BAB 3
INTAN DELAILA bergegas menuju ke kaunter pendaftaran. Ternyata ramai
siswa-siswi telah mendahuluinya. Ada yang mungkin datang sejauh Sabah
dan Sarawak semata-mata untuk menuntut ilmu bagi bekalan di hari muka
dan menaikkan taraf hidup masing-masing. Sabda junjungan kita, tuntutlah
ilmu walau sampai ke negara Cina.
Matahari bersinar garang walaupun
waktu ketika itu baru mencecah ke angka sepuluh pagi. Sambil mengatur
langkah, Intan Delaila sempat menyaksikan pelbagai ragam para pelajar
baru yang beratur panjang di beberapa barisan untuk membuat pembayaran
pendaftaran masuk ke fakulti. Ada yang kelihatan berbual sesama sendiri,
ada yang gelisah kerana mungkin telah terlalu lama menunggu dan seribu
satu macam gaya dan cara.
Tetapi Intan Delaila pasti, mereka yang
sedang beratur untuk melunaskan bayaran di kaunter itu membawa sama
segunung harapan dan azam untuk berjaya dalam pengajian masing-masing
kelak. Mereka tentu seperti dirinya juga yang berkobar-kobar dengan
semangat.
Dalam melayan arus imaginasinya itu, tiba-tiba dia merasa
dirinya dirempuh dari belakang dengan agak kuat sehingga dia terdorong
ke hadapan. Mujur dia dapat mengimbangi badannya lalu menoleh ke
belakang.
“Err... saya minta maaf, saudari. Tak sengaja!” kata seorang pemuda di belakangnya.
Walaupun sakit hatinya dirempuh-rempuh begitu tapi dia hanya mampu mengangguk.
“Saya, Iman. Iman Daniel.” Tanpa dipinta pemuda itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan ke arah Intan Delaila.
Intan Delaila teragak-agak untuk menyambut huluran tangan daripada
manusia yang baru dikenalinya itu. Tetapi dia tak mahu dianggap biadap
lalu tangan Iman Daniel disambutnya juga dengan senyuman.
“Intan Delaila.” Getusnya, memperkenalkan diri.
Mata Iman Daniel melekat teguh ke wajah bujur sirih Intan Delaila.
Senyuman yang masih berlegar di bibir yang berkilat akibat dielus lip
balm, kelihatan amat manis dan menawan.
“Selamat berkenalan, Intan Delaila.”
“Selamat berkenalan. Panggil saya Delaila aje.” Ujarnya.
“Dah lama beratur kat kaunter ni?” soal Iman Daniel.
Intan Delaila menoleh jam di lengannya.
“Dah hampir dua puluh minit.” Sahutnya sambil tergelak.
Iman Daniel turut ketawa.
“Apa nak buat, kan... sabar ajelah. Bukan seorang dua pelajar yang
berbaris untuk mendaftar hari ni. Dengar ceritanya kaunter pendaftaran
akan dibuka sehingga esok.” Iman Daniel bercerita.
“Iye?” tukas
Intan Delaila. Tak hairanlah kenapa kaunter pendaftaran terpaksa dibuka
sehingga esok kerana jumlah pelajar yang hendak mendaftar masuk memakan
angka ribuan orang.
Tiba ke gilirannya, Intan Delaila segera membuat
pembayaran. Selepas itu tanpa menoleh ataupun mengucapkan selamat
tinggal pada teman pertama yang menegurnya di dewan yang mulia itu, dia
bergegas keluar untuk mencari ayahnya.
“Dah selesai ke, Delaila?” soal Encik Samad sebaik saja dihampiri oleh anak gadisnya.
“Dah, ayah.”
“Lepas ni kita ke mana pulak?”
“Kita kena ke kolej untuk simpan barang. Kunci bilik pun dah dapat ni.”
Katanya sambil memperagakan kunci bilik yang baru sahaja diserahkan
oleh petugas di kaunter tadi kepada ayahnya.
Encik Samad mengangguk.
Kedua beranak itu bergegas pula menuju ke kereta yang diletakkan agak
jauh dari dewan pendaftaran tersebut.
INTAN DELAILA bergegas menuju ke kaunter pendaftaran. Ternyata ramai siswa-siswi telah mendahuluinya. Ada yang mungkin datang sejauh Sabah dan Sarawak semata-mata untuk menuntut ilmu bagi bekalan di hari muka dan menaikkan taraf hidup masing-masing. Sabda junjungan kita, tuntutlah ilmu walau sampai ke negara Cina.
Matahari bersinar garang walaupun waktu ketika itu baru mencecah ke angka sepuluh pagi. Sambil mengatur langkah, Intan Delaila sempat menyaksikan pelbagai ragam para pelajar baru yang beratur panjang di beberapa barisan untuk membuat pembayaran pendaftaran masuk ke fakulti. Ada yang kelihatan berbual sesama sendiri, ada yang gelisah kerana mungkin telah terlalu lama menunggu dan seribu satu macam gaya dan cara.
Tetapi Intan Delaila pasti, mereka yang sedang beratur untuk melunaskan bayaran di kaunter itu membawa sama segunung harapan dan azam untuk berjaya dalam pengajian masing-masing kelak. Mereka tentu seperti dirinya juga yang berkobar-kobar dengan semangat.
Dalam melayan arus imaginasinya itu, tiba-tiba dia merasa dirinya dirempuh dari belakang dengan agak kuat sehingga dia terdorong ke hadapan. Mujur dia dapat mengimbangi badannya lalu menoleh ke belakang.
“Err... saya minta maaf, saudari. Tak sengaja!” kata seorang pemuda di belakangnya.
Walaupun sakit hatinya dirempuh-rempuh begitu tapi dia hanya mampu mengangguk.
“Saya, Iman. Iman Daniel.” Tanpa dipinta pemuda itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan ke arah Intan Delaila.
Intan Delaila teragak-agak untuk menyambut huluran tangan daripada manusia yang baru dikenalinya itu. Tetapi dia tak mahu dianggap biadap lalu tangan Iman Daniel disambutnya juga dengan senyuman.
“Intan Delaila.” Getusnya, memperkenalkan diri.
Mata Iman Daniel melekat teguh ke wajah bujur sirih Intan Delaila. Senyuman yang masih berlegar di bibir yang berkilat akibat dielus lip balm, kelihatan amat manis dan menawan.
“Selamat berkenalan, Intan Delaila.”
“Selamat berkenalan. Panggil saya Delaila aje.” Ujarnya.
“Dah lama beratur kat kaunter ni?” soal Iman Daniel.
Intan Delaila menoleh jam di lengannya.
“Dah hampir dua puluh minit.” Sahutnya sambil tergelak.
Iman Daniel turut ketawa.
“Apa nak buat, kan... sabar ajelah. Bukan seorang dua pelajar yang berbaris untuk mendaftar hari ni. Dengar ceritanya kaunter pendaftaran akan dibuka sehingga esok.” Iman Daniel bercerita.
“Iye?” tukas Intan Delaila. Tak hairanlah kenapa kaunter pendaftaran terpaksa dibuka sehingga esok kerana jumlah pelajar yang hendak mendaftar masuk memakan angka ribuan orang.
Tiba ke gilirannya, Intan Delaila segera membuat pembayaran. Selepas itu tanpa menoleh ataupun mengucapkan selamat tinggal pada teman pertama yang menegurnya di dewan yang mulia itu, dia bergegas keluar untuk mencari ayahnya.
“Dah selesai ke, Delaila?” soal Encik Samad sebaik saja dihampiri oleh anak gadisnya.
“Dah, ayah.”
“Lepas ni kita ke mana pulak?”
“Kita kena ke kolej untuk simpan barang. Kunci bilik pun dah dapat ni.” Katanya sambil memperagakan kunci bilik yang baru sahaja diserahkan oleh petugas di kaunter tadi kepada ayahnya.
Encik Samad mengangguk. Kedua beranak itu bergegas pula menuju ke kereta yang diletakkan agak jauh dari dewan pendaftaran tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan