AKU TURUT BAHAGIA

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Friday, 10 June 2016

AKU BUKAN KAMALIA - SINOPSIS - Karya SASYA ZAINAL


Kamal Arif dilahirkan sebagai seorang lelaki sejati namun mempunyai ciri-ciri dan perwatakan seperti seorang wanita. Mempunyai dua orang abang dan seorang adik perempuan bernama Kasih Alia. Sejak kecil hidupnya sentiasa dibuli oleh abang sulungnya bernama Khalid. Sebagai seorang insan yang mempunyai bakat semula jadi.

Kamal Arif sentiasa mengikut Kak Nora untuk pergi mengandam dan membantu kakak angkatnya itu untuk menggubah bunga dan menghias pelamin. Sejak kecil, hidup Kamal Arif sememangnya diterapkan dengan ajaran dan didikan agama yang sempurna. Kehidupannya di kampung penuh dengan warna-warni bersama-sama dengan teman akrabnya Johari dan Faezah Hanim. Oleh kerana tidak tahan dengan cemuhan dan sikap abang sulungnya yang semakin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi sejak abang keduanya melanjutkan pengajian ke luar negeri, Kamal Arif mengambil keputusan untuk berhijrah ke kota setelah tamat pengajian di dalam diploma perbankan.

Di Kuala Lumpur, dia bekerja bersama-sama teman karibnya, Johari yang juga seorang lelaki lembut. Terkejut dengan perwatakan Johari yang sudah berubah 100%, Kamal Arif juga akhirnya mengikut jejak langkah Johari dan rakan-rakan serumah. Hubungan cinta monyetnya dengan Faezah Hanim dilupakan begitu sahaja dan membuatkan Faezah Hanim kecewa. Keliru dengan naluri dan perasaan dirinya sendiri, Kamal Arif atau Kamalia telah jatuh cinta dengan Syed Zakri, seorang pemuda yang bekerja di bahagian IT bank yang sama. Sikap Syed Zakri yang amat mengambil berat pula membuatkan Kamalia semakin bahagia menjadi ‘wanita’. Akan kembalikah Kamal Arif ke kampung halamannya? Mengapa Kak Nora sentiasa ternanti-nantikan kepulangan Kamal Arif dan mengapakah Syed Zakri terlalu mengambil berat dan mengasihi Kamalia?

2 comments:

  1. Menarik... harap dapat baca bab- bab berikutnya.. all the best, selamat berkarya..

    ReplyDelete