Muncung M16 tepat di kepalanya. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Ah! Peduli jika nyawa melayang. Dia perlu kuat. Perlu bersemangat. Manusia durjana berperangai syaitan ini harus dilawan habis-habisan. Dia sedikitpun tidak gentar. Biar mati hari ini. Dia tidak akan minta nyawanya daripada orang yang berkawan dengan iblis.
Suara
orang bergelak ketawa mengejutkannya dari tidur. Dia memandang sekeliling. Di mana aku sekarang ini? Bukankah tadi mereka mahu membunuhku? Sengaja mereka menyiksaku. Sengaja mereka mempermain-mainkan
ajalku. Berpantang ajal sebelum
mati. Dia meludah ke lantai. Aku harus lepaskan diri. Tidak mungkin aku menunggu sahaja di
sini. Menunggu ajal menjemput. Biar mati berjuang, dari mati menyerah
diri.
Dia
mengoyang-goyangkan kerusi tempat dia diikat.
Dia rebah bersama kerusi tersebut.
Ikatan semakin melonggar. Dia
mengambil sesuatu di lantai Serpihan
kaca. Dengan kudrat yang ada, dia cuba
memotong tali menggunakan serpihan kaca tadi.
Harap-harap mereka tidak menerjah masuk, menganggu usahanya untuk melepaskan
diri.
Hampir
setengah jam berusaha, akhirnya. Dia
tidak menunggu berlama lagi. Bukan waktu
untuk berangan dan berfikir. Berfikir
sambil bertindak , itulah yang harus dia lakukan. Perlahan-lahan dia mendekati pintu. Alhamdulillah, pintu tidak berkunci. Perlahan-lahan daun pintu dikuak. Dengan
berhati-hati dia melangkah, tiada sesiapa di luar. Dengan keizinan ALLAH dia berjaya meloloskan diri. Senjata M16 bersusun kemas di satu
sudut. Banyaknya? Dari mana mereka memperolehinya? Dia benar-benar hairan. Sepucuk disambar. Dua kotak peluru diambil juga. Dia akan hapuskan senjata pemusnah ini. Banjingan di luar sana perlu ditamatkan
riwayat mereka. Bom tangan juga
diambil. Berguna nanti.
Dia
melangkah keluar melalui pintu besi.
Tiada siapa di situ. Ke mana pula
mereka menghilang? Dia kehairanan. Dia
terhendap-hendap dari satu tiang ke satu tiang, dari satu dinding ke
satu dinding, akhirnya dia sampai di satu kawasan, seperti dewan. Dia mendekati. Suara orang
bergelak ketawa. Oh, di sini mereka
berkumpul. Dia menolak pintu dengan
kuat. Terkejut orang di dalam.
Senjata di tangan dihalakan kepada mereka. Semua mata yang memenuhi dewan itu memandangnya.
“Hey,
manusia pertualang. Aku akan hapuskan
kalian hari ini!” jeritnya.
“Bagaimana
dia terlepas! Kenapa tidak ikat dia
kuat-kuat!” kata seorang lelaki yang
berkaca mata. Di hadapan berdiri barisan
manusia, entah siapa dan dari mana.
Matanya meliar.
“Kaukurung
aku, kauikat aku! Kau fikir jiwaku akan
menyerah kalah?” katanya.
“Kau
kena sedar, kita berada di dunia terbuka, moden dan baharu!” kata lelaki yang berada di atas pentas.
“Aku
tidak peduli! Jiwaku tetap menyayangi
dan menghormati khazanah bangsaku! Harus
diselamatkan! Kau harus mati!kaulah
punca semua ini!” katanya lagi. Dia tidak peduli jika dia mati kerana memperjuangkan apa yang
sepatutnya. Dia punya hak! Kalau orang
lain tidak mahu, dia mahu. Jika orang
lain tidak sudi, biar dia sahaja yang melakukannya.
“Kalian
harus mati hari ini!” katanya lagi, berani.
“Apa
salah kami?” tanya lelaki itu lagi.
“Apa
salah kalian?” Dia mencebik.
“Kenapa
kurung aku? Seksa aku?” tempelaknya.
“Kau
hendak merosakkan program kami! Itu sebab kami tahan kau. Kau penganggu pembangunan dunia ini!” kata lelaki itu lagi. Dia mencebik.
“Persetan
dengan dunia baharu kalian. Kalian petualang bangsa! Kalian perosak bangsa! Kalian meragut nyawa bangsa kalian
sendiri!” jeritnya sekuat hati. Biar satu dunia mendengar . Biar satu dunia tahu. Dia tidak peduli. Inilah yang ingin dia beritahu. Biar mereka sedar. Biar mereka faham kenapa dia menghalang.
“Apa
yang kau inginkan?” lelaki itu sedikit lembut.
“Aku
ingin kau martabatkan BAHASA MELAYU! Aku ingin kau naikkan semula SASTERA
MELAYU! Aku ingin kau kembalikan BUDAYA MELAYU!” katanya.
Lelaki itu menggelengkan kepala.
“Tidak
mungkin! Kerajaan sudah keluarkan memo.
Bahasa Inggeris akan jadi bahasa kebangsaan!” kata lelaki itu bersama keluhan berat.
“Kalian
orang sastera! Kenapa kalian benarkan? Kenapa
kalian biarkan?” marahnya.
“Kami
tidak berdaya, kami makan gaji, kami terpaksa.
Kalau tidak kami akan dibuang!”
“Kalian
dayus, kalian lupa asal usul! Kalian curang!”
marahnya semakin berapi-api.
“Kami
tidak mampu, mata terlepas tapi tangan dan kaki kami dirantai!” lelaki itu mendengus kasar.
“Kalau
begitu, kalian patut mati!” muncung M16
terus memuntahkan pelurunya, seorang demi seorang rebah ke lantai, tidak mampu
melawan. Dia menggila sendiri. Bahunya ditepuk. Dia berhenti menembak. Seorang lelaki yang amat dikenali. Lelaki itu menggelengkan kepala.
“Apa
yang kau lakukan? Apa kurangnya kau
dengan mereka?” tanya lelaki itu. Dia
terkesima. Hampir separuh dewan mati
begitu sahaja. Lelaki di atas pentas
menyembunyikan diri di sebalik tiang.
Mereka yang lain menyorok di bawah kerusi, ketakutan.
“Aku
membunuh pengkhianat bangsa!” katanya bangga.
Lelaki itu tersenyum sinis.
“Kalau
kau hendak memperjuangkan bahasa dan budaya kau, gunakan MATA PENAMU. Bukankah
MATA PENA LEBIH TAJAM DARI SENTAJA?
Dengan membunuh kau menghapuskan bangsamu sendiri.” Kata lelaki itu
sebelum berlalu pergi. Mungkin meminta
bantuan. Dia tertunduk malu. Malu dengan kegelojohan diri sendiri. Dia memandang ke arah mayat-mayat yang
bergelimpangan. Dia mencampak senjata
M16 dan mengambil sebatang pen yang jatuh di atas kakinya.
“Ya,
mata pena lebih tajam dari senjata. Aku
akan manfaatkannya,” katanya sebelum berlalu pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan