Gambar : Cikgu Masayu Ahmad
Ulasan: Asmah Hashim
ULASAN KELAS ASAS BLOG.
Orang
ada FB, saya hendak ada FB. Orang ada
Blog, sayapun hendak. Tetapi tidak
pandai membuatnya. Mula mendaftar,
terkial-kiallah saya melakukannya.
Akhirnya Blog itu wujud tetapi entahlah sudah lama menghilang arah. Blog Asmah Hashim terbiar bersawang tidak
diusik, entahkan hidup, entahkan tidak.
Saya juga ada grup sendiri iaitu Ta’aruf, jemputlah hadir ke grup
tersebut jika sudi. Grup santai
sahaja. Saya tidak pandai buat blog,
betul! Tidak tipu. Benar! Bagaimana mungkin saya lupa bagaimana
saya mula ada Blog Nukilanku Asmah Hashim.
Ia dibina oleh rakan dan kenalan yang berasal dari Ipoh Perak. Pena Ungu.
Beliaulah yang telah membina blog saya, dia hanya membina, entri di
dalamnya pandai-pandailah saya. Tidak
mungkin saya akan suruh dia pula menyusun entri atau apa sahaja untuk blog
saya. Buat malu sahaja.
Blog
saya itu biasa-biasa sahaja. Pengikutpun
tidak ramai. Hendak bertanya, terasa
malu. Nanti diperkecilkan pula. Akhirnya saya membisu dan bertanya kepada
anak saya, bagaimana hendak buat orang kenal blog kita? Dia jawab, kenalah buka blog orang dan jadi
pengikut. Sejak itu saya ikut
nasihatnya, namun blog saya tetap tidak ramai pengikut. Kecewa juga di hati. Akhirnya saya biarkan blog itu
bersawang. Saya juga jarang kongsi ke
wall Fb saya, jika ada entri baru, masa itu sibuklah nak promote.
Saya
ini aktif orangnya. Malah sangat aktif
di FB grup pembaca novel dan masakan.
Apabila bersama dengan Grup Mari Menulis, saya berkenalan dengan Cikgu
Monalita Mansor, seorang ahli perniagaan Online dan penulis. Melalui beliaulah saya belajar mencantik dan
menghidupkan blog saya yang sebelum ini amat menyedihkan. Terasa diri ini terlalu kerdil dalam dunia
cyber ini. Banyak peluang yang kita
dapat dengan mempunyai blog
sendiri. Bukan hanya di FB sahaja kita
boleh mewarkan-warkan perniagaan kita,
tetapi di dalam blog juga kita mampu lakukan asalkan tahu bagaimana. Setiap perkara perlu ada ilmu. Maka belajarlah. Setiap perkara yang hendak kita lakukan,
perlu melabur, maka melaburlah. Bukan
cakap kosong, jemput-jemputlah singgah
melihat blog-blog kami. Lihat
sendiri, kaji sendiri. Alami sendiri.
Pasti anda akan suka, akan tertarik.
Banyak
perkara yang belajar di dalam Kelas Asas
Blog ini. Dengan bimbingan yang tidak
berhenti, tidak kira siang atau malam, cikgu-cikgu yang bertugas dan
rakan-rakan saling membantu. Maka
lahirlah blog saya yang penuh entri,
ramai pengikut, pembaca dan blog rakan-rakan sekelas dan rakan akademik. Malah kami diberi peluang untuk menjana pendapatan hanya di hujung jari kita sahaja. Kita juga boleh menjana pendapatan hanya dari
rumah. Tidak rugi berada di dalam kelas
ini. Banyak manfaatnya. Jika terasa
ingin memajukan perniagaan sehingga ke seantero dunia sudi-sudikanlah mendaftar
dalam kelas ini. Wang yang
dilaburkan akan berganda jadinya jika
kita berminat dalam bidang perniagaan. Malah saya semakin rajin memasukkan
entri baru.
Ayuh!
Kawan-kawan apa lagi, aturlah langkah untuk membina blog sendiri. Tidak kira siapa anda, penulis, pembaca
novel, ahli sejarah, tukang masak, katering,
menjual barang online atau apa sahaja, manfaatkan peluang ini. Peluang bukan untuk jadi kaya tetapi peluang
untuk mendapatkan wang dengan hanya duduk di rumah. Rumah terurus, anak terjaga, suamipun sayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan