Cari Blog Ini
Ahad, 28 September 2014
HARI INI DALAM SEJARAH GRUP MARI MENULIS
Petikan berita SINAR HARIAN pada 28/9/2014
Wartawan:NOR ATIEYAH YUSOFF
SABAN hari, dunia penulisan novel semakin mendapat tempat di hati pembaca. Seiring dengan perkembangan ini, semakin banyak juga novel dan novelis dilahirkan menerusi Grup Buku Karangkraf; Alaf 21 dan Buku Prima.
Atas sambutan luar biasa ini juga, lahirnya pelbagai persatuan peminat, termasuklah Grup Mari Menulis (GMM) yang dicetuskan menerusi online.
Lebih bermakna kumpulan ini turut meluangkan masa mendekati sendiri pembikinan sesebuah novel bermula daripada penulisan sehingga ke bahagian percetakan di Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Khamis lalu.
Dihadiri lebih 20 ahli, lawatan ini pastinya memberikan pengalaman bermakna buat grup ini.
Sedikit mengenai GMM, kumpulan ini mempunyai 3,395 ahli yang berasal daripada pelbagai latar belakang dan usia menyertai GMM sejak ia ditubuhkan pada dua tahun lalu.
Menurut penyelaras GMM, Asmah Hashim, pada mulanya ia hanya dianggotai sembilan ahli sahaja.
Katanya, tanpa disangka, sambutan yang diterima amat menggalakkan.
"Kami bersyukur kerana setiap hari ahli kami bertambah. Setiap ilmu yang kami curahkan kepada ahli adalah percuma," katanya.
Sedikit mengenai sejarah penubuhan GMM ini, ianya diilhamkan oleh Ad Rahman iaitu seorang penulis prolifik dan pengkarya dari Singapura.
Menurut Asmah, pada awalnya aktiviti kumpulan hanyalah untuk berkongsi idea dan pandangan tentang dunia penulisan. Sambutan yang diterima akhirnya mencetuskan idea agar grup itu dibuka kepada umum.
"Terutamanya untuk mereka yang benar-benar ingin menjadi belajar dan menambah ilmu dalam dunia penulisan.
"Anggota admin pula terdiri daripada kalangan mereka yang sudah berpengalaman luas dalam dunia penulisan," katanya.
Selain ahli panel yang sedia ada, dia amat mengalu-alukan kehadiran penulis yang sudah berjaya dalam dunia penulisan bagi memeriahkan lagi kumpulan itu.
Katanya, penambahan ahli setiap hari memerlukan mereka untuk memeriksa hampir ratusan karya daripada ahli kumpulan itu.
Gilap penulis baharu
Seiring dengan penambahan ahli kumpulan, Asmah berkata, mereka banyak mengadakan bengkel penulisan dan lawatan ke syarikat penerbitan.
Bukan sahaja dapat menguatkan lagi semangat penulis baharu, grup ini juga bertujuan untuk melatih diri dalam bidang penulisan dan seterusnya menggilap bakat yang ada.
"Demi memantapkan penulisan, pelapis baharu digalakkan menulis apa sahaja dalam bentuk cerita, panjang atau pun pendek. Tetapi setiap tulisan harus menggunakan bahasa yang wajar.
"Sebagai penulis, memartabatkan bahasa adalah satu amanah dan tanggungjawab," katanya.
Menurutnya, setiap penulis harus menepati syarat-syarat yang dihendaki admin sekiranya mahu karya mereka dipilih untuk ke syarikat penerbitan tempatan.
"Istilah di BELASAH (Bedah, Belajar, Asah) akan digunakan oleh para admin dan komuniti kumpulan ini bagi setiap karya yang dinilai.
"Penulis pula harus menerima setiap kritikan dengan berlapang dada dan fikiran terbuka selepas karya mereka dibedah siasat oleh kami," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kembang kepis lubang idung acik masuk paper.
BalasPadamalhamdulillah. tq Kak Asmah yang memungkinkan semua ini berlaku dgn izin Allah. teringat soalan kak Nurhayati Ishak masa mula-mula saya 'mengemis rindu' di GMM,
"Mona ni penulis ke?"
GMM terbaik
BalasPadamAja aja
BalasPadam