Bukan Semua Novel Popular
OLEH: YATIM AHMAD
(ytaubatal@yahoo.com)
PERTAMA KALI, saya membeli novel popular! Apabila rakan mengetahui
menerusi muka buku (facebook) saya membei buku novel popular atau poket
novel, mereka 'berasakan' janggal, kerana walaupun saya kutu buku,
pembaca tegar buku sastera, tetapi tahu benar saya tidak pernah
menyentuh novel popular, melainkan, kerana gemar membaca apa sahaja,
saya menatap juga kulit belakang novel berkenaan.
Bagaimanapun,
kali ini saya bukan sahaja tertarik, malah berminat untuk berfikir
(bukan mengkaji) mengenai novel popular ini. Pernah juga dahulu saya
membicarakan soal novel popular di kolumnis sastera saya di New Sabah
Times, isunya ialah pengabaian bahasa pada novel itu, menggunakan bahasa
pesanan ringkas (sms), pembaziran dan pemborosan kata-kata, selain
sarat kisah percintaan muda mudi, kegagalan dan hubungan sosial yang
melampau. ini semua adalah identiti novel popular, berbanding novel
serius, penggunaan bahasa dan pemikiran terkawal.
Tetapi,
ketidak serisuan saya terhadap novel popular ini, membetik ketika
membaca satu status seorang pengarang, wartawan dan novelis yang
dikenali ramai apabila menyentuh isu ini dan kemudian disambar oleh
penulis lain yang menempelak golongan penulis novel popular sebagai
perosak moral generasi muda dan perosak bahasa. Daripada komen itu, dan
kebetulan Asmah Hashim
pula mempromosikan novel sulungnya 'Aku Turut Bahagia' di kosas,
menjentik keinginan saya untuk membuat sedikit analisis ringkas. Lalu,
ketika saya nak ke bandar, saya teringat novel asmah ini dan masuk di
toko buku putatan dan nasib baik ada sebuah sahaja lagi. Saya membeli
pada harga RM26.
Setiba di rumah, saya membaca beberapa
bahagian novel Asmah dan memang ada sedikit berbeza dengan novel
popular. 'Aku Turut Bahagia' boleh dikatakan bukan novel popular, atau
bayangannnya, tetapi kerana ia diterbitkan oleh penerbit novel popular,
maka ia kelihatan begitu. Ini ialah novel yang sama pengucapan dengan
novel serius. Itulah tanggapan awal saya. Kemudian, saya menghubungi
asmah untuk mendapatkan biodatanya, jadi mari kita kongsikan sedikit
dapatan saya mengenai dirinya.
Asmah lahir pada 13 Jun 1969, di
Kuala Lumpur, bertugas sebaga pembantu pengurusan Rumah Anak Yatim
Tahfiz Maahad Azzein al Makki. Pendidikan awanya bermula Sekolah Rendah
Bangsar Pantai Baharu, Kuala Lumpur; sebelum melanjut di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Pantai Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Sebelum
ini pernah menghasilkan pelbagai karya yang disiar oleh akhbar arus
perdana. Antara karyanya ialah novel Aku Turut Bahagia (Alaf 21), Doa
dan Air Mata (Fardu Ain edisi 15-2012), cerpen Rahsia Malam Pengantin
(Majalah Wanita), cerpen Akhirnya Dia ke Tanah Suci dan al-Islam
(Utusan), cerpen Biarlah Dia Pergi (Utusan Malaysia , edisi jawi);
cerpen Warkah Untuk mama (URTV -Utusan); cerpen Warkah Untuk mama, Ayah
oh Ayah, Masih Ada Bahagia, Rindu Emak dan Kerana Cinta (Utusan).
Novel Aku Turut Bahagia (ATB) setebal 584 muka surat termasuk biodata
dan segmen ilmu, adalah karya novel sulung Asmah. Dai berkata novel ini
disiapkan dalam tempoh empat bulan.
Novel ATB adalah kritikan
sosial yang tajam, terutama terhadap mereka yang beristeri lebih daripada
satu, juga mengambarkan ketelusan isteri tua yang baik hari dan sikap
isteri muda yang lupa daratan (secara perbandingam, ada juga isteri tua
berperilaku habat terhadap isteri muda). Ia mengisahkan Ummi Khadeeja
yang sanggup bermadu dan membenarkan suamiya berkahwin dengan seorang
pelajar negara yang masih belajar di pusat pengajian tinggi Mesir.
Selepas berkahwin, Ummi menghadapi konflik rumahtangga apabila madunya,
Syifa' Umaira berubah sikap, termasuk mendesak suami meceraikan Ummi.
Bagaimanpun, keadaan itu berubah juga akhirnya apabila mereka hidup
bahagia. Dengan megambil latar belakang Maahad, novel ini lebih kepada
aspek penceritaan kemasyarakatan yang berkaitan gambaran hidup bermadu.
Ia mungkin pengalaman penulis, perkara yang pernah berlaku, dan
kebanyakan perhubungan antara madu ini digambarkan agak terperinci dan
gambaran sikap segelintir isteri muda itu agak mengesankan, dan gambaran
had kesabaran isteri tua itu agak realistik.
Begitulah. Saya sudahi sedikti pandangan novel Asmah ini, yang sangat bermanfaat untuk menambahkan khzanah bahasa kita.
Smentara itu, apapun namanya, novel serius atau popular, penulis telah
memanfaatkan bakat dan minatnya untuk menghasilkan cerita. Sebagai
pengurus banyak perkataan, menyiapkan novel bukan mudah.
Jadi,
di sini, saya cuba mengubah persepsi kebanyakan pembaca (baca penulis
dan pembaca sastera serius), bahawa novel yang diterbitkan oleh pihak
swasta seperti Alaf 21, bukan semuanya berbau 'popular', ia sebenarnya
mungkin daripada penulis itu sendiri, jika dia hanya tahu bagaimana
menulis novel ringan, dan berasa enggan membaca dan mempelajari
bagaimana menghasilkan novel serius, maka tahapnya di situ sahaja,
begitu penulis novel serius atau semi-popular, jika dia menghasilkan
novel popular, mungkin tiada masalah untuk diterbitkan selepas melalui
penilaian pihak panel penerbit.
Bagaimanapun, memang berlaku
perselisihan pendapat antara penulis novel serius dan popular ini, bukan
pada cara dan teknik menghasilkan karya, tetapi sikap segelintir
penulis novel popular yang memperlekehkan bahasa Melayu. Jangan anda
kata sebahagian percubaan menggunakan bahasa sms atau bercampur bahasa
Inggeris itu tanda kemajuan, saya tak fikir bahasa rojak itu mampu
melariskan sebuah buku (barangkali ada, tetapi sementara sahaja). yang
sepatutnya ialah anda kena tahu bagaimana mengayakan bahasa, walaupun ia
novel serius. Bagitu di pihak penulis novel popular, jangan mengatakan
bahawa novel serius tak laku atau tidak mendapat pasaran tinggi kerana
'kerseriusan' itu, sebaliknya seperti yang saya katakan tadi, ia
berpunca kegagalan penulis itu memahami aspek pengayaan bahasa. Dua kali
saya sebut pengayaan bahasa, apakah pengayaan bahasa itu? Jika sajak,
pengayaan bahasa boleh dikatakan kemahiran penyair mengeksploitasikan
aspek penyimpangan bahasanya untuk pengucaan yang menarik, bukan hanya
dibantu metafora, personafikasi atau pelbagai istilah lagi.
Pengayaan bahasa ialah bagaimana penulis mampu memberikan pengucapannya
mampu memgugah perasan pembaca, bagaimana ia mengambarkan suatu emosi,
kemarahan, kesukaan dan kedukaan, memek wajah, pergerakan tubuh badan,
tanpa memaksa pembaca bergembira dengan pernyataan - dia bergembira, -
dia kegirangan, atau jika gambaran bersedih penulis menyebutkan - dia
mengalirkan air, air jernih membasahi pipinya; sebaliknya bijak
mengeksploitasikan bahasa tubuh dijadikan bahasa pengucapannnya. Tapi
lainkali lah berbicara hal ini.
Jadi, saya berfikir, ada
baiknya penulis novel popular mengkaji bagaimana menjadikan pengucapan
mereka berubah daripada bergantung kekuatan bahasa rojak dan sms,
percintaan dan hubungan sosial rambang, kepada penyampaian yang berkesan
untuk melariskan buku mereka. Jangan kata saya tak tahu penerbit
mahukan keuntungan dan penulis perlukan royalti.
Semua usaha
memerlukan keberanian, kita perlu berani untuk menggunakan sepenuhnya
bahasa Melayu tanpa merojakkan sebagai bahasa pengucapan karya, kita
perlu menguatkan asas dan akar bahasa kebangsaan tanpa memadang rendah
ia dengan menggunakan bahasa Melayu yang berkarat, kerana masalahnya
bukan soal laris atau tidak jika anda menggunakan bahasa baku (termasuk
pengucapan/logat tempatan, daerah dan negeri), tetapi keyakinan terhadap
jati diri penulis itu memang barangkali berkarat dan rosak.
Marilah, tidak kira penulis novel serius atau novel popular, kita fahami
benar-benar kehendak berbahasa, bahasa sendii sendiri untuk menghasilan
penceritaan yang bagus, buku yang laku (laris), bukan hanya sekadar
menulis supaya anda termasuk dalam senarai penulis. Kita perlu bersatu
meninggikan martabat bahasa kerana itulah yang menjadikan kita dikenali,
penutur bahasa Melayu.
Mari kukuhkan Bahasa Jiwa Bangsa
OLEH: YATIM AHMAD
(ytaubatal@yahoo.com)
PERTAMA KALI, saya membeli novel popular! Apabila rakan mengetahui menerusi muka buku (facebook) saya membei buku novel popular atau poket novel, mereka 'berasakan' janggal, kerana walaupun saya kutu buku, pembaca tegar buku sastera, tetapi tahu benar saya tidak pernah menyentuh novel popular, melainkan, kerana gemar membaca apa sahaja, saya menatap juga kulit belakang novel berkenaan.
Bagaimanapun, kali ini saya bukan sahaja tertarik, malah berminat untuk berfikir (bukan mengkaji) mengenai novel popular ini. Pernah juga dahulu saya membicarakan soal novel popular di kolumnis sastera saya di New Sabah Times, isunya ialah pengabaian bahasa pada novel itu, menggunakan bahasa pesanan ringkas (sms), pembaziran dan pemborosan kata-kata, selain sarat kisah percintaan muda mudi, kegagalan dan hubungan sosial yang melampau. ini semua adalah identiti novel popular, berbanding novel serius, penggunaan bahasa dan pemikiran terkawal.
Tetapi, ketidak serisuan saya terhadap novel popular ini, membetik ketika membaca satu status seorang pengarang, wartawan dan novelis yang dikenali ramai apabila menyentuh isu ini dan kemudian disambar oleh penulis lain yang menempelak golongan penulis novel popular sebagai perosak moral generasi muda dan perosak bahasa. Daripada komen itu, dan kebetulan Asmah Hashim pula mempromosikan novel sulungnya 'Aku Turut Bahagia' di kosas, menjentik keinginan saya untuk membuat sedikit analisis ringkas. Lalu, ketika saya nak ke bandar, saya teringat novel asmah ini dan masuk di toko buku putatan dan nasib baik ada sebuah sahaja lagi. Saya membeli pada harga RM26.
Setiba di rumah, saya membaca beberapa bahagian novel Asmah dan memang ada sedikit berbeza dengan novel popular. 'Aku Turut Bahagia' boleh dikatakan bukan novel popular, atau bayangannnya, tetapi kerana ia diterbitkan oleh penerbit novel popular, maka ia kelihatan begitu. Ini ialah novel yang sama pengucapan dengan novel serius. Itulah tanggapan awal saya. Kemudian, saya menghubungi asmah untuk mendapatkan biodatanya, jadi mari kita kongsikan sedikit dapatan saya mengenai dirinya.
Asmah lahir pada 13 Jun 1969, di Kuala Lumpur, bertugas sebaga pembantu pengurusan Rumah Anak Yatim Tahfiz Maahad Azzein al Makki. Pendidikan awanya bermula Sekolah Rendah Bangsar Pantai Baharu, Kuala Lumpur; sebelum melanjut di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Sebelum ini pernah menghasilkan pelbagai karya yang disiar oleh akhbar arus perdana. Antara karyanya ialah novel Aku Turut Bahagia (Alaf 21), Doa dan Air Mata (Fardu Ain edisi 15-2012), cerpen Rahsia Malam Pengantin (Majalah Wanita), cerpen Akhirnya Dia ke Tanah Suci dan al-Islam (Utusan), cerpen Biarlah Dia Pergi (Utusan Malaysia , edisi jawi); cerpen Warkah Untuk mama (URTV -Utusan); cerpen Warkah Untuk mama, Ayah oh Ayah, Masih Ada Bahagia, Rindu Emak dan Kerana Cinta (Utusan).
Novel Aku Turut Bahagia (ATB) setebal 584 muka surat termasuk biodata dan segmen ilmu, adalah karya novel sulung Asmah. Dai berkata novel ini disiapkan dalam tempoh empat bulan.
Novel ATB adalah kritikan sosial yang tajam, terutama terhadap mereka yang beristeri lebih daripada satu, juga mengambarkan ketelusan isteri tua yang baik hari dan sikap isteri muda yang lupa daratan (secara perbandingam, ada juga isteri tua berperilaku habat terhadap isteri muda). Ia mengisahkan Ummi Khadeeja yang sanggup bermadu dan membenarkan suamiya berkahwin dengan seorang pelajar negara yang masih belajar di pusat pengajian tinggi Mesir. Selepas berkahwin, Ummi menghadapi konflik rumahtangga apabila madunya, Syifa' Umaira berubah sikap, termasuk mendesak suami meceraikan Ummi. Bagaimanpun, keadaan itu berubah juga akhirnya apabila mereka hidup bahagia. Dengan megambil latar belakang Maahad, novel ini lebih kepada aspek penceritaan kemasyarakatan yang berkaitan gambaran hidup bermadu. Ia mungkin pengalaman penulis, perkara yang pernah berlaku, dan kebanyakan perhubungan antara madu ini digambarkan agak terperinci dan gambaran sikap segelintir isteri muda itu agak mengesankan, dan gambaran had kesabaran isteri tua itu agak realistik.
Begitulah. Saya sudahi sedikti pandangan novel Asmah ini, yang sangat bermanfaat untuk menambahkan khzanah bahasa kita.
Smentara itu, apapun namanya, novel serius atau popular, penulis telah memanfaatkan bakat dan minatnya untuk menghasilkan cerita. Sebagai pengurus banyak perkataan, menyiapkan novel bukan mudah.
Jadi, di sini, saya cuba mengubah persepsi kebanyakan pembaca (baca penulis dan pembaca sastera serius), bahawa novel yang diterbitkan oleh pihak swasta seperti Alaf 21, bukan semuanya berbau 'popular', ia sebenarnya mungkin daripada penulis itu sendiri, jika dia hanya tahu bagaimana menulis novel ringan, dan berasa enggan membaca dan mempelajari bagaimana menghasilkan novel serius, maka tahapnya di situ sahaja, begitu penulis novel serius atau semi-popular, jika dia menghasilkan novel popular, mungkin tiada masalah untuk diterbitkan selepas melalui penilaian pihak panel penerbit.
Bagaimanapun, memang berlaku perselisihan pendapat antara penulis novel serius dan popular ini, bukan pada cara dan teknik menghasilkan karya, tetapi sikap segelintir penulis novel popular yang memperlekehkan bahasa Melayu. Jangan anda kata sebahagian percubaan menggunakan bahasa sms atau bercampur bahasa Inggeris itu tanda kemajuan, saya tak fikir bahasa rojak itu mampu melariskan sebuah buku (barangkali ada, tetapi sementara sahaja). yang sepatutnya ialah anda kena tahu bagaimana mengayakan bahasa, walaupun ia novel serius. Bagitu di pihak penulis novel popular, jangan mengatakan bahawa novel serius tak laku atau tidak mendapat pasaran tinggi kerana 'kerseriusan' itu, sebaliknya seperti yang saya katakan tadi, ia berpunca kegagalan penulis itu memahami aspek pengayaan bahasa. Dua kali saya sebut pengayaan bahasa, apakah pengayaan bahasa itu? Jika sajak, pengayaan bahasa boleh dikatakan kemahiran penyair mengeksploitasikan aspek penyimpangan bahasanya untuk pengucaan yang menarik, bukan hanya dibantu metafora, personafikasi atau pelbagai istilah lagi.
Pengayaan bahasa ialah bagaimana penulis mampu memberikan pengucapannya mampu memgugah perasan pembaca, bagaimana ia mengambarkan suatu emosi, kemarahan, kesukaan dan kedukaan, memek wajah, pergerakan tubuh badan, tanpa memaksa pembaca bergembira dengan pernyataan - dia bergembira, - dia kegirangan, atau jika gambaran bersedih penulis menyebutkan - dia mengalirkan air, air jernih membasahi pipinya; sebaliknya bijak mengeksploitasikan bahasa tubuh dijadikan bahasa pengucapannnya. Tapi lainkali lah berbicara hal ini.
Jadi, saya berfikir, ada baiknya penulis novel popular mengkaji bagaimana menjadikan pengucapan mereka berubah daripada bergantung kekuatan bahasa rojak dan sms, percintaan dan hubungan sosial rambang, kepada penyampaian yang berkesan untuk melariskan buku mereka. Jangan kata saya tak tahu penerbit mahukan keuntungan dan penulis perlukan royalti.
Semua usaha memerlukan keberanian, kita perlu berani untuk menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu tanpa merojakkan sebagai bahasa pengucapan karya, kita perlu menguatkan asas dan akar bahasa kebangsaan tanpa memadang rendah ia dengan menggunakan bahasa Melayu yang berkarat, kerana masalahnya bukan soal laris atau tidak jika anda menggunakan bahasa baku (termasuk pengucapan/logat tempatan, daerah dan negeri), tetapi keyakinan terhadap jati diri penulis itu memang barangkali berkarat dan rosak.
Marilah, tidak kira penulis novel serius atau novel popular, kita fahami benar-benar kehendak berbahasa, bahasa sendii sendiri untuk menghasilan penceritaan yang bagus, buku yang laku (laris), bukan hanya sekadar menulis supaya anda termasuk dalam senarai penulis. Kita perlu bersatu meninggikan martabat bahasa kerana itulah yang menjadikan kita dikenali, penutur bahasa Melayu.
Mari kukuhkan Bahasa Jiwa Bangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan