jaga adik-adik di rumah.” Halim memberi cadangan.
“Tidak!
Jangan berhenti. Nanti along fikirkan
tentang adik-adik. Tahun ini Halim ambil
PMR, Haida UPSR, along akan cuba ambil SPM,
bersabarlah beberapa bulan lagi.
Tolonglah! Tidak ingatkah pesan arwah ayah dan ibu. Biar apapun berlaku persekolahan harus diteruskan,” Haikal tidak setuju. Pelajaran penting dalam kehidupan.
“Tapi
long?” Haida mendengus kasar.
“Haida
bawa adik-adik ke sekolah? Biar mereka
tunggu di pondok dalam kawasan sekolah.
Haida boleh perhatikan adik-adi,” cadang Haida.
“Tak
boleh? Nanti pihak sekolah tanya, apa
nak jawab?” Haikal menolak juga.
“Habis
tu? Takkan nak tinggalkan adik-adik
sendirian di rumah, tengok seperti hari ini, mak su entah ke mana? Tiada siapa di rumah. Adik-adik bermandi hujan! Susahlah macam ini long!” Halim mula berkeras.
“Along
kata tidak! Tidaklah!” tengking
Haikal.
“Duduk
sini sampai mak su balik. Makan nasi itu.
Jam 5.00 petang along balik.
Tengokkan adik-adik,” pesan
Haikal sebelum berlalu kembali ke tempat kerjanya. Dia sudah lewat 10 minit. Nanti gajinya dipotong pula.
Haida dan
Halim saling berpandangan. Baju Maisarah dibuka. Lampinnya sudah penuh oleh air kencing. Haida membawa adiknya ke paip di hadapan
rumah. Dia mandi dan bersihkan Maisarah. Dia perah baju Maisarah tadi dan
menyarungkannya kembali. Mana ada baju
kering. Pintu rumah berkunci, bermangga.
Halim
mengetap bibir. Sampai hati emak
saudaranya meninggalkan adik-adiknya tanpa pengawasan orang dewasa. Kawasan kampung itu rumah antara satu sama lain agak jauh jaraknya,
jadi tiada siapa perasan adik-adiknya bermandi hujan di luar rumah. Halim mengeluh. Fikirannya benar-benar tertanggu sehingga
tidak mampu fokus pada pelajaran di sekolah.
“Angah,
jom makan nasi,” ajak Haida.
“Makanlah
dulu, angah tak lapar?” Halim menolak,
tidak tertelan tekaknya. Fikirannya
berserabut dengan keadaan dan nasibnya adik-beradik.
Jumaat, 24 Januari 2014
BAHAGIA MILIK KITA - BAB 13
BAB 13
“Haida
tidak tahan lagi long! Mak su sudah
berani pukul Haida. Bukan Haida sengaja
rosakkan baju baharunya.” Tangis Haida. Lengan dan kakinya berbirat dipukul dengan
rotan sebesar ibu jari tangan.
Haikal
menyapu minyak gamat di kaki dan lengah adik perempuannya. Arwah emak dan ayah merek tidak pernah
memperlakukan mereka seperti itu. Hina
benarkah mereka? Haikal hanya mampu
menahan rasa kecewa di hati. Tangan
terikat, kaki terpasung tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau dia bawa adik-adiknya keluar dari rumah
itu, mereka hendak ke mana? Siapalah
yang sanggup menjaga dia enam beradik ini.
“Susu
Maisarah juga sudah habis long, petang tadi, Halim bagi dia minum air sejuk
sahaja, kesian adik long!” Halim
menunduk. Wajahnya muram. Maisarah, Haris dan Hani sudahpun terlena
setelah menjamah makan malam
mereka. Melihat sepupu-sepupu mereka
makan nasi berlaukkan kuah, sayur dan ayam kadang-kadang mereka menelan air
liur sahaja. Itu bukan untuk mereka.
“Halim,
Haida, tidurlah. Esok nak sekolah.” Arah Haikal.
Kalaulah adik-adiknya tahu bagaimana perasaan hatinya pasti mereka sudah
melihat sekeping hati yang sudah retak hampir berderai. Kalaulah mereka tahu bagaimana hibanya rasa hati melihat tangisan Maisarah
yang kelaparan susu sudah pasti mereka akan melihat air matanya seluas Lautan Cina Selatan. Dia mengenggam penumbuk. Marah kepada diri sendiri lantaran
ketidakmampuannya menyara adik-adik yang masih kecil, masih belum mengerti dan
tidak tahu apa-apa itu. Mereka hanya
tahu menangis jika keinginan tidak dipenuhi.
Di
kejauhan malam, bertemankan sang bintang di balik awan, berkawan dengan
unggas-unggas malam yang bernyanyi riang, memecah kesunyian malam. Hembusan angin menyapa tubuhnya yang tidak lagi berisi. Di situlah dia melepaskan duka di
hati. Menangis seorang diri, meratap
dan meluahkan gejolak di jiwa. Tidak sesekali dia menangis di hadapan adik-adik. Tidak mahu mereka berasa hampa dan kecewa. Lemah
dan tidak berdaya. Biarlah dia cuba
berlagak biasa asalkan terlihat senyuman terukir di bibir adik-adiknya.
Matannya yang keletihan tidak mampu dipejamkan, lantaran fikiran yang
bercelaru, berserabut bagaikan tiada ruang kosong dalam mencari ketenangan. Kekuatan dan kesabaran pula bagaikan menyepi.
Ya ALLAH, Kau berilah aku kekuatan dan kesabaran, doa Haikal di dalam hati.
Entah jam berapa matanya terlelap di luar rumah
bertemankan nyamuk dan unggas-unggas malam.
Dia melangkah masuk mengejutkan
adik-adiknya yang hendak ke sekolah pagi itu.
Di dapur masih gelap gelita. Azan
subuh sudah berkumandang memanggil
hamba-hamba ALLAH sujud kepada Penciptanya.
Hiba hatinya melihat adik berkerekut menahan sejuk awal pagi. Rasa ingin dijeritkan kepada dunia, lihatlah
kesengsaraan mereka adik-beradik. Rasa
ingin menangis sekuat hati, biar lega perasaan sedih yang semakin hari wujud
dalam diri. Biar pergi perasaan lemah
dan tidak berdaya lantaran merasa rendah diri.
Di
pagi hari tiada sarapan disediakan. Mak
Su Tijah membeli sarapan hanya untuk dia anak beranak. Adik-adiknya dibiarkan kelaparan makan di
waktu tengahari sahaja. Geram bercampur
marah, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa.
Maisarah perlukan susu. Duit
tabung sudah menyusut. Malu hendak
meminta, mereka bukan pengemis. Pak Su
keluar membawa lori, dua minggu sekali baharu menjejakkan kaki di rumah. Kepada siapa dia hendak mengadu. Tiada saudara mara yang mahu membantu. Kepada jiran tetangga dimomokkan keburukkan
kedua orangtua mereka sehingga timbul benci di hati mereka. Aduhai, nasib diri.
“Long,
laparlah!” kata Halim sambil mengusap perutnya.
“Along
nak simpan duit ini untuk belanja sekolah dan beli susu Maisarah. Sudah berhari-hari adik tidak minum susu,
asyik menangis sahaja. Halim boleh tahan
menunggu sehingga tengahari ya?” pinta
Haikal. Bukan tidak nengerti malah
memahami, tapi apakan daya. Hendak memasak, Mak Su Tijah berkira soal gas yang
diguna. Pening memikirkan keadaan hidup mereka adik-beradik. Kalaulah rumah sendiri tentu tidak begini jadinya.
Pagi-pagi
lagi Mak Su Tijah sudah bercekak pinggang memerhatikan dia dan
adik-adiknya. Takut benar mereka mencuri
makanan yang ada. Biarlah miskin tetapi
mereka bukan pencuri. Biar meminta
walaupun dihina. Perut adik-adik lebih
penting dari segalanya. Jangan mereka
jatuh sakit sudahlah. Siapa pula yang
hendak membantu merawat mereka nanti.
“Mulai
esok, kau pergi bekerja Haikal. Maisarah
tinggalkan sahaja di rumah. Ramai boleh
tengokkan. Gaji pak su kau bukan besar
sangat nak beri kau adik beradik makan, janganlah berharap pada kami sahaja.”
Mak Su Tijah mencuka. Wajah yang tidak
pernah senyum sejak mereka menjejakkan kaki ke rumah itu. Wajah yang penuh kebencian kepada mereka
adik-beradik kerana menyusahkan.
“Maisarah
tidak pernah tinggal sendiri mak su, adik-adik yang lain siapa pula hendak
jaga? Maisarah baru sahaja setahun. Siapa pula hendak buat susu dia nanti, hendak
mandikan dia, tidurkan dia,” kata
Haikal. Mak Su Tijah mencebik.
“Hey,
jangan bagi alasan. Mak su pun ada anak kecil tahu. Boleh pun anak mak su tidur sendiri, kalau
dia hendak susu,kau siapkanlah awal-awal sebelum pergi kerja,” ajar Mak Su
Tijah. Haikal kurang setuju.
“Maafkan
Haikal mak su. Haikal tidak akan
tinggalkan Maisarah sendiri.”
“Degilnya,
kalau macam itu, kau bawa dia sekali ke tempat kerja!”
“Mak
su?” Haikal memandang wajah mak sunya
dengan penuh tanda tanya. Waktu arwah emaknya masih hidup, mak sunya mesra
dengan mereka. Kenapa cepat betul mak
sunya berubah. Dahulu bukan main sayang
dia pada mereka adik beradik. Sekarang
kenapa lain sekali sikap mak sunya.
Inilah nasib hidup orang menumpang.
Mak Su Tijah berlalu masuk ke dalam rumah. Haikal terpinga-pinga sendiri. Maisarah yang duduk di sisinya dipeluk
erat. Rasa hiba tiba-tiba menerjah di
hatinya. Ya ALLAH, Engkau berilah aku kekuatan, detik
hati kecil Haikal. Dia hanya mampu menangis dalam hati sahaja. Tidak terluah
dengan kata-kata. Maisarah yang sedang
tersenyum memandangnya dicium berkali-kali.
Maafkan along, sayang, hatinya terus berkata-kata.
“Along,
biar Haida berhenti sekolah, duduk rumah tengok-tengokkan adik-adik.” Kata
Haida sebelum melangkah ke sekolah.
“Tidak!
Haida, tahun ini UPSR. Bagi selesai.”
Marah Haikal. Dia tidak mahu
adik-adiknya mewarisi kemiskinan lantaran tidak berpelajaran. Biarlah dia susah, bercengkang mata siang dan
malam, namun memberhentikan adik-adiknya dari persekolahan tidak sama sekali.
“Pergi
sekolah!” halaunya.
Haida
akur, langkah dihayun perlahan meninggalkan perkarangan rumah papan setingkat
itu.
Kerja? Dia hendak kerja apa dan di mana? Haikal mengeluh. Wajah Maisarah yang sedang menelan air gula
yang dibancuh dipandang sayu. Haris dan
Hani sedang meneguk air kosong bagi mengalas perut. Dia perlu bekerja, kalau hendak bagi
adik-adiknya makan. Kalau dia bekerja
siapa yang hendak menjaga adik-adiknya? Masalah yang tiada penghujungnya.
Khamis, 23 Januari 2014
RINDU YUSUF, CINTA ZULAIKHA- SITI ROZILAH ( BAB 13)
Bab 13
“DAH siap ke, sayang?” seru Yusuf Hakimi yang sudah pun menggidupkan enjin kereta. “Cepatlah sikit, sayang. Nanti lama pula kawan awak tu kena tunggu.” Katanya merujuk kepada Atika Ayuni yang sedang menunggu mereka berdua di rumah sewanya.
Zulaika melangkah keluar dengan kebaya labuh berwarna kuning berbunga-bunga putih yang baru siap ditempah. Wajahnya disolek nipis, menyerlahkan lagi kecantikan asli yang dimilikinya. Rambut yang panjang mengurai disanggul tinggi. Terpegun Yusuf Hakimi memandang penampilannya yang agak menonjol malam itu.
“Okey, bang. Ika dah siap.” Katanya langsung tidak mengendahkan suami yang asyik merenungnya. Dia segera memboloskan diri ke dalam perut kereta dengan diikuti oleh Yusuf Hakimi.
“Cantiklah sayang malam ni.” puji Yusuf Hakimi. Ikhlas.
Zulaika tersenyum. Dia menoleh suami di sisinya yang sedang memandu.
“Terima kasih, bang. Hari ni kan harijadi Ika, jadi Ika nak melaramlah sikit.” Katanya. “Abang nak tahu tak, Ayu dah pakai tudung sekarang. Makin ayu dia tu.”
“Orang sebelah abang ni bila lagi nak bertudung?” soal Yusuf Hakimi. Zulaika hanya tergelak kecil.
Setelah menjemput Atika Ayuni, mereka terus menuju ke restoran yang dimaksudkan. Kerana terlalu leka berbual tentang hal-hal lain, Zulaika terlupa untuk memberitahu Yusuf Hakimi tentang rancangannya untuk memperkenalkan Taufik dengan Atika Ayuni. Itu membuatkan Yusuf Hakimi agak bengang dengan isterinya.
“Sejak bila Ika dan Taufik rancang semua ni?” soalnya setelah Taufik dan Atika Ayuni berpindah ke meja lain.
“Sejak kita jumpa dia masa Kak Ju pindah ke rumah barunya dulu. Taufik yang minta Ika rahsiakan semua ni daripada abang sebab katanya dia segan dengan abang.”
“Jadi dah lamalah Ika berhubung dengan Taufik kat belakang abang?”
“Apa salahnya? Ika kesiankan dia dan hanya nak tolong dia aje. Ika minta maaf kalau rahsiakan hal ni daripada abang. Maafkan Ika ya, bang.” Tingkah Zulaika sambil mencapai tangan suaminya.
Yusuf Hakimi membiarkan isterinya meramas jari-jemarinya. Entah mengapa dia tiba-tiba saja menjadi cemburu apabila mengetahui bahawa isterinya berhubung dengan Taufik tanpa pengetahuannya. Situasi itu juga menekan emosi Zulaika. Dia tidak menyangka yang Yusuf Hakimi akan menyinga sebegitu rupa walaupun tidak ditunjukkan di hadapan Taufik dan Atika Ayuni. Di hadapan mereka dia berlagak selamba seperti biasa.
Mungkinkah Abang Yusuf cemburu, desis hatinya sambil tersenyum senang. Kata orang, cemburu tandanya sayang. Kalau dia cemburu setelah mengetahui aku berhubung dengan teman lamanya, aku juga harap dia mengerti tentang cemburu yang bertapak di jiwaku setiap kali melihat dia terlalu mesra dengan Intan Juliana.
“Kenapa abang marah-marah ni? Takkan abang cemburu dengan Taufik, kut?” dia menduga.
Yusuf Hakimi tersenyum nipis. Dagu isterinya disentuh dengan hujung jari.
“Dah tentu abang cemburu. Kan Ika isteri kesayangan abang. Jadi bila Ika dan Taufik berhubung tanpa pengetahuan abang, mestilah wujud rasa curiga. Tapi abang percaya cakap Ika.” Tukasnya sambil menghalakan pandangan ke arah meja Taufik dan Atika Ayuni. Mereka kelihatan berbual dengan rancak.
“Niat Ika nak jodohkan mereka tu memang baik. Tapi macam mana kalau hubungan tu nanti tak menjadi? Tak ke Ika yang akan dipersalahkan oleh Ayu?”
Zulaika geleng kepala.
“Ika dah berterus terang baik dengan Taufik mahupun Ayu. Ika hanya memperkenalkan mereka berdua. Selepas ni terpulanglah pada mereka nak corakkan masa depan mereka, sama ada nak teruskan hubungan ataupun pilih jalan masing-masing. Ika dah lepas tangan.” Terangnya sambil turut menoleh ke arah mereka pasangan tersebut. Taufik yang bercerita entah apa-apa sementara Atika Ayuni asyik tertawa. Mereka nampak serasi bersama.
Kemudian matanya lekat ke wajah suaminya.
“Kak Ju dah sampai ke London agaknya kan, bang?” dia membuka mulut. Yusuf Hakimi angguk. “Dia ada telefon abang ke?”
