ADUHAI ISTERI – ( ISBN 978 983 124 842 3)
MUHAMAD MAT YAKIM
ALAF 21
2013
RM18.00
Buku
motivasi khas untuk para isteri dan suami pun boleh baca. Disajikan secara selamba, kelakar dan mampu
buat anda tersenyum. Antara kupasan yang
menarik adalah ABAH TAK PENING ADA ISTERI DUA?
Atau WANITA 40 PALING
ANGGUN. Disampaikan dalam bentuk
santai dan mudah difahami. Para isteri
bolehlah menghadiahkan buku ini kepada suami atau suami bolehlah hadiahkan
kepada isteri. Kalau boleh sama-sama
baca.
Karya
yang mampu buat kita senyum lebar, ketawa guling-guling atau menunduk malu
sendiri. Hebat Tuan Muhamad Mat Yakim,
menulis mengikut pengalaman sendiri dan kawan-kawan yang dikongsikan bersama
kita. Sesuai dijadikan panduan dan
sempadan agar tidak leka dan lalai dalam menjalani kehidupan seharian sebagai
suami dan isteri. Boleh juga dijadikan
panduan kepada mereka yang masih berasa muda padahal usia sudah menjangkau
senja dan ingin menambah cawangan.
Rasanya selepas baca pasti tak jadi J.
Apapun
saya suka buku ini. Dalamnya ada hiburan
dalam masa ada ilmu yang boleh dikongsi bersama. Kepada mereka yang belum memilikinya bolehlah
dapatkan di pasaran. Ada sebuah lagi
yang saya beli juga ADUHAI SUAMI!
Tunggu giliran untuk dibaca pula.
tq
BalasPadamtq
BalasPadam