Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Jumaat, 13 Oktober 2017

ULASAN NOVEL NUR'AIN ISTERI BURUH PAKSA

Nur' ain: Isteri buruh paksa
Adly Azamin.
ITBM
2015
294 muka surat.
Novel Perjuangan
*****bintang/5


Buku ini sudah dua tahun saya beli. Baru sempat baca. Maklumlah rajin beli, baca macam siput.
Siapa penulis ini? Adly Azamin nama yang jarang saya dengar, baca biografinya buat hati bergetar. Penulis lama dan hebat berkarya sejak tahun 1960-an. Selain menulis novel, beliau juga aktif menulis drama radio dan banyak lagi penulisan lain.
Berlatar belakangkan zaman pemerintahan Jepun, kisah bermula dengan prolog berkisah penalukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura.
Kisah ini bermula dengan kisah seorang isteri muda yang diperdaya sehingga menjadi buruh paksa oleh tentera Jepun.


Nur'ain yang sedang belajar di Sumatera disuruh pulang ke tanah air kerana perang sudah meletus dan ibunya meninggal dunia. Belum sempat dia menghabiskan pelajarannya, Nur'ain akur keputusan ayahnya. Ketika itu dia sudah pun ditunangkan dengan seorang lelaki yang merupakan ahli keluarganya juga agar harta milik keluarga tidak jatuh ke tangan orang lain.
Perkahwinan Nur'ain dengan Khairi diteruskan juga. Belum sempat mengenal hati budi suami yang baharu dikahwini, Khairi dibawa lari dan dijadikan buruh paksa oleh tentera Jepun.


Nur'ain setia menunggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, khabar berita tentang suaminya masih tidak diketahui. Nur'ain tidak putus berdoa agar suaminya dilindungi Allah.
Kekejaman tentera Jepun semakin menakutkan penduduk kampung ditambah dengan Bujang yang menjadi talibarut Jepun, dia menyebabkan ramai orang kampung yang diseksa dan dibunuh serta ditangkap.


Dalam kekalutan hidup sendiri, Nur'ain dipertemukan dengan Adam, pemuda itu bekerja membantu Nur'ain mengguruskan ladang kelapa dan sayurnya.
Nur'ain juga berani menentang Bujang dan tentera Jepun. Dia tidak takut dengan kehadiran mereka. Keberanian Nur'ain menjadi dendam di hati Bujang. Lelaki itu berasa tercabar kerana Nur'ain berani mencabar dan menceritakan perbuatan Bujang kepada ketua tentera Jepun sehingga lelaki itu dipinggirkan oleh tentera Jepun.


Adam yang sering diperkotak katikkan oleh Bujang sehingga membakar rumah warisan keluarganya turut berani melawan Bujang.


Dalam diam Adam menyimpan perasaan terhadap Nur'ain yang juga merupakan majikannya.
Apa berlaku seterusnya? Adakah Khairi akan kembali ke sisi Nur'ain? Berjayakah Bujang membalas dendam? Adakah cinta Adam terbalas?


Saya suka karya ini, sesungguhnya Tuan Penulis memang berpengalaman. Latar termpat, latar masa begitu terperinci diceritakan, seperti saya melihat semua adegan bertayangan di hadapan mata, penulis juga merupakan seorang penerbit rancangan, penulis skrip jadi tidak susah untuk beliau melakar perjalanan cerita dengan baik sekali.

Penulis-penulis muda wajar membaca karya ini

.
Karya yang menarik untuk dibaca.


Watak antagonis: Bujang. Tali barut Jepun, jahat sangat sampai sanggup membakar rumah Adam. Sanggup menyeksa orang kampungnya sendiri.


"Awak ingat Jepun bodoh? Percaya cakap awak?" bentak Bujang. "Aku ini orangmya. Aku polis. Aku tahu semua orang. Cakap aku laku. Sekarang siapa yang Jepun akan percaya. Cakap aku atau cakap awak?" (Dailog Bujang. Muka surat 228)


Ayat yang menarik: muka surat 110:


"Kita bagaikan dikejar bayang-bayang sendiri. Lagi kita lari, lagi kuat bayang-bayang tu mengejar kita Akhirnya, siapa yang rugi? Rumah terbiar, sawah ladang pula tak dikerjakan." (Dailog Nur'ain)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan