Cari Blog Ini
Isnin, 10 November 2014
JALAN-JALAN CARI LAKSA
Kalau ke Kuala Perlis, tidak lengkap kalau tidak singgah menikmati Laksa Kuala Perlis yang enak dan laksanya dibuat sendiri dari tepung beras. Sebenarnya hendak makan Laksa di Kuala Perlis tidak susah, ada di semua rata ceruk kawasan tersebut. Tetapi yang paling popular adalah dua kedai ini, terutamanya kedai Laksa Kak Su. D Adna Laksa Kuala Perlis juga tidak kurang mantapnya. Wajib rasa, jika tidak kempunanlah.
Sebenarnya di Kuala Perlis, Laksa boleh dapat seawal 6.30 pagi lagi. Merupakan hidangan sarapan pagi yang sentiasa menjadi pilihan. Tentu ramai terfikir, tak sakit perut ke? Saya sendiri terkejut pada pertama kali melangkah kaki ke Kuala Perlis apabila dihidangkan Laksa untuk sarapan pagi. Kecur juga air liur maklumlah ketika itu memang minat betul. Laksa Kuala Perlis lain dari negeri lain, kuahnya pekat dan cukup rasa. Kalau nak tahu sedap atau tidak, kenalah cuba.
Tidak susah hendak cari kedua-dua kedai ini. Kalau sukar bertanya sahaja dengan penduduk di Kuala Perlis, semua tahu. Orang Kuala Perlis ni pelik sikit cara makan laksa, selalunya mereka akan campurkan beberapa jenis kuih ke dalamnya. Saya pernahlah rasa jika makan dengan cakoi, memanglah sedap. Bahan utama yang dicampur adalah Pulut Panggang, spera dan cakoi, tambahan lain adalam beehon goreng. Bayangkanlah semangkuk laksa di penuhi dengan semua bahan tersebut. Memang menggahlah.
Kalau hendak tahu sedap atau tidak jika dicampur semua bahan itu, boleh cuba sendiri. Memang berbaloi.
Kalau singgah ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi, sudi-sudikanlah singgah di kedua-dua kedai ini.
(Kredit kepada empunya gambar. Terima kasih)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan