Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Jumaat, 13 Oktober 2017

ULASAN CIK CEMERKAP VS ENCIK SELFIE

Cik Cemerkap vs Encik Selfie
Meera Natasya
Pink Diction
2016
170 muka surat
Novel Cinta.


Watak Antogonis: Serena

"Hei, perempuan! Kau sedar diri sedikit. Aku model terkenal. Kau cuma penjual bunga. Mana setaraf dengan Prem? Badan kurus keding, kulit hitam dan rambut kerinting macam mi maggi. Buruk rupa kau. Kalau kau nak tahu, selama dia mengenali kau, dia berhubungan dengan aku. Dia tak curang dengan kau. Dia lebih cintakan duit kau yang berkepuk dalam bank. Jadi, tolong jangan perasan," kata Serena.

Wah! Pecah rekod sendiri, dalam masa tiga jam sahaja, habis baca buku ini. Tunggu lama di klinik, layan buku ini sampai habis.


Penulis bukan berbangsa Melayu tetapi mampu menulis karya ini dengan baik.
Cerita berkisahkan tentang Riya yang mencintai Prem, tetapi sayang Prem dalam diam bermain kayu tiga. Riya benar-benar kecewa dan berasa tertipu. Prem minta putus, Riya tidak menolak.
Dalam keadaan kelam kabut Riya hampir dilanggar kereta, diselamatkan oleh seorang lelaki. Tiga kali mereka bertemu. Riya tidak suka dengan sikap lelaki itu, bercakap pun lepas.
Kehadiran lelaki bernama Tejas mengubah kehidupan Riya yang takut untuk bercinta lagi.
Apa berlaku seterusnya? Kenalah baca buku ini.
Kisah cinta biasa, bertembung, berlanggar dan akhirnya jatuh cinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan