TAJUK : BALADA AIR MATA
PENULIS : ANGELA ENGKUAN
PENERBIT : ALAF 21
TERBITAN : 2012
MUKASURAT : 439
Kisah seorang gadis yang bernama Kesuma kehilangan ibu sejak dilahirkan. Enam tahun membesar bersama datuk dan neneknya dari sebelah arwah ibu. Waktu dia berumur enam tahun ayahnya datang mengambilnya semula. Sejak itu dia tidak lagi bertemu datuk dan neneknya. Dia membesar bersama ibu tiri yang kurang senang dengan kehadirannya. Kehadirannya tidak diterima dengan sepenuh hati. Dia terpinggir. Setelah meningkat dewasa Kesuma pulang semula ke kampung halaman arwah ibunya. Dia mencari kembali datuk dan neneknya. Mengamit kembali kenangan ketika dia masih kecil. Mengimbau kembali kawan-kawan yang telah lama ditinggalkan.
Perasaan benci keluarga tirinya tidak hanya ketika dia tinggal bersama mereka. Malah adik tirinya sanggup menabur fitnah mengatakan dia melahirkan anak luar nikah sehingga ayahnya sendiri membenci dirinya. Kehadirannya di kampung datuk dan neneknya juga tidak disenangi oleh ayahnya sendiri. Kamal tidak mahu Kesuma terlalu rapat dengan keluarga arwah isterinya. Ada dendam yang tersemat di dada.
Kesuma terlalu kasihkan datuk dan neneknya sehingga dia membantah kata-kata ayahnya. Perkahwinan yang diatur oleh ayahnya juga ditolak mentah-mentah. Hati telah diserahkan pada sahabat sewaktunya kecil dahulu. Bermulalah episode sedih dan duka Kesuma dalam meraih kasih seorang ayah dan membalas kasih sayang datuk dan neneknya yang hanya tinggal berdua. Merasa bertanggungjawab menjaga mereka.
Kenapa Kamal begitu membenci dan mendendami bekas keluarga mentuanya? Mampukah Kesuma membersihkan namanya? Mahukah Kamal menerima Kesuma kembali setelah apa yang terjadi? Insafkah keluarga tiri Kesuma setelah apa yang mereka lakukan pada Kesuma? Adakah kebahagian untuk Kesuma? Siapa Adam, anak kecil yang menjadi penyebab Kamal membuang Kesuma? Semua persoalan itu akan terjawab di dalam BALADA CINTA.
Saya suka jalan ceritanya. Ada nilai-nilai murni yang ingin disampaikan. Tentang tanggungjawab seorang cucu terhadap datuk dan nenek. Tanggungjawab seorang menantu terhadap bekas mentuanya. Tanggungjawab seorang ibu tiri terhadap anak tirinya. Seperti biasa bahasa di dalam novel-novel dari Alaf 21 memang tida pernah menghampakan. Jalan cerita yang bersahaja dan mudah difahami. Plot yang diselitkan dengan imbas semula, namun tidak menganggu perjalanan cerita. Tahniah pada penulis. Semoga akan terus menghasilkan karya yang bermutu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan