Bila
pula arwah suaminya tukar wasiat tersebut? Takkan sebelum meninggal? Hisy,
bila? Katrina mengetap bibir. Rasa mahu digigit lidahnya biar putus. Janji
sudah dibuat dengan kedua-dua orang tuanya untuk memberi beberapa ratusan ribu
ringgit. Dalam keadaan begini bukan ratusan ribu, ratusan ringgitpun belum
tentu.
“Puan
hajah... Puan Katrina. Inilah yang telah ditulis oleh arwah sebelum dia menemui
ajal pada hari yang sama. Harap puan hajah dan Katrina terima dengan hati yang
terbuka. Kerja saya sudah selesai. Puan Mastura tolong tandatangan di sini
tanda penyerahan harta ini kepada puan sebagai pemegang amanah kepada Maria,
anak puan yang merupakan waris tunggal harta-harta ini,” kata Haji Arshad.
Mastura
terdiam. Segala keputusan arwah suaminya pasti disanggah oleh kedua-dua insan
yang berada di hadapannya. Api kebencian sedang marak menyala di mata
masing-masing. Kalau mereka harimau atau binatang buas sudah pasti dia dan
Maria ditelan hidup-hidup tidak tunggu lagi. Biar lenyap di muka bumi.
“Dia
tidak berhak dapat harta ini!” jerkah Halijah.
“Saya
tidak boleh berbuat apa-apa, puan hajah. Tidak boleh ada pemindahan. Kalau itu
berlaku, semua orang tidak akan dapat apa-apa. Itulah yang telah tertulis di
dalam wasiat ini,” terang Haji Arshad.
“Apa
dah kau buat, Ashraf?!” jerit Halijah seperti orang hilang akal. Wajah Mastura
ditenung dengan kejam. “Apa yang kau bagi anak aku makan, hah?! Sampai semua
harta dia beri kepada kau dan anak kau aje?” Melengking suaranya bagaikan
halilintar memecah bumi. Kalah kilat jika terdengar pancaran suara Halijah itu.
“Mas
mana ada buat apa-apa?” Mastura membela diri. Dia tidak akan mendiamkan diri
jika dihina. Bukan dia gila harta. Bukan dia mengemis dengan suaminya. Itu
adalah hak Maria, anaknya.
“Berani
kau jawab, ya?!” Halijah mengangkat tangan, namun pantas ditahan oleh Haji
Arshad.
“Puan
Hajah Halijah! Mastura menantu awak. Mulai sekarang dialah yang menguruskan
segala ke
perluan puan. Lagi satu, puan tidak boleh menghalau dia dari rumah ini. Kalau dia keluar dari rumah ini, puan dan Katrina tidak akan dapat apa-apa,” terang Haji Arshad. Kecewa dengan sikap wanita yang sudah berumur itu.
perluan puan. Lagi satu, puan tidak boleh menghalau dia dari rumah ini. Kalau dia keluar dari rumah ini, puan dan Katrina tidak akan dapat apa-apa,” terang Haji Arshad. Kecewa dengan sikap wanita yang sudah berumur itu.
“Semua
ini tipu! Bohong!” Macam orang hilang akal, Halijah tidak tentu arah. Bagaimana
mungkin semua hartanya jatuh ke tangan menantu yang dibencinya itu? Kenapa
Ashraf sekejam itu, sanggup menyerahkan harta kepada isteri tuanya? Dia dan
Katrina gigit jari?
Dia
mundar-mandir mencari jalan. Wajah Haji Arshad dipandang dengan berang. Kalau
Gunung Berapi Kelud meledak hebat, lebih hebat letusan hatinya ketika itu.
“Puan
hajah,wasiat ini ditulis sendiri oleh arwah. Saya tidak mampu berbuat apa-apa.
Tugas saya sudah selesai. Saya mohon diri dahulu. Jika ada sebarang masalah
datanglah ke pejabat.” Haji Arshad menunduk hormat. Beg bimbit dicapai terus
berlalu keluar. Tidak mahu berlama, nanti lain jadinya. Biarlah mereka mengamuk
sesama sendiri. Kerjanya hanya menyampaikan kehendak pelanggannya. Walaupun
sudah lama menjadi peguam keluarga itu, sikap wanita itu tidak pernah berubah.
Suka mengarah dan memberontak. Menyerang tanpa berfikir diri itu sudah cukup tua
untuk mengamuk bagaikan orang muda.
Halijah
mengetap bibir. Wajah Mastura yang duduk di hadapannya terasa bagaikan kecil
sahaja. Mahu sahaja dia menerpa dan bergomol dengan menantunya itu.
“Ibu!
Apa Abang Ashraf dah buat? Semua harta diserahkan kepada Mastura! Apa semuanya
ni? Sia-sia aje kahwin dengan Abang Ashraf, habuk aje yang tinggal!” amuk
Katrina.
“Suti!”
panggil Mastura.
“Ya,
puan?” Suti berlari anak mendekati majikannya.
“Bawa
Maria masuk bilik. Buka televisyen untuknya,” arah Mastura.
Suti
akur. Dia mendukung Maria dan masuk ke dalam bilik. Dia keluar semula untuk
menjalankan kerja di dapur.
Mastura
memandang wajah kedua-dua insan yang menjadi teman serumahnya itu. Teman
serumah? Mahu tergelak pun ada. Seorang madu dan seorang lagi ibu mertua. Entah apa ujian yang bakal dihadapinya nanti.
Kenapalah arwah meninggalkan semua harta di bawah seliannya? Boleh pusing
kepala 360 darjah. Duit simpanan dan saham syarikat yang diletakkan atas
namanya sejak dia berkahwin dengan arwah suami sudah jauh lebih daripada cukup.
Aduhai, bagaimana dia hendak menghadapi dua insan yang sedang memandangnya
bagaikan singa lapar? Bila-bila masa sahaja mereka akan menerkam. Dirinya
bagaikan mangsa sahaja di mata mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan