AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Monday, 6 November 2017

1) PELAJARAN EKONOMI - Oleh CIKGU NORLIZAH YASSIN. ( GURU EKONOMI Sek. Men. Keb. Gombak Setia)

Ekonomi Mikro STPM (Penggal Satu)

Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas, Masalah Asas Eko dan Keluk Kemungkinan Pengeluaran:
1. Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas yang dialami oleh seseorang individu pengguna.
• Kekurangan ialah masalah ekonomi yang dialami kesan daripada kekurangan sumber ekonomi berbanding kehendak manusia yang tidak terhad. Contohnya seseorang pengguna kekurangan wang untuk membeli semua jenis barang yang dikehendaki.
•Pilihan ialah masalah ekonomi yang wujud kerana kekurangan sumber menyebabkan pilihan perlu dibuat. Contohnya pengguna yang kekurangan wang perlu memilih apa jenis barang yang akan dibeli daripada beberapa pilihan yang ada.
• Kos lepas ialah masalah ekonomi yang wujud akibat daripada wujudnya pilihan. Contohnya, jika pengguna memilih pilihan pertamanya iaitu untuk membeli kasut dan melepaskan pilihan keduanya iaitu untuk membeli buku, maka kos lepas yang dihadapi pengguna ialah barang pilihan kedua terbaiknya yang terpaksa dilepaskan iaitu buku.
2 (a) Terangkan maksud masalah asas ekonomi.
Masalah asas ekonomi melibatkan masalah yang berkaitan pengagihan sumber ekonomi yang terhad, iaitu melibatkan masalah apa, berapa banyak, bagaimana dan kepada siapa barang dan perkhidmatan dikeluarkan.
(b) Huraikan bagaimana masalah asas ekonomi diselesaikan dalam sistem ekonomi pasaran bebas.
• Secara amnya, masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi pasaran bebas diselesaikan oleh keputusan isi rumah dan firma melalui mekanisme pasaran.
• Masalah apa yang hendak dikeluarkan diselesaikan berdasarkan permintaan pengguna di pasaran, bermakna firma akan mengeluarkan barang yang mempunyai permintaan oleh pengguna.
• Masalah berapa banyak dikeluarkan ditentukan oleh mekanisme harga di pasaran yang menetapkan tingkat kuantiti keseimbangan, iaitu kuantiti pengeluaran yang akan dipilih.
• Masalah bagaimana hendak dikeluarkan ditentukan oleh mekanisme pasaran yang menentukan harga faktor pengeluaran dan kaedah pengeluaran yang menggunakan kos yang paling rendah akan dipilih.
• Masalah kepada siapa akan dikeluarkan ditentukan oleh pengagihan pendapatan di kalangan pemilik faktor yang akan menentukan kuasa permintaan pengguna, dengan itu barang mewah dikeluarkan kepada pengguna berpendapatan tinggi.
3. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran AD sebuah ekonomi yang mengeluarkan barang X dan barang Y.
(a) Terangkan keadaan-keadaan kecekapan pengeluaran di dalam ekonomi.
(b) Terangkan masalah kekurangan yang dialami ekonomi.
(c) Terangkan masalah kos lepas yang dialami dalam ekonomi.

(a) Kecekapan pengeluaran ditunjukkan oleh semua titik di atas keluk kemungkinan pengeluaran AD kerana wujudnya guna tenaga penuh. Sebaliknya, sebarang titik ke kiri daripada keluk kemungkinan pengeluaran AD menunjukkan ketidakcekapan pengeluaran kerana wujud pengangguran sumber.
(b) Masalah kekurangan ditunjukkan oleh bahagian kanan daripada keluk kemungkinan pengeluaran AD, contohnya titik F ialah kombinasi yang tidak dapat dicapai kerana kekurangan sumber.
(c) Masalah kos lepas ditunjukkan oleh kecerunan keluk kemungkinan pěngeluaran AD, contohnya jika kombinasi B dipilih, firma akan mengalami kos lepas, iaitu sejumlah barang Y yang dilepaskan untuk meningkatkan pengeluaran barang X.

No comments:

Post a Comment