TAJUK WANITA
TAHANAN REMAN ( ISBN 978967430301-3)
PENULIS SRI
DIAH SHAHARUDIN
TERBIT 2013
PENERBIT ITBM
( INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA
Mengenali
Sri Diah Shaharudin melalui karyanya seperti
SELAMAT MALAM TAN SRI, KUALA
LUMPUR DI MANA SUAMIKU. Apabila membaca
cerpen tulisan beliau amat berlainan sekali.
Bagi saya di dalam kumpulan cerpen WANITA TAHANAN REMAN, jelas sekali
diri sebenar penulis ini. Kritis dan
kreatif. Itu pandangan saya
terhadap penulis tersohor ini. Mungkin pembaca novel yang baharu kurang
mengenali beliau tetapi saya yang membaca novel sejak dibangku sekolah sehingga
ke hari ini kagum dengan diri beliau.
Pernah tertanya-tanya bagaimanakah penulis mendapatkan ilham? Mungkin suatu hari boleh berkongsi cerita
dengan beliau. Insya-ALLAH.
Kumpulan
cerpen WANITA TAHANAN REMAN memuatkan 28 cerpen hasil tulisan Puan Sri
Diah. Ada diantara cerpen beliau menang
hadiah sastera. Presiden POTT Sudah Mati, mengisahkan tentang seorang pembantu
peribadi dan majikannya. Bagaimana dan
kenapa majikannya mati? Kenalah dapatkan
karya ini.
Tamu
Malam pula bagaikan mempertikaikan erti sebuah kesetiaan dan kebaikan. Kerana kebaikannya telah memerangkapnya
sehingga dituduh sebagai pembunuh.
Siapakah yang membunuh dan kenapa?
Cerpen ANJING begitu sinis. Tentang seekor Anjing bernama Paria yang
hidup di sebuah rumah mewah bersama beberapa ekor anjing yang berketurunan
baik-baik. Bagi saya cerpen ini ada
mesej yang tersembunyi ingin disampaikan oleh penulis. Apakah mesej itu? Buku ini ada jawapannya.
Itu adalah
beberapa contoh karya yang terdapat di dalam cerpen ini. Kepada mereka yang ingin membaca karya yang
agak sedikit berat, bolehlah mendapatkan karya ini. Kenapa seseorang itu menulis, untuk apa dan
mengapa? Dalam karya ini Puan Sri Diah
mengupas kehidupan wanita di mata seorang wanita. Bagaimana seharusnya seseorang wanita itu
bertindak dalam menentukan jalur kehidupannya.
Banyak pengajaran yang boleh kita perolehi di dalam karya ini.
Gaya bahasa agak
sedikit berat. Mungkin kepada mereka
yang kurang meminati sastera, karya ini bukanlah pilihan. Tetapi kepada pencinta sastera, karya ini
adalam pilihan terbaik. Begitu juga
kepada mereka yang ingin belajar menulis menggunakan bahasa Malaysia tinggi
boleh belajar melalui karya ini.
Tahniah penulis
kerana membuatkan diri ini terantai bersama-sama di dalamnya. Kepada mereka yang meminati Puan Sri Diah,
silalah dapatkan buku ini dipasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan