Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Isnin, 16 Disember 2013

ULASAN ASAS BLOG PENULISAN










ULASAN  ASAS  BLOG PENULISAN
MASAYU AHMAD
                Belajar membina blog sendiri?  Hish!  Boleh ke?  Terkial-kial membuatnya.  Cantikkah?  Aduhai, buruknya rupa blog aku! Kenapa blog kawan itu cantik, ceria dan ramai pengikut? Kenapa blog aku tiada siapa yang lihat?  Bagaimana dan di mana harus aku mula?  Itulah soalan yang selalu kita tanya kepada diri kita sendiri.  Ataupun kita bertanya kepada kawan-kawan yang ada blog sendiri.  Ada yang sudi berkongsi ilmu, ada yang akan berkata, “Saya buat je.”  Tentu kita rasa kecewakan?  Terutama mereka yang perlu ada blog sendiri seperti penulis  dan ahli perniagaan. 
                Sekarang ini semua perkara  di hujung jari kita sahaja.  Begitu juga cara membina  blog.  Bagaiana caranya?  Hah!  E Booklah.  Sekarang ini hendak belajar apa sahaja, semuanya mudah. Begitulah bergunanya  Ebook Asas Blog Penulisan.   Puan Masayu Ahmad adalah  cikgu yang mengajar kelas secara online ini.  Saya ada blog sendiri sebelum mula belajar  membina blog.  Bukan saya yang bina tetapi ada teman yang baik sudi membantu  membina blog nukilan saya sendiri.  Selepas dibina kenalah buat sendiri.  Perlu letak apa untuk mencantikkan blog?   Manalah saya tahu.? Apa gunanya Reka Bentuk, Templet dan sebagainya.  Kalau tidak belajar manakan tahu membinanya?  Begitulah diri saya.  Dengan semangat dan teruja untuk mencantikkan blog saya yang saya bina sebagai medan memperkenalkan karya-karya saya dalam dunia penulisan. Maka saya memulakan langkah dengan mendaftarkan diri belajar membina blog secara E Book atau online. 
                Dalam E Book ini Cikgu Masayu menerangkan bagaimana cara membina blog sehingga diminati oleh pengunjung blog.  Beliau juga memberi contoh beberapa blog yang sudah berjaya dibina dan menjana pendapatan sendiri.  Beberapa ahli sudah berjaya, malah mendapat ruang di dada akhbar, padahal asasnya hanya menulis di dalam blog sahaja.  Mereka sudah berjaya, anda bagaimana?  Kita juga diajar bagaimana menulis di dalam blog, isi yang bagaimana harus kita masukkan.  Apa yang patut kita kongsikan.  Semuanya diajar dengan teliti dan jelas.
                Kita juga diajar bagaimana menyusun Bab E Book dan melabel Blog Tugasan Harian.  Kalau tidak kita main buat dan  masukkan sahaja.  Berteraburlah keadaan di dalam blog kita itu.  Dengan adanya panduan ini, maka blog kita akan tersusun dengan lebih menarik perhatian pengunjung.  Empunya blog juga diajar bagaimana menarik perhatian pembaca agar sentiasa menjadikan blog sebagai bahan tempat mereka mendapatkan ilmu dan kepuasan ketika membaca entri di blog kita.  Menulis dengan ikhlas datang dari hati.  Menulis apa sahaja yang kita mahir, bukan rekaan semata-mata.  Itulah yang diajar oleh Cikgu Masayu Ahmad.  Padat, tepat dan penuh teliti.  Saya sudah belajar?  Anda bagaimana?  Mulakan langkah anda membina blog sendiri untuk menjana pendapatan di rumah.   Jangan bertangguh lagi.  Mulakan dari sekarang.  Selamat berlajar.
               
               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan