Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Khamis, 18 Julai 2013

ULASAN BUKU : MENITI MAUT


MENITI MAUT
EYMAN HYKAL
ALAF 21
402 M/S

Suda
h lama tidak baca buku seperti ini. Waktu zaman sekolah genre seperti ini menjadi pilihan sehingga bercita-cita hendak jadi polis. Bila sedar diri berkaca mata, matilah impian tersebut. Mungkin suatu hari nanti boleh direalisasikan dalam bentuk buku. Tahniah penulis, novel aksi lain dari yang lain. Memang berani. Tercari-cari sebenarnya jalan cerita seperti ini yang melibatkan PM dan Negara. Memang tidak rugi membelinya. Tidak sia-sia teracun dan termakan racunnya.
MENITI MAUT karya thriller aksi, penyiasatan. Penuh aksi, penuh debaran. Mengisahkan tentang Fariz Zahar yang telah terpilih menjadi ahli BISIK sebuah unit rahsia yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan keselamatan. Membantu PM mencari, meredah dan menghancurkan mereka yang berniat untuk menghancurkan dan memburukkan negara.
Plot yang baik dan mudah difahami begitu juga dengan gaya bahasanya. Mudah dan tidak sukar memahaminya.
Fariz Zahar seorang anggota BISIK masih baru dan mentah, belum pernah membunuh, akibat kelalaiannya dan ketidakberaniannya telah menyebabkan rakan setugasnya terbunuh. Bagaimana Fariz Zahar menghadapinya. Mampukah dia bangun semula setelah gagal menyelamatkan nyawa rakan setugasnya itu. Tugas seterusnya adalah menjadi pemandu peribadi kepada Tan Sri Daud. Kenapa tiba-tiba seorang anggota BISIK menjadi pemandu peribadi? Memang tidak masuk akal. Apa misi BISIK dan tujuan BISIK masuk ke dalam Syarikat Tan Sri Daud. Apa agenda tersembunyi Bruce seorang pemuda dari luar negara berminat untuk melabur dalam syarikat Tan Sri Daud. Siapa pula Faryna dalam hidup Fariz Zahar. Kenapa Fariz Zahaar kurang senang dengan gadis tersebut.
Berjayakah misi BISIK dan Fariz Zahar untuk menyelamatkan negara dan syarikat Tan Sri Daud dari menjadi mangsa kejahatan yahudi. Bagaimana mereka menjalankannya dan menyelamatkan kedudukan Tan Sri Daud dan menghalang kemasukan musuh-musuh negara , kenalah baca sendiri ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan