Bab 7
FATIN ADIBA melenggang ke warung di bawah pokok ketapang. Dia melajukan
langkahnya apabila melihat seorang lelaki sedang menghirup teh di salah
sebuah meja.
“Hai, Mir! Lama tunggu?” soalnya sambil melabuhkan
punggung pejal di atas kerusi plastik warna merah. Dia menggamit ke arah
Yanti yang kelihatan sedang sibuk melayan pelanggan.
Anak muda itu menoleh ke arahnya.
“Kenapa lambat? Telinga aku ni dah sakit dengar emak kau membebel tau!”
keras nada suara yang dilontarkan oleh anak muda itu. Wajahnya juga
tidak ceria.
“Yanti, buatkan aku Milo ais. Cepat sikit tau. Dah,
pergi!” perintah Fatin Adiba ke arah wanita Indonesia yang membantu
ibunya berniaga di situ sejak setahun yang lalu. Dia kemudiannya menoleh
ke arah jejaka di sisinya. “Ala, kau buat tak tahu ajelah dengan mak
aku tu. Pekakkan aje telinga kau tu. Takkan kau tak biasa dengan
perangainya selama ni?”
Amir mendengus. Fatin Adiba tergelak kecil sambil memaut lengan kanan teman lelakinya itu.
“Cepatlah habiskan mi goreng kau tu. Kita nak ke mana hari ni?” soalnya dengan agak manja.
“Kita tengok wayang nak?”
“Bolehlah!” dia mencapai Milo ais yang baru dihantar oleh Yanti dan
menyedutnya dengan agak rakus. “Hei, Yanti! Mak aku mana, hah? Dari tadi
aku tak nampak pun kelibat dia?”
Yanti hanya jongket bahu. Dia
segera berlalu meninggalkan Fatin Adiba dan Amir untuk melayan para
pelanggan yang agak ramai tengah hari itu.
“Eh, cepatlah, Mir! Kita
tinggalkan tempat ni sebelum emak aku balik.” Desaknya ke arah Amir
yang masih belum menghabiskan mi goreng di pinggan. Anak muda itu
menghentikan suapannya. Dia menolak pinggan ke tengah meja lalu menarik
tangan Fatin Adiba dan mereka berdua melangkah laju meninggalkan warung
tersebut.
Mereka menghabiskan masa di pusat membeli belah tanpa
membeli apa-apa, sekadar window shopping sementara menunggu tayangan di
panggung bermula.
“Eh, kenapa kau berhenti kat sini, Mir?” soal
Fatin Adiba ketika anak muda itu menghentikan motosikalnya di hadapan
sebuah hotel budget setelah mereka meninggalkan panggung.
“Jangan banyak tanyalah, Fatin. Jom ikut aku!”
“Kau dah gila ke? Hantar aku baliklah. Kalau emak aku tahu perangai kau
ni, teruk kau kena balun dengan dia tau.” Marah Fatin Adiba.
“Kau tak sayangkan aku ke, Fatin?” soal Amir.
“Sayang! aku sayangkan kau. Tapi aku tak bersedia untuk semua ni. Tolonglah, Mir... hantar aku balik.”
Wajah Amir diserbu kecewa. Dia gagal mendesak Fatin Adiba mengikut
kemahuannya. Rupa-rupanya jinak Fatin Adiba adalah jinak-jinak merpati.
Tak apa, Fatin... kau mungkin boleh menolak keinginan aku hari ni. Ya,
hari ini aku gagal untuk menakluki tubuh kau yang montok tu, tapi esok
lusa belum tentu lagi.
FATIMAH sudah sedia menunggu
kepulangannya. Amir terus memecut motosikalnya meninggalkan halaman
rumah sebaik terlihat kelibat wania gempal yang berdiri di muka pintu
itu.
“Hey, ke mana aje engkau pergi malam-malam buta baru balik ni,
hah?” sergah Fatimah ke arah anak gadis yang menonong mendaki tangga.
“Kita orang pergi makan-makan dan tengok wayang ajelah, mak. Janganlah emak risau.” Fatin Adiba menyahut.
“Boleh percaya ke cakap engkau ni? Fatin, kau tu anak dara, baik kau
jaga diri kau. Aku tak suka kau rapat dengan Amir tu. Terus-terang aku
katakan yang aku tak percayakan dia. Zaman sekarang ni, lelaki suka
ambil kesempatan pada perempuan, tau tak. Kalau dah ditebuk tupai nanti,
Fatin, percayalah cakap aku... takkan ada sesiapapun yang nakkan kau
lagi.” Bebel Fatimah.
“Mak, Fatin dah penat ni. Lain kali ajelah
kalau emak nak membebel panjang ya!” tingkahnya sambil segera
memboloskan diri ke dalam biliknya.
Fatimah hanya mampu mengurut
dada melihatkan perangai anak gadisnya yang sukar ditangani itu. Dia
segera menghampiri telefon yang menjerit di ruang tamu. Gagang telefon
itu dilekapkan ke telinga. Satu suara lembut kedengaran memberi salam di
hujung talian.
“Fatin dah balik rumah ke, mak cik?” soal Zulaika.
Kebetulan senja tadi Zulaika ada menelefonnya dan dia terus mengadu
tentang Fatin Adiba yang telah keluar rumah sejak tengah hari lagi dan
belum balik-balik.
“Dah... baru aje masuk ke biliknya. Meronyok bila
kita bebelkan dia. Entah bilalah agaknya dia ni nak berubah sikap.
Macam mana dengan keputusan suami kau, Ika? Setuju ke dia carikan Fatin
kerja kat sana?”
“Abang Yusuf tengah usahakan, mak cik. Sabar dulu
ya. Sementara tu, mungkin mak cik boleh suruh dia tolong apa-apa yang
patut kat warung.”
Fatimah mengeluh. “Mahunya dia tolong aku kat warung tu, Ika. Macam-macam alasannya... malulah, tak laratlah...”
“Abang Yusuf tengah sibuk tanyakan kawan-kawannya kalau-kalau ada kerja
kosong untuk Fatin. Tengoklah, kalau dapat nanti Ika akan telefon mak
cik semula ya.” Tingkah Zulaika.
“Yelah, Ika. Tolonglah mak cik.” Fatimah merayu sebelum meletakkan telefon ke gagangnya semula.
YUSUF HAKIMI yang berketayap putih dan berkain pelikat kerana baru
sahaja selesai menunaikan solat Isyak melangkah ke ruang tamu. Dia
menoleh ke arah isterinya yang kelihatan sedang meletakkan telefon ke
gagang.
“Siapa yang telefon tu, Ika?” dia menyoal sambil melabuhkan punggungnya di atas kusyen.
“Mak Cik Timah, bang.” Sahut Zulaika.
“Apa yang dia nak? Dah tak sabar-sabar nak hantar budak nakal tu
kemari? Dah tak sabar benar nak bebankan kita dengan masalah?” suara
Yusuf Hakimi kedengaran kasar.
“Abang! Kenapa abang tergamak cakap macam tu?” terjah Zulaika dengan dahi yang berkerut dan kening yang bercantum.
Sebuah keluhan kedengaran terlepas dari halkum suaminya. Zulaika
dihenyak rasa serba-salah. Sekelumit kuman pun dia tak mahu membebankan
minda suaminya dengan masalah. Tapi apa alasan yang hendak diberikannya
pada Fatimah? Wajarkah dia menolak mentah-mentah keinginan ibu tirinya
yang mahukan pertolongan?
“Yelah, abang lihat emak tiri Ika tu macam
dah tak sabar benar nak hantar Fatin kemari. Kan abang dah kata dulu,
biar abang carikan kerja yang sesuai dengannya dulu, lepas tu baru
senang cerita. Ni hari-hari dia call Ika, tak ke nampak sangat macam nak
mendesak kita!”
“Bang, mak cik tu bukannya nak desak kita. Dia cuma
bertanya aje. Yang abang nak marah-marah ni, kenapa?” sahut Zulaika.
“Tension kerja ke kat pejabat tadi?”
Yusuf Hakimi menjeling ke arah
isterinya. Isy, Si Ika ni... hati kita tengah menggelegak dia nak buat
jungle jokes pulak, desis hatinya.
“Ika, kita sekarang ni sedang
bincang tentang emak tiri Ika dan adik tiri Ika. Kenapa tiba-tiba pulak
masuk bab tension dengan kerja ni? Untuk makluman kau wahai adikku
sayang, kerja abang tak pernah berikan tekanan pada abang sebagaimana
tekanan yang diberikan oleh Mak Cik Timah dan Fatin Adiba!” suara Yusuf
Hakimi meninggi tapi matanya merenung isterinya sesejuk salju. Dia tahu
dan amat faham tentang situasi isterinya sekarang yang berada di antara
dua persimpangan; di kanan suami dan di kiri pula ibu serta adik
tirinya. Dia sebenarnya simpati dengan Zulaika.
“Jadi abang memang
tak nak tolong merekalah?” suara kecewa yang dilontarkan oleh isterinya
membuatkan Yusuf Hakimi serba salah.
Lama dia termenung sebelum
menjawab; “Ika tahu kan abang sayangkan Ika lebih daripada
segala-galanya di dunia ni? Kalau boleh abang nak tunai setiap kehendak
dan impian Ika. Tapi abang juga ada impian abang sendiri. Abang tak mahu
privacy kita di rumah ni nanti tercemar dengan hadirnya adik tiri Ika
tu kemari. Ika tahu kan yang abang tak pernah sukakan dia?”
Zulaika
terkedu. Dia teramat menyayangi suaminya. Dia juga menyayangi ibu tiri
serta adik tirinya walaupun suatu ketika dahulu mereka pernah berlaku
kejam terhadap dirinya. Tapi dia telah lama melupakan semua itu dan
sanggup memaafkan mereka yang pernah berkasar bahasa dengannya dahulu.
Tetapi suaminya yang mengetahui kekejaman yang pernah dilakukan oleh
mereka berdua terhadap dirinya, tak pernah menyukai mereka.
“Bang,
kalau kita sayangkan sesuatu itu sayangi ia seadanya kerana mungkin
suatu hari nanti, kita akan membencinya. Dan kalau kita bencikan sesuatu
itu, bencilah ia seadanya kerana mungkin suatu hari nanti kita akan
menyayanginya.” Tingkah Zulaika sebelum minta diri untuk menuju ke bilik
tidur.
YUSUF HAKIMI diselubungi rasa bersalah yang teramat
sangat terhadap isterinya. Baginya, Zulaika terlalu naif, terlalu baik.
Kalau isterinya yang pernah dihina dan didera oleh ibu tiri termasuklah
adik tirinya, si budak nakal itu begitu positif dan sanggup menabur
seribu kemaafan terhadap mereka, mengapa dia tak boleh melakukannya?
Dia merenung sejenak kata-kata isterinya sebelum melarikan diri ke
bilik tidur mereka seketika tadi. Kata Zulaika, “bang, kalau kita
sayangkan sesuatu itu sayangi ia seadanya kerana mungkin suatu hari
nanti, kita akan membencinya. Dan kalau kita bencikan sesuatu itu,
bencilah ia seadanya kerana mungkin suatu hari nanti kita akan
menyayanginya.” Dia mengakui kebenaran yang sarat di dalam patah-patah
perkataan yang dituturkan oleh isterinya itu.
Di dalam kesamaran
cahaya lampu kamar tidur, dia menoleh ke arah isteri yang tidur memberi
punggung padanya. Mungkin Zulaika merajuk denganku, desis hatinya. Tapi
dia tahu hati isterinya yang selembut baldu itu senang dipujuk.
Dia
membiarkan isterinya tidur dengan aman. Dalam pada itu hatinya ligat
merancang apakah kerja kosong yang sesuai untuk Fatin Adiba.
Bab 7
FATIN ADIBA melenggang ke warung di bawah pokok ketapang. Dia melajukan langkahnya apabila melihat seorang lelaki sedang menghirup teh di salah sebuah meja.
“Hai, Mir! Lama tunggu?” soalnya sambil melabuhkan punggung pejal di atas kerusi plastik warna merah. Dia menggamit ke arah Yanti yang kelihatan sedang sibuk melayan pelanggan.
Anak muda itu menoleh ke arahnya.
“Kenapa lambat? Telinga aku ni dah sakit dengar emak kau membebel tau!” keras nada suara yang dilontarkan oleh anak muda itu. Wajahnya juga tidak ceria.
“Yanti, buatkan aku Milo ais. Cepat sikit tau. Dah, pergi!” perintah Fatin Adiba ke arah wanita Indonesia yang membantu ibunya berniaga di situ sejak setahun yang lalu. Dia kemudiannya menoleh ke arah jejaka di sisinya. “Ala, kau buat tak tahu ajelah dengan mak aku tu. Pekakkan aje telinga kau tu. Takkan kau tak biasa dengan perangainya selama ni?”
Amir mendengus. Fatin Adiba tergelak kecil sambil memaut lengan kanan teman lelakinya itu.
“Cepatlah habiskan mi goreng kau tu. Kita nak ke mana hari ni?” soalnya dengan agak manja.
“Kita tengok wayang nak?”
“Bolehlah!” dia mencapai Milo ais yang baru dihantar oleh Yanti dan menyedutnya dengan agak rakus. “Hei, Yanti! Mak aku mana, hah? Dari tadi aku tak nampak pun kelibat dia?”
Yanti hanya jongket bahu. Dia segera berlalu meninggalkan Fatin Adiba dan Amir untuk melayan para pelanggan yang agak ramai tengah hari itu.
“Eh, cepatlah, Mir! Kita tinggalkan tempat ni sebelum emak aku balik.” Desaknya ke arah Amir yang masih belum menghabiskan mi goreng di pinggan. Anak muda itu menghentikan suapannya. Dia menolak pinggan ke tengah meja lalu menarik tangan Fatin Adiba dan mereka berdua melangkah laju meninggalkan warung tersebut.
Mereka menghabiskan masa di pusat membeli belah tanpa membeli apa-apa, sekadar window shopping sementara menunggu tayangan di panggung bermula.
“Eh, kenapa kau berhenti kat sini, Mir?” soal Fatin Adiba ketika anak muda itu menghentikan motosikalnya di hadapan sebuah hotel budget setelah mereka meninggalkan panggung.
“Jangan banyak tanyalah, Fatin. Jom ikut aku!”
“Kau dah gila ke? Hantar aku baliklah. Kalau emak aku tahu perangai kau ni, teruk kau kena balun dengan dia tau.” Marah Fatin Adiba.
“Kau tak sayangkan aku ke, Fatin?” soal Amir.
“Sayang! aku sayangkan kau. Tapi aku tak bersedia untuk semua ni. Tolonglah, Mir... hantar aku balik.”
Wajah Amir diserbu kecewa. Dia gagal mendesak Fatin Adiba mengikut kemahuannya. Rupa-rupanya jinak Fatin Adiba adalah jinak-jinak merpati. Tak apa, Fatin... kau mungkin boleh menolak keinginan aku hari ni. Ya, hari ini aku gagal untuk menakluki tubuh kau yang montok tu, tapi esok lusa belum tentu lagi.
FATIMAH sudah sedia menunggu kepulangannya. Amir terus memecut motosikalnya meninggalkan halaman rumah sebaik terlihat kelibat wania gempal yang berdiri di muka pintu itu.
“Hey, ke mana aje engkau pergi malam-malam buta baru balik ni, hah?” sergah Fatimah ke arah anak gadis yang menonong mendaki tangga.
“Kita orang pergi makan-makan dan tengok wayang ajelah, mak. Janganlah emak risau.” Fatin Adiba menyahut.
“Boleh percaya ke cakap engkau ni? Fatin, kau tu anak dara, baik kau jaga diri kau. Aku tak suka kau rapat dengan Amir tu. Terus-terang aku katakan yang aku tak percayakan dia. Zaman sekarang ni, lelaki suka ambil kesempatan pada perempuan, tau tak. Kalau dah ditebuk tupai nanti, Fatin, percayalah cakap aku... takkan ada sesiapapun yang nakkan kau lagi.” Bebel Fatimah.
“Mak, Fatin dah penat ni. Lain kali ajelah kalau emak nak membebel panjang ya!” tingkahnya sambil segera memboloskan diri ke dalam biliknya.
Fatimah hanya mampu mengurut dada melihatkan perangai anak gadisnya yang sukar ditangani itu. Dia segera menghampiri telefon yang menjerit di ruang tamu. Gagang telefon itu dilekapkan ke telinga. Satu suara lembut kedengaran memberi salam di hujung talian.
“Fatin dah balik rumah ke, mak cik?” soal Zulaika. Kebetulan senja tadi Zulaika ada menelefonnya dan dia terus mengadu tentang Fatin Adiba yang telah keluar rumah sejak tengah hari lagi dan belum balik-balik.
“Dah... baru aje masuk ke biliknya. Meronyok bila kita bebelkan dia. Entah bilalah agaknya dia ni nak berubah sikap. Macam mana dengan keputusan suami kau, Ika? Setuju ke dia carikan Fatin kerja kat sana?”
“Abang Yusuf tengah usahakan, mak cik. Sabar dulu ya. Sementara tu, mungkin mak cik boleh suruh dia tolong apa-apa yang patut kat warung.”
Fatimah mengeluh. “Mahunya dia tolong aku kat warung tu, Ika. Macam-macam alasannya... malulah, tak laratlah...”
“Abang Yusuf tengah sibuk tanyakan kawan-kawannya kalau-kalau ada kerja kosong untuk Fatin. Tengoklah, kalau dapat nanti Ika akan telefon mak cik semula ya.” Tingkah Zulaika.
“Yelah, Ika. Tolonglah mak cik.” Fatimah merayu sebelum meletakkan telefon ke gagangnya semula.
YUSUF HAKIMI yang berketayap putih dan berkain pelikat kerana baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak melangkah ke ruang tamu. Dia menoleh ke arah isterinya yang kelihatan sedang meletakkan telefon ke gagang.
“Siapa yang telefon tu, Ika?” dia menyoal sambil melabuhkan punggungnya di atas kusyen.
“Mak Cik Timah, bang.” Sahut Zulaika.
“Apa yang dia nak? Dah tak sabar-sabar nak hantar budak nakal tu kemari? Dah tak sabar benar nak bebankan kita dengan masalah?” suara Yusuf Hakimi kedengaran kasar.
“Abang! Kenapa abang tergamak cakap macam tu?” terjah Zulaika dengan dahi yang berkerut dan kening yang bercantum.
Sebuah keluhan kedengaran terlepas dari halkum suaminya. Zulaika dihenyak rasa serba-salah. Sekelumit kuman pun dia tak mahu membebankan minda suaminya dengan masalah. Tapi apa alasan yang hendak diberikannya pada Fatimah? Wajarkah dia menolak mentah-mentah keinginan ibu tirinya yang mahukan pertolongan?
“Yelah, abang lihat emak tiri Ika tu macam dah tak sabar benar nak hantar Fatin kemari. Kan abang dah kata dulu, biar abang carikan kerja yang sesuai dengannya dulu, lepas tu baru senang cerita. Ni hari-hari dia call Ika, tak ke nampak sangat macam nak mendesak kita!”
“Bang, mak cik tu bukannya nak desak kita. Dia cuma bertanya aje. Yang abang nak marah-marah ni, kenapa?” sahut Zulaika. “Tension kerja ke kat pejabat tadi?”
Yusuf Hakimi menjeling ke arah isterinya. Isy, Si Ika ni... hati kita tengah menggelegak dia nak buat jungle jokes pulak, desis hatinya.
“Ika, kita sekarang ni sedang bincang tentang emak tiri Ika dan adik tiri Ika. Kenapa tiba-tiba pulak masuk bab tension dengan kerja ni? Untuk makluman kau wahai adikku sayang, kerja abang tak pernah berikan tekanan pada abang sebagaimana tekanan yang diberikan oleh Mak Cik Timah dan Fatin Adiba!” suara Yusuf Hakimi meninggi tapi matanya merenung isterinya sesejuk salju. Dia tahu dan amat faham tentang situasi isterinya sekarang yang berada di antara dua persimpangan; di kanan suami dan di kiri pula ibu serta adik tirinya. Dia sebenarnya simpati dengan Zulaika.
“Jadi abang memang tak nak tolong merekalah?” suara kecewa yang dilontarkan oleh isterinya membuatkan Yusuf Hakimi serba salah.
Lama dia termenung sebelum menjawab; “Ika tahu kan abang sayangkan Ika lebih daripada segala-galanya di dunia ni? Kalau boleh abang nak tunai setiap kehendak dan impian Ika. Tapi abang juga ada impian abang sendiri. Abang tak mahu privacy kita di rumah ni nanti tercemar dengan hadirnya adik tiri Ika tu kemari. Ika tahu kan yang abang tak pernah sukakan dia?”
Zulaika terkedu. Dia teramat menyayangi suaminya. Dia juga menyayangi ibu tiri serta adik tirinya walaupun suatu ketika dahulu mereka pernah berlaku kejam terhadap dirinya. Tapi dia telah lama melupakan semua itu dan sanggup memaafkan mereka yang pernah berkasar bahasa dengannya dahulu. Tetapi suaminya yang mengetahui kekejaman yang pernah dilakukan oleh mereka berdua terhadap dirinya, tak pernah menyukai mereka.
“Bang, kalau kita sayangkan sesuatu itu sayangi ia seadanya kerana mungkin suatu hari nanti, kita akan membencinya. Dan kalau kita bencikan sesuatu itu, bencilah ia seadanya kerana mungkin suatu hari nanti kita akan menyayanginya.” Tingkah Zulaika sebelum minta diri untuk menuju ke bilik tidur.
YUSUF HAKIMI diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat terhadap isterinya. Baginya, Zulaika terlalu naif, terlalu baik. Kalau isterinya yang pernah dihina dan didera oleh ibu tiri termasuklah adik tirinya, si budak nakal itu begitu positif dan sanggup menabur seribu kemaafan terhadap mereka, mengapa dia tak boleh melakukannya?
Dia merenung sejenak kata-kata isterinya sebelum melarikan diri ke bilik tidur mereka seketika tadi. Kata Zulaika, “bang, kalau kita sayangkan sesuatu itu sayangi ia seadanya kerana mungkin suatu hari nanti, kita akan membencinya. Dan kalau kita bencikan sesuatu itu, bencilah ia seadanya kerana mungkin suatu hari nanti kita akan menyayanginya.” Dia mengakui kebenaran yang sarat di dalam patah-patah perkataan yang dituturkan oleh isterinya itu.
Di dalam kesamaran cahaya lampu kamar tidur, dia menoleh ke arah isteri yang tidur memberi punggung padanya. Mungkin Zulaika merajuk denganku, desis hatinya. Tapi dia tahu hati isterinya yang selembut baldu itu senang dipujuk.
Dia membiarkan isterinya tidur dengan aman. Dalam pada itu hatinya ligat merancang apakah kerja kosong yang sesuai untuk Fatin Adiba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan