Bagaimana saya boleh terjebak dalam
dunia penulisan? Bermula apabila saya
mendapat sebuah mesin taip. Berketak,
berketuklah saya di atas mesin taip tersebut.
Mesin taip Olyampus, sekejap sahaja inknya habis, tidak sampai 30 muka
suratpun. Akhirnya suami saya beli
komputer melalui tempat kerjanya.
Semakin ligatlah saya menulis.
Entah apa yang saya tulis, saya sendiri main hentam sahaja. Kebetulan suami kenal seorang penulis muda
yang ketika itu masih belajar di UUM.
Rusman Nordin, pernah memenangi Peraduan Menulis Novel Remaja anjuran
DBP. Dia kata saya ada bakat menulis,
iya ke? aduhai. Percaya sahajalah. Sejak itu berangan-anganlah, tanpa panduan
atau tunjuk ajar sesiapa, saya terus menulis dan menulis. Hantarlah cerpen ke majalah dan akhbar
perdana, syarikat pilihan saya dan berani untuk saya melangkah adalah
UTUSAN. Di situlah saya mula
bertapak. Entah berapa banyak karya saya
dibuang dalam tong sampah. Sahaja
teka. Kalau tidak tersiar setelah
dihantar itulah anggapan kebanyakkan orang, kan? Entah bagaimana suatu hari, saya menerima
sekeping surat. Bukan surat cinta tetapi
surat mengajak saya mengikuti kelas bimbingan menulis melalui pos. Waktu itu saya sekeluarga tinggal di
Kedah. Yurannya murah sahaja. RM30.00 selama 6 bulan. Saya bersetuju. Akhirnya jadilah saya anak didik Dr. Wahba
atau Dr. Wan Hamzah bekas ketua editor majalah UTUSAN. Karya
saya dibedah mengikut kehendak majalah.
Dengan beliaulah saya mula
belajar menulis karya untuk diterbitkan.
Cerpen pertama RAHSIA MALAM PENGANTIN
keluar dalam WANITA keluaran UTUSAN KARYA. Bulan yang sama satu lagi karya KALAU SUDAH
JODOH , dalam URTV.
Baiknya kita belajar menulis cerpen
dahulu adalah kita mampu mengarap sebuah cerita yang padat dan berisi. Begitu juga dengan gaya bahasa. Kalau di dalam akhbar atau majalah arus
perdana penggunaan Bahasa Melayu Tinggi amat dititik beratkan. Kalau yang ringan-ringan dan santai masih
terpelihara bahasanya. Pernah
menghantar karya ke ALAF 21 tetapi ditolak, adalah alasan-alasannya yang saya
terima, dan mengaku ketika itu saya agak lemah
dalam menghasilkan cerita yang baik. Tidak pernah mengikut bengkel
penulisan novel jadi tidak tahu bagaimana teknik yang sebenar dalam dunia
penulisan novel. Ketika inilah saya
membeli karya terbitan ALAF 21,
Fatillah Anas, Sri Diah Shaharudin, Sharifah Abu Salem, Nurhayati
Berahim, Aisyah Sofea nama-nama penulis
yang karya mereka menjadi pilihan untuk saya baca dan belajar cara mereka
menulis dalam novel. Karya beratpun
menjadi pilihan saya, karya Usman Awang,
Shahnom Ahmad, A. Samad Said. Khatijah Hashim, Zahara Nawawi, Azmah Nordin, Siti Jasmian Ibrahim, antara nama yang
menjadi idola saya. Dua kali saya
hantar karya ke ALAF21. Kali pertama
ditolak kerana tidak cukup panjang.
Manalah saya tahu menulis novel kena tebal 300++ ke atas. Saya buat 100 muka surat sahaja.
Hantar kali kedua, jalan cerita tidak begitu padat dan menarik. Akur sahaja, masih belum rezeki saya.
Saya terus putus asa, dan tidak
lagi menuli novel. Susah sangat hendak
cari idea dan mengarapnya menjadi beratus-ratus
muka surat. Saya hanya menulis cerpen
bila waktu terluang. Sekadar suka-suka,
hantar sahaja karya keluar.
Alhamdulillah. Tahun 2003 mula
kurang menulis sebab ketika itu saya mengandungkan anak bongsu dan mabuk teruk,
kebetulan idea tepu. Akhirnya agak
lamalah saya berhenti menulis. 2012 anak
bongsu sudah besar, idea pula berjalan lancar,
apa lagi mulalah berketak-ketik kembali di laptop. Mencuba menulis cerpen semula. Masih adakah skil dan bakat menulis. Setelah siap cerpen pertama setelah rehat
bertahun-tahun. Cerpen tersebut tersiar
dalam majalah FARDHU AIN dengan tajuk DOA DAN AIR MATA. Keyakinan diri melonjak naik. Masih berbakat diri ini. Ketika saya sibuk dan mula mengenali dunia
FB, saya buka grup masakan awalnya.
Mulalah pos gambar masakan yang telah saya belajar daripada kawan-kawan
dalam grup. Berbakat jugalah dalam
bidang masakan ini, tapi untuk diri sendiri dan keluarga sahajalah.
Saya pernah hantar manuskrip saya ke sebuah syarikat
penerbitan di Bangi. Namun ditolak atas
alasan tidak sesuai dengan khalayak pembaca mereka.
Saya terima, tetapi saya tidak baiki karya tersebut. Saya biarkan
sahaja. Saya ada FB akauan dan
sentiasalah masuk untuk mencari kawan dan belajar memasak. Bila sudah asyik
bersembang, kenal orang sana, kenal orang sini.
Saya masuklah pula satu grup buku dan sastera. Mula masuk GRUP SASTERA MELAYU, kemudian
SALAM KARYA-SITI ROZILAH, di situlah saya mula menghantar mss saya yang telah
ditolak itu untuk dibedah. Dengan tajuk
SESALAN TIDAK TERUCAP. Saya mula
berkawan dengan ramai penulis yang sebelum ini saya tidak menyangka mahu
berkawan dengan saya. Mereka ramah
sekali. Banyak membantu saya. Satu hari saya pos karya saya di grup CINTA
NOVEL MALAYSIA adminya seorang penulis juga.
Di situlah karya saya di bedah
kaw-kaw. Ana Balqis telah menegur cara penulisan
saya yang dirasakan hambar dan tidak mesra pembaca. Saya ubah cara, akhirnya ramai yang senang
cara garapan baharu saya itu.
Di dalam CNM diwar-warkan bahawa
karya yang dihantar di situ akan dinilai oleh pihak penerbit da nada rezeki
akan diterbitkan. Saya paling suka dan
terujalah, sehingga bab 25 saya masukkan ke grup itu sehinggalah diumumkan sebuah
portal anjuran pihak Grup Buku Karangkraf dirasmikan dan dibuka kepada
penulis-penulis baharu dan lama. Saya mencuba nasib. Saya masukkan sehingga bab 35 SESALAN TIDAK TERUCAP. Ramailah yang membaca apabila karya itu
dipromo ke semua grup yang saya masuk
kecuali grup masakan. Setelah siap
manuskrip itu akhirnya saya hantar ke rumah penerbitan Alaf 21. Empat bulan masa saya ambil untuk menyiapkan
karya tersebut. Bercengkang mata,
dibedal dan dihentam. Malah tidak kurang yang suka. Ada
juga kawan-kawan beritahu, penerbit tidak suka
kisah poligami, saya tidak kisah dan tidak menulis manuskrip
baharu. Saya ingin mencuba juga. Akhirnya setelah siap sepenuhnya saya hantar
ke Alaf 21. Dua bulan selepas itu saya
menerima berita gembira bahawa karya saya akan diterbitkan, namun tajuknya
telah ditukar. Tidak kisahlah asalkan
karya itu diterbitkan. Akhirnya lahirlah
‘bayi’ pertama saya AKU TURUT BAHAGIA di
bawah logo ALAF 21, cita-cita dan impian yang menjadi kenyataan. Kini
sahlah saya telah menjadi penulis novel.
Angan-angan menjadi reality.
Siapa yang tidak gembira dan suka.
Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan