Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Selasa, 7 November 2017

14) DEFINISI PKS - OLEH CIKGU NORLIZAH MOHD YASSIN

 DEFINISI PKS

Sejak tahun 2005, satu definisi seragam yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah diguna pakai oleh semua Kementerian dan agensi, institusi kewangan dan pengawal selia yang terlibat dalam program pembangunan PKS.

Memandangkan terdapat pelbagai perubahan dalam ekonomi seperti inflasi harga, perubahan struktur ekonomi dan perubahan trend perniagaan sejak tahun 2005, satu kajian semula definisi telah dilakukan pada tahun 2013. Mesyuarat MPPK ke-14 pada bulan Julai 2013 telah meluluskan definisi baharu PKS yang merangkumi semua sektor iaitu perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan perlombongan & pengkuarian.
Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa adalah dua kriteria yang digunakan bagi menentukan definisi dengan menggunakan asas “ATAU” seperti berikut:

Bagi sektor pembuatan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.

Bagi sektor perkhidmatan dan sektor lain, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
Definisi terperinci mengikut kategori iaitu mikro, kecil dan sederhana adalah seperti berikut:

SME DEF BM
Di bawah definisi baharu, PKS hendaklah merupakan satu entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan-badan yang sama taraf dengannya seperti badan professional atau pejabat daerah di Malaysia Timur. Walau bagaimanapun, definisi ini tidak termasuk:

Entiti tersenarai awam yang berada di papan utama; dan
Subsidiari bagi:

- Syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama;

- Syarikat multinasional (MNCs);

- Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs)

- Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs); dan

- Perusahaan milik Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Komen