AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Wednesday, 3 September 2014

CERITA KEHIDUPAN - SINOPSIS





Pemenang tempat - 2 SAYEMBARA MENULIS NOVEL REMAJA DAN KANAK- KANAK ANJURAN KOPERASI DBP BERHAD.


CERITA KEHIDUPAN
Asmah Hashim
ISBN 978-967-0731-04-9
Koperasi Dewan Bahasa Pustaka Berhad.
2014

SINOPSIS

Kisah sebuah keluarga bekerja kuat untuk mencari sesuap nasi di kota besar Kuala Lumpur. Dikurniakan anak yang ramai. Adi dan Aminah seorang ibu dan ayah yang tekun dan berusaha bersungguh-sunguh bekerja dan mengajar anak-anaknya erti sebuah kehidupan. Ainan anak yang sulong seorang yang taat dan rajin membantu kedua orang tuanya. Berani membantu pihak polis menangkap anak jirannya yang menjadi pengedar dadah peringkat antarabangsa.

Azrul anak kedua, seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pemimpin. Berwawasan dan berpandangan jauh, berkawan baik dengan kawan-kawan berlainan bangsa, mempunyai kawan yang setia, sahabat sejati sudi membantu diwaktu susah dan senang sehingga sanggup menghadiahkan sebuah rumah demi membantu dan mengenang jasa seorang kawan yang suka berbakti pada orang lain. Kevin, Mathialagam dan Rajesh membuktikan bangsa dan agama tidak menghalang mereka menjadi sahabat sejati.

Aziz anak ketiga seorang yang malas belajar dan hanya suka bermain. Berubah apabila melihat dua orang rakannya terlibat dengan anasir kurang baik menghidu gam. Berubah setelah melihat air mata seorang ibu. Turut memberi motivasi kepada rakan sekelas sehingga hati mereka juga terbuka untuk berubah ke arah yang lebih baik. Penghinaan dari guru-guru dianggap sebagai pengkuat semangat untuk berjaya dalam pelajaran.

Dengan bantuan Azrul, abang kandungnya seluruh kelas yang dianggap lemah berjaya lulus cemerlang dalam peperiksaan penggal dan mendapat penghargaan dari sekolah. Adi dan Aminah bangga dengan anak-anak mereka yang mempunyai jati diri tinggi dan rajin berusaha untuk mengubah nasib diri. Kemiskinan dan kesusahan serta kehidupan serba kekurangan tidak langsung mengubah diri mereka menjadi manusia berguna malah semakin bersemangat. Inilah kisah CERITA KEHIDUPAN

No comments:

Post a Comment