Dia menyandar di dinding, bau hamis lantai simen yang entah
bila tidak bercuci mengecutkan lubang hidungnya. Rasa meloya menyentap di tekak. Saiz lokap sepuluh kali sepuluh itu kini
menjadi tempat tinggalnya. Uh! Berat mata memandang, berat lagi bahu
yang memikul. Di situlah dia tidur,
makan, mandi dan berehat. Sebak dadanya,
berat matanya,sakit jiwanya. Tidak tahu
siang atau malam. Tidak tahu hujan atau
panas. Nasi yang terhidang masih tidak
disentuh, ikan cencaru goreng, sayur masak lemak kobis yang cair kuahnya,
langsung tiada rasa. Tekaknya langsung
tidak boleh menerima.
Semuanya bagaikan mimpi, baru semalam dia bersuka bersama
ahli keluarga. Baru semalam terasa kehangatan pelukan isteri tercinta. Baru semalam menikmati makan malam yang enak
di tekaknya. Hari ini semuanya hilang
begitu sahaja. Keindahan, kecantikan dan
kemewahan yang selama ini dinikmati lenyap bagaikan dilanda taufan. Lesap, menghilang dibawa arus hilang ditelan
masa.
Dengan tangan bergari,dia dibawa pergi ketika baru sahaja
melangkahkan kaki di KLIA. Terkejut dan
tersentak, kepulanganya disambut dengan kehadiran beberapa anggota polis di
hadapan pintu masuk ke KLIA. Cuba
melawan, namun apakan dayanya, tenaga yang ada tidak sekuat mana. Mahu atau tidak dibawa pergi. Anak dan isteri memandang dengan mata
berkaca. Tidak tahu hujung pangkal
cerita. Orang ramai yang memerhati,
memandang dengan kehairanan, ada juga yang memandang dengan mata yang
mengejek. Kalau sudah diberkas polis
tentu ada sebabnya.
Di balai polis dia disoal bertalu-talu. Hanya mampu menunduk, tidak mampu menafikan segala tuduhan yang dibaca terhadapnya. Kenapa dia ditahan? Cerita yang tidak sanggup dikhabarkan. Matanya terus berkaca, duka menyapa rela. Penyesalan yang tiada ertinya. Ucapan maaf yang tiada gunanya. Nasi sudah menjadi bubur. Hati di luar badan terkurung. Bagaimanalah nasib anak dan iserinya? Tentu mereka sedang berduka dan bersedih seperti dirinya. Tentu jambatan rindu menapak di sanubari mereka.

Di dalam bilik yang sedikit luas dari bilik lokapnya. Sebuah meja dan dua buah kerusi terletak kemas di satu sudut. Hanya satu lampu terpasang, memberi
pencerahan pada bilik itu. Dia ditolak
masuk. Hampir sahaja dia tersungkur
menyembah lantai. Matanya sinis memandang wajah anggota polis
yang bertugas. Dua orang menunggu dan
bersedia untuk mengambil pengakuannya.
“Alias b. Mohamad… awak dituduh menerima suapan sebanyak
RM50,000.00 daripada Taukey Leong beberapa bulan yang lalu, awak mengaku salah
atau tidak?” tanya pegawai polis yang bertugas.
“Saya,” dia terdiam semula.
Tidak tahu apa yang harus dikatakan.
Segala-galanya bagaikan terkunci, mulut, hati, akal, mati sebelum
waktunya. Tidak tahu apa yang harus
difikirkan. Terkurung begitu buat
akalnya tidak mampu berfungsi. Segalanya sudah berlaku.
Alias menapak ke kawasan lapang yang luas terbentang, hanya dipenuhi kontena
berbagai warna dan saiz. Dia memandang
kiri dan kanan. Beberapa orang rakannya
yang berpakaian seragam turut
menemani. Fail yang berisi
dokumen pemberitahuan isi kandungan kontena yang akan diperiksa dibelek dan dibaca.
Seorang lelaki berbangsa cina sudah menunggu kehadirannya. Wajah lelaki itu manis tersenyum kepadanya.
“Encik Alias…” sapa lelaki itu.
“Taukey Leong,”
jawab Alias, turut tersenyum.
“Ini dokumennya…” Alias menyerahkan fail berisi dokumen
pengesahan dan kebenaran membawa kontena itu keluar dari kawasan tersebut.
“Terima kasih En. Alias,”
jawab Taukey Leong, gembira. Satu
sampul surat bertukar tangan. Hanya
kenyitan mata dizahirkan.
Alias dan beberapa rakannya hanya tersenyum memandang sampul
surat tersebut. Mereka berlalu
meninggalkan kawasan tersebut.
Bukan sekali, sudah berkali-kali. Tidak perah tertangkap, asyik terlepas. Membuatkan dia semakin berani, semakin
tamak. Kenapa dia melakukannya?
“Abang… duit kereta dah dua bulan tak berbayar. Bank dah telefon berkali-kali. Rimas tau,” runggut isterinya, Hanna.
“Hutanng kad kredit ni, saya kena dulukan. Nanti naik lagi bunganya,” rungut Alias yang kurang senang dengan kata-kata isterinya. Dia tahulah duit kereta sudah 2 bulan tidak berbayar. Bukan dia tidak tahu. Kereta sampai dua biji, memanglah teruk untuk membayarnya bulan-bulan. Tidak termasuk duit rumah, segala bil-bil yang tertunggak semuanya harus dijelaskan cukup bulan ini. Mana dia hendak cekau duit? Gajinya sebagai penjawat awam, bukan besar mana pun, nama sahaja pegawai.
“Hish, nanti kena tarik di tengah jalan, malulah Hanna!” kata Hanna geram.

“Kita jualkan salah satu kereta yang ada, pakai satu sahaja,” cadang Alias.
“Mana boleh! Hanna
nak hantar anak sekolah dengan apa? Nak ke pasar dan ke kedai? Abang jangan main-main, kalau tak pun, jual
aje kereta abang tu, pergi kerja tumpanglah kawan-kawan abang.” Hanna
menyengih.
“Awak ni? Saya
bekerja, sesekali keluar dengan kereta, awak tu duduk rumah, buat apa pakai
kereta?” leter Alias.
“Dulu waktu beli tak bising pun, sekarang baru nak
marah-marah!” Hanna mencebik. Kurang senang dengan nada suara suaminya.
“Kita kesempitan duit, awak hanya tahu nak hidup mewah, gaji
saya bukan besar pun,” semakin tinggi suara Alias. Hilang sabar dengan sikap degil
isterinya.
“Habis tu nak hantar anak-anak sekolah macam mana?” Hanna memeluk tubuh. Dia mengetap bibir. Dahinya berkerut.
“Biarlah mereka nak bas sekolah. Taklah seteruk nak bayar
duit bulanan kereta.” Alias
mengeluh. Tubuhnya disandarkan di
sofa. Sofa itu pun masih berhutang,
tiap-tiap tahun bertukar. Semuanya
kerana mengikut selera isterinya.
Langsir begitu juga. Tiba sahaja
hari raya, pasti ke kedai kain, tukar lagi langsirnya, walaupun masih
baru. Kalau tidak diikutkan, muncungnya panjang sedepa. Mulalah buat kerja rumah macam orang
bergaduh. Pinggang mangkuk pula berbunyi
seperti berperang. Manalah dia tahan.
“Mana boleh!” Hanna membantah keras.
“Mana boleh!” Hanna membantah keras.
“Sekarang ni bang, di luar tu tak selamat, kejadian cabul,
rogol bermaharajalela. Abang tak takut
ke?” Hanna membungkam geram.
Susah betul bercakap dengan orang perempuan ni. Kalau kita larang, kata kita kedekut. Kalau dibenarkan pula, membazirlah pula. Serba salah jadinya. Kenapalah isterinya tidak memahami keadaan
dirinya. Alias mengeluh berat.
Keadaan semakin kritikal apabila kereta isterinya ditarik
oleh pihak bank. Mahu tak mahu dia
terpaksa membayar duit tunggakan kereta tersebut. Tidak tahan mendengar leteran Hanna siang dan malam. Akhirnya…
Pertemuan diatur disebuah gudang lama milik Taukey Leong. Dia akan menguruskan segala dokumen keluar masuk kontena-kontena milik syarikat Taukey Leong tanpa masalah. Alias tersenyum sendiri. Puas hatinya. Duit yang diterima banyak gunanya. Banyak perkara boleh diselesaikan. Segala hutang piutang mampu dijelaskan. Tiada lagi tertunggak. Senyuman bahagia terukir di bibir isterinya setiap kali dibawa membeli-belah. Lega sedikitlah hatinya.
Namun semua itu tidak lama… sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Wajah pegawai penyiasat di tatap seketika. Air mata merembas keluar. Menyesal tiada gunanya. Dia sendiri yang rela dan tiada yang memaksa. Esok pasti terpampang di dada akhbar wajahnya ketika ditangkap. Kawan-kawan, rakan-rakan sekerja, entah apa pandangan mereka terhadap dirinya ketika ini. Usah bercerita soal malu atau harga diri. Dia sendiri yang menjerat diri sendiri. Dia yang menjatuhkan maruahnya sendiri.

“Bagaimana Alias? Awak
mengaku bersalah?” tanya pegawai
penyiasat yang berpangkat Inspektor itu.
“Saya mengaku Inspektor!” jawab Alias dengan mata yang berkaca. Hiba melekat di hati. Terasa hina dirinya di mata orang lain. Kebodohan membawa padah. Kemusnahan yang tidak mampu diubah melainkan taubat nasuhah. Dia bukan sahaja khianat kepada dirinya, malah kepada bangsa dan agamanya juga. Apa guna dia menyesal sekarang? Apa guna dia menangis, kerana ingin kemewahan dan hidup senang dia mengadaikan maruah dan harga diri sendiri. Terimalah padahnya. Tidak perlu marah sesiapa. Tidak perlu simpan dendam kepada sesiapa. Inilah ingatan ALLAH kepadanya agar tidak terus memaku dosa dan memberi hasil haram kepada anak isterinya. Dia gagal melindungi keluarganya dari menjadi bahan bakar api neraka. Dia gagal menjaga maruah keluarganya.
Ah!.... Dia menangis kedukaan.

kayuh laju2 akak...
BalasPadamhik hik hik...
BalasPadam