“Tak ada!” sahutnya pantas.
“Kat mana abang letak lukisan yang dia bagi dulu?”
“Abang hadiahkan pada Nur Ain?”
“Huh?” Zulaika kelihatan terkejut.
“Kenapa? Kan Ika tak suka dengan lukisan tu, abang bagilah kat orang lain.” Yusuf Hakimi bikin dosa kering dengan menipu isterinya, tapi itu adalah lebih baik baginya daripada melukakan hati Zulaika.
Zulaika sengih. Salahnya juga kerana terlalu mengikut kata hati kerana dia sebenarnya amat sukakan lukisan yang dibawa balik oleh suaminya itu.
“MACAM MANA?”
“Macam mana... macam mananya?”
“Eh, buat-buat bodoh pulak! Macam mana dengan Taufik tu? Okey ke tak?”
Segarit senyuman muncul di bibir Atika Ayuni.
“Dia okey. Tapi masih awal lagi untuk Ayu buat keputusan. Dia pun tak desak Ayu untuk buat keputusan dalam masa yang terdekat ni. Jalan yang terbaik ialah kami berkawan dulu dan belajar menilai hati budi masing-masing. Tapi Ayu tak nafikan bahawa dia memang seorang lelaki yang menarik, pandai buat kelakar dan baik.” Kata-kata Atika Ayuni itu membuatkan Zulaika menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya ada petunjuk positif dalam hubungan yang baru berputik itu.
“Tu yang sebaiknya, Ayu. Kita tak boleh buat keputusan terburu-buru untuk pilih pasangan hidup ni. Sekarang Ika dah boleh lepas tanganlah ya.”
“Lepas tangan?”
“Eh, kan tugas Ika hanya nak memperkenalkan Ayu dengan taufik aje. Korang berdua dah kenal, siap tukar-tukar nombor telefon lagi. Jadi tugas Ika dah berakhir di sini. Selepas ni pandai-pandai korang berdualah nak mencorakkan hubungan yang dah terjalin ni.”
Atika Ayuni senyum. “Yelah, Ayu faham. Ayu pun tahu tak lama lagi Ika akan dibebankan dengan tugas yang lebih berat, kan?”
“Maksud Ayu?”
“Kan tak lama lagi Fatin Adiba akan datang ke rumah Ika?” desis Atika Ayuni.
Zulaika hanya mampu menyengih mendengar kata-kata temannya itu. Wajah adik tirinya yang manja dan bermasalah itu menerpa ke ruang ingatan.
“SEJAK BILA kau perlukan khidmat matchmaker ni, Taufik?” soal Yusuf Hakimi ketika duduk berdua-duaan dengan teman lamanya itu sambil meneguk kopi pekat yang beraroma.
Taufik tergelak-gelak. Dia tahu itulah reaksi Yusuf Hakimi.
“Yang aku pelik tu, bini aku yang kau hire untuk dijadikan matchmaker!” ada nada kurang senang dalam kata-katanya.
“Aku minta maaf, Suf. Aku yang minta Ika rahsiakan hal ni daripada kau...”
“Sebab?”
“Sebab aku malu dengan kau, Suf. Dulu masa di kampus, akulah jagoan dalam bab cinta ni. Aku tabur cinta macam pesawah tabur benih padi di bendang. Simpan perempuan keliling pinggang sampaikan awek orang pun aku sanggup kebas...”
Yusuf Hakimi terdiam. Kata-kata Taufik – “...sampaikan awek orang pun aku sanggup kebas...” – memberikan impak yang mendalam ke jiwanya. Dan memori pahit di suatu ketika bergelar sejarah bagaikan bayangan hitam yang ligat mencakar keluar dari ruang kenangannya.
Wajah seorang gadis manis yang periang dan peramah menerpa ke jiwa. Ketika itu baik dia, Taufik mahupun si gadis manis bertubuh montok dan berwajah bulat bernama Aliza itu masih terlalu muda.
Angin cinta ada di mana-mana. Juga bertiup hebat di puncak menara gading tempat di mana anak bangsa mencari ilmu pengetahuan.
“Suf, aku pergi dulu. Kita jumpa kat dorm petang nanti, okey. Aku ada janji dengan awek aku lah!” Taufik tergesa-gesa berlalu meninggalkannya tanpa menyedari yang walletnya tertinggal di meja.
Dia segera bangkit, hendak mengejar anak muda yang bagaikan tidak cukup kaki kerana tak sabar-sabar hendak jumpa aweknya yang entah siapa itu. Dia memang sukar hendak mengingati nama kekasih teman sedormnya itu kerana Taufik adalah jenis buaya darat yang tak pernahnya lekat dengan seorang kekasih. Malah, Taufik menukar kekasih bagaikan menukar baju!
“Fik!” panggilannya tak diendahkan. “Taufik! Wallet kaulah!” dia menjerit-jerit sambil berlari laju mengejar temannya yang semakin menjauh tanpa menyedari bahawa dia akan berlanggar dengan seorang gadis di hadapannya.
Perlanggaran yang tidak disengajakan itulah yang menemukannya dengan Aliza, siswi Fakulti Kesusasteraan. Hubungan sebagai seorang teman biasa akhirnya membuahkan cinta di hati dua remaja.
“Tamat pengajian nanti aku nak balik kampung, jadi cikgu kat sana.” Kata Aliza dengan penuh yakin. “Kau pula macam mana, Suf?”
“Aku akan ikut ke mana aje kat pergi, Liza.”
“Nak ke mama kau benarkan?”
“Urusan aku dengan mama, biar aku yang selesaikan.”
“Kalau aku ditakdirkan posting di pedalaman?”
“Aku akan cari kerja di pekan yang berhampiran. Jabatan kerajaan juga perlukan khidmat orang macam aku kan?”
Aliza ketawa. Terserlah lesung pipit yang dalam di kedua-dua belah pipinya. Naik geram Yusuf Hakimi memandangnya. Kalau boleh ketika itu juga dia hendak mengheret Aliza berjumpa dengan tok kadi meminta agar mereka dinikahkan segera, jadi bolehlah dia mencium pipi montok milik gadis itu.
Itulah kenangan cinta pertamanya. Yang pernah didambakan untuk kekal sehingga ke akhir hayat. Rupa-rupanya semua itu hanya khayalan belaka. Tanpa disedari olehnya, kecantikan dan kemontokan kekasihnya juga telah menarik minat teman baiknya, Taufik. Dari sehari ke sehari anak muda itu ligat memasang umpan agar Aliza terjerat ke dalam perangkapnya. Don Juan seperti Taufik menganggap enteng pada sebuah persahabatan yang sudah terjalin sejak sekian lama apabila ianya mengaitkan kehadiran seorang wanita.
“Kenapa sejak akhir-akhir ni kau macam menjauhkan diri daripada aku, Liza? Aku ada buat salah pada kau ke?” dia menyuarakan rasa kurang senangnya ketika berjaya menemui Aliza di petang yang cerah itu.
Aliza diam. Dia sudah berubah, bukan lagi Aliza yang ceria dan peramah seperti perempuan yang pernah dikenalinya dahulu.
“Cakaplah, Liza. Kau ada masalah ke? Ceritalah dengan aku.” Dia mendesak.
Air mata yang cuba dipertahankan oleh Aliza akhirnya pecah dari takungan. Yusuf Hakimi jadi kaget. Apa masalahnya sehingga Aliza menitiskan air mata begitu?
“Aku minta maaf, Suf. Tapi aku rasa kita tak ada jodoh. Aku dah fikir masak-masak, aku nak putuskan hubungan kita ni.” Kata-kata Aliza itu bagaikan lembing yang tercacak menembusi dadanya.
Dia kelu seketika.
“Apa kau kata? Kau nak putuskan hubungan kita ni? Tapi kenapa, Liza? Kenapa?”
Air mata Aliza melurut semakin laju, bagaikan empangan yang pecah.
“Apa yang dah aku buat, Liza? Aku ada sakitkan hati kau ke?” dia menghentak persoalan yang bertalu-talu. Aliza hanya menggeleng. “Habis tu, kenapa?”
“Kau tak bersalah apa-apa dengan aku, Suf. Aku yang salah. Aku yang tak setia dengan cinta kita.”
Yusuf Hakimi terkaku. Jadi benarlah desas-desus di sekelilingnya bahawa Aliza sedang menjalinkan hubungan dengan Taufik. Tapi kenapa dengan Taufik? Kenapa dengan teman baiknya sendiri sedangkan ramai lagi lelaki yang lebih kacak dan segak di luar sana?
“Siapa lelaki tu?” soalnya.
“Maafkan aku, Suf! Maafkan aku...”
“Taufik? Siapa lelaki tu, Liza? Taufik ke?” tangan kanannya mencengkam leher jenjang Aliza sehingga gadis itu terdongak memandangnya. Dan ketika mata mereka berlaga, Aliza tak perlu membuat pengakuan apa-apa lagi. Jawapannya sudah cukup jelas – Taufiklah orangnya.
“Taufik!!!” suaranya yang menggegarkan itu membuat rakan-rakan siswa menoleh.
“Suf! Sabar, Suf. Kau dah gila ke?”
Bam! Penumbuk padunya hinggap ke wajah Taufik sehingga Don Juan kampus itu terdorong ke belakang. Sebelum sempat Taufik jatuh terbaring ke simen, satu sepakan padu hinggap ke dadanya. Dan, sejak daripada itu status mereka sebagai teman karib hanya tinggal sejarah disebabkan oleh seorang wanita!
Itulah sebabnya Yusuf Hakimi menjadi takut dan cemburu apabila mengetahui yang isterinya berhubung dengan Taufik di belakangnya, walaupun Zulaika hanyalah sebagai matchmaker untuk memperkenalkan jejaka itu dengan Atika Ayuni. Baginya, orang seperti Taufik yang terlalu akrab dengan perempuan sehingga pernah menjadikan kaum hawa itu sebagai permainannya, mustahil mempunyai masalah untuk mencari jodoh yang sesuai.
Bagaimana dengan nasib Aliza, bekas kekasihnya dahulu? Kalau Taufik benar-benar gilakan dia sehingga sanggup menggadaikan persabahatan mereka, kenapa tak nikahi saja dia?
“Suf, aku tahu suatu ketika dulu aku pernah berlaku kurang ajar dengan kau. Tapi tu dulu, Suf. Aku memang mengaku yang ketika tu aku tak pernah cukup dengan sorang perempuan. Sekarang aku dah insaf. Aku dah bosan dengan kehidupan macam tu. Aku nak kahwin dengan seorang perempuan baik dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.” Taufik berterus terang.
“Atika Ayuni adalah seorang gadis yang baik. Aku rasa dia juga akan jadi calon isteri yang sesuai untuk kau, Fik. Tapi macam mana dengan berderet-deret perempuan yang pernah jadi awek kau dulu?”
“Mereka tu hanya tinggal sejarah, Suf.” Tukas Taufik sambil menoleh ke arah dua orang wanita cantik yang sedang menuju ke arah mereka.
Perbualan mereka tentang masa silam terus terhenti walaupun Yusuf Hakimi terlalu ingin tahu apa yang terjadi pada Aliza, perempuan pertama yang mengajarnya erti cinta dan kecewa.
“Bukan main rancak lagi berborak?” tegur Zulaika sambil berdiri di sisi suaminya. Yusuf Hakimi dan Taufik tergelak kecil.
“Sesekali jumpa, borak panjanglah sikit.” Sahut suaminya. “Seronok juga bila diingat-ingatkan semula kisah silam masa di kampus dulu, kan Taufik?” sambungnya dengan senyuman penuh makna.
Taufik hanya mampu tergelak kecil. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang berada dalam fikiran lelaki itu. Atau apakah Yusuf Hakimi benar-benar telah memaafkannya.
“Dah nak balik ke, sayang?” soal Yusuf Hakimi ke arah isterinya. Zulaika mengangguk. “Siapa yang nak hantar Ayu pulang?”
“Aku boleh hantarkan!” sahut Taufik pantas.
“Hantar terus ke pintu rumah tau. Jangan bawa dia ke tempat lain pulak!” Zulaika segera mengingatkan.
Taufik, Yusuf Hakimi dan Atika Ayuni tergelak kecil mendengar kata-kata Zulaika itu.

Langgan:
Catatan (Atom)