Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Jumaat, 17 Januari 2014

BAHAGIA MILIK KITA- BAB 7




BAB 8
            “Kau mencuri ya?  Kalau sudah anak perompak, tak kira di mana semuanya hendak kau curi!” marah Pak Long Karim.  Halim tercengang.  Buah mempelam di tangan dipandang silih berganti dengan wajah Pak Long Karim yang berdiri mencekak pinggang di hadapannya.
            “Tidak pak long, Halim tak curi,”  beritahu Halim.  Dia kebetulan lalu di hadapan rumah Pak Long Karimnya dan ternampak buah mempelam yang sudah tua gugur dari tangkainya.  Dia ingin menyerahkan buah tersebut pada pak longnya.
            “Sudahlah mencuri, menipu pula tu,” herdik Pak Long Karim.  Halim kebingungan.  Tidak mungkin dia mencuri.  Dia tahu berdosa makan hasil curi, tidak berkat.  Hidup pula tidak akan bahagia.  Itulah yang selalu diajar oleh kedua orang tuanya.
            “Tidak pak long, Halim tidak curi!”  jerit Halim.  Pak Long Karim mendekati Halim.  Dipukul Halim bertalu-talu sambil berleter.  Halim cuba mengelak tetapi genggaman Pak Long Karim cukup kuat.  Dia tidak mampu mengelak. 
            “Sakit pak long, lepaskan Halim pak long!” jerit Halim sambil menangis.  Dia menangis kerana sakit.  Dia menangis kerana pak longnya sendiri sanggup menuduhnya mencuri.  Dia berhak ambil buah tersebut kerana tanah itu juga ada bahagian arwah emaknya.
            “Dasar anak perompak!!”  Pak Long Karim masih tidak berpuas hati.  Dia mengambil batang kayu yang terdapat di atas tanah, terus dibalun pada tubuh Halim yang kurus dan kecil itu.   Halim mengerang kesakitan. 
            “Abang!!” jerit seseorang.  Pak Long Karim menoleh. 
            “Awak sudah gila ya?  Itukan Halim, anak buah abang sendiri?”  jerit Mak Long Mariam, isteri Pak Long Karim.  Dia menarik tangan Halim dari genggaman Pak Long Karim.
            “Awak jangan masuk campur, anak perompak ini harus diajar supaya tidak lagi mencuri!” masih lagi menuduh Halim mencuri.  Mak Long Mariam menggelengkan kepala.  Dia kesal dengan sikap suaminya yang terus-terusan membenci keluarga arwah adik iparnya, adik suaminya sendiri.
            “Berhati perutlah bang, budak itu berhak ambil buah-buahan di sini.  Tanah ini juga ada hak arwah emak mereka, abang tidak berhak menghalang.”
            “Jangan nak ajar saya,”  Pak Long Karim mendengus kasar.
            “Jangan buat naya pada anak yatim piatu bang!” marah Mak Long Mariam, hilang hormat dia pada suaminya sendiri yang tidak berhati perut itu.
            “Awak pergi balik, lepaskan budak itu.  Biar saya ajar supaya jangan jadi seperti kedua orang tua dia, perompak!”
            “Emak dan ayah bukan perompak!” jerit Halim sambil menangis. 
            “Awak sepatutnya membela anak-anak adik awak sendiri, bukan terus menganiaya mereka, Halimah dan Harun bukan pencuri bang, bukan perompak! Abang ingat saya tidak tahu apa yang sedang berlaku?  Abang memang kejam menuduh orang yang tidak bersalah, abang  sudah lupakah balasan ALLAH pada orang yang menganiaya orang lain?” Mak Long Mariam mengetap bibir.  Hatinya benar-benar terbakar.  Dia tidak sangka suaminya sanggup memburukkan adik dan adik iparnya sendiri semata-mata hendak menyelamatkan maruah diri sendiri.
            “Diam Yam, mulut itu jaga sikit!”  Pak Long Karim mengenggam penumbuk.  Mak Long Mariam tersenyum sinis.
            “Halim, pergi balik.  Bawa buah mempelam itu sekali.  Halim berhak ambil buah-buah di sini, tiada siapa yang akan menghalang.  Jangan dengar kata-kata pak long itu.  Pergi balik,”  suruh Mak Long Mariam.  Halim mengesat air mata.  Buah mempelam yang sudah jatuh di atas tanah dipandang kosong.  Hendak ambil atau tidak? Dia berfikir sejenak.
            “Jangan kau berani ambil!” jerit Pak Long Karim.  Mak Long  Mariam menggelengkan kepala, kesal dengan sikap suaminya sendiri.  Dia tahu kenapa suaminya bertindak begitu.  Sampai hati suaminya.
            “Abang!   Buah melambak di pokok, tidak termakan bang.  Mereka anak-anak buah abang sendiri,”  Mak Long Mariam kecewa dengan sikap suaminya.  Halim memerhatikan sahaja kedua suami isteri itu bergaduh.  Serba salah jadinya melihat mereka bergaduh kerana dirinya.  Buah mempelam itu dibiarkan sahaja di atas tanah.  Dia berlalu pergi dengan hati yang kecewa.  Arwah emaknya mempunyai enam orang adik beradik.  Hanya Pak Long Karim dan Pak sunya  sahaja yang duduk di dalam kampung itu.  Selebihnya duduk di tempat lain.  Pak sunya seorang yang baik.  Tidak pernah ambil kisah apa yang terjadi, sering juga membantu mereka adik beradik.  Pak Long Karim pula amat membenci mereka sekeluarga sejak arwah kedua orang dia masih hidup lagi.  Halim melangkah dengan lemah.  Hatinya kecewa sekali.  Pilu di hati.
            “Awak memang suka menyakitkan hati saya, Yam,”  marah Pak Long Karim.  Dia memandang langkah Halim dengan hati yang panas.
            “Sudah, sudahlah bang. Orang yang abang benci pun sudah tiada lagi di dunia ini.  Biarlah anak-anaknya hidup aman damai di sini.”  Nasihat Mak Long Mariam.  Simpati dia dengan anak buah suaminya yang sering difitnah oleh suaminya.
            “Kalau orang tuanya saya benci, seluruh keturunannya juga saya benci!  Tahu tak!”  Pak Long Karim berlalu meninggalkan kawasan kebun mempelam dengan hati yang sebal.  Dia tidak akan duduk diam.  Selagi keluarga bekas adik iparnya ada di kampung itu selagi itulah dia tidak akan berpuas hati.  Mereka harus keluar dari kampung ini. 
            “Awak hendak buat apa dengan mereka, bang?  Jangan anak aniaya anak-anak yatim piatu tu bang, berdosa bang,” kata Mak Long Karim geram.  Pak Long Karim mendengus kasar mendengar kata-kata isterinya.  Ikut suka dialah hendak buat apa.  Itu anak buah dia.  Hendak bunuh mereka pun dia berhak.  Pak Long Karim mengetap bibir.
            Haikal menyapu  minyak gamat ke atas badan Halim yang berbirat dipukul oleh Pak Long Karim siang tadi.  Halim mengerang kesakitan.  Haikal mengeluh.  Tergamak pak longnya memukul Halim. 
            “Lain kali jangan pergi bermain di kawasan rumah Pak Long Karim.  Sudah berapa kali along pesan, kenapa degil?” marah Haikal.  Halim bingkas bangun dan duduk mengadap Haikal.
            “Kebetulan Halim lalu di situ.  Bukan sengaja.” 
            “Kalau boleh elak, elakkanlah,”  Haikal menarik hidung Halim. 
            “Kenapa pak long benci sangat pada arwah ayah?  Apa salah arwah ayah pada dia, ya?”  tanya Halim.  Haikal menunduk.
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan