Kredit untuk gambar (pangsenam.blogspot.com)
Hidup
ini terlalu payah, itulah yang bersarang di hatinya. Rasa letih menerja, menikam setiap inci
tubuhnya. Mahu sahaja dia menjerit,
melepaskan kelelahan di hati. Penat
bekerja siang dan malam, namun rezeki masih tidak berpihak kepadanya. Mahu sahaja dia menangis dan meraung, kenapa
nasib dirinya jadi begini? Sukar
dipandang dengan mata, susah lagi di hati.
Langkahnya mati diperdu pokok pisang yang diserang penyakit. Sudahlah hidup kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang. Kebun sekangkang
kera itu pun diserang penyakit. Entah
penyakit apa, manalah dia tahu. Dia
bukan bersekolah seperti orang lain. Hanya
setakat darjah enam, bukan salah keluarganya, tetapi salah dirinya sendiri yang
malas belajar. Nak menangis pun tiada
gunanya, hendak menyesal pun sudah terlambat.
Dia memeriksa pokok pisang abu yang sudah berbuah, tetapi buahnya kecil sahaja. Bagaikan tidak cukup baja. Malas menendang dalam hati. Sudah berusaha namun tetap tidak menampakkan hasil. Adakah orang berusaha, hasilnya hanya kegagalan? Dia mendengus kasar. Rasa kecewa menepek dalam hati. Pokok buah-buahannya juga tidak menjadi. Dia sendiri semakin tidak mengerti. Pening memikirkan sebabnya. Dia memandang kebunnya dengan rasa sebal di hati. Peluh yang melekat di dahi diseka dengan hujung baju. Peluh yang mengalir di leher ditolak dengan hujung jari.

Kebun Pak Mail di sebelah kebunnya bukan main subuh. Pokok-pokok pisang membesar dengan baik. Buah-buahnya besar dengan cantik. Pokok buah-buahan juga sudah berbuah, tunggu ranumnya sahaja. Rasa cemburu menebal di hati. Apa lebihnya tanah sebelah berbanding tanahnya? Sama sahaja. Sebelah menyebelah. Hadi mendengus keraas. Dia terjengah-jengah memandang kebun sebelah. Dia mengetap bibir. Padanlah Pak Mail semakin senang, berbanding dirinya. Hasil kebun menjadi tidak seperti kebunnya.
Hadi memandang kiri dan kanan. Pintu pagar kebun Pak Mail dibuka perlahan-lahan. Dia menoleh lagi, tiada siapa yang nampak dia masuk ke dalam kebun tersebut. Dia menghayun parang yang ada di tangan. Sekali hayunan rebah sebatang pokok pisang yang sedang berbuah lebat. Hadi tersenyum puas. Dia berjalan lagi, kali ini sebatang lagi pokok pisang menyembah bumi. Semakin melebar senyuman Hadi. Puas hatinya. Hilang rasa sakit di hati ketika melihat kebun Pak Mail subur menghijau, tidak seperti kebunnya. Sama sahaja benih pokoknya dengan benih pokok Pak Mail. Tiada beza. Kenapa pokok-pokoknya tidak hidup, pokok Pak Mail tumbuh subur. Ini semua membuatkan hatinya bernanah parah. Rasa cemburu membuak-buak dalam diri. Pak Mail pun bukan orang senang, sama sahaja seperti keluarganya. Sejak arwah ayahnya mendapat tanah pemberian kerajaan. Hanya itulah pendapatan keluarganya. Tidak seberapa namun masih mampu menyara kehidupannya dan keluarga. Walaupun tidak senang namun masih mampu makan minum. Setelah memusnahkan sebaris pokok pisang di tanah satu ekar itu, Hadi keluar dari kebun tersebut dalam keadaan tergesa-gesa. Hampir sahaja dawai besi menikam pehanya. Langkah diayun laju meninggalkan kebun Pak Mail.
***
Sejak balik dari kebun hanya senyuman yang terukir. Mak Tam kehairanan dengan perangai anak tunggalnya itu. Apa yang disukakan sangat? Kalau sebelum ini, hanya mengeluh sahaja yang didengari dari mulut anaknya itu. Hari ini berbezalah pula. Adakah hasil kebun mereka semakin baik?

“Kau
kenapa Hadi? Sejak tadi, mak tengok asyik tersenyum sahaja?” tanya Mak
Tam. Tangannya pantas memotong sayur
kangkung yang dikutip dari sungai belakang rumah. Matanya silih berganti memandang Hadi dan
sayur kangkung di tangan.
“Tak
ada apalah, mak,” jawab Hadi, kali ini sengihan terpancar.
“Kata orang tua, kalau sudah senyum sorang-sorang, dah tak betullah tu,” sinis. Mak Tam menggeleng.
Dia pening dengan sikap anak tunggalnya itu. Belajar malas, bekerja pun malas. Tahunya hendak kaya cepat. Mana ada orang kaya tanpa usaha. Lainlah jika arwah suaminya ada tinggalkan harta berkepuk. Kalau ada pun agaknya sudah lama papa kedana. Kalau tahunya membazir sahaja. Ke kebun hanya jika dipaksa. Kalau tidak bersemaklah kebun itu. Kalau ikut rasa, mahu sahaja dihalau keluar dari rumah. Memikirkan diri sudah tua, dia pendamkan sahaja luka di hati.
Entah perangai siapalah yang diikut oleh anak tunggalnya itu. Arwah suaminya seorang yang rajin. Kebun yang ada itu diserah kerajaan kepada suaminya, sebelum ini subur sahaja. Bila beralih tangan kepada Hadi tidak terjaga. Tahu hendak kebun itu subur sahaja. Berbaja tidak, menyiram pun sekali-sekala. Mana mungkin kebun itu subur dan berbuah lebat.
“Mak ni… doakan yang buruk-buruk pula,” Hadi mendengus kasar.

“Bukan
berdoa. Tapi kalau dah senyum sendirian tu, apa maknanya?” Mak Tam menggeleng pula.
“Adalah…” Hadi ketawa pula.
Semakin
bingung Mak Tam.
“Ikut
suka kaulah Hadi, esok jangan tak ke kebun pula… lama-lama mati semua
pokok-pokok di kebun tu, waktu arwah ayahkau ada, dapat jugalah makan
hasil kebun, setahun dua ini, asyik
diserang penyakit sahaja pokok-pokok yang ada,” keluh Mak Tam.
“Hadi
dah tanam dengan pokok barulah mak, anak pokok pisang, itu semuanya anak pokok
yang baru. Apa Hadi boleh buat jika
tanahnya tak subur lagi,” Hadi
mencebik.
“Tanam sahaja tak berjaga, tak guna juga Hadi.”
“Ala,
sayur kangkung di sungai belakang itu pun tak berjaga, tetap subur.”
“Hish,
kau nak samakan sayur kangkung yang berendam air sungai dengan pokok pisang di
tanah, mana boleh?” lengking Mak
Tam. Mahu diketuk kepala anak tunggalnya
itu.
“Orang
suruh sekolah, kau malas, nak jaga kebun satu ekar pun kau tak mampu. Kalau ada pelajaran, berguna jugalah ilmu
yang ada. Ini tidak…” kata Mak Tam
kesal.
“Dahlah
mak… asyik nak berleter aje.” Hadi angkat kaki dan berlalu keluar.
Mak
Tam memandang dengan mata berkaca. Tidak
lut nasihat. Degil dan tidak dengar cakap.
Puas dinasihati dan dibebelkan.
Sikap dan perangai Hadi mcam itu juga.
Hanya mampu berdoa, siang dan malam.
Semoga Hadi berubah menjadi manusia yang berguna.
***
Hadi menyengih melihat Pak Mail bising-bising dan marah-marah ketika melihat pokok pisangnya yang sudah berbuah rosak semuanya. Dia pura-pura tidak nampak apa yang berlaku. Dia membersihkan kebun seperti biasa. Geram hatinya ketika terpandangkan pokok pisang yang ditimpa penyakit. Terpaksalah ditebang satu persatu. Pokok rambutannya hanya berbuah sebiji dua. Pokok rambutan Pak Mail berputik lebat. Terpandang sahaja kebun Pak Mail, semakin sakit hatinya Leteran Pak Mail terdengar sehingga ke kebunya. Sesekali ketawa menyinggah.

ada nampak sesiapa masuk kebun Pak Mail, Hadi?” tanya Pak Mail di sebelah pagar
yang memisahkan kebunnya dan kebun Hadi.
Hadi
berhenti menebas. Dia mendekati.
Pura-pura melihat ke dalam kebun sambil menggelengkan kepala. Menunjukkan dia
kesal dengan apa yang terjadi.
“Tak
perasan pula Pak Mail, semalam saya sibuk sangat,” kata Hadi. Matanya memandang wajah kelat Pak Mail.
“Tak apalah… kejap lagi Pak Mail nak tengok dalam CCTV, nasib baik ada pasang. Nanti tahulah siapa yang merosakkan kebun Pak Mail,” jelas Pak Mail dan berlalu pergi.

“CCTV? Apa itu?” tanya Hadi kepada dirinya sendiri. Tiada jawapan, Pak Mail sudah pun
meninggalkan sendiri.
Gilirannya pula mengerutkan dahi. CCTV? TV tu dia tahulah, yang CC itu apa? Hadi mengeluh.
***
Setelah menjamah makan malam, Hadi berehat di anjung rumah. Fikirannya masih memikirkan apa itu CCTV, hendak bertanya dengan siapa? Emaknya tentu tidak tahu. Kalau sebut TV, cepatlah emaknya menjawab. Hish! Buat bingungkan kepala sahaja. Dia merebahkan tubuh di anjung rumah sambil menikmati keindahan malam. Bunyi cengkerik menyanyi riang menjadi halwa telinga.
“Hadi, esok pergi bayar duit air dan duit api, nanti kena potong, bergelap dan tidak berairlah rumah ini,” jerit Mak Tam dari ruang tamu. Dia turut berehat setelah seharian bekerja di rumah Dato Kamil sebagai pembantu rumah. Kalau tidak bekerja, hendak makan apa? Hasil kebun asyik tidak menjadi. Ada anak tidak boleh diharap. Sudah tua-tua pun terpaksa juga bekerja.
Suara orang memberi salam membuatkan Hadi yang hampir melelapkan mata, terjegil matanya. Dia bingkas bangun dan memandang ke laman rumah.

Tam yang juga sedang berehat, turut menuju ke pintu rumah.
“Pak Mail? Ada apa?” tanya Hadi, salam pun tidak berbalas.
“Mail? Ada apa kau datang malam-malam ni?” tanya Mak Tam pula.
“Aku nak jumpa Hadi,” jawab Pak Mail agak tinggi nada suaranya bagaikan orang marah.
“Jumpa saya? Pak Mail nak apa?” Hadi kehairanan.

“Tam…
anak kau rosakkan kebun aku! Habis pokok pisang aku ditebangnya, apa salah aku
dengan kau dan Hadi?” kata Pak Mail, ada getar marah pada suaranya.
“Hah? Betul ke Hadi?” tanya Mak Tam, dia menerpa ke arah anak tunggalnya yang berdiri kaku di anjung rumah.
“Erk… Pak Mail jangan main tuduh, mana buktinya?” Hadi mula mengelabah. Pucat wajahnya. Dalam kegelapan malam dan hanya diterangi lampu kalimantang mana mungkin melihat wajah mengelabah dan ketakutannya itu.
“Ini buktinya Tam, aku bukan cakap kosong atau buat fitnah terhadap anak kau,” adu Pak Mail. Dia melangkah naik ke kaki tangan. Telefon bimbitnya diserahkan kepada Mak Tam.
Terduduk Mak Tam di lantai anjung rumahnya. Matanya berkaca memandang ke arah Hadi yang masih berdiri dan tidak bergerak-gerak. Dalam telefon itu jelas terbukti perbuatan Hadi memotong dan mencantas pokok-pokok pisang yang sedang berbuah. Satu persatu. Mak Tam memandang dengan wajah kesayuan dan kesedihan. Kekecewaan menikam jantung hatinya.
“Kenapa Hadi?” jerit Mak Tam kemarahan.
“Hadi…” tiada sebarang kata mampu terlontar keluar
“Kali ini aku maafkan dia, kalau terjadi lagi, aku buat laporan polis! Aku tak salah apa-apa dengan kalian, aku tak kacau kebun kalian, tolong jangan kacau kebun aku. Itulah tempat aku mencari rezeki. Aku pasang CCTV sebab hasil kebun aku pernah dicuri. Duit CCTV itu pun anak aku yang bagi. Hadi, apa salah Pak Mail pada kau? Tergamak kau!” Pak Mail mengeluh kesal. Dia tidak menyangka anak kawan baiknya itu sanggup berbuat khianat dengannya. Pak Mail berlalu dengan hati yang sebal.
“Maafkan aku Mail… maafkan anak aku! Aku akan pastikan dia tak kacau kebun kau lagi,” Mak Tam benar-benar malu, terasa pipinya tebal berinci-inci. Matanya tidak berkelip memandang langkah Pak Mail.
“Kenapa Hadi?” hanya dua ayat itu menerpa keluar dari mulut Mak Tam. Sakit benar hatinya dengan perbuatan anak bujangnya yang tidak berperikemanusiaan itu. Apalah yang ada dalam kepala anak tunggalnya itu. Tahukah menghormati hak orang lain?
“Hadi geram tengok kebun Pak Mail subur, pokok pisangnya semua menjadi. Pokok-pokoknya semua sihat belaka, kenapa pokok-pokok di kebun kita tak jadi seperti itu?” Hadi menjeling.

Mahu
meraung Mak Tam di situ juga. Inilah
padahnya kalau tidak bersekolah. Ilmu
penting untuk kematangan berfikir juga.
Sudahlah malas belajar, malas membaca juga. Setiap hari Mak Tam bawa balik suratkhabar
dari rumah majikannya. Harap-harap Hadi
bolehlah membaca, langsung tidak dilihat akhbar yang dibawa balik. Hanya tahu makan, tidur.
“Kalau mak kata kau bodoh, nanti kau kecil hati… Cuba Hadi fikir dengan akal yang sihat, Pak Mail jaga kebunnya macam mana? Hadi jaga macam mana? Pergi kebun seminggu sekali. Pak Mail hari-hari ke kebunnya, menyiram dan membelai pokok-pokok di kebunnya. Hadi buat apa? Membuta di rumah. Kalau mak tak berleter suruh pergi, Hadi tak pergi. Baja yang ada Hadi jual dengan orang kampung. Siram pokok pun harapkan hari hujan sahaja. Kalau tak hujan, keringlah pokok-pokok itu. Mana mungkin dapat hasil kebun yang baik? Mana mungkin pokok-pokok itu membesar dengan baik?” jerkah Mak Tam. Hancur luluh hatinya. Salahkah cara dia mendidik anak tunggalnya itu sehingga jadi seperti itu?
“Tapi…” Hadi masih hendak beralasan.

“Esok
pagi, pergi minta maaf dengan Pak Mail, esok juga, mak nak Hadi setiap hari
pergi ke kebun. Mak tak nak tengok
membungkang di rumah, Hadi bukan
budak-budak lagi. Sudah dewasa! Kalau
masih bermalas, mak nak Hadi keluar dari rumah ini. Mak tak sanggup bela anak yang tidak tahu
membalas jasa orang tuanya sendiri,” marah Mak Tam.
“Mak…”
Hadi terdiam. Kata-kata emaknya
menyentap jantungnya. Berdarah
telinganya dikatakan bodoh. Terasa kecil
dirinya dipandangan emak kandung sendiri.
Terasa hina dihalau keluar.
“Tolonglah Hadi,” rayu Mak Tam. Air mata Mak Tam mengalir laju. Perasaan kecewa yang menghambat membuatkan hatinya patah. Dia tidak tahu bagaimana lagi hendak menasihati anak bujangnya itu agar berubah ke arah yang lebih baik. Bukan minta anaknya jadi pandai, tetapi menjadi rajin berusaha untuk diri sendiri. Kalau arwah suaminya mampu membela mereka bertiga dengan hasil kebun sekangkang kera itu kenapa Hadi tidak boleh.
Hadi terkedu melihat air mata emaknya yang membasahi pipi. Pilu menerpa. Hiba bertandang tanpa dipinta. Dia benar-benar buat salah kali ini. Lantas dia menerpa dan memeluk emaknya erat. Menangis di bahu Mak Tam. Menangis sedih kerana mengecewakan emaknya. Dia berjanji dalam diri akan cuba berubah. Dia berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan khianat itu. Tidak sepatutnya dia melakukan perkara tersebut. Kesal bertandang dalam diri. Esok dia akan meminta maaf kepada Pak Mail. Dia akan mengaku salahnya. Dia akan cuba berubah. Wajah Mak Tam yang berendam air mata dilap dengan kedua tangannya. Dia mencium pipi emaknya dengan penuh kasih dan sayang. Tahulah dia, orang malas tidak akan berjaya.
Mak Tam mengeluh, Hadi oh Hadi...

Nice .. da next capter tak ni ?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamTak kut... kita buat cerpen lain oula ya Kimochimochi
Padam