Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Selasa, 25 November 2014

ULASAN POCONG BALIK RUMAH.

POCONG BALIK RUMAH ( ISBN 978 967 446 039-6)
ZAIFUZAMAN AHMAD
BUKU PRIMA
2014
RM23.00 Sem. Malaysia
546 muka surat
                Dimulakan dengan prolog,   seorang ibu tunggal dan anaknya menikmati makan tengahari sambil bercerita tentang kisah hantu.  Bermulalah sebuah kisah di sebuah kampung bernama Kampung Long Mamat…  Usin mengikuti satu program bersama anak-anak muda di kampungnya.    Tidak pula dia memberitahu isterinya program apakah itu.  Sejak pagi dia pergi terus tak balik ke rumah sehinggalah ke dinihari.
                Kemudian kisah beralih ke Kampung Seri Andak, tiga orang pemuda sedang menggali sebuah kubur, sambil menggali mereka bercerita tentang arwah yang bakal menghuni kubur yang sedang mereka gali.  Leka menggali mulalah berlaku perkara yang tidak pernah mereka duga, sepanjang menjadi pengali kubur.  Sedang mereka berbual muncul benda yang tidak pernah mereka duga.  Pocong berdiri di hadapan mereka sambil berkata “Tolong bukakan.”  Kalau sesiapa pun akan lari melihat pocong. 
                Pocong itu pergi dari satu tempat ke satu tempat meminta bantuan agar dia dilepaskan.  Puas dia meminta tolong, namun tiada siapa yang sudi membantu.  Malah kebanyakkan  yang ditemui semuanya akan pengsang.
                Kejadian itu  telah mengemparkan Kampung Seri Andak. Seorang demi seorang penduduknya bertemu dengan pocong tersebut.   Tok ketua sendiri bingung memikirkan.  Mana tidaknya, pocong muncul di siang hari.   Hairanlah orang kampung, mana pernah ada hantu muncul di siang hari?  Khabar angin mula berterbangan, menuduh arwah Cikgu Hussein ada ‘membela’ dan belaan arwah Cikgu Hussein  yang punya angkara.   Berita itu membuatkan anak-anak  Cikgu Hussein tidak senang duduk.  Mereka mula  mencari kebenaran sama ada arwah ayah mereka ada ‘membela’. 
                Apa yang boleh saya katakan karya penulis ini.  Biarpun tiada keseramannya, namun saya suka gaya penceritaan yang diketengahkan.  Setiap bab  lain watak yang muncul, jarang dan tidak ramai penulis menggunakan pendekatan ini dalam berkarya.  Boleh dikatakan watak utama adalah ‘Pocong’, sesuai dengan tajuknya.  Dari awal pembacaan saya ketawa sehinggalah ke pengakhirannya.  Ketawa sehingga air mata mengalir.  Sehingga sekarang saya tersenyum sendiri.  Gaya bahasa yang santai.  Latar tempat dan watak yang  pelbagai dan beraneka ragam.  Mampu buat kita tersenyum dan ketawa sendiri.
                Program apakah yang diikuti oleh Usin sehingga tidak pulang ke rumah?  Berjayakan ‘pocong’ bertemu dengan orang yang mampu membantunya?  Dapatkah Tok Ketua merungkai misteri yang menimpa penduduk kampungnya?  Apakah yang sebenarnya berlaku?  Misteri menyelubungi anda?  Kalau hendak mengetahui apa yang berlaku dan kenapa pocong muncul di Kampung Seri Andak, kenalah dapatkan buku ini.  Kepada peminat novel seram jangan kecewa.  Karya ini boleh menghilangkan stress dan kebosanan ketika berseorangan.

2 ulasan:

  1. buku ni lawak ke? saya takut nak beli sebab macam seram je... tengok cover aje pun dah tak berani nak beli..

    BalasPadam