Pak Mail hanya mampu melepaskan keluhan. Hancur sudah impiannya. Tidak mampu berkata apa-apa. Malu dengan jiran sekampung. Malu dengan dirinya sendiri. Hilang sudah rasa bangga dalam diri. Rasa kesal yang menebal dalam hati tidak
mampu dibuang pergi. Kenapa semua ini
terjadi? Di mana kata janji manis yang pernah melengkar di bibir? Sudah lupakah semua kata manis yang pernah
terluah di bibir mongel itu?
Air mata pun tidak mahu mengalir lagi. Agaknya sudah puas menangis sebelum ini, sehingga tidak mampu terbit lagi. Dia memandang tanah sekangkang kera itu dengan mata berkaca. Hanya tanah itu sahaja yang dia ada. Harta warisan daripada orang tuanya. Kini tanah itu sudah tiada lagi. Dia sudah gadaikan dengan harapan akan dapat ditebut semula. Bukannya lama hanya beberapa tahun. Nanti jika anaknya itu sudah bekerja, bolehlah ditebus semula. Itulah harapannya.
Air mata pun tidak mahu mengalir lagi. Agaknya sudah puas menangis sebelum ini, sehingga tidak mampu terbit lagi. Dia memandang tanah sekangkang kera itu dengan mata berkaca. Hanya tanah itu sahaja yang dia ada. Harta warisan daripada orang tuanya. Kini tanah itu sudah tiada lagi. Dia sudah gadaikan dengan harapan akan dapat ditebut semula. Bukannya lama hanya beberapa tahun. Nanti jika anaknya itu sudah bekerja, bolehlah ditebus semula. Itulah harapannya.
Kini harapan itu hanya tinggal harapan. Tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Perjuangan yang sia-sia, itulah yang mampu
dia katakan. Bukan menyalahkan anaknya
tetapi di mana fikirannya yang sihat
ketika pertama kali melangkah ke puncak menara gading? Di mana sudah ditinggalkan harapan kedua
orang tua ini?
“Sudah, sudahlah termenung bang, bawalah naik ke rumah,
mandi dan solat,” tegur Mak Timah yang
baru sahaja selesai memasak untuk makan tengahari. Hanya lauk kampung yang pasti membuka selera.
“Kenapa dia buat kita macam ini, Timah? Apa salah kita? Apa lebihnya orang itu?” tanya Pak Mail sambil matanya menyorot wajah
tua isterinya.
“Sabarlah bang, anak kita itu masih muda. Jiwa orang muda memang begitu,” kata Mak Timah, memujuk.
“Orang muda perlukan tunjuk ajar mereka yang lebih tua,
kalau yang tua mengajar yang salah, maka salahlah jadinya. Saya tak kata berpolitik itu tidak baik, tapi
tunggulah masanya. Habiskan belajar
dahulu! Kenapa sukar benar dia hendak
memahaminya? Sudah berkali-kali saya
ingat, tugas seorang pelajar adalah belajar!
Itu sahaja, bukan mencampuri urusan yang tidak-tidak, bukan urusan dia
pun! Dia mampu buat apa? Selain terpekik- terlolong di tepi
jalan! Akhirnya siapa yang rugi? Kita juga yang rugi? Tanah tergadai, semata-mata ingin melihat dia
berjaya, saya ingatkan bila dia sudah habis belajar, sudah bekerja, bolehlah
bayar sedikit demi sedikit untuk tebus semual tanah itu…” Pak Mail mengeluh keras. Kehampaan semakin menjadi-jadi. Geram pun ada. Mahu sahaja dia mengetup kepala anaknya yang
tidak mendengar kata itu. Cakap orang
sudi pula diikut dan didengar.
“Nanti kita pergi lawat dia, ya bang?” ajak Mak Timah.
“Untuk apa? Untuk menyakitkan hati saya?” Pak Mail mendengus kasar. Marah benar dia dengan sikap anak tunggalnya itu. Sudahlah anak seorang, ingatkan boleh tumpang senang, ini tidak, menyusahkan sahaja.
“Untuk apa? Untuk menyakitkan hati saya?” Pak Mail mendengus kasar. Marah benar dia dengan sikap anak tunggalnya itu. Sudahlah anak seorang, ingatkan boleh tumpang senang, ini tidak, menyusahkan sahaja.
Orang politik apa tahu masalah orang kampung seperti
dia? Mereka hanya tahu mempengaruhi
anak-anak muda seperti anaknya. Ditabur
dengan pelbagai gula-gula, garam dan cuka, disuruh makan sampai kenyang, sedap
atau tidak disuruh juga telan. Kalau
mati sekalipun apa mereka peduli? Bukan
anak mereka. Kalau tidak berjaya, apa
mereka susah? Bukan anak mereka. Apa yang mereka fikirkan adalah kejayaan
untuk diri sendiri. Kalau benar hati
mereka baik,mereka pandulah anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh,
senangkan hati orang tua yang telah berjasa melahir, membesar dan memberi
pelajaran. Balas jasa orang tua kembali,
bukan suruh berdemontrasi! Suruh masuk
politik! Bukan suruh menyusahkan orang
lain! Kalau ikutkan hati marahnya mahu sahaja dia bertemu pemimpin
yang bertanggungjawab menyusahkan hidup anaknya. Tapi bila difikirkan kembali,
anaknyalah yang salah, terpengaruh dengan perkara yang bukan urusannya. Urusannya adalah belajar! Kenapa tidak mahu memahami?
“Masuklah bang,” rayu Mak Timah. Dia tahu benar suaminya kecewa. Setiap petang mereka akan bersembang di
anjung rumah sambil menikmati angin petang melihat bendang yang luas saujana
mata memandang itu. Ditemani dengan
secangkir kopi dan sepiring kuih-muih yang dibuat Mak Timah. Mereka akan berbual tentang masa hadapan anak
tunggal mereka. Harapan dan ingin melihat Bujang berjaya.
“Entahlah Timah, sukar benar hati saya hendak sejuk, semakin
difikir, semakin bernanah perasaan saya ini,”
Pak Mail menunduk, duka di dalam siapa
yang tahu. Anaknya juga tidak
tahu, isterinya sendiri tidak boleh menyelami impiannya di hati.
“Bawalah bersabar, ini ujian untuk kita,” kata Mak Timah
cuba meyakinkan agar suaminya dapat menerima takdir yang berlaku.
“Ujian, ujian juga, kalau ujian datang dari kealpaan manusia
dan kebodohan diri sendiri, siapa yang tidak marah, Timah!” Agak tinggi nada suaranya ditambah dengan
hati yang sedang berduka, bertambah-tambahlah kecewa.
“Apa kita nak buat lagi bang, nasi sudah menjadi bubur,
bubur hangit pula itu!,” Mak Timah pula
mengeluh.
“Kalau bubur masih boleh dimakan, ini nasi basi, siapa
hendak rasa dan jamah?” Pak Mail
mengeluh kesal. Sesalan yang tidak mahu
diucap dengan kata-kata. Di mana otak
anaknya ketika itu? Di mana letaknya
diri mereka di dalam hati anaknya itu?
Semakin difikir, semakin menebal rasa marah di hati. Dia bukan orang senang? Dia juga bukan ramai anak? Hanya itu sahajalah satu-satu zuriat kurniaan
ILAHI, apa masalah orang politik, sehingga anaknya yang masih mentah tentang
hidup disuruh lakukan itu dan ini? Di
mana akal mereka yang matang dan dewasa?
Perjuangan apa yang mereka ingin tegakkan? Individu atau Negara? Kalau Negara tunggulah sehingga anaknya itu
habis belajar, ajak masuk parti, berjuanglah untuk rakyat dan Negara. Bukan sekarang! Ketika mereka masih mencari
ilmu, masih perlu mengisi dada yang kosong dengan ilmu yang bermanfaat. Dia yang tidak bersekolah tinggi masih boleh
berfikir dengan waras, dia yang tidak perlu masuk universiti atau mempunyai PHD
juga boleh membezakan mana perlu
didahulukan.
“Bila kita nak tengok anak kita di penjara, bang?” tanya Mak
Timah, nada sedih terpancar keluar dari mulutnya.
“Tengok anak yang tidak mengenang kita sebagai orang
tuanya? Untuk apa? Biarlah pemimpin yang dia perjuangkan itu
melawat dan menziarahi dia, kita ini siapa?
Kita orang tua yang tidak berguna, tidak perlu dibela dan dikenang. Biar
saya bekerja di bendang sehingga ke akhir hayat, biar reput tulang belulang!” jawab Pak Mail, nada marah
dan duka mengalir keluar. Luahan rasa
seorang tua sepertinya yang mengharapkan anaknya pulang ke sisi dengan membawa
segulung ijazah untuk mengubah nasib diri.
Mencari pelajaran dan ilmu itulah yang wajib bagi anaknya, bukan suruh
mmemperjuangkan nasib orang lain yang belum tentu betulnya. Kalau pemimpin itu manusia yang baik, dia
tidak akan mempengaruhi anaknya melakukan perkara itu. Malah sepatutnya menasihati anaknya agar
belajar dan belajar, menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
Kalau hendak berpolitik ada waktunya, ada masanya, akan tiba juga waktu dan
masa itu. Kenapa sukar untuk ditanam di
minda mereka?
Rakyat yang nasib sepertinya yang harus dibela, bukan dengan
wang ringgit atau hanya rasa simpati tetapi semangat untuk memajukan diri,
tunjuk ajar bagaimana hendak menjadi petani moden yang berjaya, menambah hasil
tanaman, memperbaiki mutu tanaman.
Banyak lagi rakyat di luar sana yang memerlukan perhatian, bukan mempertahankan pemimpin yang hanya tahu
mempergunakan anaknya. Kini anaknya di
penjara, siapa yang membantu? Mana dia
pemimpin yang konon katanya memperjuangkan nasib anak bangsa? Mana dia pemimpin
yang kononnya berbuat itu dan ini untuk Negara? Kenapa anaknya tidak dibela? Sudahlah dibuang dari universiti, siapa yang
harus menanggungnya? Siapa yang harus
membantu? Ke mana perginya orang-orang
politik yang anaknya perjuangkan itu? Ke
mana mereka? Kalaulah dia mampu berjuang, menghunus senjata melawan musuh Negara
yang bercambah di luar sana. Kalaulah
dia mampu berjuang, akan dibawa bala tentera menjaga kesucian agamanya. Kalaulah dia boleh berjuang akan dibela nasib
rakyat yang susah dan miskin di kampung-kampung dan memperbaiki mutu ekonomi
mereka.
“Bang, itu anak kita!” Mak Timah kurang senang dengan sikap suaminya. Marah bagaimana sekalipun, tidak mampu mengubah apa-apa. Semoga anaknya insaf dan sedar diri. Matlamat utama masuk ke universiti adalah belajar, belajar, belajar. Dia mengeluh lagi.
“Bang, itu anak kita!” Mak Timah kurang senang dengan sikap suaminya. Marah bagaimana sekalipun, tidak mampu mengubah apa-apa. Semoga anaknya insaf dan sedar diri. Matlamat utama masuk ke universiti adalah belajar, belajar, belajar. Dia mengeluh lagi.
“Anak yang tidak mengenang kita! Untuk apa?
Saya marah, Timah! Marah!” Pak
Mail menghentak penumbuk di lantai pangkin yang menjadi tempat duduk mereka.
“Saya tahu… tapi apa
nak buat lagi, anak kita tak boleh dah sambung belajar di mana-mana, dah jadi
kes polis, dia pergi bakar gambar Perdana Menteri! Malah ugut bunuh lagi! Apa kita nak buat, bang!” Air mata akhirnya mengalir juga, sudah puas
ditahannya.
“Sudah! Jangan disebut lagi.
Sakit benar hati saya!” Pak Mail
mengenggam penumbuk. Bergetar
dadanya. Berdegup kencang
jantungnya.
“Mana akal anak kita? Mana rasa belas kasihnya kepada kita? Mana diletaknya harapan kita sebagai orang tua dia? Mana perginya janji-janji dia hendak menyenangkan kita di waktu tulang belulang kita mereput di tubuh? Mana, mana, mana!” jerit Pak Mail geram bercambah-cambah, tumbuh meliar di tangkai hati.
“Mana akal anak kita? Mana rasa belas kasihnya kepada kita? Mana diletaknya harapan kita sebagai orang tua dia? Mana perginya janji-janji dia hendak menyenangkan kita di waktu tulang belulang kita mereput di tubuh? Mana, mana, mana!” jerit Pak Mail geram bercambah-cambah, tumbuh meliar di tangkai hati.
“Abang!” Mak Timah
lemah menyandar tubuhnya di sisi Pak Mail.
Dia turut berasa sedih. Hatinya
turut hancur bagaikan dihentak ke batu, berderai.
“Biarlah dia di dalam itu, biar dia fikirkan nasib dirinya,
perjuangan yang bodoh dan sia-sia. Saya
nak tengok sampai mana pemimpin yang dia perjuangkan itu membantu dia,membantu
kita ini! Saya nak tengok!” jerkah Pak Mail, bagaikan pemimpin itu ada di hadapannya. Bagaikan anaknya mendengar setiap tutur
katanya. Hatinya dipahat duka, hatinya
yang disimbah racun yang berbisa. Diakah yang bersalah, kerana tidak mengajar
anaknya agar jangan mencampuri urusan orang lain? Diakah yang bersalah kerana tidak mengajar
anaknya agar tidak melakukan perjuangan
yang sia-sia? Diakah yang bersalah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan