Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Khamis, 18 Julai 2013

ULASAN : DETIK DEBAR



DETIK DEBAR
Eyman Hykal
Alaf 21
430 m/s
*****
Kesinambungan dari Meniti Maut, kali ini penulis lebih berani dengan memaparkan watak-watak yang tidak pernah kita sangka boleh masuk ke dalam novel melayu dan berani mencuba. Tabik hormat saya pada penulis. Sebelum ini ada watak PM tetapi kali ini watak Presiden Amerika. Memang terbaik.
Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang semakin merudum. Presiden Amerika Syarikat, John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap system kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di Malaysia. Namun, niat murninya sudah tentu akan ditentang oleh The Group sebuah kumpulan kewangan Konvensional Amerika yang didalangi oleh Zionis. Berjayakan misi John Martinez Apakah niat The Group untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat itu akan berjaya. Mampukah kumpulan BISIK dan Fariz Zahar menyelamatkan maruah negara dari tercemar dengan berlakunya pembunuhan tersebut. Siapa pula Jennifer Miles yang tiba-tiba datang ke Malaysia. Apa urusan gadis berbangsa Amerika ini datang ke Malaysia? Kenapa Fariz Zahar diminta mendekati Jennifer Miles. Siapa Moussa, Ali dan Omar? Kenapa Moussa ingin membunuh Jennifer Miles. Semuanya akan terjawab dengan membaca novel aksi ini. Siapa musuh dalam selimut Presiden Amerika sehingga dia hampir berjaya dibunuh? Semuanya akan terungkap dalam buku ini. Berhati-hati dengan musuh dalam selimut kerana lebih merbahaya dari musuh yang nyata.
Memang tidak sia-sia dan tidak merugikan. Pasti teruja perasaan kita untuk membacanya apabila mengetahui Presiden Amerika memeluk Islam. Amin semoga itu akan menjadi kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan