DINDA CINTA KANDA ( ISBN 978983124902-4)
NUR INSYIRAH
2014
ALAF 21
RM22.00
547 muka surat.
Ulasan : Oleh Asmah Hashim
Ulasan : Oleh Asmah Hashim
Hadif
Aufiah atau Adif kahwin terpaksa dengan
Tengku Faiq atas kehendak orangtuanya
Tengku Ismail. Adif ada sebabnya
tersendiri kenapa dia bersetuju dijodohkan dengan lelaki tersebut. Walaupun tiada cinta antara mereka, namun
berusaha juga melayari rumah tangga yang telah dibina. Perkahwinan tanpa restu di hati bagaikan
tiada sinar dan kebahagian begitu jauh
untuk dicapai.
Tengku
Faiq tidak dapat menerima kehadiran Adif yang dirasakan telah dan akan membunuh
cintanya kepada arwah isteri yang sangat dicintai. Sikap kasar, garang dan degil Adif
rasa begitu jauh dengan sikap arwah isteri yang taat dan menurut kata. Tentu Faiq melepaskan geram kepada Adif kerana perkahwinan terpaksa itu. Berbagai perkara berlaku dalam rumah tangga
yang baharu sahaja terbina.
Hati
perempuan bagaikan kerak nasi, bila
terkena air lembut juga. Cinta berputih
terhadap suami sendiri. Namun jiwanya
hampa kerana Tengku Faiq tidak pernah
mencintainya. Badai melanda bagaikan
tidak mampu tenang semula. Kerana suatu
perkara yang dirasakan mencabar keegoan diri dan maruah seorang suami akhirnya mereka bercerai
juga. Adif merana dalam hati, lantaran
cinta yang telah bersemi. Dia hampa
kerana hanya bertepuk sebelah tangan.
Membaca hati yang luka sehingga Tengku Auni, anak Tengku Faiq merana
kerana merindui mama tirinya.
Apa
yang berlaku sebenarnya? Apa rahsia yang
disimpan oleh Adif sehingga sanggup berkahwin dengan Tengku Faiq walaupun pada awalnya tiada cinta di hatinya? Siapa Nadhirah yang hadir dalam hidup mereka dan memusnahkan rumah
tangga yang hampir menuju kebahagian?
Kenapa Nadhirah begitu mendendami Adif, sedangkan wanita itu langsung
tidak ingat siapa Nadhirah? Siapa pula
Hisham kehadirannya bagaikan duri dalam daging memusnahkan sebuah rumah tangga
tanpa ada sedikitpun rasa simpati? Bagaimana dengan Adif dan Tengku Faiq,
adakah cinta antara mereka? Apakah hubungan yang terputus mampu bersatu
kembali? Setiap persoalan pasti ada
jawapan. Jawapannya ada di dalam Karya
DINDA CINTA KANDA…
Tahniah
penulis. Karya pertama yang menyentuh
hati. Garapan bahasa yang bersahaja dan
santai serta unsur-unsur sedih digarap dengan baik sekali. Plot berjalan lancar, ada imbas semula
tentang kehidupan masa lalu watak utama.
Ada bahagian yang sedih yang membuatkan air mata mengalir. Ada sudut yang kelakar yang mampu membuatkan
kita ketawa dan senyum sendiri. Ada
bahagian membuatkan kita marah lantaran sikap ego dan sombong Tengku Faiq. Ada bahagian yang membuatkan kita rasa hendak
cekik sahaja watak tersebut pengganggu gugat kebahagian orang lain. Penulis berjaya menghidupkan watak dengan
baik walaupun pada awalnya agak sedikit keliru namun diterangkan dengan jelas
selepas itu. Tahniah Insyirah,
semoga terus melahirkan karya-karya yang
bermutu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan