Ruang legar Dewan Persidangan dipenuhi wartawan. Masing-masing tidak sabar ingin mengetahui
cerita sebenar. Cerita yang sedang
digerak gempurkan oleh halaman sosial dan juga suratkhabar. Dia menahan marah. Kemarahan yang sedang
membara di dalam diri. Jika dia mendiamkan diri semakin menjadi-jadi
dirinya difitnah. Fitnah bagaikan berita sebenar, orang di
luar sana mudah percaya, mudah sahaja mereka cerita tanpa tahu hujung pangkalnya.
Mudah sahaja menjatuhkan seseorang.
Tayang dan pampang apa yang ada.
Jika yang benar dianggap palsu, begitulah sebaliknya.
Teknologi yang ada disalah gunakan. Kalau salah langkah kelak merana badan. Dihukum, dihina tanpa ada rasa belas
ehsan. Buruk sungguh perangai manusia
yang kononnya berpelajaran. Dia bukan sahaja
difitnah, malah ingin dilaporkan kepada pihak yang berwajib, kononnya dia makan
rasuah, menyalah gunakan kedudukan.
Kejam sungguh mereka! Kalaulah
membenci dirinya sekalipun, janganlah sampai mengaibkan kehidupan
peribadinya. Apa kena mengena jawatan
yang sedang disandang dengan kehidupan peribadinya? Dia juga punya hak untuk bersosial seperti
orang lain, berjalan dan bertemu kawan-kawan.
Berbual dan bermesra namun terjaga batas-batasnya. Itupun disalah ertikan. Disalah anggap hanya sekeping gambar dia
berselfie dengan seorang gadis manis, kawan anaknya sendiri. Bagaikan anaknya juga. Tidak mungkinlah dia berbuat onar! Kejam sungguh mereka yang menuduh tanpa
bertanya atau mencari jawapan pasti.
Menghukum dirinya tanpa ada ruang untuk bersuara dan mempertahankan
diri.
Dia berjalan mendekati mereka, wajah-wajah wartawan yang ada amat dikenalinya. Sejak dia menceburi dunia politik,
wajah-wajah itulah yang sering hadir bertanyakan segala aktiviti dan
perancangannya untuk Negara. Malu
isterinya, malu anak-anaknya. Mudah
sahaja maruahnya dicabut hanya kerana sekeping gambar. Benarlah kata pujangga gambar boleh memberi
cerita seribu makna. Begitu juga gambar
dia bersama kawan anaknya itu. Sedangkan
anaknya sendiri berada di sebelah, begitu juga dengan isterinya. Bukan dia berdua sahaja dengan gadis
tersebut.
Hatinya berdebar-debar, bukan mudah membuat pengakuan untuk membersihkan nama sendiri. Gadis yang ada di dalam gambar turut diheret sama. Hampir sahaja dia bertengkar dengan keluarga gadis tersebut. Keluarga mereka turut berasa tercemar dan tercalar dengan apa yang berlaku. Dia berdiri dengan penuh yakin disamping ahli keluarganya sendiri, begitu juga gadis yang menjadi misteri dan permasalahan dalam perkara itu. Dia bukan salahkan gadis tersebut. Teruja dapat bergambar dengan wakil rakyat dan ayah temannya sendiri. Dia juga bersalah kerana tidak berhati-hati, sepatutnya tidak membenarkan gambar itu diambil. Kerana ingin meraikan, dia alpa dan akhirnya terbabit dengan perkara yang tidak sepatutnya. Hendak salahkan siapa? Diri sendiri yang tidak berhati-hati, terimalah padahnya. Konon nak tunjuk baik dan mesra. Akhirnya makan diri sendiri. Sukar untuk memuaskan hati orang lain.

Dia berdiri tegak bagaikan patung, menunggu serangan mortar
dari mulut mereka yang bakal ‘membunuh’ atau ‘mempertahankan’ dirinya. Dia menunggu dengan sabar. Di sisi berdiri isterinya dan anak-anak serta
gadis yang sedang dikaitkan dengannya.
Tebal rasa pipinya. Kalau boleh hendak menyorok sahaja di mana-mana,
biar mereka tidak bertemu dengannya.
“YB, apa kata YB tentang berita yang sedang berlegar di merata tempat tentang YB yang ada simpan perempuan?” tanya seorang lelaki, di tangannya ada perakam suara.
“YB, apa kata YB tentang berita yang sedang berlegar di merata tempat tentang YB yang ada simpan perempuan?” tanya seorang lelaki, di tangannya ada perakam suara.
Dia menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Mencari kekuatan diri. Dia memandang wajah
isterinya yang setia di sisi. Mata
mereka bertembung dan saling berkata sesama sendiri, hanya mereka yang
memahami.
“Itu semua fitnah! Saya bukan manusia seperti itu, perempuan yang dikatakan perempuan simpanan saya adalah kawan anak saya sendiri. Kebetulann kami meraikan hari lahirnya. Isteri dan anak-anak saya ada bersama,” cerita dia mempertahankan diri dari tuduhan yang dibuat.

“Gadis itu ada di sebelah saya ini,” sambil menunjukkan gadis yang terbabit.
“Ya, saya yang salah.
Konon hendak berselfie, akhirnya
memakan diri. Maafkan saya,” akuan gadis
itu.
“Benarkah? Atau sengaja hendak menutup kontroversi yang sedang melanda,” kata seseorang dalam kumpulan itu.
Dia hanya mampu mengeluh keras.
“Benarkah? Atau sengaja hendak menutup kontroversi yang sedang melanda,” kata seseorang dalam kumpulan itu.
Dia hanya mampu mengeluh keras.
“Benar, waktu kejadian saya ada bersama, takkanlah saya
tidak tahu jika suami saya ada perempuan simpanan atau menggatal dengan
mana-mana perempuan? Ke mana sahaja
suami saya pergi, saya pasti ikut,”
terang isterinya pula.
“Apa yang YB hendak lakukan untuk membersihkan nama YB?” mereka terus menyoal.
“Saya harap kalian menulis
tentang penafian saya ini, dan akuan gadis ini serta testimoni isteri
saya... takkan tak percaya?” Dia masih cuba membersihkan nama
sendiri. Ini melibatkan nama baiknya, nama parti yang diwakili.
“Saya tak buat kerja terkutuk itu. Saya bukan kaki perempuan, saya tak berani
buat jahat, saya takut dengan ALLAH,” katanya lagi penuh yakin.
“Orang pakai serban pun berani rasuah, YB,” sampuk satu suara.
Geram pula hatinya mendengar butir bicara itu. Menyeksa sehingga ke jantung.
“Itu mereka, tapi bukan saya!”Hampir sahaja dia
menjerit. Hilang pula kesabarannya. Apa mereka tahu? Hanya sekeping gambar sanggup mereka menuduh
dia berbuat onar? Tiada perasaankah
mereka? Marah menghampiri.
“Tak payah tunjuk
alimlah YB!” terdengar jeritan seseorang.
Matanya liar mencari suara siapakah itu? Tidak mungkin wartawan. Wartawan tidak akan bercakap seperti itu.
“Saya bukan nak tunjuk zalim, saya memang tak buat, takkan
saya hendak mengaku?” katanya agak
tinggi nada suaranya. Geram sudah
bertapak. Marah dengan manusia yang suka
menyorak jika berlaku perkara buruk seperti itu. Bukan hendak membantu, malah mentertawakannya
lagi.
“Baiklah, kami terima… tapi hati masyarakat di luar sana
sudah tercalar, mereka rasa tertipu, konon YB seorang yang baik-baik tapi masuk
kelab juga,” kata seorang wartawan wanita yang berkaca mata dan bertudung.
“Ini tugas kalian
untuk membetulkan tanggapan mereka terhadap saya, semua yang mereka
dengar fitnah belaka.” Dia tidak akan
membiarkan dirinya termakan fitnah tersebut.
Jika mereka berani memaparkan cerita itu, mereka jugalah yang perlu
memadamkan kisah tersebut.
“Tolonglah, suami saya tak buat kerja gila itu, kami pun ada
maruah diri!” sampuk isterinya.
Dia menoleh dan merenung wajah isterinya, ‘Terima kasih
isteriku’, detik hati kecilnya.
“Saya berani bersumpah, saya bercakap benar,” sambungnya
lagi.
“Baiklah Datin, kami akan jalankan tugas kami. Jika benar semua ini fitnah, kami akan cuba -bersihkan,”
kata seorang wartawan lelaki yang berdiri betul-betul di hadapan.
“Terima kasih.” Dia
menunduk. Tidak sanggup berdiri di situ
lagi. Semakin sakit hatinya memandang
wajah-wajah mereka merenung seperti dia bersalah. Sukar hendak menafikan apa yang kita tidak
lakukan, mereka hanya membaca yang tersurat tetapi tidak nampak yang
tersirat. Mencari kesalahan memanglah
mudah. Ada ketika sengaja menunggu,
pantang orang politik seperti dia terjerat, pasti ada hantu-hantu yang sudi
menyebarkan cerita. Lebih-lebih lagi
sejak ada laman sosial, dunia tanpa sempadan, semua perkara mudah sahaja
terbongkar hatta dalam kain sekalipun.
Bagaikan tiada kerja lain yang ingin mereka lakukan.
“Sabarlah bang, ini ujian untuk kita. Abang sudah nafikan, terserah kepada mereka
hendak percaya atau tidak, itu bukan tugas kita,” pujuk isterinya.
“Yalah, abang sendiri yang silap langkah. Rupanya jika kita jadi pemimpin, kita tak
boleh sewenang-wenangnya bergambar atau menghampiri mana-mana gadis atau wanita, lain anggapan kita, lain
pula pandangan mata orang. Langkah tidak
boleh tersalah letaknya. Menari tak
boleh tersalah lenggoknya, menyanyi tak boleh tersilap liriknya.
Dia harus beringat, banyak mata melihat dan memerhati terutama mata di atas sana. Jangan tersilap langkah, buruk padahnya. Hanya sekeping gambar sahaja namanya tercemar. Itu baru gambar, bagaimana dengan perkara lain? Ah, ironinya hidup sebagai pemimpin. Mata dan telinga yang tidak nampak ada merata-rata, hatta dinding juga boleh berkata-kata. Keluhan berat dilepaskan. Sebak dadanya. Penat akalnya. Hancur juga hatinya. Kesilapan yang tidak disengajakan hampir membunuh dunia politiknya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan