MUTIARA, KEKASIHKU...
Dia
terhendap-hendap di bawah rumah. Tanah
dikais-kais bagaikan si ayam mengais mencari cacing. Dia mengeluh.
Demi cintaku kepadamu, wahai Mutiara, aku sanggup buat apa sahaja, detik
hati kecilnya. Dia menanam sesuatu. UsAI selesai dia keluar dengan perlahan-lahan
berlalu dari bawah rumah itu.
Mutiara
Hati menyapu sampah di laman rumah
seperti biasa. Dia suka melihat laman
rumahnya bersih tanpa ada secubit sampah pun.
Mutiara Hati memang seorang anak yang rajin. Dia menyapu sehingga ke bawah rumah. Leka menyapu sehingga dia tersapu
sesuatu. Dahinya berkerut. Apakah bendanya ini, bisik hati
kecilnya. Bungkusan berbalut kain
kuning. Berkerut dahi Mutiara Hati. Dia menggelengkan kepala. Dia menanam semula bungkusan tersebut.
Mungkin kerja budak-budak nakal, bermain pondok-pondok. Biarlah bungkusan tersebut di situ. Nanti dicari pula oleh mereka. Anak-anak jiran memang suka bermain di
lamannya kerana bersih.
Mutiara
Hati ke dapur pula. Ibunya sedang
menanak nasi lemak. Neneknya sedang
membantu ibunya memasak. Kedua-dua
wanita tersebut sama kuat dan sama pandai.
Bangga terasa di hati mempunyai nenek dan ibu yang pandai memasak. Sedang leka membantu, Bunyi orang jatuh
menyebabkan Mutiara Hati menoleh. Neneknya rebah di lantai. Ibunya terjerit-jerit memanggil nama ayahnya.
Muitara Hati menerpa.
“Ibu,
kenapa dengan nenek?” tanya Mutiara Hati
kehairanan. Ibunya menggelengkan kepala.
“Mutiara
Hati tolong ibu bawa nenek naik ke bilik.
Dengan kudrat yang ada mereka berdua membawa nenek ke biliknya.
Mereka mula risau. Sakit apa pula
neneknya ini? Selama ini nenek sihat
sahaja. Tiada langsung sebarang sakit
yang merbahaya. Nenek pandai jaga kesihatan dirinya. Suara nenek menjerit memanggil nama seseorang
membuatkan mereka berdua terkejut.
“Halim,
aku cinta dengan kau! Aku mahu kahwin dengan kau!” kata nenek meracau dalam tidurnya. Permata
dan Mutiara Hati saling berpandangan.
Mereka benar-benar merasa pelik.
Halim? Bukankah Halim pemuda yang
baharu sahaja tinggal di kampung mereka.
Dengar kata bekerja sebagai guru di sekolah berhampiran.
“Nenek!,
nenek bangunlah!” kejut Mutiara Hati. Nenek
membuka mata. Dia menangis.
“Nenek
sayangkan Halim. Nenek hendak kahwin
dengan Halim!” kata nenek dalam
sedarnya. Mutiara Hati menggaru
kepala. Permata memandang wajah emaknya
dengan penuh tandatanya.
“Macam
mana ini ibu?” tanya Mutiara Hati.
Permata mengangkat bahu tanda tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
Hashim
mengeluh kasar. Wajah isteri dan anaknya
dipandang seorang demi seorang. Dia mundar-mandir. Dia menggelengkan kepala. Dia mengurut dagu.
“Panggil
Halim ke mari, kita tanya dia, adakah dia setuju berkahwin dengan emak!” cadang Hashim. Permata mengerutkan dahi Sudah gilakah suaminya ingin mengahwinkan
emaknya dengan lelaki muda. Mungkin emaknya hanya meracau.
“Abang,
kita bawa emak berubat, mungkin terkena jampi serapah itu sebab emak meracau,”
cadang Permata. Sudah lama emaknya
tinggal bersama-sama dengannya. Belum
pernah emaknya bersikap sedemikian. Bagai
ada yang tidak kena. Hashim mengerutkan
dahi. Bukan dia tidak percaya kisah alam
ghaib dan jampi serapah ini Namun dia
lebih yakin dengan kekuasaan ALLAH SWT.
“jangan
mengarutlah Permata, emak awak tidak apa-apa.
Mungkin benar hati dia tertawan dengan Halim. Budak itukan selalu singgah bersembang dengan
saya. Emak awak selalu buat air untuk
budak itu. Mungkin jatuh cinta pandang
pertama,” kata Hashim.
“Hish!
Abang ni,” Permata mengetap bibir. Tidak mungkin emaknya bersikap seperti itu.
“Sudah,
petang nanti abang tanyakan Halim sama ada dia ingin bernikah dengan emak awak!” Hashim berlalu. Permata mengeluh kesal. Apalah yang ada di dalam hati suaminya Tidak mungkinlah Halim akan berkahwin dengan
emaknya yang hanya menunggu mati, lainlah jika Mutiara Hati anak mereka yang
masih muda trang tang tang.
***
Petang
itu Hashim memanggil Halim ke rumahnya.
Tersipu-sipu pemuda itu.
“Mahu
tak berkahwin dengan Mutiara?” tanya
Hashim. Halim tertunduk-tunduk sambil
melebarkan senyuman di bibirnya.
“Benarkah
pak cik hendak kahwinkan saya dengan Mutiara?”
tanya Halim kembali.
“Tentulah,
Mutiara tidak sabar hendak berkahwin dengan Halim, katanya cinta separuh mati,” Hashim tersenyum.
“Kalau
begitu kata pak cik, nanti saya hantar pinangan untuk meminang Mutiara.” Kata Halim beriya-iya dan penuh yakin. Hashim mengucapkan syukur. Rupanya emak mertuanya tidak bertepuk sebelah
tangan. Bertambah lebar senyuman Halim
apabila melihat Mutiara tersenyum lebar ke arahnya.
“Tidak
payah tunang-tunang, kita terus akad nikah sahaja. Mas kahwin dan belanja pak cik tidak minta
mahal-mahal, ala kadar sahaja.” Kata Hashim
teruja. Emak mertuanya sudah lama
bersendirian. Kalau ada orang yang
cinta dan sayang emak mertuanya bagus juga.
Tidak disangka sama sekali pemuda sekacak Halim suka dengan emak
mertuanya. Ada harga juga emak mertuanya
itu.
“Wah,
benar pak cik?” tanya Halim kesukaan.
Hashim mengangguk laju. Senyuman
terukir manis di bibirnya.
Permata
menggelengkan kepala. Dia benar-benar
tidak menyangka pemuda itu suka kepada emaknya.
Emaknya memanglah kelihatan masih bergaya, tetapi berkahwin dengan
lelaki yang layak dipanggil cucu, alangkah peliknya. Mana ada yang pelik di dunia hari ini,
kan? Permata terdiam. Mungkin sudah jodoh emaknya.
Rumah
Hashim dan Permata dipenuhi jiran tetangga dan saudara mara. Nenek Mutiara yang sedang dihias dan disolek
tersenyum manis. Mengedik bagaikan orang
muda. Mutiara Hati mengerutkan
dahi. Alahai, nenek, sudah tua-tua pun
dapat suami muda. Bertuahnya nenek. Dia yang muda, jelita ini tiada siapa yang
mahu.
“Mutiara
Hati jangan keluar ke mana-mana, temankan nenek sehingga akad nikah selesai.” Pesan
Hashim kepada anak gadisnya.
“Baik
ayah,” kata Mutiara Hati. Dia
melemparkan senyuman ke arah neneknya.
Neneknya tidak meracau lagi apabila diberitahu akan bernikah dengan
Halim. Pemuda kacak yang sering singgah
bersembang dengan ayahnya. Aduhai,
nenek, bertuahnya badan.
Majlis
berjalan lancar. Semua mata terpaku
memandang wajah kacak Halim berbaju melayu lengkap bagaikan pahlawan Melayu
sejati. Permata gelisah di dapur. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi apakah dia? Dia tidak keruan. Dia tidak boleh menerima Halim sebagai bapa
tirinya. Macam pelik sahaja. Kenapa emaknya
boleh jatuh hati dengan Halim. Tidak
pernah langsung emaknya bercerita tentang Halim kepadanya. Tiba-tiba pengsan dan kata sayang kepada pemuda tersebut. Apa sebenarnya yang berlaku? Semakin bingung
jadinya. Halim pula bukan main suka,
benarkah jatuh hati dengan emaknya? Semakin
keliru rasanya.
Halim
tersipu-sipu malu. Menjadi juga tangkal
bomoh orang asli yang diambilnya baru-baru ini.
Semuanya gara-gara dia melihat Mutiara di Bandar berjalan dengan seorang
pemuda berbual mesra. Mungkinkah pemuda itu bakal suami
Mutiara. Dia tidak akan benarkan. Hatinya sudah tertawan dengan gadis itu. Tidak mungkin dia membenarkan dirinya
berputih mata. Alang-alang menyeluk
pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang mandi, biar basah. Mutiara tetap akan dijadikan miliknya, abadi!
Suara
orang ramai yang saling berbisik sesama sendiri langsung tidak dihiraukan. Apa yang terbayang di matanya adalah wajah
manis Mutiara menyambut kehadirannya. Halim
masih tersenyum-senyum sendirian. Dia
terlalu bahagia. Tidak perlu difikirkan
bagaimana dia mendapatkan Mutiara. Janji
keinginannya tercapai. Impiannya berjaya
direalisasikan. Dosa pahala tolak ke
tepi.
Majlis
akad nikah berjalan lancar. Ucapan Alhamdulillah meniti di bibirnya. Tidak sabar ingin melihat wajah jelita. Isteri tersayang akan lemas
dipangkuannya. Perlahan-lahan kakinya
melangkah ke dalam bilik. Hatinya berdebar-debar, jiwanya terusik. Bau
wangi menerjah hidungnya. Semakin
terusik jiwa lelakinya. Dia tidak
memandang ke kiri dan ke kanan lagi. Hanya
menunduk terlampau malu.
Halim
terus melangkah ke arah katil, di mana pengantin perempuan sedang menunggu
kedatangannya. Semakin manis
senyumannya. Dia terpana, terlalu
gembira. Peluh jantan membasahi
dahinya. Berpeluh takutkah dia? Darahnya gemburuh. Untung waktu melafazkan nikah lidahnya laju sahaja.
Tangan
dihulur bersama sebentuk cincin bertahtakan mutiara. Sesuai dengan gadis yang menjadi
isterinya. Isteri yang baharu sahaja
dinikahi menghulurkan jari. Berkerut dahi
Halim melihat jari yang berkedut
seribu. Tidak mungkin? Mana mungkin gadis berumur 19 tahun jarinya
berkedut seperti orang tua umur 80-an?
Perlahan-lahan mata Halim menjalar ke wajah yang berada betul-betul di
hadapannya. Terkejut teramat sangat,
bagaikan tidak percaya siapa yang berada di hadapannya. Mahu pengsan ketika itu juga. Lengkap berpakaian pengantin sambil tersenyum
manis. Matanya singgah ke wajah di
sebelah. Seorang gadis manis yang
menjadi igauan hati siang dan malam tersenyum manis. Apa sudah jadi?
“Mama,
ayah? Siapa ini?” jerit Halim. Hashim
menerpa masuk. Permata begitu juga. Orang ramai mula berkata sesama sendiri.
“Kenapa
Halim?” tanya Hashim kehairanan. Permata mendekati emaknya kelihatan seperti
orang hilang arah.
“Saya
nikah dengan siapa? Bukankah saya
bernikah dengan Mutiara?” sambil menunjuk ke arah Mutiara yang berdiri di
sebelah neneknya.
“Ini
anak pak cik Mutiara Hati, ini pula neneknya Mutiara!” Hashim memperkenalkan anak dan ibu
mertuanya. Halim mengundur ke
belakang. Dia silap orang rupanya. Bagaimana boleh terjadi begini? Dia hanya tahu Mutiara, tetapi tidak tahu
Mutiara Hati adalah gadis idaman hati. Tersilap
nama rupanya. Halim menepuk dahi.
“Halim,
aku cinta padamu,” kata Mutiara sambil
tersenyum manis. Halim meraung di situ juga.
Hashim dan para tetamu saling berpandangan. Mereka tidak tahu apa yang terjadi, tapi yang
pasti Halim tersalah orang dan tersalah memilih isteri.
kih3...kan dah salah. niat dah x baik...dah ditunjuk dari awal lagi
BalasPadamterima kasih Yati sudi menjengah ke sini.
BalasPadambertuahnya badan..ni ke kisah nenek yang baru dapat cahaya mata kat akhbar tu? Nak buat camaner...dah nasib kau la Halim, sape suh tak siasat nama penuh yang nak dikenakan, tersangkut pula dengan nenek !
BalasPadamtaklah BPB, ini kisah rekaan. Mana tahu ada kisah sebenar ya :)
PadamMintak tolong pd yg tak sepatutnya. Dapatlah yg tak sepatutnya!
BalasPadamHahaha tu la dh niat xelok..jd pn xelok jg...l likerrrr
BalasPadamlawak ni, hahaha halim2..kesian sungguh..
BalasPadam