GADISKU RABBITA
NINA ROSE
ALAF 21
2014
RM23.00
Hakimi seorang pemuda yang suka berfoya-foya di luar rumah.
Salah satu minatnya clubbing bersama rakan-rakannya. Tidak berminat bekerja sedangkan keluarganya
mempunyai syarikat sendiri.
Ila Nadirah tinggal bersama ibu saudaranya setelah orang
tuanya menghilangkan diri. Berpindah ke rumah baharu mempertemukan dia
dengan Andrew dan Hakim yang merupakan jiran setamannya. Sikap Ila yang happy go luck dan seperti
melompat-lompat umpama arnab membuatkan Hakim menggelar gadis itu Rabbita.
Sikap dan perwatakan Ila membuatkan Hakim dan Andrew
menyimpan perasaan terhadap gadis tersebut.
Ila menyimpan sedikit rasa di hati terhadap Andrew. Hakim pula main-main tarik tali, begitu juga
dirinya. Kerana Ila, Hakim berubah
menjadi insan yang bertanggungjawab.
Dalam diam cinta berputih di hati.
Hakim sendiri menghadapi masalah dengan kehidupan dalam
keluarganya. Ayahnya beristeri 4 dan
terpaksa berhadapan dengan ibu tirinya yang suka meroyan tidak tentu
pasal. Adik tirinya yang sengal dan
menyakitkan hati. Hubungannya yang kurang baik dengan ayahnya menambah sakit di
jiwa.
Mampukah hatai Ila bersatu dengan Andrew? Adakah cinta
Ila untuk Hakimi? Pulihkah kembali hubungan Hakim dan
ayahnya? Kalau sudah cinta kenapa tidak
dinyatakan sahaja, bila ego menempek takut terpaksa tunggu sampai ke tua. Itulah Hakim dan Ila…
Karya pertama penulis Nina Rose,tidak menghampakan dan jalan ceritanya menarik. Tercipta konflik yang menarik dan pengakhiran yang tidak mengecewakan.
Karya pertama penulis Nina Rose,tidak menghampakan dan jalan ceritanya menarik. Tercipta konflik yang menarik dan pengakhiran yang tidak mengecewakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan