Permintaan dan penawaran
 
 Model permintaan dan penawaran menerangkan interaksi dalam pasaran 
untuk sesuatu barangan di antara pengeluar dan pengguna, dan hubungannya
 dengan harga dan penawaran barangan itu. Ia merupakan model asas 
mikroekonomi dan digunakan untuk menjelaskan beberapa senario, dan juga 
sebagai konsep asas untuk berbagai-bagai model perekonomian dan teori 
yang lain. Ia asalnya diterangkan oleh Antoine Augustin Cournot, dan dipopularkan oleh Alfred Marshall.
 
 Model ini meramalkan bahawa dalam sebuah pasaran bebas yang sempurna, 
harga berfungsi untuk menyeimbangkan jumlah diperlukan oleh pengguna dan
 jumlah dibekal oleh pengeluar dalam menghasilkan sebuah ekonomi 
seimbang.
 
 Harga sesuatu barang ditentukan oleh keseimbangan di 
antara pengeluaran pada setiap harga (bekalan/penawaran) dan keinginan 
oleh mereka dengan kuasa membeli pada setiap harga 
(keperluan/permintaan). Jadual ini dapat menggambarkan kenaikan pada 
keperluan dari D1 ke D2, bersamaan dengan sebuah kenaikan berikutnya 
pada harga dan jumlah jualan harga barang.

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan