PEMBACA: Duit saya ikut suka sayalah nak ulas novel tu best ke
tidak? Klisenya. Kasar dan keras kedengarannya kan? Memanglah sebagai pembeli dan pembaca kita
melabur ke atas buku yang kita hendak beli dan baca, dalam hati kita
berharap buku itu menarik dan tidak akan mengecewakan. Saya juga begitu. Duit yang kita ada bukan kita kutip tepi
jalan jadi pelaburan yang kita buat biarlah berbaloi. 1) Bagaimana
pemilihan buku dibuat - adakah
kerana kita mendengar kata kawan-kawan bahawa buku itu menarik. Terpengaruh dengan iklan di majalah, dada
akhbar atau kedai buku yang mengatakan buku tersebut ‘best seller’. Ulasan dari grup peminat novel yang mengatakan buku
sekian-sekian menarik dan tidak rugi mendapatkannya. ATAU, pergi kedai buku tengok belakang, baca sinopsis. ATAU
kita memang peminat novelis tertentu,
novel terbaru keluar kita terus
terjah kerana kita ingin mengumpul karya novelis tersebut. Kalau akak, akak
beli karya penulis yang biasa akak baca
karya mereka dan tahu bagaimana hasil penulisan mereka, cerita letak
ditangga terakhir dalam pemilihan buku yang ingin akak baca, begitu juga
cover ke, tajuk ke, itu tak penting bagi akak.
Akak bukan hipokrit berpura-pura kata buku itu menarik. Dan tidak juga menolak mentah-mentah jika
orang kata buku itu tidak menarik.
2)Apa yang kita cari dalam
sesebuah buku – a) Jalan Cerita b) Tema c) Nilai Tauladan dan motivasi d) sekadar hiburan semata-mata mengisi
masa lapang. Akak suka jalan
cerita yang berkisar dan dekat dengan masyarakat sekeliling. Maaf
tidak berminat dengan a) kahwin
paksa B)18 sx . Serta bahasa yang kasar, rojak dan manglis. Tak juga suka karya yang terlalu kesasteraan
sehingga sukar untuk difahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Suka karya yang sederhana, tema yang menarik,
jalan cerita yang bagus, ada nilai tauladan
dan mampu memotivasi diri kita sendiri.
3)Kenapa karya itu tidak menarik
di hati kita sehingga tidak mampu
dihadam dan kita ulas mengatakan karya itu teruk 1) Jalan cerita yang hambar 2) gaya bahasa yang
terlalu puitis 3) Plot yang melompat-lompat dan tidak tersusun 4) Terlalu banyak imbas semula. 5) Watak yang tidak kacak, tua atau tidak
sempurna 6) tidak memenuhi cita rasa kita. Akak baca semua buku yang akak beli dan tidak
pernah jual kembali.
4) Kenapa karya itu menarik
sehingga kita mengwar-warkan bahawa bestnya novel tersebut 1) Jalan cerita yang
menarik, tak kisahlah apa pun {tapi
ramai yang suka kahwin paksa} 2) tema yang bagus 3) Gaya bahasa yang mudah
difahami dan menyentuh hati, kita mampu tersenyum, ketawa
dan menangis bersama-sama 4) plot yang tersusun
5) watak yang serba sempurna, kacak dan berjaya 6) Kita suka dan
terhibur membacanya.
Berkali-kali
akak ulang, akak tidak suka 18 sx dan kahwin paksa, suka karya yang ada nilai
tauladan dan pendidikan. Penulis yang bijak akan membawa pembaca
bersama ‘hidup’ dalam karya tulisan
mereka. Gaya bahasa yang menarik dan
mudah difahami. Jalan cerita mestikan
menarik dan tidak jemu membacanya, akak ni jenis sukar nak jemu baca buku itu
sebab tak faham kenapa ada orang suka menilai sesuatu buku itu teruk dan tidak
boleh hadam? Tak faham sebenarnya? Orang kalau membaca kerana inginkan ilmu atau sebagai hobi dia
tidak akan menilai buku tersebut. Kerana dia suka membaca jadi BACA SAHAJALAH!
KEPADA PENULIS, TULISLAH KARYA
YANG MAMPU MEMBINA JATI DIRI ANAK BANGSA KITA, BUKAN SEKADAR HIBURAN,
INGATLAH ‘MATA PENA LEBIH TAJAM DARI
MATA PEDANG’ . JIKA 18 SX MENJADI PILIHAN
ANDA INGATLAN ‘SETIAP YANG ANDA TULIS AKAN
DINILAI OLEH ALLAH SWT, MELAINKAN ANDA TIDAK KISAH JIKA TANGAN ANDA
DIBAKAR OLEH API NERAKA. JUJUR DAN
BERTANGGUNGJAWABLAH KE ATAS APA YANG ANDA TULIS.
PENULIS:- “Ikut suka sayalah nak tulis apa pun. Karya saya , penerbit suka itu sebab
terbit. Cerita bagus atau tidak bukan hal saya. Duit pembaca keluar saya peduli apa. J yang penting karya saya terbit dan ada
pembaca dan pembeli. Bagaimana saya
tulis cerita itu, pembaca suka atau
tidak, ada saya kisah,” - bayangkan
penulis berkata begitu pada kita yang berkata dengan nada yang sama. Apa jadi dengan industri penulisan dan
penerbitan buku. Bolehlah cakap, tak nak
kena ulas dan dikomen pembaca letak karya itu bawah bantal. Sedih mendengar kata-kata itu bagaikan
menyucuk jantung hati ini. Akak bukan novelis, hanya penulis cerpen yang
tidak dikenali pun, walaupun sudah berbelas cerpen diterbitkan di dalam majalah
dan akhbar, bersaing dengan penulis-penulis hebat, karya dinilai untuk HADIAH SASTERA tapi tak pernah menang pun, maknanya
karya akak tu biasa-biasa sahaja. Dapat
keluar majalah pun sudah cukup baguskan. J
Kenapa hendak jadi penulis – 1)
Minat 2) Nak terkenal 3) glamour 4) Menambah pendapatan
Akak jadi penulis kerana minat
waktu sekolah memang ambil sastera.
Waktu menghantar karya di Utusan
tidak tahu pun setiap cerpen yang keluar akan mendapat bayaran. Kali pertama karya akak keluar dalam majalah keluaran Utusan akak
mendapat RM500.00 untuk 3 cerpen. Tidak
tahu bagaimana sukanya akak bila cerpen akak keluar dalam majalah. Rasa hendak melompat, menari dan
menjerit. Cerita pada kawan-kawan, pada
ipar duia, pada keluarga, pergi cari di
kedai buku, beli dan simpan jadikan sentimental value sebagai kenangan terindah
dalam hidup. Sambil berkata-kata dalam
hati. “setelah berbakul-bakul karyaku di bakul sampahkan, akhirnya keluar
juga,”. Masih terdengar ucapan tahniah dari kawan-kawan di
Alor setar waktu itu akak tinggal di
sana, malah mereka juga pergi ke kedai buku
dan membeli majalah tersebut.
Sebagai penulis baru dan baru sahaja karya keluar apakah akak tidak
gembira, tidak suka? Tentulah gembira
dan tentulah suka. Tulis cerpen 7- 10
muka surat sehari dah siap. Esok boleh
hantar. Tarik nafas lega.
Penulis novel, harus siapkan 450
ms ke atas untuk satu terbitan. Berapa
lama masa diambil terserah pada penulis.
Bagi yang cepat mungkin 3 bulan,
paling lama 2 tahun. Apabila sudah siap,
kena edit dahulu, tengok ejaan, tatabahasa, tanda bacaan, jalan cerita, plot,
watak jangan ada yang tersilap nama.
Rasa hendak termuntah, menulis mudah nak mengedit rasanya tak sanggup,
tapi kena buat juga, sudah rutin dan
perkara yang tidak harus dipandang remeh oleh penulis jika tidak mss yang
sampai ke tangan editor akan ‘reject’
jika terlalu banyak kesalahan.
Mengedit sahaja kadang-kadang mengambil masa sebulan. Print dan binding. Hantar kepada penerbit yang penulis pilih dan
ingin mencuba nasib. Paling cepat penerbit akan nilai sebulan, paling lama satu
tahun. Satu mss yang keluar kena tunggu 1 tahun
sekurang-kurangnya untuk diterbitkan.
Itu tidak dikira lagi kena hantar semula, edit lagi, ubah lagi atas
permintaan penerbit. Penat tau, letih
sampai sakit kepala mencari idea untuk
menghasilkan yang terbaik. Buat sedikit kerja rumah jika karya itu
memerlukan fakta yang betul. Bagi
penulis yang rajinlah. Bila sudah berada
di tangan penerbit dan editor, penulis akan dihubungi mengatakan karya sudah
dinilai dan pihak penerbit setuju untuk diterbitkan. Bayangkanlah perasaan penulis itu. Akak yang hanya tulis cerpen suka tak
terkata, inikan pula hendak hasilkan sebuah BUKU silap haribulan boleh menari
depan orang ramai kerana terlalu gembira atau sujud kepada ALLAH berjam-jam.
Itulah perasaan penulis baru seperti akak.
Bila
sudah diterbitkan, maka promo pun tersebar luas
dalam majalah, akhbar, radio, televisyen. Karya itu mendapat sambutan. Pembaca pun beli. Ada yang memuji, penulis akan tersenyum
panjang, Penerbit menari nafas
lega. Tetapi jika karya itu dihentam
tidak menarik, cerita entah
apa-apa, teruk! Penulis itu akan
kecewa, putus asa, hampa, baca kembali karyanya, bertanya pada diri sendiri,
“Jalan cerita tak menarik ke? Tang mana
yang tidak menari? Tang mana yang teruk?”
penulis terus bertanya pada diri sendiri
sehingga dia merasa sedih.
Karyanya tidak laku dipasaran kerana ada beberapa orang pembaca mengatakan karya tersebut teruk, tidak boleh hadam. Penerbit takut hendak menerbitkan karya
penulis tersebut selepas itu. Pembaca
tidak berani membeli karya penulis tersebut kerana karya pertamanya sudah teruk
dan mungkin dia akan menulis karya yang
teruk juga selepas itu. Tidak adilkan?
Penulis yang patah hati tidak akan bangun dan terus melupakan dunia
penulisan. Penulis yang kuat mengubah
gaya penulisan dan cipta sesuatu yang menarik pembaca untuk kembali membaca
karyanya. Dua penulis yang berbeza
tetapi mempunyai matlamat yang sama iyaitu menjadi seorang PENULIS.
Bukan
tidak boleh bedah atau komen sesuatu
karya itu. Sebagai penulis akak suka
karya akak dibedah, dikaji dan dicari kelemahannya. Cadangkan pada penulis supaya ubah gaya
penulisannya, cari cerita yang lebih segar, jika ada fakta buat lebih banyak
kajian, perbaiki mutu bahasa. Tolong
jangan menilai novel itu
dengan perkataan ‘ TERUK’ kerana kita ‘MEMBUNUH’ novel dan penulis
tersebut tanpa kita sedar. Kritik
dan komenlah dengan gaya bahasa yang bernas dan tidak mengecewakan penulis
untuk terus berkarya. Wahai pembaca
sekalian , jangan patahkan semangat kami sebagai penulis yang mencuba nasib
dalam dunia ini, kerana dunia ini tidak mudah.
Kami bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tempat di hati
kalian. Kami bersaing sesama sendiri
untuk mendapatkan tempat di hati penerbit an editor. Berhempas pulas siang dan malam hanya
untuk jadi PENULIS. Siapa yang hendak menulis karya yang
‘TERUK’? Siapa yang hendak baca karya
yang ‘TERUK’. Bukan soal sentap atau
penulis tidak berani menghadapi realiti. Pembaca budiman. Penerbit takkan terbit buku itu jika tidak
ada nilai atau teruk. Melainkan LIKE
tinggi tidak kira bermutu atau tidak. Kalau
tak suka jangan beli. Beli buku bukan
kerana diracun atau kawan-kawan kata menarik.
SELERA KITA LAIN, WARNA KESUKAAN KITA JUGA BERBEZA. Belilah buku atau
novel kerana kita hendak beli dan kita hendak baca. Sebagai Penulis akak menyusun sepuluh jari
meminta pada pembaca budiman komenlah dengan ilmu agar penulis boleh menerima
dan mengubah penulisan mereka ke arah yang lebih baik. Ulasan ‘TERUK’ dan ‘TIDAK BOLEH HADAM’ bukan ulasan atau komen
yang membina. KERANA KARYA YANG DITERBITKAN ADA NILAINYA JIKA
TIDAK,TAK MUNGKIN PENERBIT BERANI
MELABUR KEPADA SESUATU YANG ‘TERUK’.
Peace no war.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan