NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga.
Bahagia baginya bagaikan bintang yang bertaburan di langit; indah tetapi
tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu
dan ayah, sekadar menumpang kasih orang dan bila dewasa, kasih dan
cintanya diuji lagi.
Kehadiran ISKANDAR memberikannya
kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun, rahsia keluarga
yang tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara
kasih ibu dan kasih kekasih, yang manakah harus dikorbankan? Demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan.
"Cinta bukan matematik, Nudra. Satu cinta bahagi dua bukannya setengah."
"Saya juga bimbang Is, kalau kekuatan saya hilang dalam keadaan payah begini."
Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ahh.. tetapi tidak selamanya
hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka, parutnya
tinggal sampai bila-bila. Lalu, apa lagi yang terbaik selain nekad
mengikut kata hati? Kerana... itu adalah lebih baik daripada merelakan
diri hidup bahagia dalam kepura-puraan!
Tajuk: Kerana Terluka
Penulis: Aida Adriani
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-353-4
Halaman: ~512
Beli online di Karangkraf Mall - http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=1082
Baca prebiu buku dan novel terlaris di http://buku.karangkraf.com/ hari ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan