Dalam keghairahan kita bercakap tentang kemerdekaan, tentang
makanan tradisional. Cara kehidupan
orang Melayu, Cina dan India, dan etnik lain yang menjadi sebahagian dari
Malaysian, adakah kita ingat tentang budaya kita yang satu ini. TARIAN TRADISIONAL MALAYSIA. Sudah jarang kita nikmati dan tontoni di kaca
televisyen. Saya kagum dengan Sabri
Yunus yang berusaha mengekalkan DIKIR BARAT agar terus dihargai dan diminati
oleh masyarakat Malaysia. Tetapi
bagaimana dengan tarian-tarian lain?
Adakah sudah dilupakan? Sudah
hilang ditelan zaman? Adakah masih
diperkenalkan di sekolah-sekolah? Di pusat
pengajian tinggi? Hari ini satu konsert
tersiar di televisyen di tv1, sekumpulan penyanyi muda menyanyikan lagu yang
senikatanya lebih kurang begini 31 OGOS,
MERDEKA, kita tidak dijajah! Melihat mereka menyanyi stail hip hop, buat saya
tersenyum sendiri. Hip Hop bukan budaya
MALAYSIA, budaya asing. Memang kita
tidak diperintah, tetapi kita dijajah
oleh budaya asing yang sedang meresap, mengalir dalam diri anak-anak
kita. Kita tidak sedar itu. Kita tidak nampak atau kita buat-buat tidak nampak.
Mungkin orang akan kata, ala… siapa yang hendak menarikan lagi tarian
Melayu? Lagu-lagu asli? Siapa yang hendak dengar lagu yang
mendayu-dayu… lagu yang sesuai untuk
orang-orang tua, mungkin itulah anggapan anak-anak muda hari ini. Tetapi jangan kita lupa, di situlah juga
letaknya patriotik dalam diri dengan
menyayangi dan menyanjung tinggi BUDAYA
sendiri. Joget, Inang, Zapin, Tarian
klasik India, Tarian Kipas, setiap negeri pula ada tarian etnik mereka
sendiri. Dari Perlis sehingga ke Sabah,
semua ada tarian tradisional mereka sendiri, Tarian Semazau, Tarian Lilin, Ayam Didik, Trinai, Asyik, Gamelan, semuanya sudah pasti
tidak lagi kita ingati. Mengenali budaya
setiap etnik adalah sesuatu yang indah dan menarik. Bercakap tentang kelembutan penarinya, riang
dan asyik rentaknya. Melodi yang indah
dan membuat langkah diayun dengan lenggoknya.
Bukan mudah menarikkannya.
Ada ketika sakitnya hati, apabila ada sesuatu rancangan yang memaparkan untuk muda mudi menari tarian-tarian ini sudah pasti ada yang tidak tahu, bagaimana kita hendak perkenalkan tarian, muzik dan budaya kita ini kepada pelancung asing sedangkan kebanyakkan kita tidak mengetahui maklumat tentang kebudayaan dan keseniaan tarian dan muzik kita sendiri. Alangkah malangnya kita jika lebih hebat bercerita tentang muzik hip hop dari bercerita tentang ghazal dan mak yong. Alangkah malangnya kita jika kita mampu bercerita tentang tarian breakdance dari bercerita tentang tarian joget. Apabila Aznil Nawawi menjadi penaung satu rancangan tarian di tv Astro untuk anak-anak remaja dan pelajar sekolah, di mana mereka juga diminta menarikan tarian-tarian tradisional, ini adalah satu tindakan yang baik agar anak-anak ini tahu budaya sendiri, muzik dan irama bangsa sendiri. Kalau kita sebagai orang Melayu, India dan Cina atau bangsa dan etnik lain tidak terus memperkenalkan dan mengekalkan muzik ini dan sering diperdengarkan pada umum, pelajar, pusat pengajian tinggi, takut-takut nanti akan hilang ditelan zaman.
Tarian Melayu indah sekali,
Iramanya asyik dan menarik jiwa
Jangan dilupa budaya sendiri
Takut nanti hilang begitu sahaja
Sayangilah budaya sendiri, kenalilah muzik kita sendiri, walaupun tidak pandai menarikannya, sekurang-kurangnya tahu, apa itu muzik inang, joget dan zapin, apa itu tarian klasik India dan budaya bangsa lain, sedikit sebanyak kita mampu menerangkannya pada pelancung yang datang. Bukankah tahun ini TAHUN MELAWAT MALAYSIA. Muzik moden kita ikutkan, muzik sendiri dilupa jangan. Hargailah apa yang ada, jangan hilang identiti diri semata-mata ingin dikatakan mengikut peredaran zaman. Zaman boleh berubah tetapi jati diri harus bertahan. Begitu jugalah Irama, muzik dan budaya rakyat Malaysia. Harus terus dikekalkan, jangan dibiarkan terus hilang dan dilupakan. Semoga Kemerdekaan ke 57 ini membuatkan kita semakin sayangkan Negara kita, budaya kita. Biar betapa majunya kita, namun budaya kita jangan dibiarkan terpinggit dan dilupakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan