CINTA KUASA TINGGI ( ISBN 9789831249154)
AZLEYA SHADZALIN
2014
ALAF 21
697 muka surat
RM26.00
Que
bekerja di bawah El. El jatuh hati
pandang pertama kepada gadis ala tomboy yang suka naik motosikal dan bergaul dengan mat
rempit. Que agak kasar namun hatinya
lembut. Suka berterus –terang, tidak
mudah mengalah. Keras kepala dan degil,
namun punya wawasan untuk mengubah mat rempit ke arah yang lebih baik.
El tidak berani berterus terang tentang perasaannya terhadap Que sehingga mengatur rancangan agar Que jatuh ke tangannya. Dengan kerjasama Ray adiknya sendiri, dia berjaya membuatkan Que berkahwin dengannya. Apakah rancangan itu?

Dalam
masa yang sama El dicintai oleh PAnya sendiri sehingga sanggup menfitnah Que
mengelapkan wang syarikat. El telah mengambil tindakan tanpa usul periksa. Que dibuang terus daripada hidupnya. Hubungan yang terpaksa dan dipaksanya
akhirnya lerai di tengah jalan. Que
membawa diri pergi meninggalkan segala-galanya.
Tanpa disedari oleh El, Que membawa zuriat El di dalam rahimnya. Pertemuan semula Ray dan Que tanpa disangka
meleraikan kisah lama yang selama ini terpendam. Apakah kisah tersebut?
Keegoan seorang lelaki kadang-kala boleh memisahkan dua hati. Itulah yang berlaku kepada El, kerana keegoannya dia memisahkan dirinya sendiri dengan isteri dan anak yang tidak diketahui keujudannya. Mampukah kasih itu bertaut kembali?

Nama hero Qaid El Arash singkatan EL. Nama heroin Balqis Nur irish Qamal Latif singkatannya Que.
Wah,
kisah minah rempit yang mampu mengubah kehidupan mat-mat rempit menjadi
baik. Jalan cerita yang menarik. Banyak nilai murni diserapkan di dalam karya
ini Gaya bahasa yang bersahaja dan tidak
membosankan. Plot berkembang dengan
baik. Sesuai dibaca semua peringkat
umur. Terutama mat-mat rempit di luar
sana. Tahniah kepada penulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan