ULASAN E BOOK 101 TIP PENULISAN NOVEL
MAZLIA MURAT
Menjadi
penulis novel, karya diterbitkan, menjadi best seller impian setiap mereka yang
menjadi penulis. Bukan senang jadi
penulis. Walaupun mudah menulis. Tulislah apa sahaja yang kita inginkan, tentang
diri, keluarga, kenalan dan kawan-kawan.
Tulislah apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita, yang kita nampak,
lihat dan dengar. Namun bukan semua
mampu menulis dengan baik, jelas dan mampu memuaskan para pembaca.
Bagaimana
hendak menulis? Bagaimana caranya? Hendak tulis apa? semua itu harus difikirkan. Tertanya-tanya kepada diri sendiri, di mana harus dimulai. Menjadi penulis perlu
ada ilmu. Hendak memasak nasi pun harus
ada ilmu. Pendek kata apa sahaja langkah yang kita ambil dan buat harus
ada ilmu. Begitu juga dunia penulisan novel. Ilmu perlu ada. Jangan sombong, konon beranggapan kita mampu
menulis walaupun sebaris ayat. Begitu
juga saya. Mula belajar menulis cerpen
secara pos. Memang sukar tetapi demi
ilmu tiada apa yang sukar. Penulis
sekarang beruntung, pelbagai cara boleh digunakan untuk menambah ilmu dalam
dunia penulisan . Salah satunya melalui
E Book. E Book 101 Tip
Penulisan Novel oleh Mazlia Murat adalah cara yang mudah untuk belajar menulis tanpa mengikuti kelas di luar rumah. Amat
berguna, banyak info dan pengetahuan di dalamnya. Tidak rugi mempelajarinya. Ilmu yang padat
dan ketat. Mulakan langkah kita ke dunia
penulisan dengan mendapatkan ilmu melalui E Book ini.
Pelbagai
tip diberi oleh penulis dari sudut pandangan sehinggalah memahami hak penulis dan penerbit. Rasa tidak
susah untuk kita memahami E Book penulisan novel ini. Kita akan terangsang untuk membaca dan
mempelajarinya. Gaya bahasa, jalan
cerita, konflik dalam sesuatu karya disentuh dengan baik oleh Puan
Mazliah. Seperti saya katakan tadi. Para
pelajar akan mendapat banyak ilmu yang amat berguna.
Tidak langsung menghampakan malah dengan
belajar E Book ini kita mampu menjadi penulis novel yang baik, berjaya
dan menjadi kesukaan para pembaca di luar sana.
Teknik, gaya bahasa, garapan, plot, watak dan perwatakan disentuh satu
persatu dan terperinci oleh penulis E Book ini.
Tidak rugi melabur untuk mendapatklan ilmu yang bermanfaat. Sebagai penulis kita harus banyak membaca
dan belajar di sinilah harus kita
memulakan langkah untuk menjadi penulis berjaya. Penulis yang berilmu akan kekal lama. Penulis yang berwawasan akan terus melakar
nama di persada dunia penulisan yang semakin berkembang ini. Tulisan ini dipecahkan kepada beberapa bab
agar mudah dibaca dan dipelajari oleh para pelajar. Tidak susah untuk memahaminya.
Semoga ilmu yang diperolehi dimanfaatkan sepenuhnya
oleh para pelajar yang berminat untuk
menjadi penulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan