Asmira Suhadis
Alhamdulillah, sejak tahun 2002,hingga ke tahun 2013 ini
bermakna sudah 7 tahun, mama menang pertandingan penulisan . Ini tahun pertama
mama muncul dalam senyembara di Dewan bahasa, satu cita-cita dan harapan yang sejak
lama mama pendam dan inginkan.
Bukan mahu membanggakan diri, sekadar ingin berkongsi dengan
anak-anak, kawan-kawan bahawa semangat dan kemahuan itu dapat mengatasi apa
juga rintangan yang ada.
Tahun 2002, mula-mula mama menyertai Pertandingan penulisan
Finas, waktu itu hidup serba empit dan payah, mama menguna pen dan tulis atas
kertas kajang, tindak balas yang mama dapat , “ cerita ada menarik, tetapi
tidak memenuhi formet yang di tetapkan” penyertaan mama ditolak. Kecewa ,
memang sangat kecewa namun mama akui kesilapan mama.
Tahun 2003, mama mengupah seorang kawan untuk menaip naskah
yang akan mama hantar kepertandingan penulisan cereka, mama janji kalau menang,
mama akan bayar, kalau tidak mama akan bayar ansur-ansur, dia ambik semuka rm 3
ringgit ada 100 muka surat.Alhamdulillah skrip bertajuk MISI berjaya mendapat
tempat kedua dengan hadiah Rm 3500 . mma nekad wang hadiah itu mama belikan
komputar.
Sejak itu, tahun demi tahun 2004, mama mula menguasai,
dengan skrip DIKIR, GILA, BAH TILOT. 2007 mama mula mencari kelainan, azam yang
mama semat kerana di tahu 2006 tidak ada pemenang tempat pertama dokumantari,
Alhamdulillah tekat yang kuat dan semangat yang mahu Berjaya akhirnya tahun
2007 mama Berjaya membawa balik rm 5000 temoat pertama Dokumantari, “
MELENGGANG PERUT, ADAT YANG TERTINGGAL.
2008, mama Berjaya pula memenangi tempat pertama cereka yang
berjodol KARAM, spara sejarah tentang tenggelamnya kuala kubu, tahun itu juga
mama Berjaya dalam dokumantari dan cerita pendek, mama membawa pulang Rm 23
ribu. Itulah kejayaan yang paling bermakna dalam hidup mama.
2009 ramai yang mula “berkata”, ada yang marah, hanya
sedikit yang memberikan sokongan dan akhirnya mama mengambil keputusan untuk
mengundur diri dari pertandingan. Walaupun semangat masih kuat meronta, namun
ada ketikanya kita kena juga ada sikap timbang rasa dan tidak mementingkan diri
sendiri.
Tahun ini 2013, mama kembali melangkah , kali ini mama cuba
ke tempat yang lebih gah , Dewan Bahasa dan Pustaka, walaupun hanya memanangi
saguhati pertama, mama cukup bangga terutamanya dengan sokongan dan semangat
kawan-kawan yang sudah bagaikan satu keluarga selama mama berada di sini. Kasih
saying kalaian benar-benar membangunkan semangat mama semula untuk terus
melangkah menghabiskan sisa usia mama.
Tahun ini mama bukan sahaja memenangi sayembara ini, malah
buku kanak-kanak mama AKU BUDAK BATEQ juga di terbitkan, puisi mama di Dewan
Sastra juga tersiar dan Alhamdulillah mulai tahun depan setiap bulan, mama kan
menjadi memulakan tugas sebagai penulis tetap E Artikal Tanaman halaman di
laman web DBP.
Ayuh teman,sahabat, jangan kata tidak pada anugerah yang
telah Allah berikan kepada diri anda, jangan segan untuk terus belajar dan
memperbaiki setiap apa yang anda buat. Teruskan dengan semangat, menulis itu
satu ibadah jika kita mengerti dan memahami , menulislah bukan dengan niat
untuk mencari glamour, bukan untuk bermegah dan mahu orang mengikut dan setuju
dengan apa yang kita tulis, tetapi menulislah dengan hati, dengan jujur dan
dengan redha Allah.
Satu bacaan yang ilmiah untuk dikongsi dan dihayati dari seorang yang terbiasa kepada seorang yang genius...itulah jua sahabat, teman serta kawanku saudari Asmira Suhadis.
BalasPadamPernah aku katakan padanya bahawa satu hari nanti buatlah satu Biografi supaya semua orang bolih kenal siapa dia manusia yang luarbiasa ini kerana banyak cerita yang menarik tersimpan dari perjalanan kehidupan suka dan dukanya wanita bernama Asmira Suhadis.
Padamu kutitipkan tahniah duhai saudari Asmira Suhadis semoga Allah senantiasa memberkati segala usahamu amin.
ya Allah, terima kasih atas perkongsian ini Asmah Hashim, tak ada apa yang nak dibanggakan pada diri mama, masih lagi seorang biasa yang hanya punya semangat dan keinginan untuk melangsung kehidupan, tak ada apa yang mama dapat berikan pada kalian hanya 'ingin mengajak" kalian membina semangat jangan mengalah dalam apa sahaja yang kalian lalui dalam kehidupan ini.
BalasPadamKau sumber Ilhamku Mama Asmira
Padam