Cari Blog Ini

Jika Anda Memerlukan Resit Pengecualian Cukai Untuk Setiap Sumbangan Anda Ke MAAHAD AZ ZEIN AL MAKKI (PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ) Terus Berhubung Dengan Ustaz Shahari - 013 339 3112

Rabu, 15 Januari 2014

Kenapa belajar buat blog




Assalamualaikum.  Aduhai, sebenarnya tidak tahu bagaimana dan dari mana hendak bermula.  Setelah berhempas pulas menyiapkan tugasan demi tugasa belajar buat blog akhirnya sampai juga ke tugasan terakhir saya.  Bukanlah terakhir untuk saya menulis dalam blog tetapi tugasan yang sepatutnya saya siapkan.   
Apa  yang saya dapat daripada  Kelas blog ini?
1)      Blog saya cantik, kemas, ceria dan PENGIKUT semakin bertambah.  Kawan-kawan dan rakan sekelaspun ramai dan baik belaka.  Mesra dan saling membantu.    Saya langsung tidak rasa malu apabila memberitahu saya tidak pandai buat blog, mereka memberi semangat dan tunjuk ajar.   Guru-guru yang baik, tidak marah-marah, yang penting tidak garang malah mengajar dengan penuh dedikasi dan diajar satu persatu sehingga cantik dan molek.

2)      Saya tidak malu lagi mempromosikan blog saya.  Malah tidak malu mengatakan saya belajar buat blog. Malah ramai memuji, ramai yang sudi menyinggah dan puas berada di blog saya.  Kenapa ya?  Sebab blog kawan-kawan sekelas penuh dengan info. Perkongsian yang bermutu dan terbaik sejak saya membuka blog.  Bak kata orang hendak buat apa-apapun perlulah berguru.  Tidak rugi saya berguru hatta hanya membuka blog.  Pengunjung sudah mencecah puluhan ribu.  Terasa banggalah pula.

3)      Semakin rajin membuat entri baru.  Itulah yang terjadi.  Kalau tidak sebelum ini, jangan haraplah.  Seminggu sekalipun tidak tentu saya akan masuk ke blog saya.  Tetapi kini hari-hari pasti singgah untuk mencatat entri baru.  Dikongsikan dengan rakan-rakan di FB.  Merekapun seronok menyinggah.  Blog saya lebih tersusun dan kemas, mengamit mereka untuk selalu singgah.

4)      Peluang meluaskan lagi karya saya dan mencipta karya-karya baharu.  Sekarang para PENGIKUT  dan pengunjung saya boleh membaca hasil tulisan saya hampir setiap hari.    Tidaklah hanya bergantung kepada sebuah buku sahaja.  Membantu mempromosikan juga karya  kawan-kawan serta produk kawan-kawan yang berniaga.  Saling bantu membantu mengembangkan apa yang ada.

5)      Saya dapat menambah ilmu yang bermanfaat.  Malah Blog Masakan saya juga sudah saya kemas kini kerana sudah tahu letak tempat dan sepatutnya ada di dalam blog.  Malah blog kawan-kawan membantu menceriakan lagi blog saya.  Tahniah untuk mereka juga. 

6)      Masa saya terisi dengan belajar ilmu yang bermanfaat tidaklah terbuang masa melayari FB sahaja.    Awalnya waktu belajar seminggu saya sakit kepala, yalah bukan pandai sangat IT ini.  Rasa tertekanpun ada, hendak menangis pun ya.  Namun  guru blog saya Puan Monalita terus memberi tunjukajar.  Saya buat secara perlahan-lahan.  Tak berani mengadu dengan cikgu. Malulah! Uhuhuh.   Akhirnya habis juga 44 entri yang  perlu saya buat dalam masa sebulan sahaja.  Wah! Cepatnya. 
 Kerana itu saya rasa tidak rugi kita belajar membina blog ini. Malah dalam masa yang sama kita  belajar menulis dengan betul, meluahkan apa yang dirasa dengan  gaya bahasa yang cantik dan menarik.  Pembaca tidak bosan malah mereka tidak sabar-sabar menunggu entri daripada kita.

Kepada rakan-rakan dan kenalan yang masih tidak tahu membina dan bagaimana hendak memulakan langkah membina blog sendiri.  Jomlah!  Tidak rugi tahu.  Malah banyak manfaat yang kita boleh perolehi.  Cubalah! PM Cikgu Monalita Mansor atau Mazlia Murat.  Mereka sedia melayan anda bila-bila masa sahaja.
                Carilah  ilmu sehingga ke lubang lahad!...  Selamat Maju Jaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan