Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Isnin, 23 Disember 2013

ULASAN CINTA SEPARUH MATI - DURRAH FATIHA









TAJUK                   CINTA SEPARUH MATI ( ISBN978983124884 3)
PENULIS               DURRAH FATIHA
TERBIT                  2013
PENERBIT            ALAF 21
MUKASURAT     482
HARGA                 RM19.90
                Mengenali penulisnya sebelum saya bergelar penulis lagi.  Orangnya ramah dan baik hati.  Tidak sangka kami akan duduk dalam rumah penerbitan yang sama.  Sudah membaca beberapa karya beliau sebelum ini.  
                CINTA SEPARUH MATI -               Mengisahkan Wardah dan Faisol yang cuba melupakan antara satu sama lain lantaran cinta mereka dihalang oleh ibu Faisol yang merasakan Wardah tidak sepadan dengan anaknya.  Hubungan mereka terus diganggu gugat dengan kehadiran Nora juga menyintai Faisol.  Bertambah rumit apabila kehadiran Anas menambah fitnah yang ditaburkan oleh Nora untuk memutuskan hubungan antara Wardah dan Faisol.  Dalam masa yang sama Wardah diminati dalam diam oleh Hakim rakan sekerjanya.  Di situ berlaku konflik antara mereka. 
                Siapakah Anas?  Mampukah cinta Wardah bersatu dengan Faisol.  Apakah hubungan mereka mendapat restu orang tua Faisol?  Mampukah Hakim mencuri hati dan cinta Wardah? Siapa pula Zamil yang tiba-tiba hadir dan mengajak Wardah bernikah?  Kenapa dan untuk apa?  Ingin tahu kisah selanjutnya, jom dapatkan buku ini di pasaran.
                Tahniah kepada penulis.  Gaya bahasa yang tidak menghampakan.  Mudah dan santai.  Cinta separuh mati, adakah cinta kita begitu terhadap pasangan kita?  Tepuk dada tanya diri sendiri.  Semoga  karya ini memberitahu kita erti sebuah cinta yang sebenarnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan