Bab 24
ZULAIKA teringat ketika pertama kali dia menapak ke
syarikat penerbitan itu dua tahun lalu untuk menjaja manuskrip
sulungnya. Ketika itu dia masih lagi bekerja di sebuah kilang di Bandar
Sunway, pekerjaan yang dilakukannya setelah berhijrah dari kampung ke
kota. Dia sampai ke situ dengan bas di tengah-tengah terik matahari.
Kemudian terpaksa pula berjalan di celah-celah deretan kedai untuk
mencari di manakah lokasinya. Ketika itu dia haus dan juga lapar dan
berdoa agar orang yang menyambut ketibaannya nanti akan menghulurkan
segelas air untuknya.
Kalau dua tahun lalu kehadirannya tidak
dihiraukan oleh para pekerja di syarikat itu, berlainan pula dengan
ketibaannya kali ini. Mereka menyambutnya dengan mesra dan kedatangannya
dialu-alukan terutamanya oleh editornya, Syuhada.
“Apa khabar, Ika?
Lama tak jumpa?” sapa Syuhada sebaik melihatkan kemunculannya di muka
pintu. “Ada buah tangan untuk Kak Ada ke?”
“Buah tangan?” soalnya.
“Err...” dia mengeluarkan seplastik buah-buahan seperti epal, oren dan
limau yang dibelinya dalam perjalanan ke situ tadi lalu diletakkan di
atas meja Syuhada membuatkannya tergelak kecil.
“Bukan buah tangan
ni yang Kak Ada minta, Ika, Tapi manuskrip terbaru Ika. Dah dua tahun
Ika menyepi, tahu tak? Sejak dah bergelar isteri orang ni, senyap sunyi
aje. Takkan layan suami aje, dik?” Syuhada sempat mengusik.
Zulaika tergelak malu.
“O... manuskrip terbaru Ika, ya? Ika tengah usahakanlah ni kak. Kali ni
Ika nak tulis panjang-panjang sikit, tulah sebabnya Kak Ada kena
bersabar.” Sahutnya.
Syuhada tergelak. Kalau dahulu, gadis yatim
piatu dari ceruk kampung yang kemudiannya bergelar pekerja industri itu
begitu mentah, lurus dan sedikit kurang matang, tapi kini dia telah
berubah. Mungkin peningkatan usia dan pengalaman yang semakin bertambah
telah memberikan sedikit sebanyak impak pada dirinya.
“Dah pandai menjawab sekarang ni ya?” bidas Syuhada dan Zulaika hanya ketawa kecil.
“Kak, macam mana jualan untuk novel pertama Ika tu?”
“Hanya Sebuah Memori dapat sambutan yang menggalakkan. Sekarang ni dah
nak masuk ke cetakan yang keempat. Kak Ada baru aje nak suruh budak
poskan satu copy cetakan terbaru ni pada Ika. Terlanjur Ika dah datang
ni, Kak Ada bagi terus ajelah pada Ika ya.” Kata Syuhada sambil
menghulurkan sebuah novel setelah empat ratus halaman ke arahnya.
Zulaika menyambutnya dengan rasa bangga. Dia tidak menyangka novel yang
diusahakannya dengan segala susah-payah itu akhirnya mendapat sambutan
hangat daripada para pembaca. Novel itu adalah novel pertamanya. Dia
mengusahakannya kerana minat. Setelah segela susah payah itu membuahkan
hasil yang agak lumayan juga – walaupun taklah selumayan pendapatan
suaminya – dia wajar berbangga.
Kemudian Syuhada menghulurkan pula beberapa pucuk surat kepadanya. Zulaika tercengang.
“Ni surat daripada peminat-peminat Ika.” Dia segera memberitahu sambil tergelak kecil.
“Isy, tak sangka Ika ni ada peminat, kak.” Tingkah Zulaika.
“Ika, sekarang ni Ika dah terkenal tau. Walaupun orang tak lihat wajah
Ika macam penyanyi atau pelakon kat tv tu, tapi beribu-ribu orang baca
novel Ika. Mereka juga tertunggu-tunggu kemunculan novel terbaru Ika.
Jangan menyepi lama-lama, dik. Nanti orang lupakan kita.” Nasihat
Syuhada.
“Insya-Allah, kak.” Kata Zulaika dengan keazaman yang semakin berkobar-kobar.
“Eh, dah lama juga Ika kahwin kan? Belum ada tanda-tanda lagi ke?” soalan itu membuatkan kegembiraannya terhenti.
“Err... belum ada rezeki, kak.”
“Tak apalah. Ika masih lagi muda. Masih banyak masa lagi untuk bergelar
ibu. Kalau macam tu, tentu ada banyak masa nak menulis kan? Pulun
dik... jangan tak pulun! Peminat Ika tertunggu-tunggu kemunculan novel
terbaru Ika tau.” Syuhada tidak putus-putus memberikan semangat.
“Insya-Allah!” sahut Zulaika pantas.
Mereka berbual tentang beberapa perkara sebelum dia mengambil keputusan
untuk pulang ke rumahnya. Jam ketika itu menunjukkan tepat ke pukul
tiga setengah petang. Dia melangkah turun dari Syarikat Cinta Buku
Publishing untuk menunggu teksi. Ketika dia sedang menunggu teksi itulah
Yusuf Hakimi menelefonnya.
“Ika dah keluar dari syarikat tu ke?” soal suaminya.
“Ya, bang. Ika tengah tunggu teksi ni.”
“Ika tunggu kat situ ya. Lima minit lagi abang sampai.” Tingkah Yusuf
Hakimi. Zulaika gembira kerana tidak perlu menunggu teksi untuk pulang
ke rumah sebaliknya dia akan dijemput oleh suaminya sendiri.
Apabila kereta suaminya berhenti, dia terus memboloskan diri ke dalamnya. Yusuf Hakimi menyengih ke arahnya.
“Abang memang sengaja lalu kat sini.” Katanya. “Kita minum dulu. Lepas tu abang akan hantar Ika balik ke rumah.”
“Kenapa? Abang kena balik pejabat ke lepas tu?”
Yusuf Hakimi mengangguk.
“Sibuk sikitlah, sayang. Abang dah call Fatin tadi, suruh dia balik
sendiri. Malam ni abang mungkin balik lambat sikit. Ika tak payahlah
susah-susah masak ya.” Yusuf Hakimi meramas jari-jemari kanan isterinya.
“Okeylah, bang.” Sahut Zulaika.
“KENAPA, Kak Som? Kak Som macam tak sukakan dia aje?” soal Mak Intan.
“Saya tengok Ika tu baik budaknya, bersopan-santun, ringan tulang...”
“Kalau orangnya aje baik tapi sumbang nak buat apa?”
“Sumbang?”
“Aku pun teringin tengok Yusuf timang anak sendiri, Intan!” Puan Kalsom meluahkan isi hatinya.
Mak Intan geleng kepala.
“Jangan risau, Kak Som. Belum rezeki mereka agaknya. Kalau dah tiba
masanya nanti, berderet-deretlah cucu Kak Som. Nanti tak terlarat pula
nak tolong jaga.” Dia sempat mengusik.
“Saya tengok Yusuf tak kisah
pun tentang tu. Kak Som, isterinya tu masih muda lagi, masih ada
harapan. Ada orang tu sepuluh lima belas tahun kahwin pun masih gagal
nak timang anak sendiri. Asalkan mereka bahagia, sudahlah Kak Som.”
“Kau tu cakap senanglah, Intan. Aku ni yang risau, tahu tak! Aku hairan
dalam ramai-ramai perempuan kenapa budak dari ceruk kampung tu juga yang
dia pilih untuk dijadikan isteri!” Puan Kalsom mendengus.
“Bekas
kekasihnya dulu kerja pramugarikan, Kak Som?” soal Mak Intan yang pernah
melihat kelibat bekas kekasih Yusuf Hakimi sebelum dia mengambil
keputusan untuk kahwin dengan Zulaika. Puan Kalsom angguk. “Agaknya
bukan jodoh dia dengan perempuan tu. Jodoh dia dah ditetapkan dengan
Ika.”
“Dia sanggup tinggalkan Suziana anak Datin Kamariah tu
walaupun dah bercinta bertahun-tahun semata-mata gilakan budak kampung
tu!” dengusnya lagi.
“Ni yang dinamakan jodoh, Kak Som. Kata orang
tua-tua, ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga.” Nasihat
Mak Intan.
Setelah jirannya melangkah pulang, Puan Kalsom duduk
termenung di muka pintu. Dia membayangkan wajah Zulaika dan
membandingkannya dengan Suziana, bekas kekasih Yusuf Hakimi. Dia jadi
pelik memikirkan kenapakah anak lelakinya itu sanggup memutuskan
cintanya dengan pramugari MAS itu setelah bertemu dengan Zulaika, anak
yatim piatu yang berasal dari ceruk kampung.
Pernah terlintas di
fikirannya yang perempuan kampung itu telah mengenakan ilmu guna-guna
pada Yusuf Hakimi. Dia ingat lagi cerita Yusuf Hakimi apabila ditanya
bagaimana dia boleh bertemu dengan Zulaika – menurutnya, dia singgah
makan di sebuah warung kecil yang terletak di kampung itu sewaktu
melawak tapak projek di sana. Di situlah dia pertama kali bertemu dan
melihat Zulaika. Kemudian mereka bertemu secara tidak sengaja di sebuah
gerai di Kampung Baru setelah Zulaika berhijrah ke kota dan bekerja di
sebuah kilang.
Yusuf... Yusuf! Budak yang pernah kerja warung dan kerja kilang yang kau pilih untuk dijadikan bini! Hatinya menggerutu.
Cari Blog Ini
Selasa, 11 Februari 2014
RINDU YUSUF, CINTA ZULAIKA- BAB 23
Bab 23
YUSUF HAKIMI renung wajah cantik di depannya. Intan Juliana sedang enak-enak meratah ayam goreng.
“Suf, you dah makan?”
“Belum. Kenapa, you nak belanja ke?”
“Kalau you tak sibuk apa salahnya.”
“Okey. Seronok ada geng perempuan kaya macam you ni, hari-hari boleh makan percuma.” Perbualan itulah yang membawa kepada pertemuan mereka di tengah hari yang membahang ini. Dan dia pun sememangnya menunggu-nunggu peluang untuk bersemuka dengan wanita itu untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang siapa jejaka pan-asian yang menemaninya makan di restoran malam tadi. Dia tidak tahu mengapa tapi dia harus mendengarnya dari mulut Intan Juliana sendiri.
“Ada-ada ajelah you ni!” sergah Intan Juliana. “Eh, malam tadi pukul berapa you dan Ika balik? I tak perasan pun. Aleh-aleh korang berdua dah tak ada kat meja.”
“Yelah, manalah nak perasan. Kan kat depan tu ada jejaka handsome... sama namanya... Zack?” usik Yusuf Hakimi.
Intan Juliana mengekel.
“Kalau ya pun nak balik, lambai-lambailah kat kita orang atau say goodbye dulu!”
“I dan Ika tak ganggu privacy you dengan buah hati you tu.” Tingkah Yusuf Hakimi.
“Buah hati?” dan Intan Juliana gelak lagi.
“Kalau bukan buah hati, siapa? Bukan main mesra lagi I tengok?”
“Kenapa? You jealous ke? You dan Ika apa kurangnya?”
Yusuf Hakimi tergelak. “ I dan Ika lain. Kami suami isteri dah tentulah mesra. Tapi you dan Zack?”
“Just friends.”
“Boleh percaya ke ni?”
“Kenapa? Kalau lebih daripada tu... you jealous?” Intan Juliana sedar yang dirinya sedang bermain dengan api tapi dia tak mampu berhenti.
Yusuf Hakimi geleng kepala.
“Tak... untuk apa I jealous? I harus gembira kalau dengar berita tu.” Tingkahnya dengan tenang. Intan Juliana hanya tersenyum. “I nakkan kepastian... siapa sebenarnya Zack tu dengan you?” soalnya sedikit mendesak. Telefon bimbitnya yang berbunyi tiba-tiba mengganggu perbualan mereka. Yusuf Hakimi pantas memekapkannya ke telinga.
“Suf, aku ni... Fauzan.” Suara Encik Fauzan kedengaran di hujung talian. Yusuf Hakimi berdebar. Mengapa lelaki itu menelefonnya? Adakah apa-apa yang tidak baik berlaku pada Fatin Adiba?
Wajah adik tiri isterinya itu menerbak ke jiwa. Pagi tadi Fatin Adiba seperti biasa menumpang keretanya untuk ke pejabat. Dia berbaju kurung walaupun hari itu bukanlah hari Jumaat.
“Bang, Fatin minta maaf sebab hal petang semalam. Ika kata abang marah sebab Fatin masuk rumah tak ketuk pintu.” Tingkah Fatin Adiba.
“Ah, tak ada apa-apalah! Lain kali jangan lupa tekan loceng atau ketuk pintu dulu, okey?” dia mengingatkan. Fatin Adiba menyengih. Dia kemudiannya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke pejabatnya.
“Ya, kenapa Fauzan?” soalnya dengan nada bimbang.
“Ada hal sikitlah, Suf. Aku rasa aku kena jumpa kau.” Tingkah Encik Fauzan. “Kau ada kat pejabat ke petang ni?”
“Aku tengah makan tengah hari dengan kawan ni.” Dia menoleh ke arah Intan Juliana. “Dalam pukul dua setengah nanti aku ada kat ofis. Apa hal sebenarnya ni?”
“Nantilah aku cerita.” Tingkah lelaki itu sambil meletakkan telefon.
“Kenapa?” soal Intan Juliana. Yusuf Hakimi hanya mampu jongket bahu.
FATIN ADIBA tidak mengendahkan renungan benci yang dilemparkan oleh Aini ke arahnya.
“Apa urusan kau nak jumpa Encik Fauzan?” tengking Aini. Hatinya masih bengkak kerana perempuan gatal yang baru datang dari kampung itu telah merampas kekasihnya.
“Kenapa kau nak tau?”
“Hey, betina! Dia tu bos aku, tahu tak! Aku ni setiausaha dia bukannya batang pisang kat luar ni!” sembur Aini.
Fatin Adiba rasa terhina dengan gelaran ‘betina’ yang meluncur keluar dari mulut Aini, tapi dia tak cepat melatah. Agenda utamanya menapat ke situ ialah untuk bersemuka dengan Encik Fauzan.
“Hey, betina! Berani kau masuk...” sebelum sempat dia berbuat apa-apa Fatin Adiba telah memulas combol pintu bilik Encik Fauzan dan meluru masuk. Aini turut mengejarnya dari belakang.
Lelaki yang duduk di belakang meja besar itu terkejut mendengar suasana kecoh tersebut. Dia tidak hairan melihat siapa yang muncul di depannya.
“Encik Fauzan, saya dah cuba tahan dia...”
“Tak apa, Aini. Awak keluar dulu.” Kata Encik Fauzan. Aini melangkah keluar sambil menutup daun pintu di belakangnya. “Berani awak tunjuk muka depan saya setelah apa yang awak buat semalam ya!” sergahnya dengan tangan yang menggigil kerana marah.
Fatin Adiba tunduk. Hanya airmatanya sahaja yang melurut dan membasahi pipinya.
“Awak tahu tak kenapa saya ambil awak kerja kat sini, Fatin? Abang ipar awak, Yusuf Hakimi tu kawan saya. Saya percayakan dia barulah saya ambil awak kerja kat sini. Tapi awak kerja belum pun confirm lagi dah buat hal. Yang buat hati saya sakit tu, awak langsung tak hormatkan bilik saya ni!” dia meluahkan kemarahannya.
“Maafkanlah saya, Encik Fauzan. Saya tahu saya dah buat salah. Tapi kalau bukan Ray yang bawa saya kemari, Encik Fauzan fikir saya berani ke masuk ke bilik ni?” Fatin Adiba menjawab dalam sedu sedannya.
Wajah anak lelakinya, Rayzal, menerpa ke jiwa. Malam tadi Rayzal telah dimarahinya cukup-cukup dan tidak dibenarkan lagi menapak ke pejabatnya. Kepada Aini juga telah diingatkan supaya merahsiakan apa yang dilihatnya pada tengah hari jahanam itu.
“Kalau awak jaga tingkah laku awak, takkan semudah tu awak mengekor dia naik ke bilik ni, Fatin. Awak tu perempuan. Tak ada maruah ke?”
“Saya mengaku kesalahan saya, Encik Fauzan. Tapi tolonglah bagi saya satu lagi peluang. Saya janji akan berubah sikap. Saya minta sangat-sangat agar Encik Fauzan maafkan saya dan tak berhentikan saya kerja. Saya juga minta belas kasihan encik untuk rahsiakan hal ni daripada Abang Yusuf.” Airmatanya mengalir bagaikan paip yang pecah. “Tolonglah bagi saya satu lagi peluang, Encik Fauzan.” Rayunya.
“Betul ke awak nak berubah ni, Fatin? Atau hanya omong kosong aje?”
Fatin Adiba mengangguk dengan bersungguh-sungguh.
“Sumpah, Encik Fauzan. Bagilah saya peluang. Saya akan berubah sikap.” Janjinya dengan sesungguh-sungguh janji.
“Saya nak awak lupakan anak saya. Kalau saya dengar desas-desus yang awak dengan dia bertemu kat mana-mana...”
“Kalau tu yang Encik Fauzan nak, saya sanggup. Tapi tolonglah maafkan saya!” rayunya lagi.
Lelaki itu mengeluh perlahan. Dia serba salah sama ada hendak mempercayai ataupun tidak kata-kata Fatin Adiba itu. Wajah Yusuf Hakimi terbayang di matanya. Kalau benarlah Fatin Adiba berpegang pada janjinya, dia juga tak sanggup hendak mendedahkan kejelikan yang berlaku itu pada Yusuf Hakimi dan isterinya.
“Baiklah, saya bagi awak satu lagi peluang. Tapi ingat, Fatin, jangan sekali-kali awak tersilap langkah. Dan jangan sekali-kali awak jumpa Ray, faham?”
Fatin Adiba angguk dengan sesungguh-sungguh angguk.
Setelah mengucapkan terima kasih dan mengulangi permohonan maafnya, dia melangkah keluar dari bilik itu dengan hati yang lapang. Sekurang-kurangnya satu masalah telah selesai. Dia hanya menyengih ke arah Aini yang merenungnya bagaikan singa yang hendak menerkam mangsanya.
Huh, nampaknya Encik Fauzan hanya menyalahkan aku seorang. Mentang-mentanglah aku perempuan. Kesilapan yang dilakukan oleh orang perempuan mudah sangat dilihat orang. Kalau lelaki yang gatal, tak mengapa. Mereka akan terlepas dengan mudah. Orang akan kata, huh... biasalah, orang jantan memang macam tu! Dan kesalahannya akan dilupakan orang bagaikan angin yang berlalu. Tapi kalau perempuan, macam-macam tuduhan akan dilemparkan dan stigmanya mengekori walau ke mana dia pergi.
Huh... kalau aku jumpa Ray secara sembunyi-sembunyi bukannya Encik Fauzan tahu, getus hatinya.
ENCIK FAUZAN singgah juga ke pejabat Yusuf Hakimi. Seperti biasa mereka berjabat tangan dengan mesra.
“Wah, cantik dah ofis kau ni, Suf! Sejak bila pula kau berminat dengan lukisan ni?” pujinya sambil meneliti lukisan yang tergantung di dinding.
Yusuf Hakimi ketawa.
“Lukisan tu kawan aku yang lukis.” Dia memberitahu.
Encik Fauzan angguk. “Sejuk mata memandang. Kat luar tadi panas membahang, bila aku masuk aje bilik kau ni dan tengok pula lukisan macam ni, terasa nyamanlah.”
Yusuf Hakimi tersenyum senang dengan pujian itu. Dia rasa bangga kerana telah menggantung lukisan tersebut di dinding pejabatnya. Tangannya lincah menekan interkom dan tidak lama kemudian setiausahanya muncul di muka pintu.
“Ya, Encik Yusuf?”
“Ain, bawakan dua cawan kopi untuk kami ya.”
“Baiklah, Encik Yusuf.” Sahut Nur Ain sambil menutup kembali daun pintu dengan perlahan.
“Isteri kau apa khabar, Suf? Lama dah aku tak jumpa dia.”
“Ika sihat. Dia sibuk mengerjakan novel terbarunya sekarang ni. Emmm... apa tujuan kau nak jumpa aku ni, Fauzan?” Yusuf Hakimi bertanya.
Lelaki di hadapannya terdiam seketika. Tanpa diketahui oleh Yusuf Hakimi, Encik Fauzan sedang membayangkan wajah Fatin Adiba; tentang maruahnya yang terselak murah di ruang biliknya sendiri dan tangisan penyesalan yang muncul di akhir peristiwa itu. Dia pelik kenapa Fatin Adiba yang datang dari kampung terpencil boleh begitu berani sikapnya, mengalahkan sikap anak jati kota yang terdedah dengan segala macam gejala sosial. Gadis itu masih baru bekerja dengannya, dan masih lagi belum disahkan jawatannya tapi kelakuannya, isy, kalau nak diluahkan hanya maki hamun dan carut-mencarut aje yang akan terkeluar, beb!
Betulkah gadis itu benar-benar sudah insaf di atas keterlanjuran yang berlaku? apakah yang mengalir dari jurang matanya tengah hari tadi lahir daripada hati yang tulus suci ataupun sekadar untuk menagih simpatinya? Apapun dia telah berjanji dengan Fatin Adiba untuk memberinya peluang kedua dan dia harus berpegang pada janji tersebut.
“Saja aje nak jumpa kau. Lagipun aku dah lama tak singgah kat ofis kau ni, Suf.” Sahutnya pantas untuk mengelakkan rasa curiga daripada bertapak di hati Yusuf Hakimi.
Yusuf Hakimi tergelak kecil. Ketukan di pintu kedengaran dan Nur Ain melangkah masuk dengan menatang seteko kopi pekat serta sepinggan karipap. Setelah meletakkan dulang itu di atas meja kaca dia minta diri untuk keluar.
“Macam mana prestasi kerja Fatin?” soal Yusuf Hakimi sambil mencapai sekeping karipap.
“Err... tak ada masalah. Ala, kerja kat bahagian reception tu bukannya susar mana pun. Dulu adik ipar kau tu, pernah kerja kilang kan, Suf? Kenapa dia berhenti?”
“Aku pun tak tahulah, Fauzan. Ala... budak-budak sekarang ni semuanya nak bekerja kat tempat yang selesa dan ada pendingin hawa. Lagipun kerja kat kilang tu gajinya murah dan masa kerjanya pula panjang.” Tingkah Yusuf Hakimi. “Fauzan, kalau dia timbulkan masalah kat pejabat, kau jangan segan-segan bagitau aku ya.”
“Kenapa kau cakap macam tu?”
“Yelah, mana tahu! Aku nak kau tahu walaupun aku recommendkan dia kerja kat pejabat kau tapi kalau dia buat perangai, aku takkan lindungi dia. Kau sebagai bosnya ada hak untuk ambil tindakan pada dia.” Yusuf Hakimi menepuk bahu temannya itu. Encik Fauzan tersenyum. Lega hatinya mendengar kata-kata Yusuf Hakimi itu.
“Sedaplah kopi yang setiausaha kau buat ni, Suf!” pujinya. Yusuf Hakimi tergelak.

RINDU YUSUF-CINTA ZULAIKA- BAB 22
Bab 22
“MACAM MANA kerja hari ni, Fatin?” soal Zulaika ketika mereka berada di dapur. Dia telah menjerang nasi dan sedang menyediakan rencah untuk buat daging masak kicap.
“Kenapa kau tanya?” soal Fatin Adiba dengan dada yang berdebar kencang. Dia khuatir apa yang berlaku di pejabatnya awal petang tadi telah sampai ke pengetahuan Zulaika serta Yusuf Hakimi.
Zulaika ketawa kecil.
“Kau ni, takkan nak tanya pun tak boleh?”
“Ala, macam biasa ajelah. Tadi kau kata nak keluar makan dengan Abang Yusuf. Yang sibuk masak ni kenapa?”
“Aku masakkan untuk kaulah. Aku tahu, kau penat sebab baru balik kerjakan.” Tingkah Zulaika dengan rasa senang hati. Setelah suami dan adik tirinya berada di hadapan mata barulah hatinya yang sejak awal pagi tadi gelisah semacam menjadi tenang dan ceria.
“Susah-susah aje engkau ni! Tapi terima kasih daun keladi. Aku pun dari tengah hari tadi tak makan ni...” dia terlepas cakap.
Zulaika menoleh ke arahnya.
“Sejak tengah hari tadi kau tak makan? Kenapa?”
“Err...” dia tergagap-gagap. Peristiwa tengah hari tadi menerpa semula ke ruang fikirannya di mana Rayzal melangkah masuk dan terus merapatinya di meja penyambut tetamu. Ketika itu hanya dia yang berada di situ kerana Saerah telah keluar makan. Senyuman yang dilemparkan oleh Rayzal mencairkan hatinya. Kata-kata Rayzal yang penuh pujuk rayu juga melemahkan imannya dan tanpa segan silu dia mengekori jejaka itu ke bilik Pengarah Urusan yang tidak masuk ke pejabat sejak pagi tadi.
Di bilik itulah mereka bertukar bicara cinta. Dan keadaan menjadi tidak terkawal apabila Rayzal semakin nakal. Kalaulah Encik Fauzan tidak menyerbu masuk...
“Hey, yang engkau termenung jauh ni, kenapa?” sergah Zulaika.
“Aku banyak kerjalah sampai tak ada masa nak keluar makan.” Desisnya dengan perasaan bimbang. Dia punya banyak sebab untuk bimbang. Pertama sekali dia takut kalau-kalau akan dibuang kerja oleh Encik Fauzan kerana berkelakuan sumbang di pejabat. Mungkin dia akan mencipta nama sebagai pekerja yang tugasnya paling singat di pejabat itu kelak. Dan yang keduanya, dia takut kalau-kalau kelakuan sumbang itu sampai ke telinga Zulaika serta suaminya dan mereka akan menyampaikannya pula pada emaknya di kampung.
Hui, susah hati memikirkannya, beb!
Kenapa aku begitu cuai? Kenapa? Semuanya salah Rayzal. Dia yang menggoda aku dan mengajak aku ke bilik ayahnya. Kalau tidak semua ni takkan berlaku!
“Sibuk sampai macam tu sekali?” sergah Zulaika. Fatin Adiba segera mencapai kerusi lalu melabuhkan punggungnya. “Teruk juga kerja sebagai penyambut tetamu ni, ya?”
Fatin Adiba tidak berkutik.
“Heh, Ika... kalau aku lambat balik tadi entah apa yang berlaku kat atas kusyen kat ruang tamu tu ya?” dia segera mengalih topik.
“Hesy!”
Fatin Adiba mengekel.
“Kau ni pun, Ika... kalau nak buat projek, buatlah kat dalam bilik. Macamlah tak ada bilik kat rumah ni!” hempuknya. Zulaika terkulat-kulat.
“ABANG masih marah lagi ke?” soal Zulaika pada Yusuf Hakimi. Wajah suaminya masih lagi kelat dengan insiden di ruang tamu lewat petang tadi.
“Kalau ikutkan hati malam ni juga abang nak halau dia keluar dari rumah kita tu!”
Zulaika menggelengkan kepalanya. Mungkin kebencian suaminya terhadap adik serta ibu tirinya menyamai kebencian Puan Kalsom terhadap dirinya.
“Jangan cakap macam tu, bang. Tak baik.” Tegurnya dengan lembut. “Ika dah marahkan dia tadi dan nasihatkan dia supaya tekan loceng atau ketuk pintu dulu sebelum masuk ke rumah.”
Mata Yusuf Hakimi mencorong ke arahnya.
“Kita carikan dia rumah sewa aje nak?” cadangnya tiba-tiba. Mata Zulaika terbeliak.
“Bang! Dia baru aje kat sini. Belum sampai sebulan pun dia kerja kat pejabat kawan abang tu, belas kasihanlah sikit.” Bantah Zulaika.
“Okeylah, abang minta maaf. Kita lupakanlah hal petang tadi tu untuk sementara waktu ya.” Yusuf Hakimi kendur suaranya. “Depan rezeki tak baik bertengkar.” Dia menyambung sambil mencapai jari-jemari isterinya.
Mata mereka bertentangan. Zulaika rasa amat bahagia. Senyumnya melebar.
“Hai, romantisnya pasangan ni!” teguran itu membuatkan kedua-duanya tersentak lalu menoleh.
Intan Juliana menyeringai. “Harap I tak ganggu you.” Tingkahnya.
Wajah Zulaika berubah setelah melihat siapa yang berdiri di hadapannya itu. Dia segera menarik jari-jemarinya daripada genggaman suaminya. perasaannya ketika itu mungkin sama dengan perasaan Yusuf Hakimi sewaktu kemunculan Fatin Adiba yang secara tiba-tiba di ruang tamu rumah mereka lewat petang tadi.
“Ju! What a surprise!” luah Yusuf Hakimi sambil menoleh jejaka kacak berwajah pan-asian di sisi gadis itu.
“Yusuf... Ika, kenalkan ni kawan I, Zackhary Iskandar. Zack, ni Encik Yusuf dan yang ni isterinya, Ika.” Ramah dia memperkenalkan temannya pada pasangan tersebut.
Yusuf Hakimi bersalaman dengan pemuda bernama Zackhary Iskandar itu dan tertanya-tanya dalam hati apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua.
“Come, join us.” Pelawanya.
“Tak apalah. I dan Zack takkan ganggu privacy you dan wife. Lagipun kitorang dah tempah meja awal.” Sahut Intan Juliana. “Come, Zack...” dia menghulurkan tangannya dan spontan jejaka kacak itu memautnya. Mereka berlalu ke sebuah meja lain. Setelah pasangan itu menjauh barulah Yusuf Hakimi perasan wajah isterinya yang kelat.
Kemunculan yang tidak disangka-sangka itu membuatkan hati Zulaika tidak keruan. Dia cemburukan Intan Juliana kerana wanita itu wajar dicembururi. Tapi kemunculannya bersama seorang jejaka kacak bernama Zackhary Iskandar itu sedikit-sebanyak membuatkan hatinya lega. Mungkinkah jejaka itu kekasihnya? Mereka kelihatannya amat mesra sekali.
Dia menoleh ke arah suaminya. Yusuf Hakimi kelihatan selamba saja walaupun sesekali matanya akan melirik ke meja yang dikongsi oleh Intan Juliana dan temannya itu. Dia tidak tahu dan tidak mahu tahu apa yang bersipongang dalam fikiran suaminya tatkala melihat kemesraan mereka itu.
“Tu boyfriend Kak Ju ke, bang?” soalnya. Yusuf Hakimi jongket bahu.
“Tadi kenapa Ika tak tanya?”
“Isy, malulah!”
“Ika tanya abang, manalah abang tahu.”
“Yelah, abang kan baik dengan Kak Ju. Mana tahu kut-kut abang kenal dengan lelaki tu. Dia memang sesuai dengan Kak Ju kan, bang?”
“Kalau abang baik dengan dia pun takkan semua hal peribadi dia nak ceritakan pada abang. Sayang, nampaknya hari ni semua orang bagaikan cemburu dengan kita kan? Kat rumah tadi masa kita nak mesra-mesra sikit, Fatin tu kacau daun. Kat sini pula, Ju dan Zack!” Yusuf Hakimi tergelak kecil.
Zulaika hanya tersenyum mengulum.
“Tapi tengah malam ni nanti abang akan pastikan tak ada sesiapa pun yang akan mengganggu privacy kita, okey sayang. Abang akan pastikan Ika jadi milik abang!”
“Gatallah abang ni!” Zulaika mengutil lengan suaminya.
Yusuf Hakimi ketawa riang.
DIA seharusnya tidak mencemburui kemesraan di antara Yusuf Hakimi dengan isterinya. Seharusnya sebagai teman, dia turut gembira dengan kemesraan yang dipaparkan itu. Tapi ternyata api cemburu mercik di jiwanya tatkala melihat senyuman di bibir Zulaika mahupun Yusuf Hakimi. Kenapakah bukan aku yang berada di tempat Zulaika? Mengapakah bukan aku yang dilihat oleh Yusuf Hakimi di warung bawah pokok ketapang itu dahulu?
Mengapa?
“Ju... kenapa ni? You look so sad?” soal pemuda kacak di hadapannya.
“Err... nothing! Sorry buat you risau, Zack.”
Zackhary Iskandar meraih jari-jemarinya. “I tahu you risaukan ibu you, kan?” soalnya. “Doakanlah dia, Ju. Insya-Allah dia akan selamat.” Halus bahasanya memujuk.
Intan Juliana menyengih. Betul kata jejaka di hadapannya itu; seharusnya sebagai anak dia patut risau dan sedih tentang keadaan ibunya yang sedang berjuang melawan penyakit barah di negara empat musim sana. Sebaliknya dia sedih tatkala melihat bagaimana intimnya hubungan suami isteri di antara Yusuf Hakimi dengan Zulaika.
“Zack...” Zackhary Iskandar menoleh ketika namanya dipanggil oleh Intan Juliana. “Thanks kerana memahami.”
“You are welcome. You tahukan I akan berada di sisi you kalau you perlukan I. Just call my name and I’ll be there.”
Intan Juliana tergelak kecil. Pemuda itu memang terlalu baik dengannya.

Jumaat, 7 Februari 2014
RINDU YUSUF, CINTA ZULAIKA- BAB 21
“BETINA MANA yang bos kita ambil bekerja kat sini tu? Bukan main getik lagi aku tengok.” Suara-suara sumbang sudah mula kedengaran.
Saerah hanya memekakkan telinganya. Dia telah cuba menasihatkan Fatin Adiba agar menjaga kelakuannya, tapi segala nasihatnya tidak diendahkan. Malah dia pula yang dituduh cemburu. Sikapnya yang ekstra peramah dengan staf lelaki mahupun pelanggan syarikat baik yang sudah beristeri mahupun yang bujang membuatkan orang yang melihat jadi meluat. Akhirnya muncullah tohmahan yang kurang enak dari mulut mereka.
“Aini, kau tak cemburu ke? Aku tengok Ray bukan main rapat lagi dengan betina tu?” tidak cukup dengan segala tohmahan, batu api juga mula memainkan peranan.
Saerah menoleh ke arah setiausaha muda bernama Aini yang telah beberapa bulan bercinta dengan anak bujang Encik Fauzan yang bernama Rayzal itu. Jelas wajahnya yang putih bersih, berubah menjadi merah.
“Aah lah... Aini! Setiap kali kemari, pasti meja penyambut tetamu yang dia terjah dulu. Bila dah puas pandang perempuan tu, baru dia naik atas jumpa kau. Kau tak cemburu ke?” sampuk batu api yang lain pula.
Seketika kemudian batu-batu api itu kedengaran terkekeh-kekeh tanpa mempedulikan satu hati yang telah rentung terbakar. Saerah menjadi kasihan melihat Aini yang tercemik-cemik wajahnya untuk menahan diri daripada menangis. Dia menjeling marah ke arah batu-batu api tersebut, tapi mereka selamba sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Saerah melajukan suapannya. Dia mahu segera meninggalkan gerai serta kumpulan batu api tersebut.
“Awak dah sudah makan ke, Aini?” soalnya ke arah gadis yang kelihatan tidak lalu hendak menyuap nasi ke mulutnya itu. Aini angguk. “Jom, kita masuk ofis. Kalau tunggu lama-lama kat sini nanti, makin menyakitkan hati aje.” Sindirnya ke arah mereka yang bergelar batu api itu.
Aini tidak banyak cakap. Dia menolak pinggan yang masih penuh lalu bangkit dan membuntuti Saerah keluar dari gerai tersebut.
“Jangan layan cakap diorang tu, Aini. Mereka semua tu tak ada hati, tak ada perasaan.” Nasihatnya ketika mereka bergandingan pulang ke pejabat.
“Tapi memang betul apa! Sejak pompuan tu bekerja kat sini, Ray dah berubah!”
Saerah menoleh ke arah gadis di sisinya. Kasihan Aini, desis hatinya.
“Aini, saya nak nasihatkan awak sikit, boleh tak?”
“Apa dia?”
“Awak tu cantik, Aini. Awak masih lagi muda. Kalau Ray betul-betul sayangkan awak, nak serius dengan awak, dia takkan abaikan awak hanya kerana seorang perempuan lain. Kalau dia dah bersikap macam tu, baik awak lupakan aje dia. Ramai lagi orang di luar sana yang mungkin lebih layak untuk awak kalau nak dibandingkan dengan Ray.”
“Awak pernah bercinta tak, Saerah?”
“Kalau setakat kawan biasa tu, adalah.”
“Jadi awak takkan faham perasaan orang yang sedang bercinta!” desis Aini.
“Saya minta maaf, Aini. Bukannya saya memandai-mandai nak nasihatkan awak.” Tingkahnya.
Aini tersenyum. “Tak apalah. Terima kasih kerana nasihat awak tu. Saya naik ke atas dulu ya.”
Saerah mengangguk. Dia hanya memandang ke arah meja penyambut tetamu yang kosong. Fatin Adiba entah ke mana!
FATIN ADIBA menggeliat geli ketika tangan nakal Rayzal merayap di dadanya yang kembang subur. Desahan yang keluar dari bibirnya membuatkan darah panas Rayzal bagaikan menggelegak. Tak tertanggung. Dia menanggalkan kutang baju gadis itu dengan gelojoh. Fatin Adiba yang menguit di atas ribanya hanya membiarkan.
“Ray...” desahnya dalam kenikmatan yang sukar hendak digambarkan. Bibir Rayzal melekap di bibirnya. Dan dua bibir menjadi satu.
“Ray!” jeritan itu membuatkan segala keinginan batiniah yang tadinya berkobar-kobar jadi terbantut dan padam sama sekali. Kedua-duanya melompat bangun dan membetulkan pakaian masing-masing.
Di hadapan mereka tercegat Encik Fauzan dan Aini. Encik Fauzan merenung bagaikan seekor singa yang hendak menerkam mangsanya, sementara Aini yang tak dapat menahan emosinya menghambur keluar dari bilik Pengarah Urusannya itu dengan raungan yang memilukan. Lelaki itu yang kelihatan kecewa sekali dengan apa yang terpapar di hadapan matanya hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Err... papa! Err... Ray minta maaf.” Tergagap-gagap Rayzal memohon kemaafan daripada Encik Fauzan yang kelihatan benar-benar berbulu. Fatin Adiba yang berdiri di sisinya hanya tunduk diam, tak berkutik.
“Memang kurang ajar korang berdua ya, sampaikan bilik aku pun korang sanggup jadikan tempat beromen!” tempelak Encik Fauzan.
“Maafkan Ray, papa! Ray janji hal ni takkan berulang lagi...” Rayzal bikin muka sedih untuk menarik simpati ayahnya.
“Pandailah kau cakap. Fatin, awak ni baru aje bekerja kat sini tapi dah buat perangai. Awak tu perempuan, tak malu ke hah?” jerkahnya ke arah Fatin Adiba. Gadis itu hanya mendiamkan dirinya. “Awak keluar dari bilik saya sekarang juga. Kau, Ray... tunggu sini. Papa belum habis dengan kau lagi!” sebaik saja mendengar kata-kata itu, Fatin Adiba mencicit keluar dari bilik Encik Fauzan.
“Kau dari mana ni, Fatin? Kan aku dah kata kalau aku pergi makan tengah hari kau tak boleh tinggalkan meja ni?” sergah Saerah sebaik saja melihat wajah Fatin Adiba. Soalannya terbiar tanpa jawapan.
SETELAH memaklumkan pada setiausahanya, Yusuf Hakimi melangkah keluar dari pejabat. Ingat hati hendak pulang awal ke rumah. Tetapi entah mengapa di saat-saat akhir dia menukar fikiran lalu menghala ke rumah mamanya.
Ketika dia sampai dilihatnya Puan kalsom sedang berbual-bual di tepi pagar dengan Mak Intan, jiran selang tiga buah rumah. Melihat perempuan itu entah mengapa satu wajah menjelma di jiwanya. Entah! Mungkin kerana awalan nama mereka yang serupa – Intan!
“Eh, Yusuf! Dah lama Mak Intan tak nampak kau. Isteri kau mana?” Mak Intan yang memang terkenal dengan keramahannya itu segera menyapa sebaik saja dia melangkah keluar dari kereta.
Dia sengih. “Sebenarnya saya ni dari pejabat Mak Intan macam mana nak bawa orang rumah.” Sahutnya sambil menoleh ke arah mamanya. Puan Kalsom bersahaja. “Kenapa berborak kat tepi pagar aje? Tak nak masuk ke?”
“Yelah, Intan! Jemput masuk. Kita minum-minum kopi dulu.” Pelawa Puan Kalsom.
“Eh, tak payahlah susah-susah. Terlanjur nak ke kedai tadi saya singgahlah kemari kejap. Orang rumah kau apa khabar, Suf? Lama dah Mak Intan tak jumpa dia. ”
“Ika sihat.”
“Macam mana... dah berbadan dua ke?”
Yusuf Hakimi sengih lagi.
“Belum ada rezeki kami agaknya, Mak Intan.” Jawabnya.
“Eh, kenapa pulak? Orang masa muda-muda nilah nak beranak ramai-ramai. Nanti senang.” Tingkah Mak Intan.
“Insya-Allah, Mak Intan. Doakan ajelah kami. Kalau dah sampai masanya nanti, saya akan cari Mak Intan.”
Perempuan itu mengekel. Dia pun pernah muda dan asam garam alam rumah tangga di usia muda begitu masih kekal dalam ingatannya.
“Kak Som, saya balik dululah ya. Nanti kalau ayah budak-budak tu balik dan tengok saya tak ada kat rumah, bising pulak dia. Suf, kirim salah Mak Intan pada orang rumah kau. Cakap dengan dia, cepat-cepat mengandung!” usik Mak Intan sambil tergelak kecil.
“Masuklah.” Kata Puan Kalsom pada anaknya sebaik saja Mak Intan beredar.
Yusuf Hakimi hanya membuntuti mamanya melangkah masuk ke rumah. Dia duduk menyandar di ruang tamu sementara Puan Kalsom menuju ke dapur. Seketika kemudian satu gelas besar sirap dan sepinggan kecil kuih koci labu sudah berada di hadapannya. Itu yang Yusuf Hakimi paling suka tentang mamanya.
“Awal kau balik hari ni, Suf?” soal Puan Kalsom.
“Kerja kat pejabat tak berapa banyak hari ni.” Sahutnya. “Mama sihat?”
“Sihat. Isteri kau macam mana?”
“Ika sihat.”
“Jadi juga adik tirinya menumpang kat rumah kau ya, Suf?” tanya Puan Kalsom. Yusuf Hakimi mengangguk. “Berapa lama budak tu nak menumpang kat rumah kau?”
“Tengok dululah, mama. Dia masih baru lagi kat KL ni. Bila dia dah biasa nanti, Yusuf akan carikan rumah ataupun bilik sewa untuknya.”
“Jangan pula nanti kau menanggung biawak hidup!” tempelak Puan Kalsom. Yusuf Hakimi merenung wajah mamanya.
“Apa maksud mama?”
“Yelah, aku tengok semua orang nak menumpang kesenangan hidup kau. Dahlah kau terpaksa sara bini kau yang tak bekerja tu, sekarang ni adik tiri dia pula dah menumpang kat rumah kau. Esok lusa habis satu batalion saudara maranya nak menumpang di rumah kau!” Puan Kalsom meluahkan rasa kurang senang yang dipendam di sudut hatinya selama ini.
“Taklah sampai macam tu sekali, mama. Fatin tu tak ada saudara mara kat KL ni jadi Yusuf rasa tak salah kalau kami bantu dia untuk sementara waktu sehingga dia dapat menyesuaikan dirinya di KL ni dan sementara ekonominya stabil. Lepas tu nanti terpulanglah pada dia. Ika pulak dah jadi isteri Yusuf. Yusuf tak kisah sara dia sebab pendapatan Yusuf cukup untuk menyara hidupnya. Lagipun Ika tu sebenarnya ada pendapatan sampingan untuk dirinya sendiri, mama. Mama pun tahukan yang dia menulis novel? Memanglah pendapatannya kecil kerana dia baru aje terbitkan sebuah novel, tapi mana tahu rezekinya esok lusa, mama. Yusuf tak kisah dia tak bekerja di pejabat macam isteri orang lain sebab dia pun bukannya goyang kaki kat rumah. Bila Yusuf balik ke rumah hati Yusuf tenang sebab makan minum, kebersihan rumah dan pakaian Yusuf dijaganya dengan sempurna.” Melambung pujian yang diberikan oleh anak lelakinya membuatkan Puan Kalsom menjelingnya dengan jelingan meluat.
“Bukan main lagi kau puji dia?” perlinya.
Yusuf Hakimi menyengih. Zulaika memang patut dipuji, desis hatinya dan merasa kecewa kerana mamanya tidak pernah menghargai isterinya.
“Apa gunanya kalau setakat pandai masak dan kemas rumah tapi tak mampu berikan zuriat untuk kau!” hentak Puan Kalsom dengan nada tinggi.
“Mama! Apa mama cakap ni? Mana mama tahu Ika tak mampu berikan zuriat untuk Yusuf? Dia masih muda lagi, ma, dan kami pun baru aje dua tahun jadi suami isteri. Masih ada banyak masa lagilah, ma.” Belanya. Dia mula terasa hati apabila orang kesayangannya dihina sebegitu rupa.
Puan Kalsom mengherotkan bibirnya.
“Suf, perempuan kalau subur... tentu dah berbadan dua, tahu tak! Sekarang ni dah dua tahun kau kahwin dengan dia tapi tak ada sebarang tanda pun dia akan hamil. Tiap-tiap bulan asyik turun aje!” tempelaknya.
Yusuf Hakimi mula tidak selesa mencipta perbalahan itu dengan mamanya. Dia segera meminta diri untuk pulang ke rumahnya.
“Eh, awal abang balik hari ni?” soal Zulaika yang terkejut melihat suaminya sampai ke rumah agak awal petang itu. Selalunya batang hidung Yusuf Hakimi susah hendak dilihat sebelum jarum jam berdenting ke angka enam atau enam setengah petang. Dan semenjak Fatin Adiba menumpang di rumah mereka, suaminya akan menjemput dahulu adik tirinya itu sebelum pulang bersama.
“Ika tak suka ke abang balik awal?” usiknya sambil membuntuti si isteri menuju ke meja makan di mana Zulaika telah menyediakan segelas air suam di situ.
Zulaika mengekel. “Suka! Apa pulak tak sukanya. Tapi abang tak jemput Fatin dulu ke?”
“Dia SMS abang tadi, dia kata nak balik sendiri.” Sahutnya.
“Iya?” Yusuf Hakimi mengangguk. “Bang, sepanjang hari ni Ika rasa tak sedap hati ajelah...” dia meluahkan kebimbangan di hatinya. “Macam ada perkara tak baik yang akan berlaku.”
Yusuf Hakimi memeluk bahu isterinya. Wajah ego mamanya yang mempertikaikan mengapa isterinya masih belum lagi mengandungkan zuriatnya walau setelah dua tahun berkahwin menerbak ke ruang fikir. Kadangkala fikirannya jadi buntu tatkala memikirkan tentang perkara itu. Sampai bilakah mamanya hendak membenci isterinya sedangkan Zulaika si anak yatim piatu itu seharusnya disayangi dan dilindungi. Tapi mama seolah-olah hendak memisahkan dia dengan isterinya.
“Tak ada apa-apa perkara buruk yang akan berlaku, sayang. Janganlah bimbang.” Pujuk suaminya. “Malam ni kita makan kat luar nak?”
“Fatin?”
“Ala... kita berdua ajelah. Lagipun dia kan dah besar panjang. Kalau dia lapar, tahulah dia cari makanan sendiri.” Tukas Yusuf Hakimi dengan nada geram kerana keinginannya untuk berdua-duaan dengan isteri tersayang selalu diganggu oleh kehadiran Fatin Adiba.
“Kesian dia, bang, takkan kita nak tinggalkan dia?”
“Alah, sesekali kena tinggal apa salahnya. Dah, Ika jangan banyak cakap... malam ni abang nak berdua-duaan dengan isteri abang yang comel lote ni aje. Abang tak nak orang lain kacau daun,” getus Yusuf Hakimi sambil mencuit dagu isterinya. Zulaika tersenyum manis.
“Kalau macam tu okeylah, bang. Tapi Ika nak masakkan lauk sikit untuk Fatin. Dia balik nanti tentu letih.” Sahutnya membuatkan Yusuf Hakimi menggelengkan kepalanya.
“Tadi abang singgah kat rumah mama kejap. Ika kenal dengan Mak Intan, jiran mama tu tak?” soal Yusuf Hakimi ketika mereka bersantai di atas kusyen panjang di ruang tamu. Dia berbaring sambil kepalanya diletakkan ke paha isterinya.
“Mak Intan?” Zulaika ketawa kecil. “Siapa yang tak kenal dia. Mungkin dia sorang ajelah jiran mama yang sukakan Ika.”
“Jangan cakap macam tu, sayang.” Yusuf Hakimi memujuk isterinya. Mata mereka bertentangan, dan Zulaika tersenyum. Entah apa yang berlegar-legar di fikirannya ketika itu. “Mereka tu belum lagi kenal siapa Ika. Kalau mereka dah kenal nanti mereka tentu akan suka serta sayang pada Ika.”
Zulaika membelai rambut suaminya dengan sepenuh kasih sayang. Kasih sayang seorang isteri yang tak akan luak malah semakin bertambah dari hari ke hari. Tuhan, cukuplah kalau suamiku menyayangiku. Cintaku akan sentiasa penuh kalau dia menyayangiku. Aku tak kisah kalau orang lain membenciku. Malah, aku tak peduli walau satu dunia membenci... menghinaku! Tapi aku tak tahu ke mana akan kuletakkan hati ini jika suamiku sendiri mengabaikan diriku.
Sesungguhnya Tuhan, aku tak sanggup kehilangannya!
“Kita sama-sama berdoa ya, sayang. Insya-Allah suatu hari nanti mama dan mereka yang lain tu akan lebih mesra dengan Ika.” Pujuk suaminya lagi. Zulaika terharu. Dia menunduk untuk menyentuh hidung Yusuf Hakimi dengan bibirnya.
“Ehem!”
Deheman itu membuatkan Yusuf Hakimi dan juga Zulaika terkejut. Fatin Adiba berdiri di muka pintu dengan wajah yang kelat.
“Sorry ganggu!” desisnya sambil melangkah pantas menuju ke biliknya.
Zulaika dan Yusuf Hakimi berpandangan. Dia dapat melihat wajah suaminya yang mencuka. Dia tahu Yusuf Hakimi cukup bengang kalau saat-saat romantis mereka diganggu oleh orang lain.
“Sayang...” panggilnya.
“Dia tu tak tahu ketuk pintu atau bunyikan loceng ke?” terjah Yusuf Hakimi dengan marah.
“Janganlah marah, bang. Kita juga silap sebab tak kunci pintu tu tadi. Bukan aje Fatin yang boleh masuk, pencuri perompak pun boleh rempuh masuk tau.”
“Sudahlah! Ika asyik nak sebelahkan dia aje, kenapa?” marah Yusuf Hakimi.
Zulaika terhenyak di sofa sementara suaminya yang merajuk menonong menuju ke bilik.
RINDU YUSUF, CINTA ZULAIKA- BAB 20
AROMA minyak wangi jenama Paloma Picasso yang menyapa deria hidunya sebaik saja dia melangkah masuk ke ruang pejabat membuatkan dia segera teringatkan seseorang. Dia menoleh ke arah Nur Ain yang sedang berteleku di mejanya. Setahunya, gadis itu memakai minyak wangi jenama Avon.
Menyedari kehadirannya, Nur Ain segera menghadiahkan senyuman lebar ke arahnya.
“Selamat pagi, Encik Yusuf. Nampaknya pagi-pagi lagi dah ada tetamu menunggu encik di bilik.” Tukas gadis itu dengan senyum penuh makna.
“Tamu? Siapa?” dia sengaja menyoal walaupun haruman Paloma Picasso membuatkan dia sudah dapat mengagak siapa yang datang bertemu dengannya pagi itu. Nur Ain hanya menyengih. Dan Yusuf Hakimi malas hendak tunggu lama-lama lagi di depan meja setiausaha genit itu.
Dia memulas tombol pintu biliknya. Intan Juliana sudah sedia menunggu dengan senyuman yang juga bersira madu. Serba putih dia hari itu. Daripada blaus, slack sehinggalah kepada kasut dan tas tangannya. Hanya skaf berbunga-bunga yang dililitkan di lehernya yang jenjang menjanjikan warna kontras pada fesyen serba putih itu.
Setelah seminggu lebih tidak bersua muka, wajah di hadapannya kelihatan lebih cantik daripada biasa. Dan tanpa disedarinya dia rasa seronok kerana yang menyapa paginya di ruang pejabat hari itu adalah teman baik bernama Intan Juliana.
“I dah agak mesti you yang datang!” tukasnya sambil tergelak kecil. Dia berjalan ke mejanya lalu meletakkan briefcase warna hitam di situ.
“Mana you tau?” soal Intan Juliana yang duduk bersilang kaki di atas kusyen sambil memandangnya dengan penuh minat.
“Bau yang you bawalah!” lelaki itu tergelak lagi. “Tapi jangan salah sangka, bukan bau hapak atau bau ketiak... tapi bau manis haruman yang you pakai.”
Mata mereka bertentangan seketika. Intan Juliana kelihatan agak gabrah. Yusuf Hakimi hanya tersenyum memandangnya.
“Ada-ada ajelah!” desis gadis itu. “Kenapa you gantung lukisan tu kat sini, Suf?” soalnya sambil merenung hasil seninya yang tergantung di dinding pejabat lelaki itu. “Isteri you tak suka ke?”
“Macam mana nak cakap ya? Hmm... I harap you tak kecil hati dengan sikap Ika tu. Memang dia tak berapa suka bila I bagitau dia you yang lukis lukisan ni. So, I malas nak panjangkan cerita, I bawa baliklah ke ofis dan gantung kat dinding. Cantik juga dan sejuk mata memandang. Setiausaha I kat luar pun kata macam tu.” Terangnya.
Intan Juliana kerut kening yang berpantis cantik.
“Kenapa Ika tak suka kalau I yang lukis?” soalnya dengan rasa kurang puas hati.
“Ni hal orang perempuanlah, Ju. Cemburu tak bertempat. Ada ke dengan you pun dia nak cemburu? Tapi you just forget it lah, Ika tu masih mentah lagi. Lama-lama nanti dia fahamlah tentang hubungan kita ni.” Pujuknya.
“I tak kisah. Bagus juga you gantung lukisan I kat ofis you ni. Asal jangan you campak ke dalam tong sampah, dahlah!” tukas Intan Juliana dengan wajah berseri-seri.
Yusuf Hakimi tergelak kecil.
“Hey, you dah sarapan?”
Gadis di hadapannya menggeleng.
“Kalau macam tu jom kita turun sarapan. I belanja.” Tingkah Yusuf Hakimi walaupun dia sudah menjamah Nescafe panas dan roti bersalut jem yang disediakan oleh isterinya sebelum berangkat ke pejabat tadi.
Intan Juliana mengangguk. Dia tidak akan sama sekali menolak kalau yang mempelawa itu adalah jejaka bernama Yusuf Hakimi. Ketika mereka bergandingan keluar dari ruang pejabat, dia perasan yang mata setiausaha lelaki itu merenung tajam ke arah mereka, tapi dia tak mengendahkannya. Lantaklah apa orang lain nak kata atau fikir tentang mereka berdua, desis hatinya.
Yusuf Hakimi memesan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang serta segelas kecil Nescafe tarik. Intan Juliana pula hanya memesan satu set roti bakar bersalut kaya dan air suam. Dia keberatan hendak makan makanan kegemarannya iaitu lontong ataupun nasi lemak kerana takut mengotorkan busana putih yang dipakainya. Itu membuatkan dia menjadi mangsa sindiran lelaki di hadapannya.
“Mother you apa khabar?” soal Yusuf Hakimi setelah puas mengusiknya.
“Semakin sihat. Mungkin hujung bulan depan baru dia akan dibedah.”
“Alhamdulillah. Jadi you balik sendirianlah kemari?” soal Yusuf Hakimi.
Gadis itu menggeleng. “I balik dengan Uncle Johan. You kenal dia kan?”
“Ye ke? Dia pun jenguk mother you kat London?” Yusuf Hakimi yang mengenali lelaki bernama Johan itu bertanya. Dia tahu serba sedikit kenapa dan bagaimana Intan Juliana boleh rapat dengan lelaki itu.
Menurut ceritanya, semasa mudanya dahulu Johan pernah menaruh hati pada Puan Nuraini iaitu ibu Intan Juliana tapi cintanya ditolak kerana wanita itu mencintai Kamarul yang sudahpun beristeri. Mereka bernikah juga tanpa pengetahuan isteri pertama Kamarul. Malangnya Kamarul adalah seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ibunya yang sedang hamil ditinggalkan begitu saja oleh Kamarul.
Johan yang kebetulan telah berkahwin dengan gadis pilihan orang tuanya, masih mempunyai hubungan yang baik dengan wanita yang pernah dicintainya itu. Atas rasa kasihan dia telah mengambil Intan Juliana sebagai anak angkatnya. Hubungan mereka terus akrab sehingga kini membuatkan Yusuf Hakimi terfikir kenapakah lelaki itu tidak menyunting sahaja Puan Nuraini sebagai isterinya.
“Ya.” Jawab Intan Juliana.
“I wonder kenapa Datuk Johan tak nikah aje dengan mother you sedangkan mereka begitu akrab.” Tukas Yusuf Hakimi.
“Akrab sebagai teman biasa, Suf. Mother I adalah seorang perempuan yang bermaruah. Dia pernah cakap dengan I, dia takkan sesekali menerima lamaran lelaki yang bersimpati dengan penanggungannya. You tahukan dulu dia pernah ditinggalkan suami dalam keadaan sarat mengandung dan kini dia diserang penyakit barah pula. Sesiapa yang berada di sisinya pasti akan jatuh kasihan padanya termasuklah Uncle Johan.”
“Tapi I rasa Datuk Johan masih mencintainya.” Tingkah Yusuf Hakimi.
Gadis di hadapannya jungkit bahu.
“Tu I tak tahu pulak. Yang I tahu mereka berdua hanyalah teman biasa... mungkin macam kita berdua sekarang ni!” mata Intan Juliana menikam tepat ke retina mata Yusuf Hakimi. Dan, untuk beberapa detik... masa seakan terhenti!
ENTAH MENGAPA hatinya rasa tidak keruan. Jantung berdegup laju. Segala yang dibuat rasa serba tak kena. Oleh kerana tak mampu menumpukan seluruh perhatian pada penulisannya, dia mengambil keputusan untuk menutup saja suis laptopnya.
Dia beralih ke ruang tamu. Hajat hatinya hendak menonton televisyen. Tapi drama siri yang ditayangkan langsung tidak menarik minatnya. Kebetulan dia tinggal sendirian setelah Fatimah pulang ke kampung dua hari lepas.
Dalam keadaan bosan dan gelisah begitu, ingin rasanya dia menghubungi suaminya di pejabat. Tapi dia takut kalau-kalau mengganggu kerja Yusuf Hakimi. Akhirnya dia membatalkan niatnya itu.
Telefon yang berdering membuatkan hatinya melonjak riang kerana menyangka itu adalah panggilan daripada suaminya. Dia bergegas mengangkat gagang dan memekapkannya ke telinga.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Ika, ni akulah... Ayu.”
“Hey, Ayu! Apa khabar?”
“Baik. Kau tak ke mana-mana kan hari ni?”
“Tak! Ika ada kat rumah aje.”
“Baguslah kalau macam tu. Ayu dalam perjalanan ke sana sekarang ni. Ayu dengan Abang Taufik, tapi Abang Taufik tak singgah. Boleh kan, Ika?”
“Apa salahnya. Ika pun tengah boring sekarang ni. Seronok juga kalau Ayu ada bolehlah temankan Ika.”
“Okeylah, dalam lima minit lagi Ayu sampai. Bye, Ika!” kata Atika Ayuni sebelum menamatkan perbualan.
Rasa bosannya terubat apabila mendengar bahawa Atika Ayuni dalam perjalanan melawatnya di rumah. Setelah memaklumkan pada suaminya tentang kedatangan gadis itu, dia segera menukar pakaian. Seketika kemudian kedengaran bunyi loceng di muka pintu. Dia bergegas membukanya.
“Apa khabar, Ika?” soal Atika Ayuni sambil memeluknya seolah-olah terlalu rindu setelah lama tak bersua muka.
“Baik.” Sahutnya sambil menjengah ke luar. Kelibat Taufik tidak kelihatan.
“Abang Taufik hantar Ayu sampai kat luar pagar aje. Dia ada kerja.” Atika Ayuni menerangkan setelah perasan keadaan teman baiknya yang seolah-olah sedang mencari seseorang. “Ika, Ayu ni belum sempat sarapan lagi. Ada apa-apa yang boleh dikunyah tak?”
Zulaika tergelak kecil.
“Dah pukul sepuluh setengah tapi Ayu masih belum sarapan?” soalnya. Atika Ayuni angguk. “Pagi ni kita orang sarapan roti dengan jem aje. Tapi kalau Ayu nak makan maggi goreng, Ika boleh buatkan.”
“Tu pun dah cukup okey, Ika.” Kata Atika Ayuni sambil mengekorinya ke perut dapur.
Seperti biasa, Zulaika begitu pantas menyiapkan hidangan tersebut. Tidak sampai sepuluh minit menunggu, semangkuk maggi goreng dan segelas besar Milo ais telah berada di hadapan Atika Ayuni.
“Macam mana hubungan Ayu dengan Taufik?” soal Zulaika.
“Nampaknya semakin baik, Ika. Bagi Ayu Abang Taufik tu seorang lelaki yang matured sangat, tak macam Man dulu.”
Zulaika menyengih. Nampaknya pujian melambung diberikan oleh Atika Ayuni terhadap Taufik.
“Wah, bukan main puji lagi nampaknya, dulu bukan main jual mahal!” dia sempat mengusik. Atika Ayuni mengekel. Terserlah kegembiraan di wajahnya. “Tak adil kalau Ayu nak samakan Taufik dengan bekas kekasih Ayu tu sebab umur mereka berdua jauh bezanya. Man masih terlalu muda dan sebab tulah mungkin agak kurang matang kalau nak dibandingkan dengan Taufik.” Zulaika memberikan pendapatnya.
“Yelah Cik Ika! Hmm... apa ceritanya Si Fatin?”
“Dah beberapa hari dia kerja kat ofis Encik Fauzan. Agaknya tengah seronoklah dengan kerja barunya tu.”
“Jaga-jaga dengan dia tu, Ika. Bukannya apa, Ayu takut kalau dia buat perangai lamanya tu! Jadi suami kau setujulah dia tinggal kat sini?”
Zulaika angguk. “Mungkin untuk sementara waktu sehingga dia dapat sesuaikan diri dengan keadaan hidup di kota ni. Lepas ni kalau dia nak cari rumah sewa ke... bilik sewa ke... terpulanglah pada dia. Ika dan Abang Yusuf tak ada halangan.”
Atika Ayuni mengangguk.
Rabu, 5 Februari 2014
RINDU YUSUF, CINTA ZULAIKA- BAB 19
Bab 19
“MACAM MANA dengan tempat kerja baru, Fatin?” soal Zulaika. Ketika itu, dia, suaminya, Fatimah, Fatin Adiba dan juga Puan Kalsom berada di sebuah restoran untuk makan malam seperti yang dijanjikan oleh Yusuf Hakimi.
“Okeylah... seronok!” sahut Fatin Adiba.
“Dah dapat kerja tu, kerja elok-elok. Jangan jadi macam dulu, orang dah bagi kerja tapi pemalas. Asyik nak ponteng aje,” rungut Fatimah dengan disambut oleh derai tawa Zulaika serta Yusuf Hakimi.
“Emak ni tak habis-habislah!” desis Fatin Adiba sambil menjeling ke arah Puan Kalsom yang kelihatannya lebih banyak mendengar daripada berbual.
Semua orang termasuklah Zulaika dan suaminya nampak dengan jelas reaksi Puan Kalsom. Dia seolah-olah terpaksa berada di situ. Tindakan Yusuf Hakimi yang cuba berbual-bual dengannya juga disambut dengan dingin.
“Mama nak tambah air?” soal Yusuf Hakimi setelah dilihatnya air apel suam yang dipesan oleh mamanya telah habis.
Puan Kalsom geleng kepala.
“Tak payahlah!” sahutnya.
“Sikit aje makan Kak Som?” soal Fatimah pula. Dia mahu menjernihkan suasana.
“Tak ada selera.’ Sahutnya ringkas.
“Tak ada selera sebab kitorang ada ke, mak cik?” mulut Fatin Adiba yang celupar itu terlepas kata. Zulaika dan Yusuf Hakimi segera menoleh ke arahnya.
“Tak adalah! Kau yang fikir macam tu agaknya.” Kasar nada suara yang keluar dari bibir Puan Kalsom.
“Maafkan anak saya ni, Kak Som. Dia ni kadang-kadang memang celupar sikit.” Tukas Fatimah sambil menepuk paha Fatin Adiba yang duduk di sisinya.
“Tak apalah! Saya memang dah tahu perangainya macam mana.”
“Apa mak cik cakap?” melolot mata Fatin Adiba merenung wajah Puan Kalsom yang duduk di sebelah anak lelakinya.
“Saya sedar kami ni orang kampung, Kak Som. Kalau ada terlebih atau terkurang tu maafkanlah kami berdua.” Fatimah merendah diri. Tangannya mengutil paha anak daranya sehingga Fatin Adiba menyeringai kesakitan.
“Saya tak kisah. Bukannya dia tinggal kat rumah saya. Tapi saya nak ingatkan kat sini, jangan pula nanti ada orang yang menyesal kerana biarkan dia tinggal sebumbung.” Kata-kata yang diluahkan oleh Puan Kalsom penuh bermakna. Dan makna itu jelas ditujukan pada anak menantunya yang bagaikan terperosok di kerusi.
“Sudah-sudahlah tu, tak baik bertekak kat depan rezeki,” Yusuf Hakimi segera menjernihkan keadaan. “Betul ke mama tak nak tambah air lagi ni?” dia menoleh ke arah mamanya.
“Boleh jugaklah! Kali ni aku nak minum apel ais. Panas pulaklah cuaca malam ni.” Tingkahnya dengan nada sindir.
“KENAPA dengan mak mentua kau tu, Ika? Berlagak habis!” dengus Fatin Adiba dengan rasa kurang senang setelah selesai acara makan malam. “Kau tahan ke dengan perangai mak mentua macam tu? Sejak dulu lagi dia tak pernah sukakan kau kan?”
“Ala... biarlah! Dia kan orang tua. Kita kena hormat dia. Kalau bahasa dia berbisa, buat tak tahu ajelah...”
“Kau ni memang jenis perempuan yang penyabar, ya? Kalau aku agaknya dah lama perang dengan mak mentua macam tu.”
Zulaika ketawa.
“Lupakanlah pasal dia. Ni, aku nak dengar cerita kau kat tempat kerja baru tu.” Sahutnya pantas untuk menukar topik perbualan mereka. Dia memang tidak selesa membicarakan tentang kedinginan Puan Kalsom terhadap dirinya.
“Hari pertama kerja, aku berkenalan dengan anak lelaki Encik Fauzan. Handsome maut, Ika!” kata-kata yang terkeluar dari bibir adik tirinya itu mencambah rasa kurang di hati Zulaika.
“Rayzal?” dia menyoal. Fatin Adiba pantas mengangguk.
“Kau kenal dia ke?”
“Kenal-kenal macam tu ajelah. Sesekali jumpa bila Abang Yusuf bawa aku ke rumah Encik Fauzan kalau ada apa-apa majlis atau kenduri kendara. Fatin, ni aku nak ingatkan kau sebagai seorang kakak, kau harus berhati-hati dengan mana-mana lelaki yang kau jumpa di KL ni, termasuklah Si Rayzal tu. Kau kena ingat niat kau datang kemari ialah untuk bekerja, cari rezeki yang halal untuk diri kau, bukannya sebab nak jumpa jantan!”
Wajah Fatin Adiba berubah dengan komen kakak tirinya yang dirasakan pedas itu.
“Kenapa dengan kau ni? Tak boleh ke aku berkawan dengan Rayzal tu? Hey, Ika... aku dengan dia baru berkenalanlah!” protesnya.
“Aku tahu tu! Tapi aku tengok kau macam dah terpikat aje dengannya?” tukas Zulaika yang cukup tahu hubungan adik tirinya dengan anak muda bernama Amir ketika di kampung dulu.
“Kalau aku terpikat dengan dia pun, apa salahnya?” terjah Fatin Adiba.
“Aku nak kau berjaga-jaga, Fatin. Tingkah laku kau kena jaga. Kau kena ingat yang kau tu bawa nama Abang Yusuf di syarikat tu. Aku tak nak nanti...”
“Argh! Menyakitkan hati aje berborak dengan kau ni!” hentak Fatin Adiba sambil menonong meninggalkan Zulaika yang terkulat-kulat memandang.
Sikap adik tirinya itu membuatkan hatinya jadi tidak menentu. Dia takut kalau-kalau Fatin Adiba meneruskan tabiat lamanya yang agak liar itu. Apatah lagi rona-rona kota Metropolitan ini memang menjanjikan keseronokan bagi sesiapa yang dambakan keseronokan walaupun ia hanyalah sementara atau sebuah ilusi semata. Ah... hendak menyesal pun sudah terlambat, desis hatinya sambil berharap agar semua yang dirisaukan itu tidak menjadi kenyataan.
“Kenapa ni, sayang?” entah bila masanya Yusuf Hakimi mendekat. Jari-jemari kanannya diramas lembut.
Dia menoleh lelaki itu dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang.
“Tak ada apa-apalah, bang.”
“Jangan nak tipu abang. Tadi abang tengok Fatin baru aje tinggalkan Ika dengan muka monyok. Mesti Ika bertengkar dengan dia ni?” koreknya lagi.
Zulaika hanya mendiamkan diri. Matanya merenung kejauhan, pada neon yang menyinari persekitaran.
TIDAK BERAPA JAUH dari situ, Fatin Adiba melirikkan matanya ke arah pasangan tersebut. Keromantisan mereka menjolok cemburunya. Apa lebihnya Zulaika sehingga dia mampu menjerat kasih lelaki seperti Yusuf Hakimi? Dan, apa kurangnya aku?
Sikap Zulaika yang seolah-olah tidak suka dia rapat dengan anak lelaki bosnya membuatkan dia berfikir yang bukan-bukan terhadap kakak tirinya itu. Dia menyangka yang Zulaika hanya mahu bahagia seorang diri. Sedangkan dia hendak berkawan dengan pemuda kacak seperti Rayzal pun tidak dibenarkan.
Argh, aku boleh berkawan dengan siapa saja yang aku suka. Zulaika tak boleh menyekat kebebasan aku, desis hatinya sambil menghampiri ibunya.

Isnin, 3 Februari 2014
RINDU YUSUF, CINTA ZULAIKA- BAB 18
“TAHNIAH, Cik Fatin. Sekarang awak dah jadi salah seorang ahli di FNR Engineering Sendirian Berhad.” Fauzan berjabat tangan dengan gadis itu. Fatin Adiba kelihatan amat gembira. Itu jelas kelihatan daripada air mukanya.
“Saya ni sebenarnya amat memilih ketika mencari pekerja baru. Orang muda sekarang ni mudah sangat bertukar-tukar kerja. Kadang-kadang tu tak sampai tiga empat bulan dah pindah ke tempat kerja lain. Tapi sebab Yusuf Hakimi tu kenalan lama saya, maka saya terima awak kerja di sini tanpa banyak soal. Saya harap awak bekerja di sini dengan penuh dedikasi. Insya-Allah kalau awak menunjukkan prestasi dalam kerja awak, peluang untuk dinaikkan pangkat ataupun gaji tu terbuka luas.”
Fatin Adiba mengangguk.
“Terima kasih kerana terima saya kerja kat sini, Encik Fauzan. Insya-Allah saya akan bekerja dengan rajin.” Janjinya.
Fauzan memanggil setiausahanya yang bernama Aini, masuk ke bilik. Beberapa minit kemudian Fatin Adiba telah berada di bahagian pentadbiran untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran gajinya kelak. Selepas itu dia terus dibawa turun ke tempat menyambut tetamu.
“Saerah, kenalkan dengan pembantu baru awak, Fatin Adiba.” Kata Aini memperkenalkannya pada gadis penyambut tetamu bernama Saerah. Kedua orang gadis itu berjabat tangan. “Tunjukkan Fatin cara-cara menjalankan tugasnya.” Sambung Aini sebelum berlalu dari situ.
“Sebelum ni awak kerja kat mana?” soal Saerah setelah menunjukkan serba ringkas kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh Fatin Adiba sebagai telefonis dan penyambut tetamu di situ.
“Kerja kilang kat kampung.” Fatin Adiba memberitahu.
“Saya dengar awak adik ipar Encik Yusuf, ya?” soal Saerah. Fatin Adiba hanya mengangguk.
Mereka mula sibuk menjalankan kerja sehingga tidak menyedari yang waktu makan tengah hari telah tiba. Saerah menyuruh Fatin Adiba keluar makan dahulu kerana dia tidak mahu membiarkan meja penyambut tetamu itu kosong. Fatin Adiba tidak banyak cakap walaupun dia sebenarnya keberatan untuk keluar makan sendirian di tempat yang masih agak asing bagi dirinya.
“Bawa purse aje. Tinggalkan beg tangan kau tu kat sini.” Kata Saerah yang sudah mesra dengannya. “Ingat tau, pukul satu empat puluh lima nanti kau kena gantikan tempat aku kat sini. Aku pun dah lapar ni.”
“Okey!” sahutnya. Ketika dia hendak melangkah keluar dari ruang pejabat itulah seorang anak muda kacak melangkah masuk. Pandangan mereka berlaga seketika. Hanya seketika kerana Fatin Adiba terpaksa berkejar dengan masa.
“Siapa tu?” soal Rayzal pada Saerah.
“Fatin Adiba, penyambut tetamu baru kat sini.” Saerah memberitahu. “Kenapa, kau berminat ke?”
“Nantilah... aku fikirkan dulu!” sahut Rayzal sambil tergelak dengan nada sumbang.
“Kau jangan, Ray. Mengamuk Aini dengan kau nanti.” Saerah mengingatkan.
“Berapa kali aku nak beritahu, aku dengan Aini hanya kawan biasa aje. Aku bebas nak berkawan dengan mana-mana perempuan lain. Kalau kau berminat pun boleh juga!” mata Rayzal galak memandang gadis tersebut.
“Sudahlah, engkau! Bukan aku tak tahu engkau tu buaya darat.” Hempuk Saerah yang cukup arif dengan sikap Rayzal. Tapi dia pelik kerana Aini masih juga mahu rapat dengan jejaka itu.
“Papa ada kat atas?”
“Ada! Kau ni nak jumpa papa kau ke, ataupun Aini?” perli Saerah.
“Semuanya aku nak jumpa, termasuklah kau!” tingkah Rayzal, galak. Saerah hanya mengekel. Dia tahu jejaka seperti Rayzal memang handal mengayat perempuan.
Rayzal hanya singgah beberapa minit sahaja di bilik Fauzan yang kebetulan adalah papanya. Dia juga sempat mengusik Aini yang semakin rapat dengannya itu.
“Malam ni kita jumpa lagi, okey.” Bisiknya ke telinga Aini membuatkan gadis itu tersenyum lebar sampai ke telinga.
Kebiasaannya dia menghabiskan masa selama setengah jam atau lebih di bilik papanya. Tapi tengah hari itu dia ada agenda yang lebih penting untuk difikirkan. Pandangan mata yang berlaga dengan Fatin Adiba ketika dia berada di pintu masuk pejabat seketika tadi mula mengasak ruang fikirnya.
Cantik juga ayam kampung tu, desis hatinya ketika dalam perjalanan turun dari bilik papanya.
Dia tidak menghiraukan Saerah yang berkeriau bertanya mengapa dia cepat-cepat hendak pulang. Dia segera mencapai motosikal berkuasa tingginya dan memecut ke arah deretan gerai di seberang jalan. Dia pasti gadis yang dicarinya berada di salah sebuah gerai di situ.
Dia tersenyum senang apabila melihat Fatin Adiba sedang duduk seorang diri di gerai Singgah Selalu. Dia menghampiri gadis yang sedang berbual dengan seseorang melalui telefon bimbitnya.
“Terima kasih kerana telefon Fatin, bang. Ya, Fatin baru aje nak makan ni. Abang dah makan? Ye ke... okeylah bang, bye!” ujar Fatin Adiba. Dia terkejut kerana Yusuf Hakimi sanggup bersusah-payah menelefonnya sekadar untuk bertanya apakah dia sudah makan tengah hari dan dengan siapa. Selama ini dia cukup tahu bahawa suami kakak tirinya itu tidak pernah menyukainya mahupun ibunya.
“Hai, Fatin!”
Terkejut beruk dia apabila tiba-tiba disapa oleh seseorang ketika sedang mengangankan wajah Yusuf Hakimi. Dia segera mendongak dan mendapati pemuda yang bertembung dengannya di pintu masuk pejabat seketika tadi kini berada di hadapannya. Tanpa dipelawa, Rayzal terus duduk.
“Awak tentu terkejut, kan? Saya, Rayzal.” Anak muda itu memperkenalkan dirinya tanpa rasa canggung sedikit pun.
Fatin Adiba tersenyum ramah. Memang seronok bekerja di Kuala Lumpur ni, ramai jejaka handsome, bisik hatinya.
“Apa khabar, Rayzal?”
“Baik. Kesian... makan sorang-sorang aje ya? Tak apa, biar saya temankan.”
“Terima kasih.” Tukas Fatin Adiba. Tatkala mata mereka berlaga, Rayzal segera memberikan senyuman mautnya untuk Fatin Adiba.
Mereka makan bersama sambil bertukar-tukar cerita. Fatin Adiba terkejut apabila mendapati dirinya sedang makan tengah hari bersama-sama anak lelaki bosnya. Rasa bangga mula menguasai dirinya. Ternyata kedatangannya ke kota Metropolitan itu bukanlah kedatangan yang sia-sia. Rayzal nyata lebih kacak dan bergaya daripada Amir, lelaki rosak akhlak yang telah ditinggalkan nun jauh di ceruk kampung sana.
Hatinya bernyanyi-nyanyi riang!
LEPAS waktu Zohor, Fatimah membawa dirinya ke bilik untuk berehat. Kesempatan itu diambil olehnya untuk mengadap laptopnya. Niat di hati hendak menyambung ke bab yang seterusnya.
Ketika dia berhadapan dengan laptopnya, dia sentiasa menyalurkan ke hati bahawa setiap sesuatu yang hendak dilakukan itu perlulah ikhlas. Bekerja tanpa niat yang ikhlas untuk mencari nafkah yang halal seterusnya mendapatkan keredaan Allah Taala akan membuatkan seseorang itu cepat bosan dalam setiap apa yang dilakukannya. Arwah ayahnya pernah menasihatinya agar meluruskan niat untuk pastikan kejayaan digenggam.
Ada orang bekerja kerana dorongan wang. Memang prinsip itu tidak ada salahnya. Wang memang diperlukan terutamanya untuk melunaskan tuntutan di zaman moden yang serba mencabar ini. Wang perlu untuk membayar segala macam bil dan mempastikan keperluan perut sentiasa terisi. Bagi yang ada anak, wang perlu untuk mempastikan pelajarannya tidak terabai. Malah, untuk beramal ibadat juga faktor wang tak boleh dinafikan. Bagaimana seseorang hendak membayar zakat dan mengerjakan amal ibadat di Tanah Suci Mekah kalau poketnya kering kontang tanpa Ringgit Malaysia?
Namun bekerja atas dorongan wang sering membuat manusia lupa kepada perintah Allah. Sedangkan Allahlah yang menurunkan rezeki pada mereka. Kerana terlalu asyik mengejar wang, waktu solat ditinggalkan, amal ibadat ditolak ke tepi. Kerana dorongan wang juga, seseorang itu sanggup meminta dan menghulur apa yang dinamakan rasuah. Malah, yang lebih teruk lagi ada orang sanggup mencari jalan singkat untuk mengejar wang dan kemewahan hidup yang hanya sementara dengan melakukan pekerjaan yang menyeleweng seperti merompak, menyeludup dadah ataupun menjual maruah diri sebagai wanita penghibur di malam hari hatta pelacur sekalipun!
Tapi jika manusia bekerja mencari rezeki dengan niat untuk mendapatkan redha Allah Taala, pasti dia akan meninggalkan semua pekerjaan yang menyeleweng ini.
Setiap daripada kita telah ditentukan rezekinya oleh Allah Taala. Namun kita terpaksa berusaha, berdoa dan bertawakkal. Yang rugi ialah orang yang bekerja sekadar untuk mencukupkan kantongnya agar dapat membayar bil-bil setiap hujung bulan dan mempastikan kelangsungan hidupnya dapat diteruskan. Si dia ini akan bangun setiap pagi dengan rasa malas, menuju ke tempat kerja dengan rasa tidak ikhlas dan sentiasa menunggu-nunggu masa untuk pulang semula ke rumah. Begitulah rutin hariannya.
Bagaimanakah agaknya produkitivi orang sebegini? Setiap kerja yang dilakukan tanpa keikhlasan, hasilnya pasti kurang memuaskan. Tapi berbeza dengan orang yang ikhlas ketika bekerja dengan niat di hatinya untuk membawa rezeki yang halal pulang ke rumah demi anak-anak dan keluarga tercinta. Walaupun rezeki yang dibawa pulang itu sedikit, hatinya tetap bahagia.
Begitulah halnya dengan Zulaika. Dia ikhlas ketika membantu ibu tirinya mengusahakan warung bawah pokok ketapang dahulu. Walaupun imbuhan yang diterimanya tidak setimpal dengan jerih-perih dan keringat yang keluar dari tubuhnya, dia tetap pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Dia hanya bersedih ketika Fatimah dan Fatin Adiba melayannya bagaikan babu yang tidak punya hati dan perasaan. Selebihnya, dia menyerahkan untung nasibnya pada Allah.
Banyak kebaikan yang diperolehinya ketika bekerja di warung dahulu. Kerana tak henti-henti bekerja, tulangnya menjadi kuat. Dia juga pandai memasak dan ini terbukti setelah suaminya kerap memujinya.
Kini, dia tidak lagi perlu membanting tulang di warung ibu tirinya. Dia menumpukan perhatian pula pada pekerjaan barunya sebagai suri rumah tangga dan juga penulis bebas. Dia melakukan pekerjaan itu dengan hati yang gembira. Dunia penulisan juga mampu meluaskan pemikirannya. Dia semakin banyak membaca buku-buku. Dia juga semakin banyak berfikir. Dia mahu menghasilkan novel-novel yang berkualiti, yang walaupun mungkin tidak setanding dengan novel-novel nukilan Sasterawan Negara, tapi penuh dengan harapan agar secebis daripada pemikirannya mampu mengubah seseorang.
Oleh sebab itulah dia banyak menyelitkan nilai-nilai murni untuk memotivasikan pada pembacanya dengan harapan agar mereka di luar sana yang mungkin sedang menderita tidak akan mudah menyerah kalah.
Walaupun terkadangkala dia dihimpit rasa bosan kerana dengan bekerja di rumah, dia jarang bertemu orang ramai, tapi dia tidak menyesal. Kerana dia tahu menulis adalah juga pekerjaan yang murni. Kerana dia tahu yang dia mampu menyalurkan seluruh fikiran dan pandangannya untuk dikongsi dengan khalayak pembaca.
Apa hinanya bekerja di rumah? Dia tidak perlu memikirkan tentang pakaian apa yang perlu disarung ke tubuhnya untuk ke pejabata keesokan harinya. Malah, kehormatan dirinya juga terjaga. Dia hanya bersolek dan berdandan untuk suaminya. Hanya suaminya yang melihat kecantikannya dan secara tidak langsung dia telah mendapat pahala percuma. Dia terselamat daripada apa yang dinamakan pergaulan bebas di tempat kerja.
Zulaika cukup bersyukur dengan kehidupan yang sedang dilaluinya sekarang. Dia hanya berdoa untuk hidup tenang dan aman di sisi suaminya... dan mungkin anak-anaknya dengan Yusuf Hakimi.
Tangannya yang lincah mengetuk papan kekunci tiba-tiba sahaja terhenti. Persoalan zuriat ini kadangkala mengganggu emosinya, menggugat ketenangannya. Fatimah juga awal pagi tadi telah mempersoalkan kenapa benih Yusuf Hakimi masih belum melekat di rahimnya sedangkan mereka telah dua tahun berumah tangga. Kenapa?
Dia meraba perutnya. Alangkah indahnya dunia kalau Kau kurniakan aku dengan anak-anak yang mewarnai dunia cintaku dengan suamiku, ya Rabbi, desis hatinya dengan segunung harapan.
Langgan:
Catatan (Atom)