Gambar : Imej Romantik-Google
Nukilan: Asmah Hashim
Rerumput tumbuh segar, pepohon menghijau menambah seri kawasan tersebut. Bau harum bunga melur, cempaka menambat hati. Indahnya kawasan kampung. Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki. Aku bagaikan hilang arah. Hilang pedoman. Aku bukan kacang lupakan kulit. Tetapi entah kenapa sukar benar aku ingin pulang.
Nukilan: Asmah Hashim
Rerumput tumbuh segar, pepohon menghijau menambah seri kawasan tersebut. Bau harum bunga melur, cempaka menambat hati. Indahnya kawasan kampung. Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki. Aku bagaikan hilang arah. Hilang pedoman. Aku bukan kacang lupakan kulit. Tetapi entah kenapa sukar benar aku ingin pulang.
Ada
cerita sendiri, ada kisah sedih yang diratapi hati. Aku insan yang lemah, punya hati dan perasaan. Punya jiwa, punya rasa. Aku meniti batas sungai. Memandang sayu ke arah air yang
mengalir. Di situlah kasih bersemi. Di
situlah janji dibuat. Aku duduk
menjulurkan kaki, bermain-main dengan air yang mengalir. Sejuk dan nyaman. Senyuman terukir kerana indahnya
kampungku. Kenapa aku buta? Kenapa aku mudah mengalah? Kenapa aku mudah menyerah?
Cinta
manusia hanya sementara, selagi hayat dikandung badan. Akumencintainya separuh mati. Salahku juga menyerahkan hati seratus
peratus. Aku lupa diri kerana
cinta. Aku khianati diri kerana
cinta. Kerana dia aku sanggup buat apa sahaja. Kerana dia aku rela berkorban, harta ataupun
nyawa. Gilakah aku?
Aku
tidak pernah bercinta sebenarnya. Sekali
terjebak, aku lupa diri. Bagaikan cinta Adam dan Hawa, bagaikan cinta
Zulaikha dan Yusuf, begitulah cintaku kepadanya. Nasihat orangtua kupandang sepi. Kata-kata mereka bagaikan duri di hati. Butir bicara mereka masuk telinga kanan,
keluar telinga kiri, langsung aku tidak hiraukan.
Tidak
melihat wajahnya tidak mengapa, tengok bumbung rumah jadilah. Begitulah cintaku kepadanya. Cinta keterlaluan. Cinta sampai ke tulang hitam. Cinta yang tidak mampu diganggu gugat. Cinta yang sanggup berenang di lautan api. Cinta yang sanggup mati bersama, sehidup
semati. Bukankah seorang hidup, seorang
mati? Aduhai cintaku keterlaluan terhadapnya.
Aku
bingkas bangun, berdiri dan meniti melalui lorong-lorong kasih yang telah lama
aku tinggalkan. Di pondok itulah aku
memadu kasih bersama-samanya. Di pondok
itulah aku menyulami rasa cinta di hati.
Di pondok itulah dia berkata ingin aku menjadi suaminya. Aku percaya, aku kagum akan cintanya
kepadaku. Sungguh bertuah diri ini,
dapat menawan hati seorang puteri yang cantik tidak terperi menjadi kegilaan
teruna di kampung itu. Aku menjadi
pilihannya biarpun diriku biasa-biasa.
Kelebihanku kerana aku pandai bermain dengan kata-kata. Cinta anak ketua kampung sanggup ditolaknya
kerana cintanya kepada diriku ini.
Bangganya diri.
Rumahnya tidak
berapa jauh dari tempat aku berdiri.
Lamannya masih terjaga rapi. Cuma warna catnya sudah bertukar warna. Aku hanya memandang dari kejauhan, tidak berani mendekati. Masih adakah dia di situ? Masih kenalkah dia dengan diriku? Aku
memandang kosong ke arah rumah itu.
Kenangan mengusik kalbu.
Setiap
hari kami berjumpa, tiada langsung rasa jemu atau bosan di hati. Kalau sehari tidak berjumpa bagaikan hendak
mati. Makan tidak lalu, mandi pula tidak
basah. Sanggup jumpa dia dahulu sebelum
menjamah makanan. Tengok wajahnya sahaja membuatkan perutku yang lapar terasa
kenyang. Tangannya yang mulus menjadi
sentuhan jari jemariku. Aku lupa dosa
pahala. Aku tidak hiraukan amarah api
neraka bersentuhan tanpa ijab dan kabul.
Pipinya putih bersih menjadi sentuhan
bibirku. Setakat itu sahaja,
belum pernah lebih-lebih. Masih takut mendekati zina, dosakan tidak terampun,
aku masih ingat itu. Masih sedar
diri. Tidak hanyut lagi.
Kaki ini terus
melangkah, ingin mengingati kisah silam.
Kisah aku dan dia. Memori luka
buat diriku. Mungkin juga dirinya. Aku menyusuri jalan berliku kembali ke
terakat keluargaku. Keluhan berat aku
lepaskan, begitu berat beban di jiwa, saratnya tidak tertanggung
oleh hatiku sehingga sanggup meninggalkan kampung tanya bertoleh lagi.
Ayah merayu, ibu
menahan. Abang dan adik mengatakan aku
tidak bijak kerana seorang perempuan aku meninggalkan kampung halaman. Tidak cerdikkah aku. Bukan kehendak diri jika aku kecewa. Bukan kehendak hati jika aku merana. Panahan cinta mampu membunuh jiwa
manusia. Itulah yang aku rasakan. Matikah aku?
Aku tidak mati, cuma jiwaku kosong.
Meranakah aku? hampir musnah
diri.
“Kau ke mana?”
tanya ibu sambil menjeling ke arahku dengan mata membuntang. Masih marahkah ibu?
“Sahaja melihat
kawasan kampung.” Jawabku menyedapkan hatinya.
“Tengok kampung
atau tengok peninggalkan kisah silam?”
sindir ibu. Aku mengerling.
“Dia masih
adakah ibu?” tanyaku. Ibu memandang
wajahku tidak berkelip. Aku menunduk malu.
“Kerana dia kau
separuh gila! Kerana dia kau tinggalkan keluarga! Kerana dia kau tinggalkan
ayah dan ibu! Adik-adik dan keluarga.
Sekarang kau sudah pulang, untuk apa?
untuk mencari dirinya? Untuk buat
apa? untuk menyakiti hati kami
lagi?” lengking suara ibu.
“Ibu, saya
sekadar bertanya. Tiada niat apa-apa,”
aku menunduk, wajah garang ibu tidak berani kutatap.
“Lupakan
dia! Ibu tidak suka ada menantu
sepertinya! Dia tidak setia. Dia tidak
jujur!” kata ibu. Aku tidak berani melawan kata ibu. Masih bersisa marah ibu, walaupun sudah lama
cerita itu berlaku.
***
Dia
memandangku dengan wajah serius. Aku
benar-benar merasa hairan, kenapa? Sebelum ini dia ceria sahaja. Tidak langsung terukir senyuman di
bibirnya. Hanya dengusan nafasnya yang
keras dan kasar. Tidak selembut
selalu. Fikiranku semakin
bercelaru. Tidak keruan. Apa yang telah merasuk dirinya? Tiada ucapan rindu dendam dalam nadanya. Tiada kata-kata sayang di dalam tutur katanya. Apa sudah jadi? Sudah hilangkah rasa cinta dan sayang di
hati?
“Kenapa
dengan dirimu? Apa yang menganggu hati
dan jiwamu?” aku bertanya lanjut. Dia tidak menjawab, hanya keluhan berat
dilepas pergi. Semakin kacau
jiwaku. Aku ingin jawapan segera. Kenapa dia membisu? Sudah putuskah lidahnya? Kelu tidak terkata apa-apa.
“Aku
sudah dipinang orang, ayah dan emak sudah setuju. Hujung bulan ini cincin akan
disarungkan ke jariku. Maafkan diriku
kerana tidak dapat meneruskan kisah cinta kita.
Aku tidak mahu menjadi anak durhaka.
Aku tidak mahu mengecewakan mereka.
Kerana mereka aku lahir ke dunia ini.
Kerana mereka aku mampu bernyawa.
Maafkan aku kekasih. Semoga engkau
bertemu gadis yang jauh lebih baik daripada diriku. Jangan kau bersedih dengan kehilanganku.
Anggap sahaja tiada jodoh antara kita,”
itu katanya kepadaku, buat kali terakhir aku menatap wajahnya. Hancur lebur hatiku. Jantungku jatuh berderai bagaikan terhempas
batu.
“Kenapa
kau begitu kejam kepadaku? Kenapa baru
sekarang kau memberitahu? Kau tahu aku
mencintaimu sepenuh hati. Kaulah nyawaku, kau hidupku. Kau nafasku.
Hari ini kau memberitahu, tiada jodoh antara kita? Cakap apa ini? Kau sengaja menjerat diriku dengan cinta
palsumu? Kejamnya kau!” hampir aku
menjerit di telinganya. Dia menangis
sayu sambil berlari pergi. Aku memanggil
namanya langsung tidak beralih.
Tiga
hari tiga malam aku mengurung diri.
Langsung tidak makan, tidur dan mandi.
Hanya air mata peneman diri.
Lembiknya aku. Kerana cinta bagaikan ingin bunuh diri. Ayah dan ibu mati akal, segala nasihat
langsung aku tidak pakai. Akhirnya
keputusan aku ambil, meninggalkan
kampung halaman jalan terbaik dan terakhir untuk aku melupakan dirinya. Kubuang wajahnya dari fikiranku,.
Kubuang perasaan cinta terhadapnya jauh
dari hatiku. Aku benar-benar merana. Aku benar-benar kecewa. Dia kuanggap sudah mati, bersama matinya
cintaku terhadap dirinya. Semua itu
sudah berlalu. Aku kembali bersama kematangan hati dan perasaan. Aku kembali membawa cinta yang sarat terhadap
keluargaku sendiri. Bukan untuk
dirinya. Dia sudah lama mati dalam
hatiku, bersama mati cintanya terhadap diriku apabila dia menerima orang lain
dalam hidupnya. Aku tidak akan berpatah
atau memandang ke belakang semula. Dia
hanya sejarah silamku. Dia hanyalah
mimpi ngeriku. Sudah kukuburkan sejak
aku keluar dari kampung ini.
***
Tangan
ibu kuraih. Aku memandang matanya yang
redup. Garisan ketuaan sudah mula
ketara. Aku melemparkan senyuman manis
untuk dirinya.
“Anak
ibu sudah berubah. Anak ibu kembali
dengan semangat lain. Anak ibu hanya
punya satu hati dan sudahpun diserahkan kepada yang empunya cinta abadi. Kekal di sini sehingga ke syurga. Ibu maafkan anakmu ini. Terlalu mengikut kata hati dan membiarkan
hati itu mati. Ibu jangan risau dan
bimbang. Hati ini sudah punya panduan. Sudah punya ikutan. Hati ini sudah reda dengan apa yang
terjadi. Hati ini sudah menerima takdir
ILAHI tiada jodoh antara kami. Hati ini
hanya mencintai ALLAH yang Satu.
Percayalah kepada diri ini, tidak sesekali berlaku perkara seperti itu
lagi. Percayalah, ibu!” kataku
meyakinkan ibu yang sudah mula berkaca matanya.
“Benar
kata-katamu? Alhamdulillah, syukur
anakku.” Ucap ibu. Ibu memegang tanganku kejap.
“Dia sudah
menjanda, setelah beberapa tahun berumahtangga.
Dia sering didera. Hati dan
perasaannya sudah hancur lebur bersama
kasih sayangmu yang hancur. Jika kau ingin menyambung kasihmu yang
dahulu dan kau masih sendiri, ibu reda, anakku.” Kata ibu membuatkan aku
terkejut mendengarnya.
“Benarkah
ibu?” aku bertanya, teruja, terkejut dan
tidak menyangka.
“Sehingga kini
dia masih menyindiri walaupun sudah ada yang ingin menyunting ditolak ke tepi. Mungkin menunggu kepulanganmu, anakku. Pergilah bertemu dengannya. Ibu dan ayahnya juga sering bertanya, bila
kau akan kembali. Jika sudah jodohmu
dengan dirinya. Ibu terima sahaja.” Kata
ibu kepadaku. Ibu tidak marah
rupanya? Cuma hatinya kecewa, aku
menghilangkan diri langsung tiada khabar berita. Aku tersenyum gembira. Cinta yang terpisah akan bertaut
kembali. Itulah janji ALLAH, Kalau sudah
jodoh tidak ke mana… .
saya memang percaya pada takdir dan jodoh... setuju bahawa kalau ada jodoh, dua hati tetap akan bersatu... walaupun jauh beribu2 batu... :)
BalasPadam