Tempat makan yang murah dan sedap. Tapi hanya nasi ayamlah.
Makam Mahsuri, macam-macam ada...
Perjalanan ke Kuala Perlis dengan bas persiaran Sani
Ekspress berjalan lancar. Alhamdulillah
dibawah perlindungan ALLAH SWT. Kami
sampai di Kuala Perlis jam 6.30 pagi.
Kami singgah bersolat subuh di
Masjid Al-Hussin di Jeti Kuala Perlis.
Usai solat kami bersarapan pagi di sebuah restoran berhampiran Jeti Kuala Perlis. Kus semangat, harga makanan jauh lebih mahal
dari Kuala Lumpur. Adakah pihak restoran
mengambil kesempatan atas kebanjiran manusia di kawasan itu. Mahu cepat kaya kalau begitu harganya. Janganlah mengambil kesempatan di atas
keramaian pengunjung di kawasan tersebut.
Harga makanan jauh berbeza jika di beli di kawasan beberapa kilometer
dari situ. Suamiku berasal di situ,
tentulah kami al-maklum dengan harga makanan yang dijual. Kalau singgah makan, bertanyakan harga lebih
baik dari terkejut sehingga tidak terkata. Sebenarnya percutian kami ada beberapa individu dan syarikat yang taja. Rezeki anak-anak yatim ini. Semoga mereka seronok dalam keletihan.
Usai sarapan, kami ke motel milik tuan punya restoran. Memang terbaiklah, di kawasan itu sahaja
beliau memiliki restoran, motel dan kedai runcit. Perniagaan yang berjayalah kiranya itu. Jam 9.30 pagi baru kami bertolak menaiki bot
ke Langkawi. Tiket pergi dan balik ditaja
oleh sebuah syarikat di Langkawi, terima kasih kepada pihak syarikat tersebut yang sudi menyumbang. Kami bawa anak-anak yatim jagaan kami bercuti
di Langkawi. Mereka tidak pernah
menjejakkan kaki di Pulau Lagenda ini.
Sudah 10 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke pulau ini. Mungkin sudah banyak perubahan yang
berlaku. Manusia tetap ramai,
kebanyakkan pelajar sekolah, maklumlah sudah akhir tahun. Percutian yang amat bermakna buat mereka
kerana pergi bersama kawan-kawan, ada kelainannya. Semoga anak-anak jagaan kami terhibur dan
suka berada di pulau yang penuh bersejarah ini.
Jam 9.30 pagi kami menaiki bot ke pulau bersejarah itu. Semakin cantik dan semakin menarik. Semakin membangun. Sudah 10
tahun kami tidak menjejakkan kaki ke Pulau itu. Kali terakhir adalah sewaktu berlakunya
tsunami. Kami ingatkan jika bertolak
ketika bukan musim sekolah atau bukan hujung minggu, orang tidaklah ramai,
rupanya ada juga orang yang berfikir seperti kami. Pengunjung tetap ramai.
Kami sampai dalam pukul 12.30 tengahari. Kami menyewa sebuah van dan sebuah kereta
Avanza. Alhamdulillah mendapat harga
yang berpatutan. Kami menginap di Hotel
Haji Ismail Grup. Siapa sangka dari
sebuah kedai kayu kini beliau mampu mempunyai kompleks perniagaannya
sendiri. Termasuklah hotel. Siapa kata anak Melayu tidak boleh berjaya
dalam perniagaan. Perlu kuat dan tidak
kenal putus asa. Anak-anak Langkawi juga
boleh tumpang mencari rezeki di situ. Hotelnya bersih, cantik dan selesa. Kalau di sesetengah tempat, katil tambahan mereka akan bagi tilam sahaja, ini tidak mereka bawa katil pasang siap. Harganya juga berpatutan. Di sebelahnya Kompleks Haji Ismail Grup, bolehlah membeli belah, beraneka jenis coklat dan pinggan mangkuk.
Selepas mendaftar masuk, solat jamak, kami keluar untuk makan
tengahari. Destinasinya tidak jauh. Hmmm…
Restoran Nasi Ayam Haji Pak Ya.
Ramai pengunjungnya. Penuh pula
itu. Tentu sedap. Nasi, semangkuk sup, ayam goreng yang diletak
kical dan hirisan kobis. Biasa sahaja,
kan? Namun sedap. Harganya pun tidaklah terlalu mahal. Kira berpatutan, sama seperti di mana-mana
tempat sekalipun. Apa yang penting
kenyang.
Tempat pertama lawatan kami adalah tempat membuat minyak
gamat. Warisan Seri Lagenda. Tentulah ada demontrasi
celup tangan dalam minyak. Anak-anak
yang lain dipersilakan. Aku layan duduk
diam-diam, nanti kepenatan. Dahulu hanya
jumpa minyak gamat sahaja, sekarang ini sudah beraneka jenis produk mereka hasilkan,
Kopi gamat dan air sirap gamat pun ada.
Hebat, kan?
Kemudian kami berjalan-jalan di Pantai Chenang, Ya ALLAH dahulu hanya ada hotel-hotel murah atau motel tetapi sekarang semuanya sudah berubah. Pelbagai jenis kedai terdapat di situ. Memanglah meriah. Sekadar lalu sahaja. Akhirnya kami ambil keputusan ke Makam Mahsuri. Masuk RM10.00 untuk dewasa, separuh harga untuk kanak-kanak. Mahal? Taklah… mahal. Berbaloi dengan persembahan yang dipersembahkan kepada pengunjung. Dahulu hanya ada rumah, makan Mahsuri dan Telaga Mahsuri, sekarang ada pelbagai jenis rumah dan persembahan muzik tradisional seperti Gamelan dan Cak lempong serta Muzium Mahsuri. Ada rumah Tok Penghulu juga, di dalamnya ada gambar keturunan ketujuh Mahsuri. Pendek kata, menariklah juga. Berbaloilah bayar RM10.00 itu. Keluar sahaja bolehlah menikmati kuih karas yang murah dan cucur peneram bersama segelas air kelapa. Bayar sendiri. Habis lawatan pertama kami di Langkawi. Balik berehat, malam nanti keluar makan pula. Ke mana? Cari yang murah-murah sahaja, asalkan kenyang. Cari makan di Langkawi ini jangan main-main tak kena gaya, kena sembelih. Pastikan google dahulu ya. Takut nanti terkejutlah pula. Apa yang pasti ada juga tempat makan yang murah dan berpatutan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan