Setiap kali pergi dan pulang dari kerja, mataku pasti
singgah di sebuah rumah buruk yang terletak beberapa meter dari tepi jalan
menuju ke taman tempat tinggalku. Entah kenapa rumah papan setingkat,
bercompang camping dengan zink dan papan mengamit mata dan hatiku untuk menatap
dan memikirkannya. Bagaimana agaknya
penghuni rumah itu? Siapakah yang
tinggal di dalamnya. Perkara itu sering
bermain di fikiran sehingga aku mengajukan pertanyaan itu kepada suamiku.
“Siapalah yang tinggal di rumah buruk itu, kan bang?” kataku, sambil mata melekat ke wajah suamiku
yang leka memandu. Dia menoleh sekali
dan mengangkat bahu.
“Biarlah, bukan urusan kita pun,” katanya.
“Hish, mana boleh macam itu bang. Manalah tahu jika
penghuninya memerlukan pertolongan kita,
cuba abang fikir, dalam keadaan rumah yang daif macam itu, tentu makan
pun susah,” ngomelku lagi.
“Kenapa sibuk sangat?
Adalah pihak yang membantu,” kata suamiku.
“Abang ni tak prihatin langsung,” aku menjeling. Kurang selesa dengan jawapan suamiku. Seperti orang tidak kisah dengan kesusahan orang lain.
“Abang ni tak prihatin langsung,” aku menjeling. Kurang selesa dengan jawapan suamiku. Seperti orang tidak kisah dengan kesusahan orang lain.
Kalau sudah rumah buruk seperti itu, pasti kehidupan
penghuninya daif dan memerlukan pertolongan.
Entah makan, entah tidak.
Mungkin menyelongkar tong sampah?
Mungkin juga berhari-hari makan nasi dengan garam. Manalah tahu.
“Awak masih fikirkan tentang rumah itu ke?” tanya
suamiku.
Dahinya berkerut.
Aku menggelengkan kepala. Malas hendak bertekak dengan
suamiku.
Di pejabat aku menceritakan tentang rumah buruk yang selalu
aku lihat. Kawan-kawan juga berasa
simpati. Maka kami memberitahu perkara
itu kepada majikan kami. Majikan kami
Haji Samsudin memang seorang yang dermawan, pantang dengar cerita tentang orang
susah dan anak yatim. Pasti cepat sahaja
dia ingin membantu.
“Saya sedia menyumbang, berapa kalian perlukan nanti
beritahu ya,” katanya
bersungguh-sungguh.
Aku sungguh teruja.
Aku tidak mampu membantu, apa salahnya jika ada orang yang ingin
membantu aku yang menguruskannya. Riang
tidak terhingga di dalam hati. Dapat
memperbaiki rumah itu pun sudah cukup baik.
Tidaklah penghuni tinggal di dalam keadaan daif seperti itu.
Aku mula berbincang dengan beberapa orang rakan sekerja dan
kami telah mengatur satu program bagi membantu penghuni rumah tersebut. Aku beria-ia untuk melakukannya. Demi perikemanusiaan. Mungkin penghuninya beragama Islam sepertiku,
sebangsa denganku. Dalam keadaan dunia
yang serba membangun dan moden, masih adakah penghuni seperti itu? Mungkin masih ada, kerana tidak semua orang
bernasib baik sepertiku dan seperti rakan-rakanku.
***
Di rumah aku memberitahu suami akan rancanganku dan rakan-rakan. Terkejut suamiku.
Di rumah aku memberitahu suami akan rancanganku dan rakan-rakan. Terkejut suamiku.
“Abang tak sangka, sayang benar-benar ingin membantu? Ingatkan main-main,” Dia menggeleng. Mungkin kurang setuju dengan rancanganku.
“Bukan guna duit sayang, duit Tuan Haji Samsudin. Kalau kita bantu seratus dua pun bukannya
luak pun duit kita,” getusku.
“Abang harap, apa yang sayang buat ini adalah betul. Manalah tahu penghuninya tidak susah
pun,” wajah suamiku cemberut.
“Kalau sudah rumah seperti itu, dah nak roboh menyembah
bumi, nanti rebahnya sahaja, abang kata tak susah?” tempelakku.
“Sayang, kadang-kadang ada manusia yang suka tinggal seperti
itu, mungkin dia senang dan gembira berkeadaan rumah seperti itu, manalah kita
tahu, kan?” dia menyengih.
“Hish, mana boleh fikir macam itu bang! Orang kalau dah senang takkan nak tunjuk susah? Untuk apa?
Nak bagi orang simpati, begitu?”
aku mendengus kasar.
“Ikut suka awaklah, saya tak larang. Jika itu dapat memuaskan hati awak. Tapi hati-hati ya. Orang sekarang ini macam-macam,” nasihat
suaminya.
Aku mengangguk tanda faham.
Penipuan di mana-mana. Ada sahaja
bencana pasti ada yang menangguk di air keruh.
Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Tidak tahu malu sungguh. Makan
rezeki haram. Tidak takut agaknya
dibakar api neraka? Ingat hidup selepas
mati ini hanya sebutan atau dibaca dalam
buku? Di mana akal diberi ALLAH
untuk membezakan baik dan buruk. Entah
apa yang ada dalam fikiran mereka. Tidak
kira lagi dengan menyuruh budak-budak mengutip derma, tidak kira siang dan
malam. Benarkah? Betullkah kutipan itu untuk tempat pengajian
mereka? Tidak ada rasa bersalahkah dalam
hati para petugas sehingga tergamak buat begitu? Hish, membebel tak kena
waktu. Aku segera menyelesaikan
kerja-kerja rumah yang terbengkalai.
Hujung minggu seperti yang telah aku dan rakan-rakan sepakat, dua biji kereta penuh dengan barang makanan dan sejumlah wang yang disumbang oleh majikanku telah siap sedia untuk kuserahkan kepada penghuni rumah buruk itu. Aku memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumah tersebut. Kami memberi salam. Kehadiran kami disambut oleh seorang perempuan tua yang berbaju kurung, bertudung litup dan tersenyum kepada kami.
Hujung minggu seperti yang telah aku dan rakan-rakan sepakat, dua biji kereta penuh dengan barang makanan dan sejumlah wang yang disumbang oleh majikanku telah siap sedia untuk kuserahkan kepada penghuni rumah buruk itu. Aku memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumah tersebut. Kami memberi salam. Kehadiran kami disambut oleh seorang perempuan tua yang berbaju kurung, bertudung litup dan tersenyum kepada kami.
“Ada apa nak?” tanyanya lembut.
Tangan dihulur bersambut mesra. Mata kami saling memandang. Dia sendiri terjengah-jengah melihat kami
yang ramai. Ada rasa cuak di wajahnya.
“Kami datang ini ada hajat dan ingin menghantar sedikit
sumbangan kepada mak cik,” kataku sebagai ketua rombongan.
“Bantuan?” tanya mak
cik itu kehairanan.
“Eh, lupa nak pelawa, mari masuk semua,” pelawanya.
Kami pun melangkah masuk.
Mata kami semua liar memerhati keadaan rumah mak cik tua itu. Mahu pengsan rasanya ketika itu juga. Boleh luruh jantungku. Hendak menangis atau meraung. Kawan-kawan memandang ke arahku dengan
perasaan marah. Aku mengetap bibir.
Tidak tahu harus berbuat apa.
Wajah mak cik itu yang kehairanan juga menjadi tatapan mataku. Tajam menikam mataku. Rasa hendak menangis di situ juga.
***
Suamiku ketawa terbahak-bahak mendengar ceritaku. Sebal sungguh perasaanku. Tidak kira lagi dengan bebelan kawan-kawanku. Tidak lagi dengan rasa marah mereka terhadapku. Mahu hancur perasaanku ketika itu juga. Aku tahulah aku bersalah, tidak usul periksa sebelum membuat keputusan untuk membantu. Malu sendiri. Barang-barang yang sudah dibeli untuk mak cik itu kami tinggalkan juga. Cuma duitnya sahaja kami bawa balik dan diberi kepada mereka yang memerlukan. Hendak tahu apa terjadi? Jom terus membaca ya…
Suamiku ketawa terbahak-bahak mendengar ceritaku. Sebal sungguh perasaanku. Tidak kira lagi dengan bebelan kawan-kawanku. Tidak lagi dengan rasa marah mereka terhadapku. Mahu hancur perasaanku ketika itu juga. Aku tahulah aku bersalah, tidak usul periksa sebelum membuat keputusan untuk membantu. Malu sendiri. Barang-barang yang sudah dibeli untuk mak cik itu kami tinggalkan juga. Cuma duitnya sahaja kami bawa balik dan diberi kepada mereka yang memerlukan. Hendak tahu apa terjadi? Jom terus membaca ya…
Aku dan kawan-kawanku duduk di sofa yang kemas tersusun di
ruang tamu. Dinding rumah dihias dengan
kertas warna bercorak bunga kekwa
kecil. Lantai dibuat dari lantai lamina,
kemas dan bersih. Perabut berjenama
Stanzo collection? Boleh hancur
hatiku. Aku sendiri tidak mampu membeli
perabut seperti itu. Ruang dapurnya,
bilik, bilik air, semuanya mewah. Di
luar rumah papan, di dalamnya penuh dengan kemewahan. Aku tersalah pertimbangankah? Kenapa mak cik itu berbuat demikian? Jika di dalam dia mampu membeli perabut
mahal, kenapa di luar rumah dia membiarkan kelihatan buruk dan miskin? Pening aku memikirkannya. Apakah dia mendapat duit dengan
mengemis? Jahatnya fikiranku, menuduh
tanpa memikirkan kesannya.
“Mak cik tinggal sendiri, tapak rumah ini milik mak
cik. Sudah lama mak cik tinggal di
sini. Mak cik ada lima orang anak,
semuanya sudah bekerja. Mereka duduk
jauh, ada yang tinggal di luar Negara.
Jadi mereka tidak mahu orang jahat menceroboh rumah mak cik. Jadi mereka kekalkan keadaan di luar rumah,
namun di dalamnya, anak-anak tengoklah sendiri,” cerita mak cik itu.
Aku menepuk dahi sendiri, orang seperti ini pun ada di dunia
ini. Tetapi benarlah katanya itu. Dia tinggal sendirian. Jika rumah itu buruk siapa pula yang hendak
merompak, kan? Aku tersenyum
sendiri. Sebelum mengambil tahu sesuatu
perkara, biarpun memandang dengan mata sendiri, selidikilah terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan