BAB 1
HAKIKATNYA, hidup taklah semudah yang disangka. Realiti kehidupan tak
wajar disamakan dengan sebuah cerita dongeng yang tak berpijak di bumi
nyata. Hidup ini banyak halangan dan dugaannya. Dan buahnya ada yang
masam, pahit, kelat mahupun manis. Perjalanan hidup bagaikan membaling
sebiji dadu ke atas meja. Sebijak manapun si pembaling, kemungkinan
balingannya tersasar tetap ada.
“Ika! Towel abang mana?” teriakan
suaminya dari arah bilik mandi membuatkan konsentrasinya terganggu. Dia
mengherotkan bibirnya. “Ika!” sekali lagi Yusuf Hakimi menjerit.
Zulaika menggetap bibir dan menutup kedua belah telinganya dengan telapak tangan.
“Ika! Dengar tak abang panggil ni? Pekak ke, huh!”
Adoi!!! Sakitnya telinga. Apakah lelaki bernama Yusuf Hakimi ni tak
tahu makna sabar? Apakah lelaki bernama Yusuf Hakimi ni ingin dimanjakan
bagai anak-anak kecil hinggakan masuk ke bilik mandi pun selalu terlupa
untuk membawa tuala? Apakah lelaki bernama Yusuf Hakimi ni diciptakan
untuk menyusahkan perempuan bernama Zulaika?
Hhmmmph!
“Ika! Abang bilang sampai tiga... kalau tuala abang tak sampai juga abang akan keluar tanpa seurat benang!”
“Heh, abang ni dah gila ke?” dia terpekik.
Suara Yusuf Hakimi tergelak bagaikan guruh berdentum di dada langit.
“Apa salahnya? Ni rumah abang kan? Abang beli rumah ni pun dengan duit hasil titik peluh abang!”
Isy, si dia ni kalau mengungkit pasal tu, memang cukup bijak! Zulaika mengutuk suaminya dalam hati.
“Suka hati abanglah nak buat apa pun. Satu... dua...” Yusuf Hakimi berdegil.
Zulaika berlari ke muka pintu bilik mandi lalu mengetuknya bertalu-talu.
“Yelah, Encik Yusuf! Ni towelnya.” Dia menjerit dari luar.
Yusuf Hakimi merenggangkan sedikit daun pintu. Dia tersengih sambil
mencapai tuala biru yang dihulurkan oleh isterinya itu. Dia memang
sengaja masuk ke bilik mandi tanpa membawa tuala. Bukannya mengada-ada.
Tapi dia memang suka menyakat isterinya. Siapa lagi yang hendak disakat
oleh Yusuf di muka bumi ini selain daripada Zulaika?
Beberapa minit
kemudian dia keluar dari bilik mandi sambil tersenyum kambing. Naik
menyampah Zulaika memandangnya. Nyampah-nyampah sayang, beb! Siapa lagi
yang hendak disayangi olehnya kalau bukan suaminya sendiri?
“Tak
habis-habis menaip. Tak kontot ke jari tu?” tempelak Yusuf Hakimi sambil
menyeringaikan giginya yang putih berderet ke arah Zulaika yang duduk
bersila di atas katil mengadap laptopnya.
“Kenapa kalau jari kontot?” tingkah Zulaika. “Kenapa abang sengih-sengih kat Ika macam tu?”
“Kalau kontot jari sayang tu, adalah peluang abang tambah cawangan.”
“Apa abang cakap? Ulang balik!”
Yusuf Hakimi selamba. Dia tahu isterinya cukup pantang apabila dia
mengusiknya begitu. Mungkin bukan isterinya saja yang cukup ngeri
apabila memikirkan tentang isu poligami; mungkin semua perempuan di muka
bumi ini pun begitu.
“Apa abang cakap tadi?” Zulaika mengulangi soalannya yang tak berjawab.
“Malaslah! Kalau bercakap dengan Ika, asyik nak kena ulang aje. Dah
berapa tahun tak korek telinga tu?” usiknya lagi. Dia yang sudah lengkap
berpakaian menjeling isterinya yang menyinga di atas katil dengan ekor
mata. Geli hatinya melihat wajah Zulaika yang lembut berubah cemberut
begitu. Tapi hati lelakinya mengakui kejelitaan milik isterinya. Buatlah
muka macam mana pun, Zulaika tetap cantik.
Kejelitaan isterinya itu
membuatkan dia sering terfikir bagaimanakah jelitanya isteri pemerintah
Mesir yang juga bernama Zulaika, yang tega menggoda Nabi Yusuf berkurun
silam? Mungkin lebih cantik daripada Zulaika di depan matanya ini. Pun
begitu, persembahkanlah seribu orang Zulaika yang lebih cantik dan ayu
daripada isterinya, dia tetap akan menolaknya kerana dia pasti cintanya
yang satu hanya untuk wanita yang sedang muncung di atas katil itu.
“Dahlah tu! Abang dah lapar ni. Kata nak keluar makan tadi, jomlah!” dia melembutkan suaranya.
“Selera Ika dah hilang!”
Yusuf Hakimi tersenyum. Isterinya yang masih muda belia itu merajuk sudah.
“Macam mana boleh hilang? Kalau macam tu cepatlah cari.”
“Cari apa?”
“Eh, tadi kan Ika kata selera Ika dah hilang, cepatlah cari. Dah jumpa
nanti bolehlah kita keluar makan.” Getus Yusuf Hakimi sambil menyengih
panjang.
“Ada-ada ajelah abang ni!”
Dia mendekati isterinya.
Tangan kanan isterinya dicapai lalu dikucup perlahan. Di hujung matanya
dia melihat riak wajah tegang yang tadinya bertapak di wajah Zulaika
sudah mula kendur.
“Sorry, sayang. Jangan marah, ya. Abang gurau
aje. Kalau tak bergurau dengan sayang, abang nak bergurau dengan siapa
lagi? Takkan nak bergurau dengan Nur Ain kat pejabat tu pulak?” Dalam
memujuk, dia masih sempat menyakat isterinya.
Zulaika mengutil
lengannya membuatkan Yusuf Hakimi menjerit kecil. Senyum sudah mula
terukir di bibir merah bersalut gincu red winenya.
ZULAIKA
terkocoh-kocoh keluar dari bilik air. Dia yang tadinya sudah bersedia
hendak keluar dengan suaminya terpaksa berlari ke bilik air akibat perut
yang menyenak secara tiba-tiba. Kelibat Yusuf Hakimi tiada di ruang
tamu. Mungkin Abang Yusuf berada di luar, getus hatinya sambil mencapai
tas tangan Bonia warna merah tua yang tergeletak di atas meja kopi lalu
melangkah pantas ke muka pintu. Sangkaannya seratus peratus tepat. Yusuf
Hakimi kelihatan sedang berdiri di halaman rumah berhampiran dengan
kolam ikan kap, sedang tenggelam dalam perbualan dengan seseorang dengan
menggunakan telefon bimbitnya.
Zulaika menghayun langkah
menghampiri suaminya. Setelah mendapati dirinya dihampiri, Yusuf Hakimi
segera menamatkan perbualannya. Dia menoleh ke arah Zulaika yang
kelihatan manis dengan baju kurung merah darah berbunga tabur yang
telahpun berdiri di sisinya.
“Siapa yang telefon, bang?” soal isterinya.
“Kak Intan. Nampaknya kita tukar rancanganlah malam ni, sayang...”
“Kenapa pulak?” soalnya dengan rasa kurang senang. Nama yang baru saja
meluncur keluar dari bibir suaminya seketika tadi sudah cukup membuatkan
hatinya jadi tak menentu. Mindanya sudah membayangkan wajah Intan
Juliana, wanita kota yang cantik, elegan dan sentiasa bergaya itu.
“Dia jemput kita berdua ke rumah barunya. Kebetulan pula dia sedang
adakan rumah terbuka malam ni. Minggu lepas dia ada bagitau abang, tapi
abang terlupa. Tadi dia call untuk ingatkan abang agar bawa Ika ke
sana.” Tingkah Yusuf Hakimi.
Dia sebenarnya berat hati hendak ke
sana. Kalau boleh dia mahu menikmati makan malam di mana-mana restoran
atau gerai, berdua-duaan dengan suaminya sahaja. Selain daripada kurang
senang dengan keakraban hubungan di antara suaminya dengan pelukis
terkenal yang masih berstatus solo itu, dia juga masih kurang biasa
bergaul dengan teman-teman suaminya. Entah mengapa dia sentiasa berasa
rendah diri di kalangan mereka. Teman-teman suaminya rata-rata
berpendidikan tinggi, bak kata omputih, educatedlah katakan. Ketika
berada di samping mereka, kadangkala mereka berbual dengan menggunakan
Bahasa Inggeris yang membuatkan Zulaika ternganga-nganga. Bahasa omputih
yang mereka gunakan berhabuk, beb, kalah omputih yang sebenar.
Bunyi hon kereta membuatkan khayalan Zulaika terganggu. Dia segera
melangkah ke arah Kia Spectra hijau milik suaminya lalu memboloskan diri
ke dalam perut kereta itu.
Yusuf Hakimi tersengih panjang melihat
wajah isteri yang tadinya ceria tiba-tiba sahaja berubah mendung. Dia
faham dengan gelojak hati wanita di sisinya, namun dia hanya mendiamkan
diri. Zulaika harus menyesuaikan diri dengan kesibukan kerjaya,
teman-temannya serta kehidupan di kota metropolitan ini. Dia harus sedar
bahawa dia bukan lagi gadis kampung ataupun pekerja sektor industri
yang naif sebaliknya isteri seorang jurutera yang berjaya.
Dia memecut laju keretanya meredah malam yang bersimbah cahaya neon.
“Ika! Towel abang mana?” teriakan suaminya dari arah bilik mandi membuatkan konsentrasinya terganggu. Dia mengherotkan bibirnya. “Ika!” sekali lagi Yusuf Hakimi menjerit.
Zulaika menggetap bibir dan menutup kedua belah telinganya dengan telapak tangan.
“Ika! Dengar tak abang panggil ni? Pekak ke, huh!”
Adoi!!! Sakitnya telinga. Apakah lelaki bernama Yusuf Hakimi ni tak tahu makna sabar? Apakah lelaki bernama Yusuf Hakimi ni ingin dimanjakan bagai anak-anak kecil hinggakan masuk ke bilik mandi pun selalu terlupa untuk membawa tuala? Apakah lelaki bernama Yusuf Hakimi ni diciptakan untuk menyusahkan perempuan bernama Zulaika?
Hhmmmph!
“Ika! Abang bilang sampai tiga... kalau tuala abang tak sampai juga abang akan keluar tanpa seurat benang!”
“Heh, abang ni dah gila ke?” dia terpekik.
Suara Yusuf Hakimi tergelak bagaikan guruh berdentum di dada langit.
“Apa salahnya? Ni rumah abang kan? Abang beli rumah ni pun dengan duit hasil titik peluh abang!”
Isy, si dia ni kalau mengungkit pasal tu, memang cukup bijak! Zulaika mengutuk suaminya dalam hati.
“Suka hati abanglah nak buat apa pun. Satu... dua...” Yusuf Hakimi berdegil.
Zulaika berlari ke muka pintu bilik mandi lalu mengetuknya bertalu-talu.
“Yelah, Encik Yusuf! Ni towelnya.” Dia menjerit dari luar.
Yusuf Hakimi merenggangkan sedikit daun pintu. Dia tersengih sambil mencapai tuala biru yang dihulurkan oleh isterinya itu. Dia memang sengaja masuk ke bilik mandi tanpa membawa tuala. Bukannya mengada-ada. Tapi dia memang suka menyakat isterinya. Siapa lagi yang hendak disakat oleh Yusuf di muka bumi ini selain daripada Zulaika?
Beberapa minit kemudian dia keluar dari bilik mandi sambil tersenyum kambing. Naik menyampah Zulaika memandangnya. Nyampah-nyampah sayang, beb! Siapa lagi yang hendak disayangi olehnya kalau bukan suaminya sendiri?
“Tak habis-habis menaip. Tak kontot ke jari tu?” tempelak Yusuf Hakimi sambil menyeringaikan giginya yang putih berderet ke arah Zulaika yang duduk bersila di atas katil mengadap laptopnya.
“Kenapa kalau jari kontot?” tingkah Zulaika. “Kenapa abang sengih-sengih kat Ika macam tu?”
“Kalau kontot jari sayang tu, adalah peluang abang tambah cawangan.”
“Apa abang cakap? Ulang balik!”
Yusuf Hakimi selamba. Dia tahu isterinya cukup pantang apabila dia mengusiknya begitu. Mungkin bukan isterinya saja yang cukup ngeri apabila memikirkan tentang isu poligami; mungkin semua perempuan di muka bumi ini pun begitu.
“Apa abang cakap tadi?” Zulaika mengulangi soalannya yang tak berjawab.
“Malaslah! Kalau bercakap dengan Ika, asyik nak kena ulang aje. Dah berapa tahun tak korek telinga tu?” usiknya lagi. Dia yang sudah lengkap berpakaian menjeling isterinya yang menyinga di atas katil dengan ekor mata. Geli hatinya melihat wajah Zulaika yang lembut berubah cemberut begitu. Tapi hati lelakinya mengakui kejelitaan milik isterinya. Buatlah muka macam mana pun, Zulaika tetap cantik.
Kejelitaan isterinya itu membuatkan dia sering terfikir bagaimanakah jelitanya isteri pemerintah Mesir yang juga bernama Zulaika, yang tega menggoda Nabi Yusuf berkurun silam? Mungkin lebih cantik daripada Zulaika di depan matanya ini. Pun begitu, persembahkanlah seribu orang Zulaika yang lebih cantik dan ayu daripada isterinya, dia tetap akan menolaknya kerana dia pasti cintanya yang satu hanya untuk wanita yang sedang muncung di atas katil itu.
“Dahlah tu! Abang dah lapar ni. Kata nak keluar makan tadi, jomlah!” dia melembutkan suaranya.
“Selera Ika dah hilang!”
Yusuf Hakimi tersenyum. Isterinya yang masih muda belia itu merajuk sudah.
“Macam mana boleh hilang? Kalau macam tu cepatlah cari.”
“Cari apa?”
“Eh, tadi kan Ika kata selera Ika dah hilang, cepatlah cari. Dah jumpa nanti bolehlah kita keluar makan.” Getus Yusuf Hakimi sambil menyengih panjang.
“Ada-ada ajelah abang ni!”
Dia mendekati isterinya. Tangan kanan isterinya dicapai lalu dikucup perlahan. Di hujung matanya dia melihat riak wajah tegang yang tadinya bertapak di wajah Zulaika sudah mula kendur.
“Sorry, sayang. Jangan marah, ya. Abang gurau aje. Kalau tak bergurau dengan sayang, abang nak bergurau dengan siapa lagi? Takkan nak bergurau dengan Nur Ain kat pejabat tu pulak?” Dalam memujuk, dia masih sempat menyakat isterinya.
Zulaika mengutil lengannya membuatkan Yusuf Hakimi menjerit kecil. Senyum sudah mula terukir di bibir merah bersalut gincu red winenya.
ZULAIKA terkocoh-kocoh keluar dari bilik air. Dia yang tadinya sudah bersedia hendak keluar dengan suaminya terpaksa berlari ke bilik air akibat perut yang menyenak secara tiba-tiba. Kelibat Yusuf Hakimi tiada di ruang tamu. Mungkin Abang Yusuf berada di luar, getus hatinya sambil mencapai tas tangan Bonia warna merah tua yang tergeletak di atas meja kopi lalu melangkah pantas ke muka pintu. Sangkaannya seratus peratus tepat. Yusuf Hakimi kelihatan sedang berdiri di halaman rumah berhampiran dengan kolam ikan kap, sedang tenggelam dalam perbualan dengan seseorang dengan menggunakan telefon bimbitnya.
Zulaika menghayun langkah menghampiri suaminya. Setelah mendapati dirinya dihampiri, Yusuf Hakimi segera menamatkan perbualannya. Dia menoleh ke arah Zulaika yang kelihatan manis dengan baju kurung merah darah berbunga tabur yang telahpun berdiri di sisinya.
“Siapa yang telefon, bang?” soal isterinya.
“Kak Intan. Nampaknya kita tukar rancanganlah malam ni, sayang...”
“Kenapa pulak?” soalnya dengan rasa kurang senang. Nama yang baru saja meluncur keluar dari bibir suaminya seketika tadi sudah cukup membuatkan hatinya jadi tak menentu. Mindanya sudah membayangkan wajah Intan Juliana, wanita kota yang cantik, elegan dan sentiasa bergaya itu.
“Dia jemput kita berdua ke rumah barunya. Kebetulan pula dia sedang adakan rumah terbuka malam ni. Minggu lepas dia ada bagitau abang, tapi abang terlupa. Tadi dia call untuk ingatkan abang agar bawa Ika ke sana.” Tingkah Yusuf Hakimi.
Dia sebenarnya berat hati hendak ke sana. Kalau boleh dia mahu menikmati makan malam di mana-mana restoran atau gerai, berdua-duaan dengan suaminya sahaja. Selain daripada kurang senang dengan keakraban hubungan di antara suaminya dengan pelukis terkenal yang masih berstatus solo itu, dia juga masih kurang biasa bergaul dengan teman-teman suaminya. Entah mengapa dia sentiasa berasa rendah diri di kalangan mereka. Teman-teman suaminya rata-rata berpendidikan tinggi, bak kata omputih, educatedlah katakan. Ketika berada di samping mereka, kadangkala mereka berbual dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang membuatkan Zulaika ternganga-nganga. Bahasa omputih yang mereka gunakan berhabuk, beb, kalah omputih yang sebenar.
Bunyi hon kereta membuatkan khayalan Zulaika terganggu. Dia segera melangkah ke arah Kia Spectra hijau milik suaminya lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta itu.
Yusuf Hakimi tersengih panjang melihat wajah isteri yang tadinya ceria tiba-tiba sahaja berubah mendung. Dia faham dengan gelojak hati wanita di sisinya, namun dia hanya mendiamkan diri. Zulaika harus menyesuaikan diri dengan kesibukan kerjaya, teman-temannya serta kehidupan di kota metropolitan ini. Dia harus sedar bahawa dia bukan lagi gadis kampung ataupun pekerja sektor industri yang naif sebaliknya isteri seorang jurutera yang berjaya.
Dia memecut laju keretanya meredah malam yang bersimbah cahaya neon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan